Bally.Da.Shoe

Wednesday, December 30, 2015

Ada apa dengan 2015 ?

2015 dah sampai ke penghujungnya... Banyak perkara yang dah berlaku dalam tahun ini... ada yang berlaku dalan perancangan dan ada juga yang di luar jangkaan. Walaupun tahun ini diuji dengan sakit yang tak putus2.. Alhamdulillah masih berjaya habiskannya. 

Mengimbau sikit apa yang dah berlaku tahun ini...

Januari 2015
Tahun 2015 bermula dengan Bukit Tabur East... Stended la geng cuti-cuti ni... Takkan nak menyorok dalam selimut... ambil angin sikit.. sambil2 tetapkan matlamat =P

Lagi Gambar : Tabur East

Januari juga memperlihatkan kejayaan aku melunaskan target tahun 2009 untuk menyempurnakan kesemua 3 geoforest park yang terdapat di Langkawi Geopark... After so many years... tadaa!!

1) Kilim Karst Geoforest
2) Dayang Bunting Marble Geoforest
3) Machinchang Cambrian Geoforest
Lagi Gambar : Langkawi Permata Kedah

Video : Langkawi Permata Kedah

Hajat tahun 2012 aku untuk naik ke Gunung Kutu pun tercapai tahun ini. Gunung ini lebih dikenali dengan panggilan 'Bukit Kutu' walaupun ketinggiannya  sudah layak digelar gunung iaitu 1100m. Uniknya Bukit Kutu ini memiliki puncak berbatu yang terhad untuk beberapa orang sahaja. Di atas sana juga terdapat tinggalan rumah-rumah agam inggeris.

Lagi Gambar : Bukit Kutu
Video : Bukit Kutu

Februari 2015

Berpeluang pergi melihat sendiri Air Terjun 'Hilang' selepas terjun. Dah lama dengar orang sebut-sebut tapi baru tahun ni dapat pergi... Air terjun yang dimaksudkan tu adalah Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing. 
Lagi gambar : Air Terjun Pelangi


Mac 2015

Mac kali ni mengimbau kenangan dimana aku mula-mula mendaki. Gunung Bunga Buah tetap gunung pertama aku... Semua benda rasa susah masa tu... ^^, dan kali ni baru aku sedar GBB taklah sejauh yang aku rasa dalam pendakian pertama dulu =P


April 2015

Masih lagi hajat yang tak tertunai sebelum ini.. Ini hajat aku masa mula-mula dulu... Zaman muda-muda dulu kononnya nak cari semua yang paling-paling tinggi saja. Maka ada sorang brader ni suggest aku naik gunung paling tinggi di Negeri Sembilan. Orang panggil Gunung Besar Hantu (GBH). Sebelum pada tu aku ingat Angsi lah yang paling tinggi. Quote yang aku tak lupa "Bukan GBH lah kalau tak calar"

Lagi Gambar : Gunung Besar Hantu, N9

Mei 2015

Disebabkan wabak 5CM telah menyebabkan aku ghairah nak pergi ke Gunung Semeru dan melihat keindahan Puncak Mahameru... Dengan support kawan-kawan akhirnya satu team seramai 9 orang telah merealisasikan angan-angan ini.

Lagi Gambar : Gunung Semeru, Indonesia
Video : #projeksemeru2015

Jun 2015

Setiap kali sebelum Ramadhan tiba, mesti ada plan masak-masak. Kali ni lokasi yang di pilih adalah Air Terjun Lepoh, Hulu Langat


Julai 2015 Puasa Oiii!!

Payung gambar raya sekeping...

Ogos 2015

Ogos bulan yang best sebab parents aku datang rumah... tapi ayah aku macam mati kutu ja di KL... taktau nak buat apa. Di kampung boleh la bekebun.. Bagi menghilangkan keboringan ayah aku, 'jom ke Broga!!' Hatta bergembiralah ayahanda beta mendengar perkhabaran itu.


September 2015

Memandangkan dah lama tak outing, Myra cadangkan g mandi air di Tadom Hill Resorts. Tempatnya memang cantik dan masih belum kotor dek tangan2 manusia rakus.... =P maksud aku belum ramai orang datang. 


Video : Tadom Hill Resorts

September juga menceritakan kegagalan aku untuk repeat Gunung Chabang gara-gara tak dibenarkan naik oleh Orang Asli Kg Pos Selim... Untuk mengubati luka di hati... akhirnya kami terus ke Brinchang dan naik Irau.


September lagi... Memandangkan adik aku ada appointment Doktor, maka Raya Haji Tahun ni terpaksa kami sambut di KL saja... Nasib la semua ahli keluarga datang berkumpul di disini. Dapat la masak ketupat bagai macam kat kampung. ^^, Ceritanya aku angkut semua pergi beraya di Air Terjun Sungai Chiling. Lagi pun bukan selalu dapat pujuk mak aku bercamping. hehehe...


Oktober 2015

Aktiviti luar pertama aku bersama warga kerja selepas 2 tahun bekerja.... dan ini sekaligus menghilangkan derita yang pernah belaku di ofis ^^, Treasure Hunt ARSM 2015 telah di adakan di Janda Baik, Pahang. Janji aku aktiviti macam ni mesti buat tiap-tiap tahun... 

Video : Treasure Hunt ARSM 2015

November 2015

Akibat November asyik menangis saja.. Tak banyak aktiviti yang dapat buat... Mujur ada hari yang terik ni... dapat juga aku naik Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan. Tidak berapa tinggi tapi mencari lokasinya yang sulit tambahan terlalu banyak denai menyebabkan sedikit kekeliruan.


Disember 2015

Mungkin sebagai penutup 2015 Gunung Baling menjadi pilihan... Memandangkan ada mulut-mulut yang bunyi "Naik tempat orang ja.. tempat sendiri dah naik belum?" 

Lagi Gambar : Gunung Baling, Kedah
Video : Gunung Baling, Ancient Crater

Aik... masih belum habis... ada lagi yang nak jadi penutup... Sebagai penutup aktiviti keluarga, Gunung Keriang menjadi pilihan.. Betul kata orang "Sibuk menggali permata di tempat orang sedangkan permata di tempat sendiri lebih tinggi mutunya"
 
 
Video : Gunung Keriang

Pokoknya 2015 sangat ohsem.... dan saya berharap 2016 ini akan lebih ohsem dan sukses... Semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat melangkah lebih jauh ^^, Sapa tahu 2015 daki solo, 2016 daki berteman =P kui3~~

+biarjasajadikenangan+




Sunday, December 6, 2015

Al-Fatihah...

 
Ada ketika kita melihat kematian... tapi tak memberi apa2 kesan pada kita.... namun ada satu ketika kita sangat terkesan.
 
Today someone died. Before this I don't even know him... but today it felt like losing a friend...
 
Al-Fatihah buat #TJ
+biarjasajadikenangan+

Monday, August 31, 2015

Mengapa periuk kera tidak berperiuk ?

Periuk oh periuk...
 
Kurang lebih dah masuk 6 bulan periuk kera cek tak mengeluarkan periuk... mungkinkah sebab medium tanah... baja... air... udara... puas berteka teki cek pun gugel je lah..

Medium tanah bukan permasalahan... ini kerana periuk kera tak memerlukan tanah yang begitu subur dan nutriennya berdasarkan serangga yang terperangkap.

Periuk kera juga tidak memerlukan air yang banyak... jika medium tanah lebih berserat dan boleh menyerap air... cukup dengan hanya 2 ke 3 hari sekali siraman.

Selepas gugel 1 laman blog...  faktor cahaya mungkin menjadi faktor ketidakmunculan periuk si kera... ini berikutan periuk kera memerlukan 3 ke 4 jam cahaya matahari untuk pertumbuhan periuknya.

Kebanyakan pokok yang terlindung di tempat lembab dan teduh mempunyai daun yang besar tetapi tidak mengeluarkan periuk atau 'cup'.

So lepas ni pokok cek kena letak dekat2 matahari sket.. 😅

Updated 1/121/2015 : Periuk Kera cek dah berperiuk ^^,

+biarjasajadikenangan+

Monday, September 15, 2014

Rindu...

Tiada buku didakapan.. tiada tinta dijemari.. hanya berbaring di hamparan batu2 sungai...Mencongak butir-butir bintang dilangit... sambil-sambil arus sungai yang menderu meniup perasaanku jauh melayang...

Rindu... Perasaan yang tak lagi bermakna mula menerpa pintu-pintu benakku yang sayu dibuai bayu sungai

Rindu... aku sangat rindukanmu... Mungkin dapat ku dendangkan untai kata ku buat mu andai saja masa itu masih memihak padaku..

Namun semuanya sudah berlalu... Mengalir pergi persis riak-riak air di permukaan.. dan rinduku menghayut seperti buih2 di air. Hilang dalam adzmat arusnya... 

Dan di saat rindu itu dtg lagi... Akan ku bisikkan padaMu... Kerna kau pemegang riwayatku.

Friday, July 18, 2014

Pesawat-pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak 1955

Malaysia melalui saat2 sukar dimana 2 pesawatnya telah hilang dalam tempoh 4 bulan. Ini disifatkan sebagai tragedi yang menimpa seluruh rakyat Malaysia. Dalam kita memanjatkan doa kepada mangsa2 nahas pesawat MH17, Berikut ini merupakan senarai pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak tahun 1955.



1955: El Al nombor penerbangan 402

Semasa melintasi di antara Vienna dan Istanbul dalam perjalanan ke Israel, pesawat ini telah tersesat sehingga memasuki udara Bulgaria, Kesatuan Soviet (Blok Timur). Perintah untuk menembak jatuh telah dikeluarkan dan insiden Lockheed Constellation ini telah mengorbankan 58 penumpang. Bulgaria kemudiannya telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi, mengatakan pilot "terlalu terburu-buru".

1973: Libyan Airlines nombor penerbangan 114

Disebabkan oleh cuaca buruk, Pesawat jenis Boeing 727 dari Kaherah ini telah memasuki ruang udara Sinai iaitu zon perang. Dalam laporan rancangan pengganas untuk menggunakan pesawat awam bagi menyerang Israel, negara itu dapat memintasnya. Jet pejuang telah mengeluarkan isyarat amaran dan kemudian menembak jatuh pesawat tersebut mengorbankan hampir keseluruhan penumpangnya seramai 115 orang.

1978: Korean Air Lines nombor penerbangan 902

Pesawat 902 yang dalam penerbangan dari Paris menuju Seoul telah mengalami kerosakan pada peralatan navigasinya, menyebabkan juruterbang memutuskan untuk terbang ke wilayah udara Soviet. Soviet yang 'menyangka' pesawat ini sedang melakukan intipan telah menembak Boeing 707, hingga memaksa pendaratan kecemasan dilakukan berhampiran dengan sempadan Finland. Dua orang terkorban dalam insiden ini. Soviet telah menuntut ganti rugi pada Kerajaan Korea Selatan sebanyak 100,000 USD sebagai kos operasi menyelamat, namun kos itu tidak pernah dibayar.

1983: Korean Airlines nombor penerbangan 007


Sebuah interceptor Soviet telah menembak jatuh Boeing 747 dalam perjalanan dari New York ke Seoul yang membawa 269 penumpang termasuk wakil US Lawrence McDonald. Pegawai Soviet 'menyifatkan'  pesawat itu yang telah menyeberang ke ruang udara Soviet, sedang dalam misi pengintipan. Semua orang di dalam pesawat terkorban.

1988: Iran Air nombor penerbangan 655

Dalam ketegangan perang antara Iran dan Iraq dan kemelut antara US dan Iran, Angkatan Laut US telah menembak jatuh pesawat penumpang Iran, sebuah pesawat jenis Airbus 300, kerana 'tersalah' anggap ia adalah pesawat tempur musuh. Setelah mengeluarkan beberapa peringatan, peluru berpandu pemusnah Vincennes telah dilancarkan dan menghantam pesawat tersebut pada ketinggian 7,500 kaki di atas Lurus Hormuz, mengorbankan 290 orang.

2001: Siberian Airlines nombor penerbangan 1812

Pesawat  ini dalam perjalanan ke Rusia dari Israel pada ketinggian 35 ribu kaki di Laut Hitam, ketika dihentam peluru berpandu Ukraine.

2014: Malaysian Airlines nombor penerbangan 0017 (#MH17)


Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam pulang ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 295 orang penumpang termasuk anak kapal. Ketika melalui ruang udara Ukraine, Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines ini telah disalah anggap sebagai pesawat pengangkut milik Ukraine sebelum ditembak jatuh oleh kumpulan militan pro Russia menggunakan peluru berpandu sehinnga mengorbankan kesemua penumpangnya.



Kesimpulannya kesemua insiden ini berlaku disebakan oleh 'Ter'silap. #PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza.

Tuesday, July 15, 2014

Gema Gaza


Tersentak dari lamunan panjang saat bilah2 mentari menyapa dipagi hari. Merenung ke jendela... menikmati keindahan pagi ditemani kicau2 burung yang berkejaran di langit... agongnya bumimu tuhan. Apa ada yang tidak merasa nikmat sebegini. fikiran mula melayang... memikirkan saudara-saudaraku di bumi bergolak. 

Ya tuhan.. sungguh cetek akalku untuk meramal akan rencanamu. sangat kerdil aku untuk menyangkal setiap perintahmu. Namun ralat ku atas paksi alammu Ya Rabbi. Disaat mereka diratah dalam terang... dimanakah saudara-saudara mereka ? Apa berpeluk tubuh bersembunyi di balik tembok2 kekayaan dan kemakmuran tanah-tanah mereka. Hanya memerhati tanpa sekelumit pun rasa simpati. Mungkin mereka takut... mungkin ada yang mengekang mereka. 


Percuma semua itu saudara-saudaraku. Tanahmu bukan bumi yang lemah. Bangsamu bukan bangsa yang daif. Lupakah kalian akan perisaimu... syahidmu...    Bangkit dan bersatulah kalian bangsa yang gagah... atau tidurlah kau dengan kesenangan dan kekayaan... dan tunggulah takdirmu. Kerna yang namanya roda itu sentiasa berpusing...

"Ini bukan isu agama... tapi isu kemanusiaan"

Sunday, July 6, 2014

Gunung Kinabalu

Kenapa kita hari ni kabur dengan sejarah-sejarah kita sendiri... Bukan kerana kita takdak penghayatan **itu pun satu sebab juga tu** tapi sebab kita tak simpan bukti-bukti sejarah yang kita ada. In the end, orang yang menang akan tulis sejarah.. mengikut versi mereka sendiri. Huhu mukadimah yang memang lari habis dengan entri aku kali ni... Sebenarnya aku nak cerita bertapa pentingnya aku larikkan cerita-cerita aku kat belog ni supaya esok bila aku dah tua nyanyuk aku masih boleh tahu apa yang aku buat masa muda2 belia ni... ok enuf~

#ProjekKinabalu052014

Pada 27 Mei yang lalu, 4.40 pagi waktu tempatan =P aku dapat berdiri di spot yang paling tinggi di Malaysia. It was really my dream to be up there with my friends. Gunung Kinabalu berketinggian 4,095 meter dari aras lautsalah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara. selepas Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini sikit intro aku cedok dekat Wikipedas. senang cerita jom layan gambar-gambar sepanjang pendakian aku dalam mencari keindahan ciptaan ilahi.


Semua orang tengah excited nak panjat Kinabalu tapi aku tengah berperang dengan psikologi... takut kena mountain sickness (AMS) 

Perjalanan kami dari Kinabalu Park ke Mersilau. Pendakian kali ni menggunakan laluan Mersilau dan turun melalui Timpohon.

Isi perut dulu sebelum naik... Di dalam pakej yang ditawarkann Sutera Harbour. Makan disediakan bagi:
1.0 Makan malam hari sebelum pendakian
2.0 Sarapan pagi hari pendakian
3.0 Bekal makan tengahari  semasa pendakian
4.0 Makan malam di Laban Rata
5.0 Makan awal pagi sebelum naik ke Puncak
6.0 Sarapan pagi sebelum turun dari Laban Rata ke Timpohon
7.0 Makan Tengahari di Kinabalu Park.

bagi sesiapa yang plan nak naik Kinabalu untuk program diet, mohon lupakan hasrat anda. Sila cari Gunung lain... sini makan sedap ^^,


Perjalanan bermula view pertama yang kami nampak semasa mendaki dari Mersilau. Di sini disediakan kemudahan sewaan stick (RM10) dan khidmat Potter (RM12 per Kg). Dari sini dah mula berpecah. Semua ikut pace masing2. Tirah pun taktau kemana dah.

Menikmati pisang buruk... sumber tenaga pantas katanya.


Sempat bergambar lagi.

Ini check point/Pondok ke 5 (Pondok Lompoyou). Guide suggest untuk makan tengahari di sini.. Tapi nak makan kat mana pun makanlah labu~ janji makan ikut mulut sudah la.

Antara view Bonzai yang cantik... Tips yang berguna aku dapat dari otai2 yang selalu naik. "Jangan tunggu turun nanti baru nak ambil gambar", snap ja bila ada kesempatan sebab cuaca kat sini tak boleh dijangka. 

Muka ceria ni penting untuk psiko member2. Bagi sesiapa yang buat muka taik, sila terjun gaung. anda akan psiko motivasi kawan2 yang lain. Penat macam mana pun senyum saja~

Persimpangan antara Trail dari Mersilau dan Timpohon. Selepas pada ni cuma ada satu laluan saja. Insyallah takkan ada perkataan sesat. Cuma dari sini mental yang kuat diperlukan memandangkan semuanya naik sahaja... kah3


Dah macam hutan zaman Jurassic aku tengok. Kalau tiba2 keluar Velociraptor memang lauk~ As you can see.. naik sahaja jalannya ^^,

Memandangkan gambar makan tengahari tak sempat nak snap berikutan lapar macam jin... So ini saja yang ada. Gambar makan pagi sebelum naik ke puncak. Sekarang pukul 2.30 pagi. Kami bergerak ke puncak pukul 3.00 pagi. Sejuk jangan cerita... peti ais pun panas sket. **Peti ais singer kat rumah aku laa~**

Taddaa~~ Akhirnya berada di Summit. Aku sampai disini dalam pkol 4.40pagi. Terkabul lah hajat nak lihat sunrise. Alhamdulillah. Bimbang betol sebab malam semalam kepala aku pusing2 macam gasing.. Adakah itu AMS. memang ngeri. Disebabkan GoPro memang tewas dengan kegelapan maka terpaksalah aku tunggu suria menyinsing dahulu sebelum rakus berfoto-fotoan~
  
Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa takjubnya aku saat ni. Segala keindahan alam diperlihatkan pada kami dengan cuaca yang super ohsem!! walaupun sejuk tapi view sangat superb!!
So, nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan.
Perjalanan turun dari puncak. Memang betul cakap orang, kalau naik siang2 memang tak ternaik. psiko betol track dia. Mencanak ja. So better lepasi kawasan ni sebelum matahari naik =P 

Fefeelin main gelongsor paling tinggi di Malaysia.


Di sinilah aku menuntut ilmu kebomohan. Lepas ni berhajat nak bersaing dengan raja bomoh.

Ini adalah Ahmad Topek. Peneman aku sampai ke puncak. Gudjob bro!!

Dah sampai ke Laban Rata makan dulu. Melantak segala macam makanan... bekal nak turun ke bawah katanya... Berselera makan deitemai view yang marvelesss~

Oh dah bersedia nak turun. Take note time check out 10.30 pagi. Lambat akan dikenakan caj tambahan (RM100 untuk 1 Jam). Sayang duit oii!!

Bergambar last di Laban Rata sebelum masing2 pecut tak hengat dunia. 

Akhirnya pukul 1.20pagi pengembaran aku berakhir. Inilah Timpohon Gate yang aku cerita2 bagai tu. Aku dikalahkan dengan teruknya oleh 2 orang raja pecut acara lari 100meter - Mek Nora dan Peyha. Laju baq hang!!! Semua member2 memang sporting habess~ Tirah memang gua memang respek.. Mental terbaik!! Seronok join hangpa semua.

So, akhirnya berjaya jugak aku menulis entri ni dengan kemalasan tahap 7 petala langit plus aura sukaria luar angkasa tahap ke-4. So bagi seisapa yang belum dan akan naik. Silalah grab peluang ni. Kita pun ada tempat2 menarik untuk dilawati. Khatam dalam negara dulu baru keluar tengok dunia orang. Bagi sesiapa yang dah naik... pasti hangpa nak naik lagi kan... kan. So selamat mendaki... Adios~

Sebelum tu layan lah video ni... Khas untuk tatapan umum... Unsur2 18SX diketepikan...



+biarjasajadikenangan+

Monday, June 23, 2014

Chill at Sungai Chiling

Setelah sekian lama tak berbelog... kekok pulak rasa **ayat stended orang jarang buka blog**. Sejak 2 menjak bekerja ni, memang tak dapat nak curi2 masa. Rasa macam tak cukup ja masa. Nak mintak 25 jam sehari macam tak bersyukur pulak. So.... last weekend ak dapat curi2 masa pergi senang-senang otak di Santuari Kelah Sungai Chiling.



Sebenarnya ini dah kali ke 2...3... eh 4.. tak ingat dah. Ak suka environmentnya yang tenang dan ramai family yang dating kemping sini. Thumbs up untuk parents yang train anak mereka supaya dekat dengan alam semulajadi. Bukan apa... lama2 duduk dekat town boleh sakit jiwa.. dengan orangnya yang tak mesra... kat hutan mostly orang care about each other. Jumpa ja mesti bertegur sapa. Hmm...  rasa macam kat kampong.



So untuk pengaktifan semula ni, layan lah video trip ke Chiling ni. Semoga membuka selera untuk ke sana ^^,



Untuk yang nak ke Sungai Chiling tak susah... lebih kurang 13km dari pekan Kuala Kubu Bharu. Depan sikit ja dari Empangan Sungai Selangor. Ondaway nak ke Bukit Fraser. Santuari ni dijaga oleh Jabatan Perikanan dan untuk masuk ke sini dikenakan caj sebanyak RM1 untuk setiap orang dan bayaran RM4 untuk 1 Khemah bagi yang ingin bermalam. Cumanya santuari ini buka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. So rancanglah percutian dengan baik.

p/s: Take nothing but photograph, leave nothing but footsteps ^^,

+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...