Bally.Da.Shoe: Kesihatan
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Gastrik di bulan2 Ramadhan T.T

Dah lama sangat aku menyepi... takdak kabar berita entah hidup entah mati.. tup tup jengoi(muncul) kat sini.. huhu tiba2 rasa terpanggil nak menulis balik... banyak benda berlaku lately ni sayang pulak kalau tak dicoret..

Tahun ni Ramadhan datang lagi... aku bersyukur sebab daat berjumpa lg dengannya.. cewah.. tapi ada ja yang selalu nak mengacau.. Gastrik memang berleluasa di saat ni... sakit tahap guling2 ni. Sebab tak tahan sgt aku godek2 sket kat gugel jumpa la info sket pasal makhluk alah ni..



Gastrik adalah kesakitan yang disebabkan oleh hakisan dinding permukaan di dalam perut oleh 'gastric acid'. Senang cerita ianya asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan permukaan perut disebabkan oleh asid ini tak hanya berlaku sehari dua. ia mengambil masa berbulan2 sebelum seseorang itu mendapat simptom2 gastrik seperti :-

1. Rasa loya
2. Berat badan susut
3. Hilang selera makan
4. Pedih dan sakit perut
5. Kembung perut selepas makan
6. Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
7. Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
8. Muntah (disebabkan oleh tolakan gas daripada perut)
9. Senak, rasa berangin dan tidak selesa di bahagian perut.


Penghidap gastrik yang kronik kebiasaannya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan. Menurut sumber daripada internet, Penghidap gastrik paling ramai di kalangan penduduk China, Taiwan, Jepun dan Korea. Ini mungkin juga disebabkan faktor pemakanan kerana asia terkenal dengan makanan yang berlemak, pedas, berasid, makanan yang mengandungi bawang, kopi dan minuman berkarbonat. ia juga sememangnya menu2 kegemaran rakyat Malaysia. Di Malaysia, Negeri Sembilan dan Kedah memang terkenal dengan makanan pedasnya. Mungkin aku patut cari statistik pesakit gastrik di kedua negeri ni.

Sebenarnya gastrik ni tidak hanya disebabkan oleh faktor makanan yang diambil oleh pengidap sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh amalan waktu makan yang tidak teratur dan selalu 'skip meal'. Sekejap sarapan pukul 8pagi sekejap pukul 12 tengah hari... budaya sebegini memang senang nak kena 'ambushed' dengan gastrik. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menyebabkan gastrik. Helicobacter pylori, sejenis kuman yang menyebabkan gastrik. Jangkitan oleh bakteria ini kemungkinan besarnya dari makanan dan air yang tercemar dan melalui hubungan dengan orang yang mempunyai bakteria ini. Tekanan/ stress yang tak terkawal juga menjadi penyebab kepaada gastrik. er..er.. akhirnya.. punca yang terakhir ni macam sesuai pulak dengan aku =P. Akhir sekali adalah tabiat merokok. Percaya tak kalau merokok ni boleh menyebabkan gastrik.. sila gugel.. 


 Jadi apa perlu aku buat ? 

1. Makan secara teratur 
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
4. Mengawal stress dengan bijak 
5. Elakkan minuman berkarbonat 
6. Berhenti merokok **ni la benda paling susah bagi perokok2** 


Itu je lah yang aku nak tulis pun... mungkin terlalu panjang entri ni untuk orang seperti aku.. huhu. tapi sebelum tu nak tanya...Bila datang gastrik saja mesti orang suruh minum susu. Kalau ada sapa2 yang tahu bolehla kongsi.

+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 28, 2012

Siapa mabuk laut angkat tangan!!


Selepas gigih aku berpuasa 2 hari, hari ni tak bangun sahur pulak.. memang naisss~. Aku baru ja balik dari outstation kat Langkawi dengan Penang. Seingat aku la, Sepanjang2 aku melancong ke Langkawi sebelum ni takdak pulak ombak seganas baru2 ni. Macam nak karam feri dibuatnya. Manusia2 dalam feri jangan cerita la, masing2 muka dah biru... ‘lava’ dalam badan dah sampai ke tengkuk, tinggal nak sembur ja. ** itu aku lah tu**

Aku terfikir, kenapa aku mabuk sangat ni... sebab baru2 ni jugak aku ada pi mencandat sotong di Kemaman. Dia punya mabuk jangan cerita. Aku fikir aku mengalami fobia yang membuatkan aku mabuk dengan semua pergerakan. ** okay aku saja buat terok** “ pssttt!! Si bali tu memang ada motion sickness, saja takmau mengaku la tu”.

Untuk menyedapkan hati yang aku tak fobia, aku google la cari info pasal mabuk laut ni. Mabuk atau kinetosis, juga dikenali sebagai mabuk perjalanan, merupakan satu keadaan di mana berlaku perbezaan antara apa yang kita rasa dengan apa yang kita lihat ketika kita berada dalam kendaraan yang bergerak. Ia boleh berlaku di dalam kapal (mabuk laut), dalam kereta atau apa saja benda bergerak.

Aku bagi contoh Feri atau Bot. Dari dalam kabin, kita dapat rasakan yang kapal sedang naik turun mengikut gelombang. Kita akan mencatatkan gerakan itu dalam telinga (Tiub Eustachio). Telinga akan bagi tahu otak yang kita sedang bergerak. TETAPI...kepitelete ni... Bagi mata pulak, bilik di sekeliling kita (suasana dalam kabin) seperti tak bergerak. Mata kita akan hantar maklumat ke otak mengatakan yang kita tak bergerak. Ini menyebabkan otak konfius.. “yang mana satu betul ni?”


Pening, letih, dan loya adalah simptom yang paling biasa jika mengalami mabuk perjalanan. Jika loya ni tak diatasi, muntah la jawabnya. Cuma, muntah dalam konteks mabuk perjalanan lebih cenderung tidak melegakan rasa loya itu. So kita akan muntah kuning, muntah merah, muntah muntah, dan muntah hijau. euww~ habis toksik keluar. 

Macam panjang ja entri ni... OK, last dah ni, masa aku mencandat hari tu banyak petua aku dapat dari member2, pensyarah, saudara mara, pakcik bot... semua aku sebat... Ditopup sket dengan sumber internet. Petua2 menghilangkan mabuk adalah :

Urut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut. **internet**

Minum air laut masa mula naik bot. Kalau nak minum sampai kembung pun boleh. Ini kerana rasa masin boleh menahan tekak dari merasa loya. **Petua pakcik kedai pancing dekat downtown mines**

Makan ubi keledek mentah. Keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya. Pisang kelat, air limau pun mempunyai ‘efek’ yang sama. ** internet**

Selit atau ikat kangkung dipinggang atau poket. **Petua epong** Terasa asli pulak ikat kangkung dipinggang. =P

Tumbuk lada hitam yang dicampur dengan halia bara, kemudian sapu diperut terutama dibahagian pusat sebelum ke laut. Nak lagi senang tampal ja koyok dekat pusat.. pasti berangin~ **Petua Doc Mano**.

Sebelum turun ke laut atau travel, elakkan makanan berkrim, berminyak atau bersusu... Lagi bagus kalau bawak air oren... masam2 boleh menghilangkan rasa loya. **Petua Doc Mano**

Ok enuf!! Itu saja.. panjang sangat dah ni. Renung2kanlah dan selamatt beramal! **ucapan bajet ada orang baca** Kbai.

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, October 5, 2011

Bentuk muka dan badan **lelaki sahaja mungkin**



Seronok pusing2 dengan cik gugel tadi terjumpak plak info yang agak best ni. I believe it’s for men only. Manusia dicipta dengan pelbagai rupa dan bentuk… dan setiap satunya punya kelebihan tersendiri. Itulah yang menjadikan manusia ni unik. So, jom kenal bentuk muka, jenis bahu dan bentuk dan perkadaran badan.

Bentuk Muka... aku nak explain pun taktau... tapi korang carik lah muka sendiri. Ada mungkin terselit kat mana2. Aku pun tak jumpak lagi muka aku macam mana. Hmmm...

Jenis Bahu terdapat 3 jenis iaitu **sila lihat gambar yah** Kebanyakan orang memiliki jenis bahu 1 dan 3. 2 mungkin banyak tapi aku tak penah jumpak lagi.. ada masa pulak kan aku nak teropong bahu orang. demmm!!


Bentuk Badan... jenis bintang takde ke =P


Perkadaran badan pun ada variasinya. Ada orang yang badan dan kakinya sama panjang, ada orang yang kakinya lebih panjang daripada badannya dan ada juga yang sebaliknya. Menurut satu majalah yang aku pernah baca… tak hengat pulak majalah apa.. tapi katanya orang yang memiliki kaki lebih panjang daripada badannya memiliki personality yang seksi dan sesuai dalam bidang modeling sebab badan mereka sesuai dengan apa jenis pakaian pun.


Postur badan terjadi melalui tabiat kita. Orang tinggi sesetengahnya cenderung mempunyai posture ke-3 (Orang utara cakap bongkok sabut). Mungkin sebab selalu cakap dengan orang rendah tepaksa tunduk2 =P. Tapi…tapi… aku rendah saja tapi bongkok sabut juga =P Postur kedua lebih kepada askar…ye ke… mungkin lah


p/s: still tak jumpa tips meninggikan diri ^^.

+biarjasajadikenangan+

Monday, October 3, 2011

Tinggi dan Berat Ideal

Berat & Ketinggian yang ideal

Menjadi tinggi merupakan idaman setiap lelaki. Tipu lah kalau cakap lelaki takmau tinggi. Orang tinggi ni banyak kelebihan. Berpakaian nampak kemas dan mudah untuk dipadankan dengan apa2 saja jenis pakaian. Kalau macam aku yang rendah ni, pakai apa pun hudus...

Orang tinggi senang nak peluk awiks... =P Okay *i'm jokin* tp betol wud... senang nak peluk istri lah. Gadis pun aku berani cakap mostly suka lelaki yang tinggi. terasa selamat katanya. Mungkin sebab kejadian wanita itu dari rusuk dan dekat dengan hati. =P

Sebab yaang paling penting bagi aku. Ketinggian ni memberikan rasa percaya diri yang sangat tinggi. Bila duduk dalam makhluk2 yang ramai.. terasa kerdil saja. Nak becakap pun gagap2.. haha susah la macam ni. Bila nak maju bali!!

So, kat bawah ni ada carta ketinggian dan berat ideal.. Carta BMI pun ada ^^.


Lelaki


Wanita


158 cm 51-64 kg


150 cm 44-55 kg


160 cm 52-66 kg


153 cm 45-57 kg


163 cm 54-69 kg


155 cm 47-59 kg


165 cm 55-70 kg


158 cm 48-61 kg


168 cm 57-71 kg


160 cm 49-63 kg


170 cm 59-73 kg


163 cm 50-64 kg


173 cm 61-75 kg


165 cm 52-66 kg


175 cm 63-77 kg


168 cm 53-67 kg


178 cm 64-79 kg


170 cm 55-70 kg


180 cm 66-81 kg


173 cm 57-73 kg


183 cm 68-84 kg


175 cm 59-75 kg


185 cm 70-86 kg


178 cm 61-77 kg


188 cm 72-88 kg


180 cm 63-79 kg


BMI Formula BMI( kg/m² ) = berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²


Nilai BMI


Status


<18.5


Underweight


18.5 - 24.9


Normal


25 - 29.9


Overweight


>30


Obesiti


BMI aku : 18.33 ternyata mormal ^^, ukurlah sendiri *mcm iklan garnier* tapi tinggi macam tak normal jah. T_T Menyedari diri rendah memang menyedihkan.. tapi BMI yang normal mengubat sedikit lara ni.. haha. kalau tak seimbang tak mengapa.. BMI masih boleh diubah =P

p/s: tinggi idaman aku.. 170cm saja...sikit ja.. mcm sia2 saja merayu dalam blog.. haha
+biarjasajadikenangan+

Friday, November 19, 2010

Maen bakar2 kalori!!!

Banyak orang cakap kat aku"Aku nak kuruskan badan la li", "Aku rasa tak sedap badan ja... hang nampak aku macam orang saket tak ?", "Li, hang rasa aku boleh kurus lagi tak ?" Tapi setiap kali bila ditanya bila nak excercise ni... "Tak larat la ni... esok la", "Ok2 sem depan kita start"," Uish tak leyh, malam ni aku ada meeting","malas la hari ni, lagipun hari ni aku diet..tak makan lagi ni". Bila nak maju!!!

Aku ada baca artikel dekat Hospital Serdang hari tu masa aku g melawat membe aku masok sepital. Artikel tu ada menyebut "Jika ingin menurunkan berat badan, anda harus membuang 500 kalori sehari" Yang dikatakan 500 kalori sehari tu bukannya sehari tak makan...Itu gila namanya...

Ok fomula mudah....
250 kalori daripada makanan
250 kalori daripada senaman
Hah...kan dah sikit.. (^^,)y

Ok aku nak sentuh part B jer...lain kali cerita pasal makanan. Okeh sebenarnya bukan susahkan pun nak bakar kalori... hmmm aku list sket kat bawah:

Tidur [60k/jam]
Membaca, tengok tv, Duduk [75k/jam]
Jalan2 santai kat taman [130k/jam]
Berbasikal (6mph)... buat 20-30minit tanpa brhenti [135k/jam]
Jalan2 dkt sopink kompleks ushar2 barang...buat 20-30minit tnpa henti... [135k/h] ingat!! tak boleh rehat dekat kerusi!!
Nerves/gemuruh/suspen gila2 [140k/j] jenuh la nak suspen sampai sejam...hehehe
Maen Bowling...tapi tak leh duduk!! [145k/j]
Buat kerja2 rumah yg berat2 (cuci rumah) [230k/j]
Berenang santai... buat 20-30minit tanpa henti [260k/j]
Maen Badminton [345k/j]
Berbasikal (12mph)... ni pun 20-30minit tanpa henti [385k/j]
Jln naik turun tangga curam dirumah (12tapak untuk setiap set tangga..tak leyh pegang pemegang...jgn berhenti untuk 20-30minit) [460k/j]
Jogging (5batu/jam) [600k/j]
Berenang Atlit 20-30minit tanpa henti [700k/j]

Huh!! dah la sikit2... kiranya tak susah pun nak bakar kalori... tapi jangan la dok asyik senam ja tapi makan tak jaga... Pastikan kalori yang kita ambil tak sebanyak kalori yang kita nak bakar... Cubalah...jangan putus asa... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... (^^,)y

p/s: Sesungguhnya kesihatan itu tak ternilaikan
+biarjasajadikenangan+

Thursday, October 28, 2010

Sedikit Fakta... Jangan diremehkan... -_-'

Saje nak share2 info.... saje search pasal penyakit2 ni..huhu so posr sket...
ANEMIA

Gejala
Rasa pening yang sangat sakit disaat otak kekurangan oksigen, lesu, mudah lelah, pucat, kuku-kuku rapuh, kehilangan nafsu makan dan sakit di bagian perut.

Apakah anemia itu?
Anemia adalah penurunan kadar sel darah merah atau hemoglobin dalam darah.

Bagaimana cara mendeteksi anemia?
Anemia biasanya dapat dikesan dengan pemeriksaan darah lengkap di lab.

Apa akibatnya bila terjadi anemia?
Pengangkutan oksigen akan terganggu dan jaringan tubuh pengidap anemia akan mengalami kekurangan oksigen yang guna untuk menghasilkan tenaga.

Bagaimana gejala anemia?
Orang yang mengalami anemia akan merasa cepat lelah, lemas, pening, pucat, gelisah dan kadang2 sesak.

Apa yang menyebabkan anemia?
Kekurangan zat besi
Perdarahan
Genetik
Kekurangan vitamin B12
Kekurangan asam folat
Pecahnya dinding sel darah merah
Gangguan sumsum tulang

Bagaimana mengobati anemia?
Seperti penyakit lain, cara mengubati anemia haruslah terus kepada penyebab terjadinya anemia. Misalnya anemia yang disebabkan oleh perdarahan pada usus maka perdarahan itu harus dihentikan. Zat besi diperlukan jika anemia itu disebabkan oleh kekurangan zat besi.

LEUKIMIA

Apa Itu Leukemia?
Leukimia atau sering dikenali sebagai kanser darah seringkali ditemui pada kanak-kanak. Penyakit ini bermula dengan gejala2 yang biasa dan orang tua menganggap anaknya hanya mengidap penyakit ringan. Akan tetapi jika lambat ditangani, maka akan menyukarkan ia ditangani...

Leukimia bukanlah penyakit yang tidak dapat disembuhkan, dengan teknologi perubatan masa kini, kemungkinan leukimia sembuh sepenuhnya adalah sehingga 90%, akan tetapi leukimia bukanlah penyakit yang dapat disemuhkan dalam waktu 1 atau dua minggu, ia memerlukan proses kemoterapi yang memengambil masa 1-2 tahun.

Hal ini memerlukan kesabaran dan kerjasama dari pesakit, orang tua dan doktor untuk menyembuhkan pesakit demi kebaikan bersama.
Ciri-ciri gejala leukimia:
1. Demam berpanjangan
2. Tulang-tulang sakit
3. Sendi-sendi menghitam, terutama pada bagian sendi tangan
4.Telapak tangan memutih ( haemoglobin turun )
5.Lemas dan mudah lelah


Leukimia bukanlah penyakit genetik , tetapi penyakit ini diakibatkan oleh pelbagai faktor, oleh kerana itu pastikan anak anda makan makanan yang sihat serta kurangkan media-media elektronik yang mengeluarkan gelombang radiasi...
p/s: huh... ambil fakta buat renungan...makanan adalah kunci kepada kesihatan tubuh. Sayangi tubuh badan sementara ianya masih mampu disayangi
+biarjasajadikenangan+

Sunday, February 21, 2010

Slurp.... ada bEraN...


Segera….
Itu Nak segera ini nak segera
Sume nak segera

Masa semakin sontot dari hari ke hari. Kemana masa tu pergi…? Aku sendirik pun tak tahu. Apa yang aku tahu sekarang sume benda nak pantas. Kerja nak pantas, jalan nak pantas, makan pun nk pantas… Sebab tu la banyak restoran fast food yang dah bercambah dekat m’sia neh mcm cendawan…Menqenyut~
KFC…McD… Pizza… tak cukup pantas…. Ada lagi pantas~ instant noodles yehuu~ Memang pantas…. 1 minit dah ready… tapi penyakit pun cepat la… Haha tapi aku tak mkn selalu la… x puas lagi sehat~ Tapi membe aku ada pegangan dye yang tersendirik….

Kalau takut jatuh cedera,
Jangan galak nak main skate.
Kalau suka mee segera,
Jangan gentar kena penyakit


So kalo tak takut…. Sila2 :)
p/s: jangan amalkan masa dekat2 exam noh….satgi blur…
+biarjasajadikenangan+

Wednesday, February 3, 2010

Aku BudAk BenGkaK


Walaupun exam belum setel tapi aku maseh nak menulis….

“Dermatitis adalah istilah yang bererti "keradangan kulit" (misalnya ruam). Ada beberapa jenis dermatitis. Jenis yang berbeza biasanya memiliki kesamaan reaksi alergi terhadap alergen tertentu”


Inilah alergik yang melanda kulit aku minggu lepas… Bayangkan gatal2 campur dengan pedih…perghhh…memang cukup rasa… Huhu ini sume gara2 aku silap makan….Agak sadis la jgak jadi makhluk bengkak dlm kelas…. Dapat layanan OKU tuh…


Mulanya “koya” nk tnjuk kata aku neh komited dgn plajaran so aku g jgk kelas… tapi last2 x tahan aku g PK (pusat kesehatan). Dekat sana aku kna inject sekali lpas tu kne sapu Lotion Calamine. Bila pikir2 balek aku rasa mcm pegi spa pulak…. Hehehe dah la Misi lawa yang sapu ubat… memang lega la saket…huhuhu utk yang tak tahu tu…misi tu jururawat dlm bhasa kedah…. :) Lpas tu aku dpt Mc 2 hari…memang heaven la x g kelas….tapi lepas tu MASAk~


So sesapa yang jadik gatal2 tu g la amek ubat cepat….allergik boleh mati lohrh~ Perabeh ja ubat dekat pk tu….Kementrian kesihatan kan bnyk ubat…~


+biarjasajadikenangan+

Sunday, May 31, 2009

Kalori oH Kalori!!!!

Ini cite pasai kalori....cuba baca betui-betui....
Setiap kita memerlukan sebanyak ......


+Sume org perlukan+
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita :1600-2000 kalori

+Jadi+
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan
Cuba kita kira lebih kurang cara makanan kita setiap hari.....




Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

haaaaaa...kwan2...sebelum terlambat...control la sket...huhu




Jgn biarkan hidup anda diselubungi Spare tyre

+biarjasajadikenangan+


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...