Bally.Da.Shoe: Gunung
Showing posts with label Gunung. Show all posts
Showing posts with label Gunung. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Gunung Kinabalu

Kenapa kita hari ni kabur dengan sejarah-sejarah kita sendiri... Bukan kerana kita takdak penghayatan **itu pun satu sebab juga tu** tapi sebab kita tak simpan bukti-bukti sejarah yang kita ada. In the end, orang yang menang akan tulis sejarah.. mengikut versi mereka sendiri. Huhu mukadimah yang memang lari habis dengan entri aku kali ni... Sebenarnya aku nak cerita bertapa pentingnya aku larikkan cerita-cerita aku kat belog ni supaya esok bila aku dah tua nyanyuk aku masih boleh tahu apa yang aku buat masa muda2 belia ni... ok enuf~

#ProjekKinabalu052014

Pada 27 Mei yang lalu, 4.40 pagi waktu tempatan =P aku dapat berdiri di spot yang paling tinggi di Malaysia. It was really my dream to be up there with my friends. Gunung Kinabalu berketinggian 4,095 meter dari aras lautsalah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara. selepas Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini sikit intro aku cedok dekat Wikipedas. senang cerita jom layan gambar-gambar sepanjang pendakian aku dalam mencari keindahan ciptaan ilahi.


Semua orang tengah excited nak panjat Kinabalu tapi aku tengah berperang dengan psikologi... takut kena mountain sickness (AMS) 

Perjalanan kami dari Kinabalu Park ke Mersilau. Pendakian kali ni menggunakan laluan Mersilau dan turun melalui Timpohon.

Isi perut dulu sebelum naik... Di dalam pakej yang ditawarkann Sutera Harbour. Makan disediakan bagi:
1.0 Makan malam hari sebelum pendakian
2.0 Sarapan pagi hari pendakian
3.0 Bekal makan tengahari  semasa pendakian
4.0 Makan malam di Laban Rata
5.0 Makan awal pagi sebelum naik ke Puncak
6.0 Sarapan pagi sebelum turun dari Laban Rata ke Timpohon
7.0 Makan Tengahari di Kinabalu Park.

bagi sesiapa yang plan nak naik Kinabalu untuk program diet, mohon lupakan hasrat anda. Sila cari Gunung lain... sini makan sedap ^^,


Perjalanan bermula view pertama yang kami nampak semasa mendaki dari Mersilau. Di sini disediakan kemudahan sewaan stick (RM10) dan khidmat Potter (RM12 per Kg). Dari sini dah mula berpecah. Semua ikut pace masing2. Tirah pun taktau kemana dah.

Menikmati pisang buruk... sumber tenaga pantas katanya.


Sempat bergambar lagi.

Ini check point/Pondok ke 5 (Pondok Lompoyou). Guide suggest untuk makan tengahari di sini.. Tapi nak makan kat mana pun makanlah labu~ janji makan ikut mulut sudah la.

Antara view Bonzai yang cantik... Tips yang berguna aku dapat dari otai2 yang selalu naik. "Jangan tunggu turun nanti baru nak ambil gambar", snap ja bila ada kesempatan sebab cuaca kat sini tak boleh dijangka. 

Muka ceria ni penting untuk psiko member2. Bagi sesiapa yang buat muka taik, sila terjun gaung. anda akan psiko motivasi kawan2 yang lain. Penat macam mana pun senyum saja~

Persimpangan antara Trail dari Mersilau dan Timpohon. Selepas pada ni cuma ada satu laluan saja. Insyallah takkan ada perkataan sesat. Cuma dari sini mental yang kuat diperlukan memandangkan semuanya naik sahaja... kah3


Dah macam hutan zaman Jurassic aku tengok. Kalau tiba2 keluar Velociraptor memang lauk~ As you can see.. naik sahaja jalannya ^^,

Memandangkan gambar makan tengahari tak sempat nak snap berikutan lapar macam jin... So ini saja yang ada. Gambar makan pagi sebelum naik ke puncak. Sekarang pukul 2.30 pagi. Kami bergerak ke puncak pukul 3.00 pagi. Sejuk jangan cerita... peti ais pun panas sket. **Peti ais singer kat rumah aku laa~**

Taddaa~~ Akhirnya berada di Summit. Aku sampai disini dalam pkol 4.40pagi. Terkabul lah hajat nak lihat sunrise. Alhamdulillah. Bimbang betol sebab malam semalam kepala aku pusing2 macam gasing.. Adakah itu AMS. memang ngeri. Disebabkan GoPro memang tewas dengan kegelapan maka terpaksalah aku tunggu suria menyinsing dahulu sebelum rakus berfoto-fotoan~
  
Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa takjubnya aku saat ni. Segala keindahan alam diperlihatkan pada kami dengan cuaca yang super ohsem!! walaupun sejuk tapi view sangat superb!!
So, nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan.
Perjalanan turun dari puncak. Memang betul cakap orang, kalau naik siang2 memang tak ternaik. psiko betol track dia. Mencanak ja. So better lepasi kawasan ni sebelum matahari naik =P 

Fefeelin main gelongsor paling tinggi di Malaysia.


Di sinilah aku menuntut ilmu kebomohan. Lepas ni berhajat nak bersaing dengan raja bomoh.

Ini adalah Ahmad Topek. Peneman aku sampai ke puncak. Gudjob bro!!

Dah sampai ke Laban Rata makan dulu. Melantak segala macam makanan... bekal nak turun ke bawah katanya... Berselera makan deitemai view yang marvelesss~

Oh dah bersedia nak turun. Take note time check out 10.30 pagi. Lambat akan dikenakan caj tambahan (RM100 untuk 1 Jam). Sayang duit oii!!

Bergambar last di Laban Rata sebelum masing2 pecut tak hengat dunia. 

Akhirnya pukul 1.20pagi pengembaran aku berakhir. Inilah Timpohon Gate yang aku cerita2 bagai tu. Aku dikalahkan dengan teruknya oleh 2 orang raja pecut acara lari 100meter - Mek Nora dan Peyha. Laju baq hang!!! Semua member2 memang sporting habess~ Tirah memang gua memang respek.. Mental terbaik!! Seronok join hangpa semua.

So, akhirnya berjaya jugak aku menulis entri ni dengan kemalasan tahap 7 petala langit plus aura sukaria luar angkasa tahap ke-4. So bagi seisapa yang belum dan akan naik. Silalah grab peluang ni. Kita pun ada tempat2 menarik untuk dilawati. Khatam dalam negara dulu baru keluar tengok dunia orang. Bagi sesiapa yang dah naik... pasti hangpa nak naik lagi kan... kan. So selamat mendaki... Adios~

Sebelum tu layan lah video ni... Khas untuk tatapan umum... Unsur2 18SX diketepikan...



+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 1, 2013

Mudahnya mengesan manusia

Dihujung2 minggu bagi yang ingin lari dari kesibukan kota.. kebanyakannya memilih untuk berekreasi santai di hutan-hutan lipur ataupun melibatkan diri dengan aktiviti lasak di hutan seperti mendaki gunung, mountain biking dan sebagainya.

Aktiviti2 santai mahupun mencabar ini sememangnya mengujakan namun kehadiran mereka yang tak bertanggungjawab sememangnya mengundang masalah.


Isu pembuangan sampah di kawasan-kawasan hutan ini bukanlah isu baru yang dibahaskan di laman2 blog dan media cetak. Pelbagai pendekatan2 diguna pakai oleh agensi2 bertanggungjawab untuk 'menyekolahkan' golongan2 tidak bertanggungjawab ini namun semuanya tidak memberikan kesan yang baik. 

Kesan daripada perbuatan ini menyebabkan wujudnya pelbagai masalah contohnya Penyakit kencing tikus dari virus Leptospirosis. Tikus-tikus tertarik dengan sampah2 dan keluar ke kawasan riadah manusia. Banyak hutan2 lipur yang terpaksa ditutup ekoran merebaknya wabak ini. Banyak lagi contoh2 lain yang boleh diberikan.

Salah seorang guide Gunung Ledang pernah mengakui " Naik Gunung Ledang susah nak sesat. kalau sesat ikut ja sampah, mesti dapat keluar". Begitu sinonimnya kita dengan sampah. Sampah yang bertimbun ini sememangnya mencacatkan permandangan. Bayangkan kita sedang menikmati hari2 minggu d ikawasan perlupusan sampah. tentunya tak 'ohsem' kan.

p/s: Aku yakin masih banyak orang yang peduli dengan alam sekitar kita... tak perlu kita susah2 nak kutip sampah orang lain jika setiap orang bawa keluar sampah masing2 yang dihasilkan semasa beraktiviti dan berkhelah.

+biarjasajadikenangan+



Wednesday, April 10, 2013

Gunung Bunga Buah: Versi Belacak Bukit

Setelah sekian lama makhluk alah ni bersawangan... aku rasa terpanggil untuk kembali melarik cerita2 hari kemaren. Sesungguhnya saat ni aku sedang buntu dengan penulisan-penulisan saintifik yang tak ketahuan punca. 

Ini aku nak cerita kisah pertama aku panjat gunung dengan budak2 rekreasi. Gunung Bunga Buah yang berketinggian 1430m dari aras laut ni menawarkan pemandangan yang agak cantiklah. Pintu masuk ke denai Gunung Bunga Buah ni bermula di belakang Hotel Seri Malaysia di Gohtong Jaya (Genting Highland). 

Semua 'peserta' berkumpul dirumah aku petang jumaat tu untuk agihkan barang2 dan ration. Memang mengejutkan bila si Nora bawa lesung batu naik gunung. Peserta2 yang join untuk trip kali ni Abu, Gebu (Ketua Chef), Wani, Nora, Amoi, Akem, Payed, Piti, Kak Ed, Azhar, Wini, Fizah dan Gaban sebagai guide. Sepatutnya kami berada di kaki bukit pukul 8.30 malam tapi disebabkan kereta Gebu terkunci menyebabkan kami tiba di Hotel Seri Malaysia pukul 10.00 malam. 

Selepas taklimat dan bacaan doa, kami memulakan perjalanan mendaki. Disebabkan hujan yang turun menemani perjalanan kami menyebabkan jalan naik licin dan berselut. Sempat juga aku menyaksikan perlawanan 10pin bowling dimana gebu jatuh bergolek2 ke bawah. Nasib aku, amoi dan wani sempat memasang memasang kuda-kuda untuk menahan si gebu dari terus menjatuhkan peserta2 lain ke bawah.

Perjalanan menjadi sangat sukar bagi peserta ke-4 dan seterusnya memnadangkan jalan sangat berkelodak dan licin tahap gaban. Dengan Gaban yang sudah tak yakin dengan jalan yang kami lalui, akhirnya kami sampai di pintu bekas kuari dan mengambil keputusan untuk bermalam disitu sebelum mencari semula jalan naik keesokannya.

Disini aktiviti Dapur Chef Wan mula meriah bila Gebu dan gadis2 yang lain mula mengetuk2 belakang periuk.  Ketuk-ketuk Ramadhan katanya. Menu malam ni 'Popia Bukit'.

Gaban kuat mengaji sementara tunggu menu siap!! Anak soleh ni~ 

Popia bukit memang boleh tahan... sedap!! Aktiviti memasak terus berlarutan sehingga pukul berapa pagi. Aku pun dah tak ingat sebab lambat sangat. 

 Wani ingat tisu lap hingus~ euww

 Apa lagi lah yang dimasaknyer~~ mengantuk oii

 Sejam kemudian~



Pagi esoknya kami dihidangkan dengan Nasi Lemak. Menu berat katanya... Semua orang dengan tugas masing2. Aku dengan daun pisangku~ dah nama pun nasi lemak.


 anee~ nasi lemak satu~


 Kat mana lagi lah roh budak2 ni




 Dimana2 pun Hup Seng memang di hati


jom makan!!!


Selepas isi minyak, masing2 menghidupkan pesawat untuk menawan puncak Bunga Buah. Perjalanan pada mulanya agak santai memandangkan kami hanya melalui denai landai dan jalan balak. Dalam setengah jam kaki tiba di bahagian sebenar pendakian. Kami mula memanjat tanah2 yang mendidih setiap kali dipijak. Mana taknya semua pun berselut dan licin. Pendakian kami berlarutan dalam 2 jam lebih sebelum kami dapat melihat beirut Gunung Bunga Buah.

 Permandangan di Rock Garden - dapat lihat Genting Highlands


Payed posing serius... come on la yed~  


 Kulit muka dah sama dengan bibir dah amoi, tapi takpa yang penting semangat mau ada .


 Akak tali sedang gigih mengatur langkah...


Akhirnya... berkhelah di puncak... Makan magee jom!!


Sesi bergambar di beirut... Kenangan katanya.

Walaupun nasib kami tak berapa baik memandangkan puncaknya dilitupi kabus tapi kami puas hati kerana berjaya sampai ke puncak dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Dengan trek yang "Belacak Bukit" memang menduga mental terutamanya bagi yang first timer.



Selepas sejam di atas, kami berkemas dan bergerak turun memandangkan langit seperti nak muntah semula. Secara keseluruhannya pendakian kali ini berjaya dan meninggalkan kenangan yang indah bagi semua peserta terutamanya mereka yang bawa lesung batu naik gunung ni. ^^, 


+biarjasajadikenangan+




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...