Bally.Da.Shoe: Bencana
Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Pesawat-pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak 1955

Malaysia melalui saat2 sukar dimana 2 pesawatnya telah hilang dalam tempoh 4 bulan. Ini disifatkan sebagai tragedi yang menimpa seluruh rakyat Malaysia. Dalam kita memanjatkan doa kepada mangsa2 nahas pesawat MH17, Berikut ini merupakan senarai pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak tahun 1955.



1955: El Al nombor penerbangan 402

Semasa melintasi di antara Vienna dan Istanbul dalam perjalanan ke Israel, pesawat ini telah tersesat sehingga memasuki udara Bulgaria, Kesatuan Soviet (Blok Timur). Perintah untuk menembak jatuh telah dikeluarkan dan insiden Lockheed Constellation ini telah mengorbankan 58 penumpang. Bulgaria kemudiannya telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi, mengatakan pilot "terlalu terburu-buru".

1973: Libyan Airlines nombor penerbangan 114

Disebabkan oleh cuaca buruk, Pesawat jenis Boeing 727 dari Kaherah ini telah memasuki ruang udara Sinai iaitu zon perang. Dalam laporan rancangan pengganas untuk menggunakan pesawat awam bagi menyerang Israel, negara itu dapat memintasnya. Jet pejuang telah mengeluarkan isyarat amaran dan kemudian menembak jatuh pesawat tersebut mengorbankan hampir keseluruhan penumpangnya seramai 115 orang.

1978: Korean Air Lines nombor penerbangan 902

Pesawat 902 yang dalam penerbangan dari Paris menuju Seoul telah mengalami kerosakan pada peralatan navigasinya, menyebabkan juruterbang memutuskan untuk terbang ke wilayah udara Soviet. Soviet yang 'menyangka' pesawat ini sedang melakukan intipan telah menembak Boeing 707, hingga memaksa pendaratan kecemasan dilakukan berhampiran dengan sempadan Finland. Dua orang terkorban dalam insiden ini. Soviet telah menuntut ganti rugi pada Kerajaan Korea Selatan sebanyak 100,000 USD sebagai kos operasi menyelamat, namun kos itu tidak pernah dibayar.

1983: Korean Airlines nombor penerbangan 007


Sebuah interceptor Soviet telah menembak jatuh Boeing 747 dalam perjalanan dari New York ke Seoul yang membawa 269 penumpang termasuk wakil US Lawrence McDonald. Pegawai Soviet 'menyifatkan'  pesawat itu yang telah menyeberang ke ruang udara Soviet, sedang dalam misi pengintipan. Semua orang di dalam pesawat terkorban.

1988: Iran Air nombor penerbangan 655

Dalam ketegangan perang antara Iran dan Iraq dan kemelut antara US dan Iran, Angkatan Laut US telah menembak jatuh pesawat penumpang Iran, sebuah pesawat jenis Airbus 300, kerana 'tersalah' anggap ia adalah pesawat tempur musuh. Setelah mengeluarkan beberapa peringatan, peluru berpandu pemusnah Vincennes telah dilancarkan dan menghantam pesawat tersebut pada ketinggian 7,500 kaki di atas Lurus Hormuz, mengorbankan 290 orang.

2001: Siberian Airlines nombor penerbangan 1812

Pesawat  ini dalam perjalanan ke Rusia dari Israel pada ketinggian 35 ribu kaki di Laut Hitam, ketika dihentam peluru berpandu Ukraine.

2014: Malaysian Airlines nombor penerbangan 0017 (#MH17)


Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam pulang ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 295 orang penumpang termasuk anak kapal. Ketika melalui ruang udara Ukraine, Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines ini telah disalah anggap sebagai pesawat pengangkut milik Ukraine sebelum ditembak jatuh oleh kumpulan militan pro Russia menggunakan peluru berpandu sehinnga mengorbankan kesemua penumpangnya.



Kesimpulannya kesemua insiden ini berlaku disebakan oleh 'Ter'silap. #PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza.

Tuesday, July 15, 2014

Gema Gaza


Tersentak dari lamunan panjang saat bilah2 mentari menyapa dipagi hari. Merenung ke jendela... menikmati keindahan pagi ditemani kicau2 burung yang berkejaran di langit... agongnya bumimu tuhan. Apa ada yang tidak merasa nikmat sebegini. fikiran mula melayang... memikirkan saudara-saudaraku di bumi bergolak. 

Ya tuhan.. sungguh cetek akalku untuk meramal akan rencanamu. sangat kerdil aku untuk menyangkal setiap perintahmu. Namun ralat ku atas paksi alammu Ya Rabbi. Disaat mereka diratah dalam terang... dimanakah saudara-saudara mereka ? Apa berpeluk tubuh bersembunyi di balik tembok2 kekayaan dan kemakmuran tanah-tanah mereka. Hanya memerhati tanpa sekelumit pun rasa simpati. Mungkin mereka takut... mungkin ada yang mengekang mereka. 


Percuma semua itu saudara-saudaraku. Tanahmu bukan bumi yang lemah. Bangsamu bukan bangsa yang daif. Lupakah kalian akan perisaimu... syahidmu...    Bangkit dan bersatulah kalian bangsa yang gagah... atau tidurlah kau dengan kesenangan dan kekayaan... dan tunggulah takdirmu. Kerna yang namanya roda itu sentiasa berpusing...

"Ini bukan isu agama... tapi isu kemanusiaan"

Wednesday, November 21, 2012

Selamatkan mereka... plis...plis... T.T

Setengah jam sudah berlalu... lembaran masih bersih dari noda tinta. Begitu sarat dan sendat benakku dengan persoalan dan hasrat yang ingin sekali aku luahkan. Namun satu pun masih belum terhambur. Bertapa sedih aku...bertapa marah aku... itu pun belum mampu aku lepaskan.

Ingin saja aku rajuk dan amuk semahunya... biar gempar sekalian isi alam.. akan amarah seorang insan lemah yang sebelumnya hanya mampu tertunduk.

Melihat tangan2 yang menggapai di balik bongkah2 batu yang meruntuh, mendengar suara2 derita yang tidak tahu dari mana datangnya... mengemis belas dan ihsan manusia. Jiwa mana yang tidak runtun.. namun di mana kudratku ya tuhan.

Aku bukan satria yang berharap syahid di medan tempur. Aku bukan pemimpin besar yang mampu menundukkan suara2 dunia. Aku juga bukan penyair yang mampu melembutkan ego dan taksub manusia... aku hanya insan lemah yang hanya mampu tertunduk.

Namun sekali ini... ingin aku rayu sepenuh hatiku.. biar aku raung semahunya. Selamatkan saudara2ku.. selamatkan anak2 mereka.. selamatkan kampung halaman mereka.. dari diratah mereka2 yang sial!

Ya tuhan.. cetek sekali akalku untuk menduga rencanamu.. jauh sekali ingin menyangkal titah perintahmu. Aku hanya mampu berdoa agar pengakhiran yang baik itu akan segera tiba.


p/s: andai terluka ibu tua itu...sepertinya luka ibu ku. Andai terbunuh anak kecil itu... seperti tebunuh anak2 ku. Jika kita peduli kita takkan berdiam diri.


+biarjasajadikenangan+

Friday, March 11, 2011

Takziah...


Gempa sekuat 8.9 pada skala Richter telah menghasilkan Dinding Air Tsunami setinggi 10 meter yang menghentam bahagian timur laut Jepun. Angka korban peliss jangan bilang... seriau!! Adakah Maria Ozawa selamat... Aktor2 dan Aktres2 Jepun kegemaran gadis2 dan jejaka2 Malaysia.. adakah masih selamat ? Harap2 semua selamat.

Selalunya orang cakap malang takkan datang tunggal. Mungkin ada gelombang susulan yang akan tersusul nanti. Diharap kali ini mereka lebih bersedia. Sedih jugak bila fikir2 balek... Aku tengah syok gelak2 kat sini dengan member2 sementara mereka kat sana tengah berperang dengan tsunami dan gempa bumi... *tafakur jap*

Kita sama2 doakan malapetaka ni akan cepat berlalu...

p/s: ada sumber mengatakan Malaysia bebas dari ancaman gelombang ini... sumber boleyh pecaya ke tak itu aku pun kurang pasti... better jgn p main kat laut lah... duduk diam2 dekat rumah peliss~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 6, 2010

Sinking of Kedah...



Tadak dah bunyik orang bising2...hehehe

Adeyh 2 hari sudah tergendala mood nak berblog gara2 kesibukkan menikmati banjir. Hmmm~ Banjir kali ni memang dahsyat...lebih dahsyat dari yang sebelum ni. Bilangan mangsa yang dipindahkan dah mencapai 39,512 berbanding 33,413 sebelumnya (info 2 hari lepas). Info yang terbaru (baru tadi) mengatakan 85% Alor Star sudah ditenggelami Air. Maybe 15% tu dato' Kumbar je lah... Naseb la Dato' tu pilih tempat tinggi2 =P Di kedah memang terasa sangat sebab tempat2 yang tak dijangka pun karam...
Aloq Staq ku~~

Kapal Selam timbul...

Mulanya Alor Star lingkaran luar saja yang rasa dingin air bah... sebab tengah town masih steady. Tapi malang xberbau... ayaq bah pun xberbau... hmpir seluruh aloq staq lumpuh... Tinggal area2 tinggi ja yang tak dinaiki air... rumah ak termasuk la...hehe
Jalan Stadium = Sungai stadium...


Antara jalan yang terbusy dekat Loq Staq (Jln Sultanah). Aku benci jalan neh...bnyk trepik light... padan muka ank trepik light

Kereta mampus xsempat sampai stesen minyak!! huhuhu
Jalan2 yang dulunya sibuk dengan deretan-deretan kereta kini lengang...
Jalan2 yang dulunya riuh rendah dengan bunyi hon kenderaan kini diganti dengan lolongan manusia2 meminta tolong...
Kereta yang dulunya ligat berlari diatas jalan raya kini terlihat berenang2 ketepian
Jalan raya yang dulunya tempat anjing dan kucing melintas kini menjadi sungai tempat ikan2 duyung bermain.Sesungguhnya inilah malapetaka terburuk di Kedah. Semoga Dato' Kumbar tak tenggelam... hehehehe
Si kecik ni tengah seronok nai sampan tong~

Apalah nilai sebijik Honda Jazz ~

+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...