Bally.Da.Shoe: Peristiwa
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Pengalaman yang takkan aku LUPAkan


Hari ke berapa tah tak ingat.. tapi yang pasti peristiwa ni berlaku masa aku collect data dengan kawan2 dekat plot atas. Memang aku takkan lupa peristiwa lewat senja tu. Hujan lebat (buat projek musim tengkujuh sapa suruh). Kami berehat bawah khemah utama sambil masak milo panas.. memang ohsem!!! Unggun api yang galak menjadi tumpuan semua lah sambil sembang2.
Unggun temppat menumpang kasih ^^. selesanya~

Milo panas yang ohsem!! ^^, sapa yg buat.. hehe

Hujan semakin lebat, banyak dahan pokok yang patah dan jatuh. Ini menambahkan tahap cuak kitorang takut2 pokok pulak yang patah. Akhirnya kitorang buat keputusan untuk turun ke chalet fakulti. Dengan gaya laju2 kitorang masukkan barang2 penting dalam drybag si naim dan chow! Elok sampai dekat alur saja HOHEMGEE! jalan dak takdak.. dah takdak alur2 dah... air dah hampir paras dada. Air naik. Mustahil kalau nak melintas dengan bahagianya sebab air sangat deras. Silap percaturan hanyut~

Kem 3 mesketeer

Disebabkan nafsu nak turun yang naik mendadak2 tu, Kitorang masing2 melintas guna pancang ala2 orang buta melintas zebra crossing. Kitorang pacak pancang kuat2 kt dasar dan lintas... brilliant tak? haha Ijak jalan dulu sebab fizikal dia yang gagah..huhu naim tengah dan aku last sebab aku bawa barang. Masa tengah brilliant2 menyeberang tu, aku tengok ijat dah goyang.. gila ahh kalau dia tak tahan.. apatah lagi aku yang keding dan kering ni. Dalam goyang2 tu lepas jugak.

Sebelum air naik
Selepas air naik

Aku ikut rapat belakang naim. Sampai ja tengah pancang aku pegang tercabut... pelanting rasa. Kalau hanyut ni memang jalan lah. Saat2 tragis dan sadis tu lah si naim sambar lengan aku. Demmm!! aku memang berhutang nyawa dengan hang naim. Bag kamera habis lencun.. nasib la kamera dengan gps dalam dry bag.

"Eh.. jalan putus!"

Kitorang pun panjat tebing terus start motor. Jalan licin giler.. hape ko hengat motor aku pandai shafel tectonik kah.. Banyak kali jugak la motor aku tergelincir.. nasib tak jatuh. Aku gerak belakang.. ijak depan sebab dia suruh aku suluh dia. Tengah sedap safel tu ijak berhenti. Air lintas jalan... dan separuh daripada jalan runtuh. Proses menyeberang terpaksa dabel hati2 takut air tolak motor. Memang tawakkal habes masa menyeberang. Lepas bahagian tu jalan dah agak selamat sebab dah mendaki. takde banjir2 dah.. setakat dahan2 jatuh tu ada la. Tapi tak lepas lagi kitorang.. ada satu lagi azab.

Jalan putus (malam)
Jalan putus ( keesokan hari)

Betul tekaan kitorang, jalan balak yang kitorang lalu tu melintas 2 kawasan tinggi. dan diantara tu air naik. Kali ni arus lagi kuat dan agak dalam. So kali ni aku g dulu sebab motor aku tinggi sket. Masa melintas, moto memang terdorong ke sisi sebab air kuat. tapi disebabkan aku berdua so tak terasa sangat. sampai satu spot tiba moto jatuh lobang. demm!! wap stim membuak2. Aku tengok belakang eksoz aku dah bebuih... aku pulas trottle mcm nk tecabut rasanya.. naik juga moto aku. Aku toleh ja aku nampak moto belakang dah selam.. separuh moto hilang dalam air. Kelam kabut kitorang p tarik motor.

Usaha2 menghidupkan motor


At last.... (afta teti minit)

lokasi motor lemas

Naik tebing ja.. ada setengah jam jugak lah cubaan menghidupkan motor. Nasiblah maw hidup jugak... Hondak petak sangat ohsem!! Berakhirlah pengembaraan sadis hari tu. Aku rasa tu lah pengalaman yang paling teruk sepanjang collect data sebulan tu.. dan aku dah berhutang nyawa dengan orang. kalau tak hilanglah aku malam tu dalam air yang bergulung2. Aku ingat sampai mati naim.. tenks!!

Ni lah cerita...




+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 3, 2011

Cerita: Pilot Study

Hari ni rajin pulak nk baca thesis balek... refresh balik apa yang aku buat dulu... Thesis aku takde la gempak macam tajuk mereka2 yang laen Kewujudan UFO di Hutan Malaysia” “Menkaji teknik member makan Harimau di hutan” “Kelajuan itik berjogging mengikut suhu dan kelembapan”.. Itu semua tajuk2 gempak. Aku hanya kaji komposisi katak di kawasan yang diguna dan kawasan yang tak di guna didalam Hutan Aimpan Air Hitam.

Nampak macam simple kan. Hahaha tolong jangan percaya.... Leteyh dia xboleyh nak dgambarkan disini...haha memandangkan takdak manusia sangat yang buat thesis wildlife dalam fakulti aku masa tu... maka terpaksa lah buat kerja sendiri2 dengan gigih... Kebetulan ada 3 orang yang buat wildlife... Naem Tupai, Ijak burung, dan aku yang buat pasal katak... So kiteorang masuk 3 orang la... untuk kumpul data...
Member2 yg banyak membantu masa pilot study ^^,

Masa buat pilot study tu ramai jugak member yang datang teman.... tenks kawan2 yang susah2 teman kiteorang... (Dewa,Askar,Bear,Hing,Kholis,Bacan) Aku tak boleh lupa lagi first time kiteorang masuk hutan nak rikki jalan *Site study* kiteorang masuk 8 orang (sorang reserve jaga barang)... masa kiteorang masuk tu baru 5.30ptg... So tak bawak apa2 kelengkapan la, so masa tengah cari2 kawasan yang sesuai... hari pun gelap.... masa tu kompas dgn lampu suluh tak bawak... memang se**t lah...oppsss!! jangan sebut dalam hutan... Kiteorang memang menggagau la dalam gelap.. Aku pun tak dapat jumpa tanda2 yang aku dah buat dengan parang... huhuhu lepas sejam... baru kiteorang dapat keluar...

tyme nak rikki plot burung, small mammals

Sampai campsite...makan kejap... terus kiteorang masuk balik. Kali ni lengkap dengan kelengkapan, kiteorang masuk menggunakan jalan air (orang keddah cakap randuk ayaq) dengan gaya seperti komando mencari budak hilang... Banyak jugak tangkapan kiteorang mlm tu.. huhu masa ni mmg seronok.. dapat lihat mana member2 yang takut gelap...yang takut katak... tapi overall semua ok... =P

Katak pertama yg aku tangkap (crazy frog) =P

Pilot study seminggu ja... Dari pilot study ni banyak jugak yang aku belajaq.... Kalau buat kerja berkumpulan ni kena sama2. Itu memang teramatlah penting.. tak boleh selfish. Dalam hutan kalau buat kerja sekor2 memang bodoh.. Alhamdulillah semua orang komited dgn kerja. Yeay!!!.. banyak juga aku belajar tentang behaviour katak ni... pot mana dia suka lepak... macam mana nak detect dia... cara nak tangkap, spesies2 dia... Pasal burung dengan small mammals pun aku banyak belajar dengan kawan2 aku... Kerja dalam hutan memang enjoy!! ^^. tapi penat la =P


Study kt mana2 pun penting.. cewahh!!!

Itu saja buat masa ni... nanti aku cerita pulak pengembaraan kiteorang masa collect data sebenar dekat plot yang nun didalam belantara ^^, *bajet ada org nak baca blog kau* =P babai...

p/s: tips: berhati2 bila bergerak dalam sungai kerana haiwan2 berbisa seperti ular bergerak melawan arus sungai...dan mereka2 sangatlah laju ^^’, Silap2 boleh kena ‘cium’


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, August 2, 2011

Apa nak buat... mata tak ngantuk!

“Arghhhh!!! Asal tak boleh tido lagi neh....”. ...bangun bukak PC, potosop la dulu... =P

Huhu bosan2 tak dapat tido ni membuatkan aku semangat pelik nak mengedit gamba...bukan pandai edit pun =P Huhu ini lah bahananya bila orang yang tak pandai ambil gamba tapi belagak nak pakai manual... hahahaha!!! Tapi kalau tak belajar sampai bila nak pandai kan... Asyik guna mmode P ja... baik tak payah amek gamba...search ja pakcik google senang!..

Tik.. tap.. tik.. tok... (5minit).. Tik.. tap.. tik.. tok... (2jam). Erk.... T_T Ini bukan semakin mengantuk dah... semakin segar pulak jadinya... Huhuhu so 2 jam membazir masa ni siap la sekeping gamba... er...er...er... sekeping jer!! =P I’m just an ordinary guy okay!!

Kiri gambar yg dah siap... nmpak mcm simple je kan... mesti korang igt aku main brightness je kan...hahaha

Ni ha gambar tu...disebabkan mostly gamba lindung dgn bayang2..so ak edit balek ler...nak buang sayang pulak... ^^.

Ni pun gambar yg bru touch up... Apa bolehy buat...bosan2 ni tak tahu nak buat ape... huhu dah nak tido dah...japgi nak bersahuran sesama... haha babai!!

+biarjasajadikenangan+

Monday, August 1, 2011

Syndrom hari pertama puasa.

Hari pertama puasa kalau pagi2 masuk dapur tu biasalah... Terlupa la tu bulan puasa. Hari pertama puasa selalunya hidangan berbuka dah banyak tak ingat dah... semua benda nak beli.. Macam nak balas dendam ja sehari tak makan. Hari pertama puasa jugak la nak tengok kanak2 hibernate... tido je keja. kalau suruh g kedai tu... macam nak mengesot ja dia. Kalau time tak puasa.. jangan harap nak melekat dekat rumah.

Tyme2 hari pertama puasa ni, dah mula fikir nak pasang lampu lip lap... tercari2 mana tempat simpan pelita bagai.. Dulu2 plak, masa hari pertama puasa jugak lah sibuk buat calculation duet yang bakal dapat kalau puasa penuh... huhu itu zaman kanak2 dulu lah... Sekarang mahu kena senduk kalau mintak duit lagi...

Tapi apa2 pun masa tetap bergerak... semua dah tak macam dulu dah. Sahur dah tak ramai macam dulu dah... tak dapat tengok dah muka2 kelat bila kena paksa bangun sahur... berbuka pun dah tak meriah macam dulu dah.... dah takde berebut sudu... berebut paha ayam. Rindu masa dulu... walaupun dulu puasa tak penuh... tapi rindu detik2 macam tu lagi...

Tapi hidup harus diteruskan betul tak? Biarlah kenangan2 dulu tu menjadi sesuatu yang manis buat dikenang... Mungkin suatu yang mengujakan untuk diceritakan pada anak2 kita kelak. Jadi aku nak jadikkan puasa ni jugak suatu yang menarik buat diingat.

p/s: Biarpun masa semakin pendek... tapi masih boleh diisi dengan sebaiknya ^^,

+biarjasajadikenangan+

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour : Kita Malaysia prihatin!!!


Earth Hour adalah aktiviti global yang dianjurkan oleh WWF(World Wildlife Fund) dan diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun. Earth Hour meminta rumah-ruamh dan premis2 perniagaan untuk mematikan lampu2 dan peralatan2 elektrik yang tidak penting selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim yang sibuk deperbincangkan sekarang.

Pada tahun 2007, Earth Hour disertai oleh WWF dan Morning Herald Sydney. Pada masa itu lebih kurang 2.2 juta penduduk Sydney telah menyahut cabaran dan menyertai dengan mematikan semua lampu yang tidak penting.

Setelah Bandar Sydney mengetuai cabaran Earth Hour dengan penuh kebanggan, bandar2 lain di seluruh dunia mula menerima acara ini dengan baik pada tahun 2008. Earth Hour 2011 akan berlangsung pada 26 Mac 2011 pukul 20.30-21.30 malam ini. Pada saat itu nanti biarlah kita seluruh rakyat malaysia menunjukkan keprihatinan kita pada dunia... Tunjukkan pada mereka bahawa kita MALAYSIA juga cintakan Bumi hijau ini... Ayuh Malaysian...kita sahut cabaran!!!

p/s:
tunjukkan pada dunia kita Malaysia prihatin ^^, tapi janganlah sampai masa memandu kat jalanraya pun korang tutup lampu kereta.... itu kes naya..
+biarjasajadikenangan+

Tuesday, March 22, 2011

Ronda2 Alam Semula Jadi Jom!!

Ronda2 Alam Sekitar...

Peserta kanak2 memulakan perjalanan

Itulah hujung minggu aku (minggu lepas jer...) Salah satu subjek yang aku ambil semester ni memerlukan students untuk buat aktiviti2 rekreasi...wow i loike~ huhu aku suka bila dapat keluar ramai2... main ramai2... tido ramai2 mandi ramai2... makan ramai2... Pendek kata semua ramai2 (^^,)y Aku rasa seronok giler!!

back to da story... huhu for da sake of saving forest...kiteorang dh jalankan satu program untuk kasi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya hutan dan segala isi di dalamnya. Aktiviti ni dijalankan 1 hari saja memandangkan ini baru permulaan... (promosi laa..) kata orang untuk dapatkan gambaran awal dan reaksi masyarakat tentang aktiviti seumpama ini.

Aktiviti dijalankan di Hutan Simpan Ayer Hitam (ini hutan UPM punye..) Untuk Program ini, ianya dibahagikan kepada beberapa slot. Pertama sekali "Puak Hutan". Di sini peserta didedahkan dengan tumbuh-tumbuhan herba yang banyak terdapat di dalam hutan seperti kacip fatimah (Labisia pumila) dan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) *itu komfem sume org tahu*.

Slot kedua adalah Puak Hidupan Liar. Disini peserta didedahkan dengan hidupan liar. Apa langkah2 keselamatan bila berdepan dengan makhluk2 ni.. Hidupan liar yang ditekankan dalam slot ini lebih kepada mamalia kecil, burung, dan amphibia. Huh!! punye la seksa kiteorang nak tangkap binatang2 ni... huhu tapi bila tengok peserta2 excited... hilang teros rasa letih...


Snap2...

(Otus bakamoena) Jampuk kubur
Puak ke-3 Puak serangga, kat sini penerangan pasal serangga (entomology) diberikan oleh mereka2 yg expert n puak last skali adalah Puak survival... Di sini peserta2 diajar asas2 untuk survive dalam hutan... Peserta diajar cara2 nak buat khemah, cara nak nyalakan api, cari makanan yg selamat untuk dimakan, cara masak nasi dalam buluh...mcm2 lah... mmg best ^^,


Penerangan pasal serangga
Medical Assistant Sofie jikan tengah merawat peserta yang 'dipatuk' pacat ^^,

Peserta bergambar dibawah Khemah Pisang sesikat =P

Lepas tu setiap peserta diberi binokular untuk aktiviti skodeng burung... banyak la burung2 yg dah kene skodeng hari tu... Finally sampai lah ke aktiviti yg terakhir dimana peserta2 mandi dekat Blue Lagoon sambil menjamu selera. seronok betol mandi...

Moralnya yang aku dapat lihat daripada program ni (aku intip sket2): mereka dah mula prihatin... semasa berkemas nak pulang tu, semua orang sibuk kutip sampah... wow!! tegezut aku~ hmmm.... Sape kata orang kita tak prihatin.. maih sini biar aku sekeh...


Fesi2 nak bergambar jugak!!

*Peserta2 Ronda2 Alam Semula Jadi*

p/s: Indian...Malay...Chinese... Semua mesra macam satu family... kita dah dekat dengan hearts of Malaysian *terharu aku nengok*

+biarjasajadikenangan+

Thursday, March 3, 2011

Ceritera malam tu...

Malam yang aku bayang2kan tu dah pun sampai... Walaupun jauh dari apa yang aku bayangkan tapi aku tetap puas hati. Bisa sama2 dengan teman2 seangkatan... mengabadikan saki baki kenangan yang masih bersisa...
Malam tu ya, aku berpakaian putih tapi tak seluruhnya. Aku excited gila malam tu. Aku pasti semua orang pun keluarkan yang terbaik untuk Majlis makan malam akhir ni. Fakulti aku takde majlis makan malam, so kiteorang gather dalam majlis makan malam Kolej 12. Tema bagi majlis ini adalah "Venetian Masquerade". Menarik kan!!


Kiteorang tiba tepat pukul 7 malam. Masa tu orang2 laen punbaru saja tiba. Aku berpasangan dengan 'my twin'. Dia berpakaian kemeja hitam dengan jaket dan aku kemeja putih dengan jaket Dark Grey.. Memang kontra kan... ^^, Orang2 yang lain tu jangan cakap la... Memang bling2 habes!! Semua oarng dengan kenuikan yang masing2.

me & ma twin ^^,

Dalam majlis tu, budak2 hutan ada 4 table. Tapi.... dalam banyak2 budak hutan tu, 2 orang je lelaki... Memang sedeyh kan.. Hahaha... Majlis makan malam kiteorang start dalam 8 .3omlm. Makan dye boleyh tahan sedap... Semua sekali ade 3 course. Semuanya seperti kat bawah ni :



Malam tu semua orang pakat gila bergambar... Mungkin sebab tu lah detik2 terakhir kiteorang nak makan beramai2... Lepas ni semua dah nak bawa haluan masing2... Cuma satu yang aku kesalkan... Detik2 yang terakhir ni terasa begitu singkat... Andai bisa dipanjangkan... T_T

Apa2 pun aku tetap puas hati walaupun takde red carpet, Menari, Piano, mawar putih, dan gadis bergaun putih labuh sampai sapu lantai... Tapi tetap ada lagu Bila cinta... ^^, trademark org sekarang kot...

Silalah nikmati gambar2 kat bawah ni ae.. Mungkin ini yang terakhir (^^,)






p/s: Bye semua~~

+biarjasajadikenangan+

Thursday, February 17, 2011

Selamat~


"Selamat jaley saing... Mana demo g kno pandai jago diri... Jange dok wak nayo ko oghe... jange sakit hati oghe... cari rezeki molek... hok paling penting sekali doa saeng2 skali buleyh kijo"

Dewa... Anak jati Kelantan... kenapa panggil dewa ? Sebab dia memang raja tidur... Aku rasa katil adalah perabot yang paling brharga bagi dia. ^^, Hobi dia maen facebook dengan berenang. Teman2 rapat dari bintulu panggi dia Mat cah' , itu aku pun tak tahu apa sebab... dan hari ni member aku ni dah pergi.... masuk keje. Dia dapat jadi penolong pegawai perlindungan hidupan liar, unit gajah dekat temerloh. Seronok tengok member2 dah masuk keje. Aku bila lagi ? huhu
Ada rezeki ada la tu...

Lepas ni kita semua pakat2 bawa haluan masing2... mungkin ada yang akan terjumpa masa keje... Tapi ingat, walau kat mana kita pergi... Kita semua tetap kawan... Mungkin satu hari nanti bila rambut dah putih, jalan pun dah pakai tongkat bagai... tapi bila kita jumpa balik ramai2... kita masih boleh gelak macam dulu2...

p/s: mungkin bila selisih nanti semua dah segan2... semua dah jadi kekok... just ingat, korang tetap sahabat aku...

Sunday, February 13, 2011

Esok 14 Februari!!!

Esok mungkin hari yang sangat ditunggu2 bagi mereka2 yang bukan islam, khususnya yang sedang bercinta. Aku taknak komen banyak pasal ni, bagi yang muslim...kita sedia maklum kita dilarang menyambut Hari Valentine. Bagi kita... setiap hari juga merupakan hari untuk kita menunjukkan kasih sayang... pada ibu... ayah... saudara... sahabat... org yang lebih tua... jugak pada suami dan isteri (pada mereka2 yang terlibat ) Namun ini tidak sama sekali memberi halangan kepada mereka2 yang bukan muslim dari meraikan hari ini... Kepada mereka.. silakan... raikan dan tunjukkan kasing sayang korang.

Tapi tahun2 yang sebelum ni pun family aku tetap sambut 14 Februari sebagai salah satu hari yang penting dalam perayaan keluarga. Hari itu merupakan Hari Ulangtahun kelahiran kakak aku... Esok genap sudah umur yang ke-24... Serius kaw dah tua~ Huhu aku wish kaw selamat Ulangtahun dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dalam setiap pekerjaan... Bagi lelaki umur mungkin tak menjadi satu masalah...tapi bagi wanita... hehehe sendiri nilai la... Setiap tahun pun pasti merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-18.. (^^,)y

Lagi maw tulis kat sini...

Hari ini aku dengan kawan2 singah makan cendoi Uniten....serius femes!! Memang bertingkat la kiteorang makan. Banyak lagi yang femes kat sana. Mee rebus, Koeyteaw goreng, pasemboQ, Rojak mee, Sup Utara... semua superb!! Tapi hari ni jugakla aku puas mengerang sebab melecur kulit, berjemur kuat sangat...hahaha mcam tak biasa pulak... Yang pasti... serius pedih!!!

Lebih kurang dak 2 gambar ni.... mcm tak sja... =P

sumber: pakcik google

p/s : Esok ada teater...jom tengok~ ‘Orang Baik’ jam 3.30ptg dan ’Syurga atau neraka’ pukul 8.30mlm

+biarjasajadikenangan+

Sunday, January 9, 2011

Loceng Aiskrim...

[Ni jam pakcik google... Aku pinjam jap]

Semua orang sibuk cakap facebook nak tutup...ada jugak yang cerita pasal AJL bagai...Asal aku apa pun tak tahu.... Aku bukan lagi katak bawah tempurung...tapi katak purba bawah tanah... Takpelah esok2 aku baca paper banyak2... ada sapa2 nak kasik tv dekat aku?? angkat tangan pelisss...jgn malu2

Lama dah tak update blog... faham2 sangatla sem baru baru seminggu. Banyak benda yang nak kena set-up balik... bilek, barang2 setor budak2 ni, lagi nak sesuaikan diri dengan jadual... memang habeh berterabur.... padan la dengon blog yg bersawang neh...

Aku sebenarnya brmasalah. 2 hari lepas aku jalan2 dengan member aku [Dewa]. Memandangkan membe aku banyak beli barang aku pun terasa nak beli satu... aku takde benda nak beli so aku beli selipar dengan jam loceng (O-O). Jam tu murah ja tapi agak comel la... bulat2 macam kueh dorayaki... Apa yang menjadi masalahnya... sejak beli jam tu dah 2 malam aku mimpi makan aiskrim. Ada ja apek yang sibuk nak juai aiskrim dalam mimpi aku... Naseb tak juai air tebu. Kalo tak basah jugak katil aku malam tu~ tak pasal2 kena usung tilam g tandas...

p/s: Apa rasanya makan aiskrim dalam mimpi ~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 6, 2010

Sinking of Kedah...



Tadak dah bunyik orang bising2...hehehe

Adeyh 2 hari sudah tergendala mood nak berblog gara2 kesibukkan menikmati banjir. Hmmm~ Banjir kali ni memang dahsyat...lebih dahsyat dari yang sebelum ni. Bilangan mangsa yang dipindahkan dah mencapai 39,512 berbanding 33,413 sebelumnya (info 2 hari lepas). Info yang terbaru (baru tadi) mengatakan 85% Alor Star sudah ditenggelami Air. Maybe 15% tu dato' Kumbar je lah... Naseb la Dato' tu pilih tempat tinggi2 =P Di kedah memang terasa sangat sebab tempat2 yang tak dijangka pun karam...
Aloq Staq ku~~

Kapal Selam timbul...

Mulanya Alor Star lingkaran luar saja yang rasa dingin air bah... sebab tengah town masih steady. Tapi malang xberbau... ayaq bah pun xberbau... hmpir seluruh aloq staq lumpuh... Tinggal area2 tinggi ja yang tak dinaiki air... rumah ak termasuk la...hehe
Jalan Stadium = Sungai stadium...


Antara jalan yang terbusy dekat Loq Staq (Jln Sultanah). Aku benci jalan neh...bnyk trepik light... padan muka ank trepik light

Kereta mampus xsempat sampai stesen minyak!! huhuhu
Jalan2 yang dulunya sibuk dengan deretan-deretan kereta kini lengang...
Jalan2 yang dulunya riuh rendah dengan bunyi hon kenderaan kini diganti dengan lolongan manusia2 meminta tolong...
Kereta yang dulunya ligat berlari diatas jalan raya kini terlihat berenang2 ketepian
Jalan raya yang dulunya tempat anjing dan kucing melintas kini menjadi sungai tempat ikan2 duyung bermain.Sesungguhnya inilah malapetaka terburuk di Kedah. Semoga Dato' Kumbar tak tenggelam... hehehehe
Si kecik ni tengah seronok nai sampan tong~

Apalah nilai sebijik Honda Jazz ~

+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...