Pesawat-pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak 1955 | Bally.Da.Shoe

Friday, July 18, 2014

Pesawat-pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak 1955

Malaysia melalui saat2 sukar dimana 2 pesawatnya telah hilang dalam tempoh 4 bulan. Ini disifatkan sebagai tragedi yang menimpa seluruh rakyat Malaysia. Dalam kita memanjatkan doa kepada mangsa2 nahas pesawat MH17, Berikut ini merupakan senarai pesawat yang pernah ditembak jatuh sejak tahun 1955.



1955: El Al nombor penerbangan 402

Semasa melintasi di antara Vienna dan Istanbul dalam perjalanan ke Israel, pesawat ini telah tersesat sehingga memasuki udara Bulgaria, Kesatuan Soviet (Blok Timur). Perintah untuk menembak jatuh telah dikeluarkan dan insiden Lockheed Constellation ini telah mengorbankan 58 penumpang. Bulgaria kemudiannya telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi, mengatakan pilot "terlalu terburu-buru".

1973: Libyan Airlines nombor penerbangan 114

Disebabkan oleh cuaca buruk, Pesawat jenis Boeing 727 dari Kaherah ini telah memasuki ruang udara Sinai iaitu zon perang. Dalam laporan rancangan pengganas untuk menggunakan pesawat awam bagi menyerang Israel, negara itu dapat memintasnya. Jet pejuang telah mengeluarkan isyarat amaran dan kemudian menembak jatuh pesawat tersebut mengorbankan hampir keseluruhan penumpangnya seramai 115 orang.

1978: Korean Air Lines nombor penerbangan 902

Pesawat 902 yang dalam penerbangan dari Paris menuju Seoul telah mengalami kerosakan pada peralatan navigasinya, menyebabkan juruterbang memutuskan untuk terbang ke wilayah udara Soviet. Soviet yang 'menyangka' pesawat ini sedang melakukan intipan telah menembak Boeing 707, hingga memaksa pendaratan kecemasan dilakukan berhampiran dengan sempadan Finland. Dua orang terkorban dalam insiden ini. Soviet telah menuntut ganti rugi pada Kerajaan Korea Selatan sebanyak 100,000 USD sebagai kos operasi menyelamat, namun kos itu tidak pernah dibayar.

1983: Korean Airlines nombor penerbangan 007


Sebuah interceptor Soviet telah menembak jatuh Boeing 747 dalam perjalanan dari New York ke Seoul yang membawa 269 penumpang termasuk wakil US Lawrence McDonald. Pegawai Soviet 'menyifatkan'  pesawat itu yang telah menyeberang ke ruang udara Soviet, sedang dalam misi pengintipan. Semua orang di dalam pesawat terkorban.

1988: Iran Air nombor penerbangan 655

Dalam ketegangan perang antara Iran dan Iraq dan kemelut antara US dan Iran, Angkatan Laut US telah menembak jatuh pesawat penumpang Iran, sebuah pesawat jenis Airbus 300, kerana 'tersalah' anggap ia adalah pesawat tempur musuh. Setelah mengeluarkan beberapa peringatan, peluru berpandu pemusnah Vincennes telah dilancarkan dan menghantam pesawat tersebut pada ketinggian 7,500 kaki di atas Lurus Hormuz, mengorbankan 290 orang.

2001: Siberian Airlines nombor penerbangan 1812

Pesawat  ini dalam perjalanan ke Rusia dari Israel pada ketinggian 35 ribu kaki di Laut Hitam, ketika dihentam peluru berpandu Ukraine.

2014: Malaysian Airlines nombor penerbangan 0017 (#MH17)


Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam pulang ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 295 orang penumpang termasuk anak kapal. Ketika melalui ruang udara Ukraine, Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines ini telah disalah anggap sebagai pesawat pengangkut milik Ukraine sebelum ditembak jatuh oleh kumpulan militan pro Russia menggunakan peluru berpandu sehinnga mengorbankan kesemua penumpangnya.



Kesimpulannya kesemua insiden ini berlaku disebakan oleh 'Ter'silap. #PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...