Bally.Da.Shoe: Sikap manusia
Showing posts with label Sikap manusia. Show all posts
Showing posts with label Sikap manusia. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Mudahnya mengesan manusia

Dihujung2 minggu bagi yang ingin lari dari kesibukan kota.. kebanyakannya memilih untuk berekreasi santai di hutan-hutan lipur ataupun melibatkan diri dengan aktiviti lasak di hutan seperti mendaki gunung, mountain biking dan sebagainya.

Aktiviti2 santai mahupun mencabar ini sememangnya mengujakan namun kehadiran mereka yang tak bertanggungjawab sememangnya mengundang masalah.


Isu pembuangan sampah di kawasan-kawasan hutan ini bukanlah isu baru yang dibahaskan di laman2 blog dan media cetak. Pelbagai pendekatan2 diguna pakai oleh agensi2 bertanggungjawab untuk 'menyekolahkan' golongan2 tidak bertanggungjawab ini namun semuanya tidak memberikan kesan yang baik. 

Kesan daripada perbuatan ini menyebabkan wujudnya pelbagai masalah contohnya Penyakit kencing tikus dari virus Leptospirosis. Tikus-tikus tertarik dengan sampah2 dan keluar ke kawasan riadah manusia. Banyak hutan2 lipur yang terpaksa ditutup ekoran merebaknya wabak ini. Banyak lagi contoh2 lain yang boleh diberikan.

Salah seorang guide Gunung Ledang pernah mengakui " Naik Gunung Ledang susah nak sesat. kalau sesat ikut ja sampah, mesti dapat keluar". Begitu sinonimnya kita dengan sampah. Sampah yang bertimbun ini sememangnya mencacatkan permandangan. Bayangkan kita sedang menikmati hari2 minggu d ikawasan perlupusan sampah. tentunya tak 'ohsem' kan.

p/s: Aku yakin masih banyak orang yang peduli dengan alam sekitar kita... tak perlu kita susah2 nak kutip sampah orang lain jika setiap orang bawa keluar sampah masing2 yang dihasilkan semasa beraktiviti dan berkhelah.

+biarjasajadikenangan+



Sunday, December 18, 2011

5 things i hate!!


5 things i hate!! **alamak tajuk omputeh la** Semua orang ada benda yang mereka tak suka. Sama lah dengan tukang kasut ni. Sejak akhir2 ni banyak pulak benda2 yang tak suka ni timbul. Meh la nak cakap benda2 ni. Mana la tau mungkin ada yang prihatin

1. Aku paling tak suka orang bohong dengan aku.


Aku nak bohong pun takut2. fikir itu ini.. tapi orang sedap2 ja kencing aku sana sini. Ingat aku jamban ka. Aku tak kesah pun buruk macam mana pun janji benda betul. Lu tipu gempak2 bukan betol pun. Bohong ni bukan dapat apa2 pun. paling tidak hanya kepuasan yang bersifat sementara. Lama2 pembohongan tu akan terbongkar juga dan yang dapat maluw tu kita juga. Dapat malu ja ok la... kalau dapat marah sekali ?

2. Aku tak suka orang cakap aku lembut/Gay bagai!!!!


Bullshit... mungkin aku nampak nerd.. macam budak syndrom down ke hape ker... tapi jangan sedap2 kata aku G*&. Aku memang pantang betol. Don't judge. Its no your job. Its Allah. Apalah nasib orang yang nerd kulit pucat macam aku ni. Kalau hangpa nak panggil aku mayat ka hantu ka aku ok ja... bt peliss not dat word.. I hate dat word very VERy mUch!!! Sebab aku bukan. Sapa pun akan marah bila orang fitnah apa yang dia tak buat. tapi takpa... kepada mulut2 puaka tu... semoga Allah membalas dengan kebaikan. ^^,

3. Aku tak suka tengok orang pukul2 gadis/perempuan/makcik tua/isteri dll.


Tak sampai hati bila tengok benda2 macam ni. Wanita dijadikan daripada rusuk Adam bukan untuk dikasari, dipijak, dan diperlakukan dengan teruk... tapi untuk dikasihi dan dilindungi. Kadang2 tu tak boleh nak salahkan lelaki saja.. mungkin wanita ada jugak salahnya pada wanita. Ada segelintir wanita sekarang yang tak pandai menjaga adab dorang. sampai kadang2 aku tengok ada yang tengking2 pakwe di khalayak *sopink komplek* Lelaki ni ada egonya... kalau kita sama2 menjaga batas... rasanya ok kot ^^,

4. Aku tak berkenan orang yang suka membuat kesimpulan awal tanpa dalil2 sahih


Banyak orang sekarang suka buat kesimpulan sendiri. Contoh yang paling mudah disini, Korang tengok ja seorang mamat bernama Bali berjalan2 di Sopink komplek... " Kereknya mamat tu... tengok pun tau dah sombong". Pliss jangan. DOn't judge the book by its cover. Nak buat mcm mana kalau muka aku nmpak belagak... mai dulu tegur2 kenal2 baru la korang judge. betol tak.... Berprasangka buruk pada peringkat awal sama seperti mengumat dan mempitnah dan fitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh. So kepada yang berkenaan... anda baru saja membunuh orang. ha..ha.. tak tahu...

5. Aku ak berapa suka nak tulis benda benda macam ni.

Sebenarnya banyak jer benda aku tak berapa2 suka ni. tapi benda yang boleh tolerate aku tak kesah sgt pun. hahaha demand banyak2 org benci =P Haha so jangan ambil hati kalau ada kata2 kesat dalam ni ^^, Maafkan aku! jom kita sama2 berubah jadi yang lebih baik. JOm!!!

p/s: Mak aku pesan, jangan buat jahat dekat orang, biar orang ja buat jahat dekat kita. **kaitan ?**

+biarjasajadikenangan+

Sunday, December 11, 2011

Sikap Kita2 yang senang


Dalam kenyataan hidup hari ini yang kuat memerintah.. yang lemah hanya menadah.. hingga melimpah air mata dalam doa yang disembah...

Mana mungkin yang lemah memerintah.. nanti habis lemah semuanya... Cuma yang penting bagi seseorang pemerintah tu bukannya sekadar kekuatan dan keberanian.. tapi juga kebijaksanaan dan ilmunya... cewah! Bakunya

Hari ni aku bukan nak cerita politik2 bagai ni. Itu semua belum masuk bidang aku lah. Hari ni aku nak cerita bertapa kita patut bersyukur dengan kemakmuran yang kita ada hari ni.

Bulan2 yang lepas.. bulan 7 rasanya aku ada ikut trip ke Kemboja. Bertapa susahnya Negara tu. Tak tau macam mana aku nak gambarkan kat hangpa semua..

Adik2 kita hari ni adakah sesusah anak2 ni...

Pernah tak hangpa jadikan tebing2 tepi jalan raya sebagai katil tempat berehat dan tidur pada waktu malam... pernah ka hangpa berlari di atas tar panas tanpa kasut demi sesuap makan... tiang2 lampu dijadikan alang buaian anak2 kecil.. Pernah ka hangpa tengok kanak2 berkejar2 mengutip tin dan botol sebelum sempat lori sampah mengutipnya.

Adik2 kita hari ni adakah bergelumang dengan sampah2 n demi mencari sesuap makan

Hangpa mungkin tak pernah tengok... tahap kesedaran setiap orang mungkin berbeza.. tapi saat aku menulis ni, mata aku berkaca...

mereka tinggal dalam perahu...itu pun yang ada perahu~

Aku selalu mempersoalkan setiap perkara yang tak kena...yang tak sempurna... yang cacat cela. Tapi aku pasti takkan merungut lagi selepas ni. Aku selalu saja tinggalkan makan tanpa menghabiskannya... dan sekarang aku tak sanggup lagi nak buat macam tu.

mereka buat apa saja yang dapat menyuap makan ke mulut mereka


Yang paling aku sedih bila ada kanak2 kecil lebih kurang umur 4 tahun berlari2 tanpa kasut mengejar aku “ Sir, pliss buy, 1 Dollar”. Anak2 sekecil itu pun sudah mengerti erti wang... Ya Allah.. limpahkanlah rahmatmu pada bumi itu.

Mereka makan serangga2 kering seperti makan kerepek. Mereka makan katak macam makan ayam. Ayam ? Nasi ? apa tu... mereka tak tahu apa erti kemewahan yang kita kecapi hari ni. Jika kita kata kita susah disini... bayangkan bertapa fakirnya mereka kat sana

Peliss...jangan kita merungut lagi...bersyukur dengan apa yang ada...dan berusaha untuk menjadi lebih baik... Iringkan usaha dan tekad kita dengan doa dan tawakkal. Insyallah bumi kita akan terus makmur dengan limpah rahmat-Nya.

p/s: Jika kita rasa kita susah...ingatlah ada yang jauh lebih susah

Sumber gambar: Akem

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...