| Bally.Da.Shoe

Wednesday, December 31, 2008


Seseorang yang benar benar mencintai seseorang
akan tersenyum melihat orang yang dicintainya bahagia
Walaupun disamping orang lain
.

Ada yang tidak bersetuju dengan madah ini yang kelihatannya kurang adil. Cinta yang adil digambarkan sebagai cinta yang menyeimbangkan kedua-dua pihak dengan intipati cinta itu sendiri. Kedua-dua pihak harus bahagia bersama. Itukah yang dikatakan cinta. Tidak!!!

Cinta sememangnya tidak adil. Cinta itu selalunya mendahagakan pengorbanan. Jarang sekali cinta bahagia bak dalam syurga, Dipenuhi guguran helain daun cinta, yang berterbangan dihembus bayu. Cinta adalah harta dan kekayaan batin. Jika kamu mempunyai cinta…berbahagialah kamu karna kamu mempunyai kekayaan itu

Cinta tidak mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi mencintai seseorang dengan sempurna. Cintailah orang yang benar-benar mencintai kita dan bukannya mengutamakan yang kita benar-benar cinta. Ini karna cinta mereka pada kita sangat utuh. Cinta yang suci tak mudah terbungkas dan terlekuk." The virtue of love isn't finding the perfect person but by loving the imperfect person perfectly"

Coretan ini mengingatkan ku pada cintaku yang bersemadi bersama ribuan cinta lain yang gugur didasar lautan cinta duka. Walaupun aku tidak pernah merasakan cinta itu, tetapi dulunya aku punya hajat memilikinya. Aku benar mencintainya tetapi dia sebaliknya padaku. Aku menanti dan terus menanti…bagai pungguk rindukan bulan… hingga akhirnya aku tersadar dia bukan untukku… Cinta tidak boleh dipaksa kerna paksaan mencemarkan inti cinta.

Aku akan memiliki cinta suatu hari nanti. Aku akan mempunyainya Bila sampai saat itu
Berjanjilah
“you'll share with me one love, one lifetime “

2 comments:

Husnibaby:My Emancipation said...

ala bally, jgn r cmtuh..dun give up in love..(^_^)

eifa90 said...

dun gve up k...kite same je...mgharap seswatu yg blm tntu jd milik kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...