Bally.Da.Shoe: Cerita projek akhir tahun
Showing posts with label Cerita projek akhir tahun. Show all posts
Showing posts with label Cerita projek akhir tahun. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Pengalaman yang takkan aku LUPAkan


Hari ke berapa tah tak ingat.. tapi yang pasti peristiwa ni berlaku masa aku collect data dengan kawan2 dekat plot atas. Memang aku takkan lupa peristiwa lewat senja tu. Hujan lebat (buat projek musim tengkujuh sapa suruh). Kami berehat bawah khemah utama sambil masak milo panas.. memang ohsem!!! Unggun api yang galak menjadi tumpuan semua lah sambil sembang2.
Unggun temppat menumpang kasih ^^. selesanya~

Milo panas yang ohsem!! ^^, sapa yg buat.. hehe

Hujan semakin lebat, banyak dahan pokok yang patah dan jatuh. Ini menambahkan tahap cuak kitorang takut2 pokok pulak yang patah. Akhirnya kitorang buat keputusan untuk turun ke chalet fakulti. Dengan gaya laju2 kitorang masukkan barang2 penting dalam drybag si naim dan chow! Elok sampai dekat alur saja HOHEMGEE! jalan dak takdak.. dah takdak alur2 dah... air dah hampir paras dada. Air naik. Mustahil kalau nak melintas dengan bahagianya sebab air sangat deras. Silap percaturan hanyut~

Kem 3 mesketeer

Disebabkan nafsu nak turun yang naik mendadak2 tu, Kitorang masing2 melintas guna pancang ala2 orang buta melintas zebra crossing. Kitorang pacak pancang kuat2 kt dasar dan lintas... brilliant tak? haha Ijak jalan dulu sebab fizikal dia yang gagah..huhu naim tengah dan aku last sebab aku bawa barang. Masa tengah brilliant2 menyeberang tu, aku tengok ijat dah goyang.. gila ahh kalau dia tak tahan.. apatah lagi aku yang keding dan kering ni. Dalam goyang2 tu lepas jugak.

Sebelum air naik
Selepas air naik

Aku ikut rapat belakang naim. Sampai ja tengah pancang aku pegang tercabut... pelanting rasa. Kalau hanyut ni memang jalan lah. Saat2 tragis dan sadis tu lah si naim sambar lengan aku. Demmm!! aku memang berhutang nyawa dengan hang naim. Bag kamera habis lencun.. nasib la kamera dengan gps dalam dry bag.

"Eh.. jalan putus!"

Kitorang pun panjat tebing terus start motor. Jalan licin giler.. hape ko hengat motor aku pandai shafel tectonik kah.. Banyak kali jugak la motor aku tergelincir.. nasib tak jatuh. Aku gerak belakang.. ijak depan sebab dia suruh aku suluh dia. Tengah sedap safel tu ijak berhenti. Air lintas jalan... dan separuh daripada jalan runtuh. Proses menyeberang terpaksa dabel hati2 takut air tolak motor. Memang tawakkal habes masa menyeberang. Lepas bahagian tu jalan dah agak selamat sebab dah mendaki. takde banjir2 dah.. setakat dahan2 jatuh tu ada la. Tapi tak lepas lagi kitorang.. ada satu lagi azab.

Jalan putus (malam)
Jalan putus ( keesokan hari)

Betul tekaan kitorang, jalan balak yang kitorang lalu tu melintas 2 kawasan tinggi. dan diantara tu air naik. Kali ni arus lagi kuat dan agak dalam. So kali ni aku g dulu sebab motor aku tinggi sket. Masa melintas, moto memang terdorong ke sisi sebab air kuat. tapi disebabkan aku berdua so tak terasa sangat. sampai satu spot tiba moto jatuh lobang. demm!! wap stim membuak2. Aku tengok belakang eksoz aku dah bebuih... aku pulas trottle mcm nk tecabut rasanya.. naik juga moto aku. Aku toleh ja aku nampak moto belakang dah selam.. separuh moto hilang dalam air. Kelam kabut kitorang p tarik motor.

Usaha2 menghidupkan motor


At last.... (afta teti minit)

lokasi motor lemas

Naik tebing ja.. ada setengah jam jugak lah cubaan menghidupkan motor. Nasiblah maw hidup jugak... Hondak petak sangat ohsem!! Berakhirlah pengembaraan sadis hari tu. Aku rasa tu lah pengalaman yang paling teruk sepanjang collect data sebulan tu.. dan aku dah berhutang nyawa dengan orang. kalau tak hilanglah aku malam tu dalam air yang bergulung2. Aku ingat sampai mati naim.. tenks!!

Ni lah cerita...




+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 3, 2011

Cerita: Pilot Study

Hari ni rajin pulak nk baca thesis balek... refresh balik apa yang aku buat dulu... Thesis aku takde la gempak macam tajuk mereka2 yang laen Kewujudan UFO di Hutan Malaysia” “Menkaji teknik member makan Harimau di hutan” “Kelajuan itik berjogging mengikut suhu dan kelembapan”.. Itu semua tajuk2 gempak. Aku hanya kaji komposisi katak di kawasan yang diguna dan kawasan yang tak di guna didalam Hutan Aimpan Air Hitam.

Nampak macam simple kan. Hahaha tolong jangan percaya.... Leteyh dia xboleyh nak dgambarkan disini...haha memandangkan takdak manusia sangat yang buat thesis wildlife dalam fakulti aku masa tu... maka terpaksa lah buat kerja sendiri2 dengan gigih... Kebetulan ada 3 orang yang buat wildlife... Naem Tupai, Ijak burung, dan aku yang buat pasal katak... So kiteorang masuk 3 orang la... untuk kumpul data...
Member2 yg banyak membantu masa pilot study ^^,

Masa buat pilot study tu ramai jugak member yang datang teman.... tenks kawan2 yang susah2 teman kiteorang... (Dewa,Askar,Bear,Hing,Kholis,Bacan) Aku tak boleh lupa lagi first time kiteorang masuk hutan nak rikki jalan *Site study* kiteorang masuk 8 orang (sorang reserve jaga barang)... masa kiteorang masuk tu baru 5.30ptg... So tak bawak apa2 kelengkapan la, so masa tengah cari2 kawasan yang sesuai... hari pun gelap.... masa tu kompas dgn lampu suluh tak bawak... memang se**t lah...oppsss!! jangan sebut dalam hutan... Kiteorang memang menggagau la dalam gelap.. Aku pun tak dapat jumpa tanda2 yang aku dah buat dengan parang... huhuhu lepas sejam... baru kiteorang dapat keluar...

tyme nak rikki plot burung, small mammals

Sampai campsite...makan kejap... terus kiteorang masuk balik. Kali ni lengkap dengan kelengkapan, kiteorang masuk menggunakan jalan air (orang keddah cakap randuk ayaq) dengan gaya seperti komando mencari budak hilang... Banyak jugak tangkapan kiteorang mlm tu.. huhu masa ni mmg seronok.. dapat lihat mana member2 yang takut gelap...yang takut katak... tapi overall semua ok... =P

Katak pertama yg aku tangkap (crazy frog) =P

Pilot study seminggu ja... Dari pilot study ni banyak jugak yang aku belajaq.... Kalau buat kerja berkumpulan ni kena sama2. Itu memang teramatlah penting.. tak boleh selfish. Dalam hutan kalau buat kerja sekor2 memang bodoh.. Alhamdulillah semua orang komited dgn kerja. Yeay!!!.. banyak juga aku belajar tentang behaviour katak ni... pot mana dia suka lepak... macam mana nak detect dia... cara nak tangkap, spesies2 dia... Pasal burung dengan small mammals pun aku banyak belajar dengan kawan2 aku... Kerja dalam hutan memang enjoy!! ^^. tapi penat la =P


Study kt mana2 pun penting.. cewahh!!!

Itu saja buat masa ni... nanti aku cerita pulak pengembaraan kiteorang masa collect data sebenar dekat plot yang nun didalam belantara ^^, *bajet ada org nak baca blog kau* =P babai...

p/s: tips: berhati2 bila bergerak dalam sungai kerana haiwan2 berbisa seperti ular bergerak melawan arus sungai...dan mereka2 sangatlah laju ^^’, Silap2 boleh kena ‘cium’


+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...