Kalau sayang tinggal2kan ^^, | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Sunday, June 17, 2012

Kalau sayang tinggal2kan ^^,

Lama2 sekali nak menulis ni memang berat rasanya. Macam menelan biawak hidup. Er... ada ka pepatah macam tu. Sambil2 melepak atas pelantar high rope ni terasa pulak nak menulis. **tak rasa sangat pun** 

Asyik gila layan angin sepukul dua, sambil2 tu terpikir takda cara lain lagi ka yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah perubahan cuaca atau orang2 kampung sebut Climate change. Tak pasti lah pandangan kawan2 yang laen.. bagi aku, aku nampak hutan ja. Kalau mampu kita maintainkan dirian2 dalam hutan tu nescaya kita dapat atasi masalah ni. Cayalah! At last aku guna jugak perkataan nescaya. 

 Memang masalah ni maha besar dan rumit. Tambah rumit lagi bila faktor penyebabnya pun boleh tahan jugak melimpah ruah. Menurut pakcik ensetain.. adalah menghampiri titik perpuluhan infiniti jika kita nak atasi kesemua punca2 yang melimpah ruah ni secara sekaligus atau lumpsum. 

Jadi apa yang boleh kita buat??? Buatlah sesuka hati kaw orang asalkan kita tak mengganggu pokok dan hutan. Itu saja TiTiK. Tak banyak pun. Amalkan 4 perkara mudah dan kita mampu memberi impak besar kepada pengurangan masalah kelaimet cheng ni.. 

Hentikan Kemusnahan Hutan – Jangan kacau langsung. Biar lah dia kat situ. 
Gunakan hasil hutan secara mampan – Guna dengan bijak. 
Pulihara kawasan tandus/gersang – Amalkan 1 orang 1 pokok. Tak susah pun nak tanam satu pokok. Maintain kawasan tanah gambut – Jangan kacau langsung. Buat dono ja. 

Kita mampu selesaikan masalah Negara. Kita mampu selesaikan masalah kawan2, sepupu malah jiran sebelah rumah. Kita mampu uruskan hidup dengan baik sehingga hari ni. Takkan kita tak mampu buat 4 benda yang remeh temeh kat atas ni. Hmm malu la macam ni. Renung dan fikirkan kawan2. 

 p/s: Kalau saying tinggal2kan ^^, 

 +biarjasajadikenangan+



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...