Bally.Da.Shoe: October 2013

Tuesday, October 15, 2013

Pertahanan Semulajadi yang sangat ohsem



Jika hutan pamah dan hutan gunung digelar 'span gergasi', hutan bakau pula mungkin digelar benteng laut. Mengapa? 

Setiap tahun kawasan pantai kita terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedar menjadikan pantai semakin 'mengecut'. Inilah kesan dari hakisan ombak. 

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah hakisan ini.. antaranya ialah dengan membina pemecah ombak untuk mengatasi masalah ini. Namun pemecah ombak semestinya menelan belanja yang sangat tinggi. menurut sinar harian 13/9/2013, kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi membina benteng pemecah ombak bertujuan mengelak hakisan di beberapa pantai di sekitar Senggarang, Johor.

Namun sedarkah kita, "Nature" juga mempunyai barisan pertahanan sendiri. jika diamati.. disebalik pemecah ombak kita dapat lihat ada tumbuhan yang tumbuh. Itu adalah Avincennia. Avincennia adalah pertahanan paling hadapan. Avincennnia mempunyai jaringan akar udara (pneumatophores) yang tumbuh mencacak melepasi paras lumpur di sekeliling pangkal batangnya tidak hanya bertujuan untuk pernafasan, tapi juga untuk memerangkap dan memegang mendapan tanah.



Gambar 1: Pneumatophores

Selain itu, Daun Avincennia atau lebih mudah dipanggil pokok Api-api mempunyai kelenjar garam di permukaan bawahnya. Kelenjar garam ini berfungsi untuk menyingkirkan garam dari pokok. hebat kan? Ini kerana tidak semua pokok mempunyai kelebihan ini.  Biji Api-api pula mula bercambah ketika masih melekat di ranting lagi. Ini bagi memastikan bijinya tumbuh dengan cepat sebaik sahaja terjatuh atau tertanam di dalam lumpur.

Avincennia akan menyediakan persekitaran (struktur tanah) yang sesuai sebelum barisan seterusnya masuk iaitu Rhizophora & Bruguiera. Hasilnya akan terbentuk satu ekosistem bakau yang hebat sebagai pertahanan dari hakisan ombak dan juga Tsunami.

Bekasi Diminta Tanam Bakau di Pesisir Pantai Utara

p/s: Don't fight against nature... alam lebih arif ^^,

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 8, 2013

Cipan 'Capet'




Ramai yang sebut cipan... cipan... tenuk... tenuk... tapi kenalkah kita dengan cipan dan tenuk? Sebenarnya cipan dan tenuk ini merujuk kepada haiwan yang sama iaitu Tapir.


Keseluruhannya hanya terdapat 4 spesies Cipan atau Tapir yang wujud di atas muka bumi dan Malayan Tapir yang terdapat dinegara kita merupakan spesies yang terbesar dengan berat badan mencapai 363kg!! Malayan Tapir mempunya ciri-ciri badan menarik seolah2 ia sedang memakai cawat berwarna putih. Siapa cakap tapir comel angkat tangan!

Tenuk/Cipan/Tapir yang dimaksudkan ni adalah :

1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Asia Tenggara dan Malaysia. 
2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Mexico dan Amerika Tengah. 
3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Utara Andes di Colombia & Ecuador.
4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Hutan Amerika Selatan.


Tenuk menjadikan buah2 yang gugur, pucuk2, dan daun2 muda sebagai makanannya. Namun yang sedihnya, Tapir kini semakin mendekati kepupusan.. Ini disebabkan oleh :

1. Pemusnahan habitat asal untuk tujuan pembangunan. (ini mengganggu proses pembiakan & sumber makanan tapir)
2. Pembalakan tak terkawal
3. Pemburuan (Harimau, harimau bintang, manusia)

Kini Persatuan Pencinta Alam (MNS) sedang berusaha keras bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenal apa itu tenuk dan bagaimana fungsinya di dalam ekosistem liar tidak hanya di zoo dan sebagai sampel2 awet di muzium2 dan pusat interpretasi.

Dengan motto hidup 'Show something better to our childrens' jom support usaha2 pemuliharaan si tapir/tenuk/cipan ^^, 

p\s: kalau Afrika terkenal dengan badak air... biar orang kenal Malaysia sebagai rumah kepada Cipan pakai 'pampers'

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 1, 2013

Mudahnya mengesan manusia

Dihujung2 minggu bagi yang ingin lari dari kesibukan kota.. kebanyakannya memilih untuk berekreasi santai di hutan-hutan lipur ataupun melibatkan diri dengan aktiviti lasak di hutan seperti mendaki gunung, mountain biking dan sebagainya.

Aktiviti2 santai mahupun mencabar ini sememangnya mengujakan namun kehadiran mereka yang tak bertanggungjawab sememangnya mengundang masalah.


Isu pembuangan sampah di kawasan-kawasan hutan ini bukanlah isu baru yang dibahaskan di laman2 blog dan media cetak. Pelbagai pendekatan2 diguna pakai oleh agensi2 bertanggungjawab untuk 'menyekolahkan' golongan2 tidak bertanggungjawab ini namun semuanya tidak memberikan kesan yang baik. 

Kesan daripada perbuatan ini menyebabkan wujudnya pelbagai masalah contohnya Penyakit kencing tikus dari virus Leptospirosis. Tikus-tikus tertarik dengan sampah2 dan keluar ke kawasan riadah manusia. Banyak hutan2 lipur yang terpaksa ditutup ekoran merebaknya wabak ini. Banyak lagi contoh2 lain yang boleh diberikan.

Salah seorang guide Gunung Ledang pernah mengakui " Naik Gunung Ledang susah nak sesat. kalau sesat ikut ja sampah, mesti dapat keluar". Begitu sinonimnya kita dengan sampah. Sampah yang bertimbun ini sememangnya mencacatkan permandangan. Bayangkan kita sedang menikmati hari2 minggu d ikawasan perlupusan sampah. tentunya tak 'ohsem' kan.

p/s: Aku yakin masih banyak orang yang peduli dengan alam sekitar kita... tak perlu kita susah2 nak kutip sampah orang lain jika setiap orang bawa keluar sampah masing2 yang dihasilkan semasa beraktiviti dan berkhelah.

+biarjasajadikenangan+



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...