Bally.Da.Shoe: Pendapat
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Evans ohh evans... simpati aku~

sape lagi yg nak letak lastname 'evans' ?

Tak habes2 lagi cerita pasal adinda evans... korang dah buat dye femes nak mampos... tak baik la aibkan orang...esok2 dkt akhirat Allah aibkan korang pulak. Aku takdelah nak masuk belah sape2... just tak sependapat dengan pendekatan caci marbi ni... silap2 bunuh diri kang budak tu nanti...

cukup2lah cerita pasal budak tu... bila berhadapan dgn orang yg baru meningkat usia...pendekatan yang sesuai sgt penting... korang maki hamun dia nanti lagi lost la budak tu... Kehidupan sekarang ni dah semakin mencabar terutamanya pada generasi2 baru lahir ni....dengan pengaruh yang gila babeng bersepahan sana sini..serius bahaya... sekali terhanyut..hancuss... *jelas pendidikan agama sangat nting dlm mendidik*

So takmo dah sembang2 pasal dia na... kesian mak ayah dia nak tanggung malu.... anak2 yang cari penyakit mak ayah pulak kena tanggung maluw.. nak buat mcm mana..mak ayah busy sgt cari duet utk keluarga... =P

p/s: nasihat & bimbingan adalah jln yang terbaek!

+biarjasajadikenangan+

Friday, April 1, 2011

Watak...


Manusia... sudah banyak yang aku jumpa, sepanjang berkelana ditengah2 bumi Malaysia. Sebaik2 kejadian dengan rupa dan watak... Setiap satunya gigih menghidupkan watak masing2.


Ada watak menyenangkan.. ada watak menjengkelkan. Penyayang.. kuat melenting.. tegas.. lemah lembut.. suka memaksa.. suka mengarah.. suka mengikut.. pendiam.. kuat berceloteh.. aktif.. pasif.. manja.. tegas.. kabur.. perasan.. penyimpan.. mulut tempayan.. perayu.. pemalas.. parasit.. suka mengawal.. penipu.. tikam belakang.. kata depan.. amanah.. jujur.. ambil berat.. penting diri.. berprasangka.. baik sangka.. kata belakang.. alim.. suka bersayarah.. cakap berbelit.. pemurah.. suka membantu.. kelakar.. jiwa kacao.. etc


Lautan watak2 manusia. Ada baik buruk setiap satunya. Bukan untuk dipilih... bukan untuk dikelas... tapi untuk dihidupkan dan dipentaskan dengan lebih baik.


p/s: Pentaskanlah dengan baik, kerna aku ingin melihat sejauh mana kesannya dalam hidupku


+biarjasajadikenangan+

Thursday, March 17, 2011

Harapan

Harapan... Harapan demi harapan. Manusia sudah bosan dengan harapan... harapan membuatkan manusia seperti orang bodoh... menanti sesuatu yang belum pasti.. bergantung pada sesuatu yang tidak nyata.... Palsu!! semua itu palsu.

Namun disebalik kata2 palsu itu... kita tetap berharap sesuatu itu akan menjadi nyata... disebalik kata2 itu juga kita masih berharap... takdir akan sedikit menumpahkan belasnya buat kita... Kerna apa ? tentu saja.. kerna kita adalah insan.

Harapan... Kita sangat memerlukannya. Mengapa mereka itu tetap saja berperang... berperang yang tak kunjung akhirnya.. sejak awal permulaan zaman... Untuk apa mereka berperang ?? untuk emas.. wanita.. tanah.. Tidak!. Mereka berperang dengan keyakinan dihujungnya pasti akan ada keamanan...dan itu adalah harapan

Mengapa orang tetap saja berusaha walaupun gagal... kerna jauh didasarnya mereka yakin mereka akan berjaya kelak. Itu juga harapan bukan. Sama juga seperti orang bercinta. Walaupun mereka mereka sering saja gagal, walau cinta mereka tidak terbalas, walau hadir mereka tidak disedari... mereka tetap saja berharap... kerna adanya harapan bererti adanya kesempatan... itulah yang membentuk warna kehidupan


p/s: hidup tanpa harapan... bagai jasad yang kosong


+biarjasadjadikenangan+




Hikayat Merong Mahawangsa lain sikit dari buku...

Hikayat Merong Mahawangsa!!!

Sesungguhnya aku tertinggal 6 hari dari segala manusia yg dh beduyun2 pegi tengok crita neh. Dah berpanggung-panggung aku merantau hari ini gara tiket habes... last2 dapat juga tengok dekat TGV Mines. Berbekalkan komen2 positif di kebanyakan blog, aku masuk ke panggung dengan dada kencang~ Macam aku plak yang nak jadik Marcus~

So komen aku (budak lambat), Aku takde benda nak komen la... semua orang dah komen pun.. Bagi aku, efek CGI dia memang terbaik walaupun ada part yg agak kurenk... tahniah buat KRU... Pelakon2 dia pun Okeyh... ada ala2 Queen of Langkasuka... bangga sekejap aku jadik anak kedah yang memiliki naskah sejarah itu~

Tapi itu yang semua orang dah komen...aku nak komen lain lah pulak... Bagi aku.. yang dah pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa, cerita ini memang agak berbeza intepretasinya daripada naskah sejarah. Menurut hikayat, Raja Merong Mahawangsa merupakan Raja Besar lagi bermahkota di Rom... ditugaskan menemani Putera Raja Rom ke Benua China... Jika dilihat dari filem, Merong hanya seorang biasa... mungkin juga diterangkan berdasarkan susur galurnya keturunan Iskandar Agung dari Macedonia.

Dalam Hikayat juga, Raja Merong Mahawangsa diminta menjadi Raja di tanah tidak beraja itu sementara menantikan khabar anak Raja Rom yang hilang selepas kapalnya dilanggar Garuda dan akhirnya selepas selesai pernikahan anak raja kedua itu, dia pun berangkat pulang ke Rom selepas menabalkan anakandanya Raja Merong Mahapudisad menggantikan tempatnya sebagai raja. Ini berlainan dengan filem dimana Merong Mahawangsa mati dalam pertempuran. Mungkin saja ini merupakan satu jalan cerita bagi mewujudkan babak pengakhiran yang baik

Apa pun KRU telah berjaya mencipta suatu cerita epik yang mantap. Aku terkagum sekejap dalam panggung... "Betulkah filem ini hasil sentuhan anak Malaysia". Kita sememangnya sudah mula menganjakkan kaki lebih kehadapan dalam bidang ini... Terbaik!!! KRU...

Naskah Hikayat Merong Mahawangsa

p/s: Jangan lupa buat Silat Lagenda versi filem pulak... saya suka!!!
+biarjasajadikenangan+

Friday, March 4, 2011

Aku maseh...

Sekarang.. umur sudah 22 tapi masih berperangai kebudakkan. Aku bimbang... bimbang dibenci sama orang.. Serius aku bimbang...

Bila umur semakin dewasa, manusia semakin matang.. dan tanpa disedari, minat dan keinginan turut melangkaui permohonan zaman kanak2. Kebanyakan mereka dalam zaman ini tidak suka bergaul dengan mereka2 yang tidak matang... mungkin kerna takut dipandang rendah... dan aku akui ada diantaranya 'menyampah' dalam melayani mereka yang kebudak-budakan.

Aku risau...
Kerna.. aku juga masih lagi kebudakan. Aku cuba untuk serius.. tapi akhirnya aku mengerti satu hal, Kematangan itu akan datang dengan sendirinya bergantung atas gaya hidup masing2. Aku berharap kelak aku bisa jadi yang lebih serius...

p/s: namun, dalam sesetengah hal, kita kena berlagak matang... ^^,

+biarjasajadikenangan+

Monday, February 21, 2011

Banyak sekarang...

Sejak akhir2 ni aku banyak lihat post-post mengenai “jangan mengecewakan orang yang cintakan kamu”. Tenks untuk yang sudi postkan entry2 tu. Banyak jugak yang kena batang hidung sendiri... Banyaknya.. menceritakan kerelaan seseorang untuk menderita.

“Jangan kecewakan...” Tolong jangan...peliss... Semuanya rayuan, permintaan agar tersadar dari mimpi... Beri ruang dan peluang... agar semuanya mekar dan berkembang. Aku pernah mengecewakan orang yang mencintai aku... Jadi aku tidak akan benarkan diri aku mencintai... Itulah hukuman yang wajar aku jalani... Aku tak akan benarkan diri aku bertindak zalim lagi... tapi... aku sendiri pun sudah banyak merasa...


Aku tahu... mengejar cinta tu ibarat seperti mengejar bayang2 sendiri... Jadi tunggu saja ia jatuh keriba, mungkin akan berakhir seperti pungguk... pungguk itu setia... menunggu tanpa mengharapkan apa2...
+biarjasajadikenangan+

Monday, January 24, 2011

Anggota...


Kita punya 2 mata dan 1 lidah
Jadi kita perlu melihat 2 kali dan hanya sekali bercakap

Kita punya 2 telinga dan 1 mulut
Jadi.. harus lebih banyak medengar dari berkata-kata

Kita punya 2 tangan dan 1 perut
Ini berarti kita harus bekerja berlipat ganda dari jumlah yang kita makan
Kita punya 2 bahagian utama pada otak (otak kiri dan kanan) dan 1 hati
Jadi kita boleh berfikir 2 kali dan mencinta hanya
1

Sungguh ajaib bagaimana tubuh badan mampu memperingati kita dalam menjalani kehidupan...Ajaib kan? Angguk kepala kalau setuju..

Melihat 2 kali dan bercakap sekali..kerna dengan melihat ilmu bisa dicerna sedangkan bercakap sesuatu yang tidak perlu hanya akan mengundang musibah. Kata orang, mereka yang suka asyik bercakap saja seumpama dengan tin kosong, bising tapi tak punya isi didalamnya.

Lebihkan mendengar dari berkata-kata. Sekarang ini yang meruntuhkan bangsa itu adalah fitnah... Disebabkan pendengaran yang dibataskan dengan percakapan membuatkan maklumat yang diterima jadi kurang tepat dan menyeleweng... Mereka cuma dengar apa yang mereka mahu sahaja... dan mereka sebar2kan apa yang tidak mereka dengar sepenuhnya... Ini telefon karat namanya...laen yang didengar..laen pula yg disampaikan.

Lipat gandakan bekerja dari jumlah apa yang kita makan. Jika makan = kerja, alamatnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..macam ayam. Orang sekarang kuat sangat makan ayam...sebab tu suka ikut perangai ayam. Kalau nak makan besar kenalah kerja rajin2.. Jangan jadi macam pepatah kelantan,
"Besar tahi dari punggung, makan kecil berak besar"


Berfikir 2 kali dan mencinta hanya 1. Fikir betul2 sebelum memilih... Jangan terlalu cepat gelap mata pada yang cantek menarek tertarek kau memang de BoM... CAntek luar tak semestinya cantik dalamnya... Lihat baik2, dengar baik buruknya, lipatgandakan usaha...pasti bisa dapat yang terbaik dalam hidup... jika sudah difikirkan secocok, nah baru bisa mencinta dengan sepenuh hati...


p/s: kalau tak cinta, mana bisa diri ikhlas mencinta dan berbakti...tanpa keterpaksaan.. ^^,


+biarjasajadikenangan+

Saturday, December 11, 2010

Dihujung Pelangi...

Apa ada dihujung pelangi itu
Munculnya hanya seketika...
menimbulkan tanda tanya
lalu..ghaib...

Bagi yang lahir dalam era 80an pasti berkesempatan mendengar cerita dongeng di hujung pelangi. cerita terlihat sangat benar bagi kewarasan akal anak2 kecil seperti aku saat itu.

Menurut dongeng, dihujung pelangi itu terdapat timbunan harta karun yang tak terhitung banyaknya dan... hanya mereka2 yang bersih hatinya sahaja bisa menemukan harta2 itu. (slank agak keindonan plak) =P Jadi jika mau ketemu sama harta2 yang banyak itu, perlu sentiasa menjaga tingkah laku.

Percaya betul aku masa tu. Kalaulah dapat harta karun tu... boleh beli kereta dash, beli tora banyak2, ais krim pop...hah beli layang2, boleyh main tinggi2... lagi tinggi lagi bagus...boleyh bangga sket sambil gosok hidung..hehehe. Nak tergelak rasanya bila terfikirkan akal kanak2 aku masa tu.

Tapi sekarang tak lagi...orang dah tak cerita lagi dongeng2 macam tu dekat kanak2 sekarang. idola kanak2 dulunya Sang kancil...tapi sekarang ?? Lahir ja...celik mata terus disogokkan dengan PSP, PS3, Laptop, Ipad dan segala macam gadget. Selesai saja Dr potong tali pusat...terus dibaluti Adidas, Nike, Burberry, Zara, guess bagai... mereka sama sekali tidak merasa bersinglet...seluar pendek warna khaki dan berkaki ayam saat bermain layang2... Dunia dalam arus pembangunan... Syabas Tun Mahadhir, Dato Seri Najib...dan mereka2 yang berjaya memacu negara sehingga hari ini.
Dunia semakin maju...semua perkara mahukan realistik. Imaginasi tidak lagi menjadi medium pembelajaran utama sebagai persiapan menjengah alam persekolahan. Umur 3tahun dah masuk taska...7tahun masuk sekolah rendah...13tahun di sekolah tinggi...dan universiti. Bila keluar nanti terus terjun ke alam pekerjaan...cari duit...kawin..beranak-pinak dan Noktah!! Alangkah sayangnya jika hidup hanya seperti itu...

Itulah yang acap kali dihebah2 sebagai peredaran zaman...beredar sambil mengheret sekelilingnya agar turut serta dalam setiap rombakan2 yang berlaku... Hinggakan apa yang aku lalui dulunya tidak lagi releven pada masa kini...dan jika masih ada sekalipun..ianya old Skool~ Namun...aku masih gembira kerna sempat lahir sebagai old skool.

p/s: Hanya orang2 yang benar2 ikhlas akan mengerti harta dihujung pelangi itu... (^^,)y


+biarjasajadikenangan+



Friday, December 10, 2010

Hidup ada tujuan...

Persoalan demi persoalan tidak akan pernah berhenti melimpah dari mulut manusia. Persoalan yang tak terjawabkan itu akhirnya akan menimbulkan prasangka yang lahir atas dasar memenuhi keinginan manusia mendapatkan jawapan.

Jawapan yang tiada unsur kejituan itu bisa saja memusnahkan seluruhnya tunggak sesebuah masyarakat. Tahulah aku menapa agamaku menyuruh setiap satunya berprasangka baik.

Penghidupan sememangnya membutuhkan penyelesaian pada setiap satu2 masalah dan persoalan...dan untuk itu.. kita manusia, harus arif dalam mencari jawapan bagi satunya

Hidup perlukan masalah untuk diselesaikan
Hidup perluan warna untuk dicorakkan
Hidup perlu pertunjuk untuk diikuti
dan hidup juga perlukan sesuatu untuk mendampingi...menemani...menghargai

p/s: hidup itu diciptakan untuk mencari...merungkai...dan menjawab

+biarjasajadikenangan+

Friday, November 12, 2010

Tempat Mati atau Mati Tempat ??

Petang ni belek2 tenet terusha pakcik google... Ada satu poster thailand Tajuk Death Place... Tapi kenfius jgak nak tengok Skyline atau Crita neh... berbelah bagi ni... dalam2 sengket pun nk jugak g tengok wayang...stress sangat... So decide nk tnya akak kaunter crita apa best... Aku dgan 4 lagi kawan gerak ke Alamanda... “Skyline 10.45 p.m selling fast”... Tengok cite hantu lah seram sket.

"Death Place" atau Tempat Mati...Bunyik macam seram... crita ni ada empat cerita pendek. Tema cerita ni diambil secara langsung dari berita Thailand yang mengerikan saja. Tema2 cerita pendek tu berjudul - "Kebakaran", "Penjara", "Dendam" dan "Motel Berhantu".
"Kebakaran" bercerita tentang seorang lelaki yang dihantui hantu wanita setelah terselamat dalam kebakaran kelab malam yang meragut nyawa aweknya. Hantu tu serius huduh!!...
Dalam "Penjara" pulak mengisahkan seorang tahanan yang mempersoalkan kewarasan diri dia setelah menyaksikan sel-mate dia menggantung diri. Ini hantu main aci sembunyi... Kalau bayangkan berada ditempat dia....sadis jugak rasa...
Dalam "Dendam", Seorang lelaki pekak yang menjadi pengedar dadah telah membunuh seorang pencuri wanita yang cun di apartmennya. Lepas bunuh, dia sembunyikan mayat wanita tu dalam tangki air diatas bumbung apartment. Lepas tu satu apartment “menjerit!!!”.
Last sekali “Motel berhantu”. Ini yang paling grand sekali.... Kalau tengok boleh tecabut tali perut...Serius~ Dalam cerita ni 2 orang sahabat pergi melanggan seorang pelacur tua. Diorang bawak pelacur tu ke sebuah motel... Disitu semua orang merentap...tersentap...terhempap!!!!! Nak tahu p tengok snirik... (^^,)y tak rugi pun kalo g tgk...bez!!
p/s: Salah yang lampau takkan kekal lampau jika ia mula memburu
+biarjasajadikenangan+

Monday, November 8, 2010

Macam mana nak tangani orang saket jiwa

Aku yang stress~

Tolonk Aku pelis!!!!!!!!!!!!!!
Aku lelaki kot.... buta ka!!! Jangan menentang hukum alam... Bodoh!!!

Tolong la bagi jalan kat aku untuk tangani orang yang saket jiwa + Kecelaruan identiti neh...



Sikit hari lagi jadi aku~

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, October 27, 2010

masalah orang masalah aku

“Kuatkan diri … Jangan kalah dengan permainan dunia”. Kata2 membujuk yang seringkali berhamburan dari mulut2 mereka yang kuat memotivasi. Bagaikan sakti… jiwa kembali tenang, masalah sedikit terlampiaskan…”Terima Kasih kerna menenangkan saya”.

Kita bisa menyelesaikan seribu permasalahan orang namun sudah cukup berat buat kita untuk menyelesaikan walaupun satu masalah kita sendiri. Kita jaguh dalam menenangkan orang namun jiwa kita kacao dengan masalah sendiri. Mengapa ini terjadi… Kita sepatutnya lebih arif perihal diri….

‘Bila masalah sendiri tak terjawabkan, kita memilih untuk menjawab masalah orang’

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 26, 2010

Ubah masa depan bentuk sejarah

Sejarah tidak dapat diubah,
Namun masa depan boleh dibentuk

Apa gunanya sejarah?
Kita sangat perlukan sejarah dalam hidup
Tanpa sejarah tiadalah kenangan
Tanpa sejarah tiadalah pengalaman
Tanpa sejarah tiadalah pembelajaran


+biarjasajadikenangan+

Saturday, October 16, 2010

Diskriminasi kulit putih!!

Discrete?? discriminate?? diskriminasi yang diskrit... Dulunya diskriminasi ditunjukkan secara berdepan dan kelihatan rakus... Orang2 kulit hitam di afrika ditindas dan ditidakkan hak mereka... itu cerita dulu.... kata orang benda dh basi... namun hari ini diskriminasi terus membelenggu... Orang kulit putih pon tak lepas dengan isu diskriminasi...

Hari ini...pemikiran orang mula mencatur penilaian pada mereka yang berkulit putih... Orang kulit putih kini ditindas biar dengan cara halus. Asal putih dikatakan lembut bila berjalan, Asal putih dikata lembik bila buat kerja, tak tahan panas, manja, patah, ciptaan yang gagal...

"Awak boleh buat ke kerja ni, macam x tahan panas je”, “Tengok budak tu kulit mcm prmpuan, lembut kot”, “Eh boleh harap ke budak tu, tengok pun tak meyakinkan” “Aku taknak bakal suami aku putih2....nampak macam bapuk... tak meyakinkan untuk jaga aku”.

Kenapa semua orang pun nak fikir yang bukan2. Sungguhpun tiada kekerasan digunakan, ingatlah penyeksaan mental lebih pedih. Aku pun ingin berdiri setaraf dengan yang lain...aku pun ingin diberi suatu pandangan yang lurus, aku pun ingin...ingin... aku inginn!!!!!!!!!

Sialan mereka-mereka itu, mata2 mereka yang melirik...mencari dan meratah keyakinan aku dengan rakusnya, mereka2 yang mencebik mulut dan mencaci dalam terang... Aku dengar, aku lihat, dan aku simpan... Namun aku gagal...gagal memujuk hati ini untuk tetap tegar bersabar dengan mainan mereka2 itu. Mahu saja aku rajuk dan amuk... namun apa saja daya aku untuk menutup mulut orang.

p/s: Aku sama saja dengan korang...tak perlu tilik aku dengan perkara yang bukan2...aku tersiksa dengan penilaian2 korang itu


+biarjasajadikenangan+

Friday, October 15, 2010

Selalu ~

Malam ni baru selesai menonton teater...Naskhah sulung karya dan arahan saudara Khairul Amin "SELALU" . Teater ni adalah pembukaan bersempena dengan program Pentas Care dan program mahasiswa satu malaysia. Selalu dan selalu...

Cerita ni realistik, mengisahkan dendam seorang kanak2 yang dibawa sehingga dewasa. Namun dendam itu merubah mnjadi kasih tatkala cinta mula berputik. Aku tak pandai nak bercerita. Tapi serius best... Penghayatan watak pun bagus [bajet pakar..haha] Overall ak rasa best la...

Aku tak la banyak sangat tengok teater ni... baru belajar2 tgk... tapi teater buat aku jeles... sebab dalam teater watak dapat menyampaikan...mengekspresikan...meluahkan segalanya dengan bebas... Apa yang nak disampaikan jelas... tak perlu berselindung mahupun berkias... Tapi... realiti hidup tak mcm ni... Payah nak sampaikan apa yang kita maksudkan... hingga akhirnya terpaksa hidup dalam kepura-puraan...

Itu yang aku ceritakan...itu yang aku katakan...itu yang aku maksudkan...

p/s : brbaloi aku lep meeting smalam. Dr. Arifin maap ya..huhuhu

+biarjasajadikenangan+

Sunday, October 3, 2010

Pampers pun susah nak salin~

Dah lama ada dlm draft aku...cuma xperasan belum siap... patutnya dipost pada 3Mei2010... Ada seseorang bertanya pada aku "Lelaki suka perempuan yang macam mana" Soalan dh standard Oxford dah.... Semput jgak nk jawab...

Yang namanya lelaki itu nafsunya cuma satu, wanita. Tidak seperti wanita yang punya sembilan nafsu. Jesteru itu pengertiannya luas banget. Ada cowok [lelaki versi endon] yang melihat tampangnya [rupa], ada yang melihat uangnya [duet], dan ada juga yang melihat perilakunya... huhu banyak lagi la, cuma tangan udah kebas mawu taip ... :P Disini aku beri 2 bentuk pandangan
[pandangan A]
Bagi mereka yang melihat tampangnya itu, mereka ghairah mengejar cewek2 hot yang meletop mcm mercun 24 das. Bagi mereka "Banggenya aku sebab awek aku cun...biar muka pecah kapal tapi awek pecah panggung".Bagi yang melihat uangnya pulak, penampilan tak penting... "huh takpe... muka bleh tutup dengan plastik...janji duet dia bersepah... dah dapat banyak duet aku carik la yang hot2". bagi yang lihat perilakunya... "hmm ok la ni...biar tak cun tapi perangai ok... kurang2 bleyh la jaga anak2 aku. Kalao nak keluar aku solo je la..."

[refleksi pandangan A]
Yang melihat tampangnya, "Aku cari yg lawa2 supaya aku lebih menghargai dye, sayang lebeih sket~".
Yang ,melihat Duetnya, "Hmm pasangan kaya senang sket nak bederma... Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."
Yang melihat perilakunya, "Walaupun tak lawa...takde uang...tapi pekerti baik....sejuk mata memandang..."

So, korang pandang la sendiri...apa yang aku nak cakap kat sini...banyak sangat klasifikasi2... Setiap orang berbeza pendapat... Kalo aku plak...tak mo pikir lagi....kenfius... Esok nak menikah hari ni baru pikir... (^^,)y
p/s: buat pilihat yang terbaik...jangan 'asyik' nak berkapelan saja... kapel bukan mcam salin pampers~

+biarjasajadikenangan+



Thursday, August 26, 2010

Hey pembuli...ambek balasan kau!!

[penink...hero ada dua~]
ya ka...



Sekali imbas mcm cerita ‘songsang’. Tapi bila dihayati betol2...sebenarnya ia menyampaikan mesej yang sangat mendalam. Mula2 aku brcadang nak g mnonton Expandable... Semangat berkobar2 drive g pawagam...Sampai jew depan cnema tgk movie list xde crita yg aku nak tgk.... baran ja rasa. Dengan hati hmpa pon cuba membelahkan diri... tetiba aku tepandang poster merah...Tajuk dye slice... wah!!! Crita Thailand macam genre bunuh2..Aku pon beli tiket... Msuk dlm panggung kosong xde sapa... haha dlam hati bangge~ sbb aku beli tiket VVVVVVVVIP [booking satu panggung] hahaha!!!

Aku tak pandai crita la...Cerita dye mengisahkan tentang sekumpulan budak lelaki yang sering membuli seorang budak ‘jurus’ (si nok) huhuhu~ Salah seorang daripada kumpulan budak lelaki itu bersimpati akan si Nok namun buat2 xendah sebab takut dipulau oleh rakan2 yg laen... Namun semakin hari mereka semakin akrab....dan....namun...PI TGK SNDIRI LA.... tapi satu dialog yang buat aku terpegun...
“Saya mengingatkan kamu, kamu juga sama seperti saya... Kamu mahu diterima...kamu takut ditinggalkan...”
....................

Aku cuba menjadi seperti mereka...
Aku asimilasikan budaya mereka...
Bercakap seperti mereka...ketawa seperti mereka...
Hanya kerna aku takut...
Takut dibuang sama mereka
Takut sendirian... aku benci...
Hingga...
Tanpa sedarku...aku sedang membuang orang
Orang yang sendirian dan kesepian
Seperti aku sebelumnya
Namun sendirinya bermaruah
Kerna kuat menjadi diri sendiri
Biarpun kuno... biarpun lemau
Biarkan...
+biarjasajadikenangan+

Thursday, July 29, 2010

Bijak??


Kita tidak akan jadi bijaksana dengan kebijaksanaan orang lain,
Tetapi kita akan memperoleh pengetahuan dengan pengetahuan orang lain.

Bunyi macam masuk dan xmasuk akal.... Jangan kita fikir dengan berselindung disebalik kebijaksanaan orang lain membuatkan kita kelihatan bijaksana... Orang seperti ini mudah dilabelkan sebagai tin kosong. Bising...bising tapi dalam kosong...

Manusia mudah menyalah artikan istilah jika mahu menjadi yang terbaik, beradalah di antara yang terbaik.... Apa yang benar2 dimaksudkan bukan hanya berada diantara tetapi berusaha dengan cara dan motivasi mereka... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dalam situasi ni, istilah seekor kerbau bawa lumpur, habis terpalit kerbau sekandang xboleyh pakai... Kalau seseorang itu tidak mahu berusaha, rezeki di depan mata pun boleh terlepas.
Jadi jika mahu berjaya, timbalah ilmu berdasarkan pengalaman dan pembacaan.... Ilmu itu semakin dikaji, semakin banyak yang kita tidak tahu... Semakin banyak yang kita tidak tahu membuatkan kita semakin berusaha dan seterusya berjaya....

p/s: dalam berusaha itu tambahkan dengan manisan doa... moga hidup berkah rahmatnya ^_^

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 25, 2010

Saat Itu...


"I'm not afraid of the wickedness of the wicked, but the silence of honest people". "Our lives begin to end the day we become silent about things that matter.

p/s: jika sudah tiada mereka2 yang jujur bersuara tentang kebenaran...Disaat itulah bermulanya kehancuran dan kebinasaan bangsa kita. Dan kita sedang menuju kehancuran itu....

+biarjasajadikenangan+

Friday, June 25, 2010

Kawan & biskut...mana lagi mahal ?

Kalau kita ke kedai rucit, Harga biskut 2hengget, Garam 4Kupang(sen dlm kedah), gula2 2kupang, sabun daia harum sengget dan mcm2 lagi la, kalao takde barang tak jadik kedai plak dye... Tapi satu hal yang aku tak tahu, berapa harga persahabatan?? sapa2 nak bid untuk persahabatan tak so kita boleyh tau harganya...

Kalau ajak makan tak ikot nak putus sahabat, tak teman pegi kedai runcit pon nak putus sahabat, tak teman sopink nak putus sahabat, dan tak keluar makan pun nak putus sahabat~ wow!!! mesti bagi dia harga persahabatan 2 murah sangat, senang nk putus2... boleyh lelong dekat pasar malam " lai2 3 singget 3 singget!!!! yang comey bagi saja, beli satu pecuma plastik bag~" Mungkinn sebab banyak sangat membe dye sampai melimpah ruah.... Itulah permainan manusia, bila dah banyak tak menghargai, bila takdak tercari2... hahaha~ maluw jugak kadang2 mengingati peradaban yang semakin lusuh..luntuh..lumpuh :(

Bagi aku sahabat biar tetap sahabat, takde putus2...ingat tali ka boley kerat2~ sekali berkawan, kawan sampai mati..biar macam mana gaduh pun akan baek semula..tapi kawan makan kawan tu laen cerita la.. itu laen bab, Kalao benda2 remeh macam tu boleh buat kamu putuskan persahabatan, what can i say~ dah itu ja nilai untuk prsahabatan kamO~

p/s: Jangan sesekali bermain dengan perkataan sahabat, Kerna sahabat la masyarakat kita semakin jatuh skang, dan kerana sahabat juga ita mampu menjadi bangsa yang kuat~ [just pendapat Encek Bally] ^_^


+bilajasajadikenangan+


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...