Biawak Komodo | Bally.Da.Shoe

Monday, July 18, 2011

Biawak Komodo


Biawak adalah dalam golongan haiwan reptilian dari family Varanidae. Terdapat beberapa spesies biawak yang wujud seperti Biawak Air, biawak seruling dan banyak lagi. Namun.... dalam banyak2 species biawak ni, Biawak komodo adalah spesies biawak terbesar didunia. Biawak ini jugak adalah biawak terfemes kerana pernah membintangi filem Komodo pada tahun 1999 yang diarahkan oleh Michael Lantieri. Filem tersebut telah Berjaya membuatkan aku lari bila tejumpa biawak...gud job!

Biawak Komodo atau nama saintifiknya Varanus komodoensis mempunyai panjang melebihi 3 meter. Disebabkan oleh saiznya yang besar, komodo dapat memburu mamalia besar seperti Babi hutan dan Rusa. Terdapat juga kes2 dimana haiwan ini menyerang manusia. Mana taknya, kalau babi hutan pun dia makan apatah lagi manusia. Tapi kes2 seperti ini jarang berlaku.

Biawak Komodo hanya dijumpai di beberapa pulau kecil di Nusa Tenggara, seperti di Pulau Komodo, Pulau Padar, Pulau Rinca dan di hujung barat Pulau Flores. Jadi kalau nak lihat haiwan ini kenalah berkunjung ke tempat2 berkenaan. Namun haiwan ini sudah diklasifikasikan dalam kelompok terancam (IUCN list).

Klasifikasi biawak komodo

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Reptilia
Order : Squamata
Suborder: Lacertilia
Family : Varanidae
Genus : Varanus
Species : V. komodoensis

Varanus komodoensis Ouwens 1912 (The Komodo Monitor/Dragon)

p/s: Adakah ini biawak yang mebaham itik2 aku.... Grrr.... Itu Varanus salvator...

3 comments:

Anonymous said...

ya! ngah pnuh konfiden sye rse biawak ni la yg membwk itik tersebut. bek ko tido kunci pintu utk mngelak kmlangan jiwa :D

Anonymous said...

*membaham. ape kejadah membwk

Bally Da Shoe said...

huhuhu T_T takziah buat itik2 ku... membaham dgn membawak sama je cik sue... ^^, huhu tak cukup dgn itik...tuan2 skali dia nk baham =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...