Bally.Da.Shoe: Hutan
Showing posts with label Hutan. Show all posts
Showing posts with label Hutan. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Pertahanan Semulajadi yang sangat ohsem



Jika hutan pamah dan hutan gunung digelar 'span gergasi', hutan bakau pula mungkin digelar benteng laut. Mengapa? 

Setiap tahun kawasan pantai kita terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedar menjadikan pantai semakin 'mengecut'. Inilah kesan dari hakisan ombak. 

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah hakisan ini.. antaranya ialah dengan membina pemecah ombak untuk mengatasi masalah ini. Namun pemecah ombak semestinya menelan belanja yang sangat tinggi. menurut sinar harian 13/9/2013, kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi membina benteng pemecah ombak bertujuan mengelak hakisan di beberapa pantai di sekitar Senggarang, Johor.

Namun sedarkah kita, "Nature" juga mempunyai barisan pertahanan sendiri. jika diamati.. disebalik pemecah ombak kita dapat lihat ada tumbuhan yang tumbuh. Itu adalah Avincennia. Avincennia adalah pertahanan paling hadapan. Avincennnia mempunyai jaringan akar udara (pneumatophores) yang tumbuh mencacak melepasi paras lumpur di sekeliling pangkal batangnya tidak hanya bertujuan untuk pernafasan, tapi juga untuk memerangkap dan memegang mendapan tanah.



Gambar 1: Pneumatophores

Selain itu, Daun Avincennia atau lebih mudah dipanggil pokok Api-api mempunyai kelenjar garam di permukaan bawahnya. Kelenjar garam ini berfungsi untuk menyingkirkan garam dari pokok. hebat kan? Ini kerana tidak semua pokok mempunyai kelebihan ini.  Biji Api-api pula mula bercambah ketika masih melekat di ranting lagi. Ini bagi memastikan bijinya tumbuh dengan cepat sebaik sahaja terjatuh atau tertanam di dalam lumpur.

Avincennia akan menyediakan persekitaran (struktur tanah) yang sesuai sebelum barisan seterusnya masuk iaitu Rhizophora & Bruguiera. Hasilnya akan terbentuk satu ekosistem bakau yang hebat sebagai pertahanan dari hakisan ombak dan juga Tsunami.

Bekasi Diminta Tanam Bakau di Pesisir Pantai Utara

p/s: Don't fight against nature... alam lebih arif ^^,

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 8, 2013

Cipan 'Capet'




Ramai yang sebut cipan... cipan... tenuk... tenuk... tapi kenalkah kita dengan cipan dan tenuk? Sebenarnya cipan dan tenuk ini merujuk kepada haiwan yang sama iaitu Tapir.


Keseluruhannya hanya terdapat 4 spesies Cipan atau Tapir yang wujud di atas muka bumi dan Malayan Tapir yang terdapat dinegara kita merupakan spesies yang terbesar dengan berat badan mencapai 363kg!! Malayan Tapir mempunya ciri-ciri badan menarik seolah2 ia sedang memakai cawat berwarna putih. Siapa cakap tapir comel angkat tangan!

Tenuk/Cipan/Tapir yang dimaksudkan ni adalah :

1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Asia Tenggara dan Malaysia. 
2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Mexico dan Amerika Tengah. 
3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Utara Andes di Colombia & Ecuador.
4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Hutan Amerika Selatan.


Tenuk menjadikan buah2 yang gugur, pucuk2, dan daun2 muda sebagai makanannya. Namun yang sedihnya, Tapir kini semakin mendekati kepupusan.. Ini disebabkan oleh :

1. Pemusnahan habitat asal untuk tujuan pembangunan. (ini mengganggu proses pembiakan & sumber makanan tapir)
2. Pembalakan tak terkawal
3. Pemburuan (Harimau, harimau bintang, manusia)

Kini Persatuan Pencinta Alam (MNS) sedang berusaha keras bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenal apa itu tenuk dan bagaimana fungsinya di dalam ekosistem liar tidak hanya di zoo dan sebagai sampel2 awet di muzium2 dan pusat interpretasi.

Dengan motto hidup 'Show something better to our childrens' jom support usaha2 pemuliharaan si tapir/tenuk/cipan ^^, 

p\s: kalau Afrika terkenal dengan badak air... biar orang kenal Malaysia sebagai rumah kepada Cipan pakai 'pampers'

+biarjasajadikenangan+

Monday, September 23, 2013

Bakau... ada fungsi ke?



Hari ini, isu hutan bakau sering diperkatakan dalam media televisyen. Rata-rata kita pasti pernah melihat iklan animasi ikan belacak comel sedang menangis mengenangkan habitatnya yang rosak. Nasib la ada insan2 yang ambil berat.

jom layan belacak comel... **iklan NRE**

Mungkin ramai yang hanya tahu fungsi langsung hutan bakau iaitu penghasilan kayu cerucuk untuk tujuan pembinaan. Namun masih banyak fungsi2 tak langsung hutan bakau yang kita yang tak tahu.

(1) Menstabilkan pantai
(2) Pemecah ombak (Elakkan hakisan pantai) - Pantai yang terdedah seringkali dihakis oleh ombak laut
(3) Menyediakan habitat pada haiwan dan juga sebagai kawasan persinggahan bagi burung-burung migrasi
(4) Memulakan rantai makanan - Banyak haiwan akuatik bergantung hidup pada ekosistem bakau
(5) Penghadang semulajadi yang berkesan terhadap tsunami, taufan, dan siklon dan ribut hasil dari peningkatan suhu bumi (Buffer zone 5 km dari pantai)
(6) Memulihara iklim
(7) Menyerap dan menyimpan peratus karbon yang tinggi

‘blue carbon sinks/storage' adalah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan peranan bakau. Daripada kesemua karbon biologi (atau karbon hijau) yang diserap di seluruh dunia, lebih separuh daripadanya (55 peratus) diperangkap oleh organisme hidupan marin dan bukan di darat, oleh itu, ia dikenali sebagai karbon biru. Karbon monoksid yang meningkat berterusan serta wasap rumah hijau lain menyumbang kepada perubahan iklim.

Namun ekosistem ini terus menyusut. Dalam tempoh 50 dekad (1950-an - sekarang), Hutan bakau di Malaysia telah merosot sebanyak 30% daripada 800,000 hektar 575,000 hektar. Jika tidak dupulihara dengan baik, ia pasti akan terus menyusut.

Ayuh selamatkan belacak comel... eh! selamatkan ekosistem bakau kita ^^,

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, April 10, 2013

Gunung Bunga Buah: Versi Belacak Bukit

Setelah sekian lama makhluk alah ni bersawangan... aku rasa terpanggil untuk kembali melarik cerita2 hari kemaren. Sesungguhnya saat ni aku sedang buntu dengan penulisan-penulisan saintifik yang tak ketahuan punca. 

Ini aku nak cerita kisah pertama aku panjat gunung dengan budak2 rekreasi. Gunung Bunga Buah yang berketinggian 1430m dari aras laut ni menawarkan pemandangan yang agak cantiklah. Pintu masuk ke denai Gunung Bunga Buah ni bermula di belakang Hotel Seri Malaysia di Gohtong Jaya (Genting Highland). 

Semua 'peserta' berkumpul dirumah aku petang jumaat tu untuk agihkan barang2 dan ration. Memang mengejutkan bila si Nora bawa lesung batu naik gunung. Peserta2 yang join untuk trip kali ni Abu, Gebu (Ketua Chef), Wani, Nora, Amoi, Akem, Payed, Piti, Kak Ed, Azhar, Wini, Fizah dan Gaban sebagai guide. Sepatutnya kami berada di kaki bukit pukul 8.30 malam tapi disebabkan kereta Gebu terkunci menyebabkan kami tiba di Hotel Seri Malaysia pukul 10.00 malam. 

Selepas taklimat dan bacaan doa, kami memulakan perjalanan mendaki. Disebabkan hujan yang turun menemani perjalanan kami menyebabkan jalan naik licin dan berselut. Sempat juga aku menyaksikan perlawanan 10pin bowling dimana gebu jatuh bergolek2 ke bawah. Nasib aku, amoi dan wani sempat memasang memasang kuda-kuda untuk menahan si gebu dari terus menjatuhkan peserta2 lain ke bawah.

Perjalanan menjadi sangat sukar bagi peserta ke-4 dan seterusnya memnadangkan jalan sangat berkelodak dan licin tahap gaban. Dengan Gaban yang sudah tak yakin dengan jalan yang kami lalui, akhirnya kami sampai di pintu bekas kuari dan mengambil keputusan untuk bermalam disitu sebelum mencari semula jalan naik keesokannya.

Disini aktiviti Dapur Chef Wan mula meriah bila Gebu dan gadis2 yang lain mula mengetuk2 belakang periuk.  Ketuk-ketuk Ramadhan katanya. Menu malam ni 'Popia Bukit'.

Gaban kuat mengaji sementara tunggu menu siap!! Anak soleh ni~ 

Popia bukit memang boleh tahan... sedap!! Aktiviti memasak terus berlarutan sehingga pukul berapa pagi. Aku pun dah tak ingat sebab lambat sangat. 

 Wani ingat tisu lap hingus~ euww

 Apa lagi lah yang dimasaknyer~~ mengantuk oii

 Sejam kemudian~



Pagi esoknya kami dihidangkan dengan Nasi Lemak. Menu berat katanya... Semua orang dengan tugas masing2. Aku dengan daun pisangku~ dah nama pun nasi lemak.


 anee~ nasi lemak satu~


 Kat mana lagi lah roh budak2 ni




 Dimana2 pun Hup Seng memang di hati


jom makan!!!


Selepas isi minyak, masing2 menghidupkan pesawat untuk menawan puncak Bunga Buah. Perjalanan pada mulanya agak santai memandangkan kami hanya melalui denai landai dan jalan balak. Dalam setengah jam kaki tiba di bahagian sebenar pendakian. Kami mula memanjat tanah2 yang mendidih setiap kali dipijak. Mana taknya semua pun berselut dan licin. Pendakian kami berlarutan dalam 2 jam lebih sebelum kami dapat melihat beirut Gunung Bunga Buah.

 Permandangan di Rock Garden - dapat lihat Genting Highlands


Payed posing serius... come on la yed~  


 Kulit muka dah sama dengan bibir dah amoi, tapi takpa yang penting semangat mau ada .


 Akak tali sedang gigih mengatur langkah...


Akhirnya... berkhelah di puncak... Makan magee jom!!


Sesi bergambar di beirut... Kenangan katanya.

Walaupun nasib kami tak berapa baik memandangkan puncaknya dilitupi kabus tapi kami puas hati kerana berjaya sampai ke puncak dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Dengan trek yang "Belacak Bukit" memang menduga mental terutamanya bagi yang first timer.



Selepas sejam di atas, kami berkemas dan bergerak turun memandangkan langit seperti nak muntah semula. Secara keseluruhannya pendakian kali ini berjaya dan meninggalkan kenangan yang indah bagi semua peserta terutamanya mereka yang bawa lesung batu naik gunung ni. ^^, 


+biarjasajadikenangan+




Tuesday, October 16, 2012

Selamatkan Merapoh Caves !!

Arghhh!! busynya lately ni.... tak sempat pun aku nak blog walking cari makanan untuk otak, reput lama2 otak aku ni. Tapi baru ni member aku ada share satu poster pasal Merapoh Caves....


Satu lagi isu pasal alam sekitar dan kemusnahan sumber2 alam semula jadi. Aku pun tak sempat nak menelaah benda ni sedalam2nya disebabkan busy yang melampau... tapi aku rasa aku patut post juga benda ni sebelum terlambat. Untuk maklumat lanjut bolehlah mengugel sepuasnya untuk maklumat yang jitu dan padu.

Difahamkan ada syarikat kuari yang bakal beroperasi di Merapoh yang juga bakal meranapkan gunung batu kapur yang di dalamnya ada2 gua2 air yang cantik. Kebanyakan gua2 batu kapur di Meropoh sangat cantik dan memiliki  anak sungai yang sangat cantik. Melihat gambar kat bawah ni saja korang dah boleh bayangkan suasana kat kawasan tu. Sure heboh!!


Tapi...tapi... bayangkan lah jika anugerah sehebat ini dimusnahkan... selepas dikikis dan digali, tiada lagi pasak bumi yang indah untuk kita nikmati di kemudian hari. Cukuplah apa yang terjadi pada Ipoh, Pancing, dan Bukit Goh. Aku percaya sekarang ni orang dah ramai yang prihatin dengan alam sekitar. Di saat dunia dalam kepanasan... manusia lebih peka. Luahkan apa yang kita rasa dan lindungi apa yang kita sayang ^^,

p/s: walaupun satu suara, ianya tetap dikira...

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, September 5, 2012

Seram Sangat: Padah ambil benda dalam hutan

Aku bukan nak bangkitkan cerita2 hantu ni tapi aku rasa macam perlu jugak aku cerita benda2 ni. Ini pasal pengalaman aku sendiri masa buat kerja lapangan dekat salah satu Taman Negara di bahagian utara tanah air. Peristiwa ni berlaku bulan April 2012 lepas.


Hari tu aku, pensyarah, 2 rakan sekerja dan 2 pelajar tahun akhir tiba di Pekan berhampiran kira2 jam 10 malam. Kami check in di guesthouse yang berdekatan untuk memudahkan kerja keesokan harinya. Di rumah tumpangan, masing2 sibuk menyediakan peralatan masing2 untuk mendaki dan merintis laluan baru. Nak kata tinggi tak jugak sebab bukannya gunung... tapi agak mencanak jugak lah jalan dia. Ada dikalanngan guide yang menggelarnya bukit maut. Untuk pengetahuan, pihak pengurusan kawasan hutan ini ingin membuka satu trail baru (denai hutan) dan kami diminta untuk merintis jalan baru ini dan menyediakan panel2 interpretasi di kawasan ini.

Ekspedisi bermula dari Jeti PERHILITAN. Perjalanan menggunakan jalan laut hanya mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke kawasan pantai berhampiran. Jika menggunakan jalan hutan, pengunjung memerlukan hampir separuh hari perjalanan ^^. Setibanya di pantai, masing2 bersedia untuk mendaki. Aktiviti kali ini adalah tagging pokok (mengenalpasti spesies pokok) dan kami dipandu oleh seorang guide (Pak Sudin) **bukan nama sebenar**

Perjalanan mulanya senang kerana jalannya agak mendatar dan sesekali kami perlu merentasi anak sungai. Proses mendaki hanya bermula selepas kami merentasi sungai yang ke 3. Boleh tahan la curamnya tu... terjelir jugak lidah. Sepanjang menjalankan kerja2 mengenalpasti pokok, takdak pulak berlaku apa2 yang pelik.

Dalam perjalanan pulang kami melalui suatu tempat yang dipenuhi dengan rotan. Dalam banyak2 rotan yang tumbuh dikawasan tu, ada satu rotan yang nampak menarik dan sesuai dibuat tongkat. Pak Sudin menawarkan diri untuk mengambil rotan itu jika kami mahu. Pada mulanya kami menolaknya dengan baik kerana mengeluarkan hasil hutan di kawasan taman negara adalah salah, namun disebabkan keunikan rotan itu, salah seorang daripada kami telah mengambil rotan itu.

Malam tu, aku terkejut bila terdengar member aku menjerit. Buntang mata aku bila tengok dia menjerit2 sambil menepis sesuatu. Aku lihat jam di dinding. "uish pukul 3 pagi" bisik aku dalam hati. Kata orang pukul 3 pagi ni la waktu hantu bekeliaran...sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tahu. Aku baring semula di campbag. Lepas aku pejam ja mata, tiba2 aku terasa berat macam kena tindih. Pada masa yang sama anjing mula menyalak... Auuuu~ panjang dan bersahut-sahutan. 

Masa tu, aku dah tak boleh buat apa... Aku baca ayat kursi dalam hati. tapi satu ayat hilang, aku tak dapat nak teruskan. dada makin sendat rasa...sesak nafas! ikhtiar terakhir aku Al-Fatihah. aku baca berulang2 kali.   
Dalam 2 3 kali aku baca...anjing pun berhenti menyalak. Aku pun dapat bukak mata dan badan dah tak rasa berat lagi. Aku lihat member aku... dia mendengus kecil... macam orang penat berlari 100meter. Tiba2 dia mengiring ke arah aku... dia tengok campbag aku dan menjerit seolah2 terkejut sesuatu. Sekali lagi anjing menyahut. Aku terus bangun dan duduk. Aku tanya member aku, "awat weh! hang jerit apa". "Aku tak boleh tido". 

Disebabkan masing2 tak selesa kami ambil keputusan untuk keluar lepak kedai mamak. Dia kemudian cerita dekat aku. "Ada pompuan (perempuan) panjat katil aku, Dia naik kat kaki aku". Faham la aku kenapa dia jerit. Lagi sekali dia jerit masa tengok campbag aku. Itu sebab dia nampak pompuan tu tido depan aku. Patut la aku macam kena tindih ja rasa. 


Keesokan harinya, kami pergi semula ke sana dan pulangkan apa yang kami ambil dan alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Sejak malam tu, aku dah tak berani nak ambil apa2 dari hutan... Walaupun aku minat sangat dengan keladi2 dalam hutan tu.. terpaksalah bersabar. So jangan lah ambik apa2 dari hutan sesuka hati... bukan apa takut dia ikut dan tak mahu pulang... haru~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, August 11, 2012

Budak Hutan sesat dalam hutan.. hmmmm~


Baru2 ni yang tak berapa nak baru.. beberapa orang budak praktikal dan warga Austria telah sesat di dalam Taman Negara Kuala Tahan selama 48jam. Biasa la orang sesat ni... sedangkan dekat town pun boleh sesat.. Eh~  Bukan itu yang aku nak cerita.



"Semua mangsa yang sesat di dalam hutan Taman Rimba Kenong itu termasuk dua warga Austria, Giaf Michale dan Susane Stuckler masing-masing berusia 30 tahun, diikuti mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yap Chua Meng, 24, berasal Batu Pahat, Johor dan tiga lagi mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Rabiatul Adawiyah Jamil, 21, dari Kampung Sri Damai, Kuantan; Nadia Mohd Nazam, 24, dari Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut dan Nasorrosah Mohamad, 24, dari Sri Kembangan, Selangor itu dibawa masuk oleh jurupandu Perhilitan, Mohamad Sujaie Abdul Aziz, 35, untuk melawat Gua Gajah."



Mereka2 yang sesat tu bersama dengan guide dari PERHILITAN yang sudah terserlah kemahirannya... Jadi mengapa masih sesat ? Itu yang nak disembangkan. Orang yang hebat, mahir, pro pun kadang2 termiss jugak. Hutan ni tak dapat dijangka. Kalau diluar cerah..di dalam belum tentu lagi... Kalau di luar hujan renyai2 di dalam mungkin ribut... senang kata hutan ni misteri...



Orang tua2 pun selalu pesan "jangan cakap lebih kurang dalam hutan" "jangin ambil benda2 ikut suka" jangan...jangan... dan jangan. banyak sangat~



Apa2 pun semua yang hilang sudah selamat pulang. Semoga selamat menjalani ibadah puasa dan berbahagia disamping keluarga di hari raya ni ^^, . Ok lah aku nak sambung dengar lagu raya.. lalala~



p/s: 3 yang hilang tu junior aku... shhh~ jangan cakap org~ =P


Info lanjut di sini 

+biarjasajadikenangan+ 

Thursday, September 15, 2011

Tanaman pengusir nyamuk


Rumah aku banyak sangat nyamuk... kalau guna kalkulator saintifik fx-570MS nak kira benda alah ni, infiniti gamaknya... maklumlah kiri kanan belakang semua hutan... So aku nak lah kongsi sikit neh... Zodia a.k.a Pokok Ridsect... masak buah keluor ridsect sebotol... =P

Okeh... Zodia ni merupakan tanaman asli Indonesia yang berasal dari daerah Irian (Papua). Tanaman ini selalunya digunakkan oleh penduduk kampung untuk menghalau serangga khususnya nyamuk. Orang2 kampung biasanya menggosok daun zodia ni pada kulit sebelum masuk ke hutan... Ia boleh dikatakan sebagai kaedah yang mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan berbanding penggunaan Penyebur serangga... *nak sebut jenama takut kena saman pulak* =P kerana nyamuk takkan menghampiri kawasan yang terdapat tumbuhan ni... Ini mungkin disebabkan oleh aroma yang dihasilkan oleh pokok ini.

Tumbuhan Zodia ni diklasifikasikan dalam family Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Evodia suaveolens. Kajian saintifik menunjukkan minyak ekstrak dari pokok zodia ni mengandungi 46% linanol yang femes sebagai bahan penghalau nyamuk. Zodia yang ditanam dalam satu pasu kecil dapat meghalau nyamuk sekitar 2 meter persegi. Untuk lebih berkesan, tanaman ini boleh diletakkan berhampiran dengan kipas bagi membolehkan baunya tersebar dengan meluas =P Aromanya yang wangi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di rumah ^^.

Pokok ni hanya dalam lingkungan ketinggian 1 meter dan mudah untuk diselenggara. Hanya perlu disiramkan 2 kali sehari dan perlu menerima pancaran matahari. Tanaman zodia ni juga sangat mudah dibiakkan iaitu melalui biji benih dan keratan batang.

Selain memastikan populasi katak tidak terjejas.... tumbuhan ini juga medium semulajadi yang berkesan untuk memerangi nyamuk aedes (Aedes aegypti) dan suku sakat keturunannya.

p/s: “CEGAH AEDES CEGAH DENGGI” –IKLAN KEMENTERIAN KESIHATAN- hehe

+biarjasajadikenangan+

Monday, September 12, 2011

Tumbuhan2 Landskap beracun ^^,

Di sebalik keindahan kepelbagaian tumbuhan landskap yang ditanam dilaman2 rumah kita, mungkin ada diantaranya yang beracun dan mungkin akan mentangkan masalah jika dipetik oleh kanak2.. *Ayat baku okay~*di bawah ni adalah antara tumbuhan2 Landskap yang beracun

Nama Tempatan: Adenium
Nama Saintifik: Adenium obesum
Getahnya boleh jadi racun ikan

er...er.... bab bunga2 ni lemah sket la.... ini aku terbaca dekat satu belog~ katanya bunga2 kt bawah2 ni semuanya merbahaya.

Nama Tempatan: Balung ayam
Nama Saintifik: Celosia argentea
Daunnya beracun

Nama Tempatan: Bunga Anis
Nama Saintifik: Nerium sp.
Getah pada pokoknya beracun

Nama Tempatan: Bunga cina
Nama Saintifik: Tabernaemontana sp.
Getahnya menyebabkan kulit jadi gatal


Nama Tempatan: Bunga Jepun
Nama Saintifik: Thevetia sp.
Getah pada pokok dan kulit biji merbahaya


Mak aku suka sangat tanam pokok ni... getahnya memang banyak dan berwarna putih. Ciri2 bergetah banyak menyebabkan pokok ni mudah tumbuh dan boleh ditanam secara keratan batang. Kalau dalam bidang hutan... pokok banyak resin cendenrung menghasilkan kopis...[pokok/dahan baru] ^^.

Nama Tempatan: Bunga loceng
Nama Saintifik: Allamanda cathartica
Getah beracun (seluruh tumbuhan)


Alanda mempunyai getah yang banyak berwarna putih... dan sangat mudah hidup.... ditanam secara keratan batang ^^. tak guna penggalak akar pun boleh hidup.

Nama Tempatan: Buta-buta
Nama Saintifik: Excoecaria sp.
Getah beracun


Nama Tempatan: Jarak
Nama Saintifik: Ricinus sp.
Bijinya merbahaya


Nama Tempatan: Jarak buncit
Nama Saintifik: Jatropha podagrica
Boleh menyebabkan koma kalau makan



Nama Tempatan: Kecubung
Nama Saintifik: Datura sp.
Daun , bunga , buah memabukkan

Ni aku baca dekat blog mana tah... tapi dia cakap bahaya la pokok ni.... bunga dia memang cantikkan. Ini pokok hutan rasanya...sebab penah nampak dalam hutan ^^.

Nama Tempatan: Keladi hiasan
Nama Saintifik: Caladium sp
Jusnya beracun

Keladi hiasan sememangnya cantik dan mempunyai daun yang lebar dimana ia dapat mewujudkan suasana sejuk pada kawasan rumah. Terdapat pelbagai jenis keladi hiasan... namun getah yang keluar dari batang keladi ini beracun... jangan dok saja2 p jilat pulak =P

Nama Tempatan: Oak leaf
Nama Saintifik: Euphorbia sp
Getah gatal


Getah pokok Oak gatal...tapi getah dari Pokok Getah (getah gelang) menghasilkan sensasi sakit dan pedih apabila dilastik oleh member.. ^^

Nama Tempatan: Saga laut
Nama Saintifik: Abrus precatorius
Biji beracun (1 biji boleh membunuh)

Warna merah biji ini amat mengiyurkan kalau kanak2 lihat. Memandangkan bijinya pecah dan besebarann diatas tanah,mungkin akan dikutip oleh kanak2. Namun biji saga ni cantik jika dibuat perhiasan... dan diletakkan dalam botol ^^.

Nama Tempatan: Tulang-tulang
Nama Saintifik: Euphorbia tirucalli
Getah beracun

Ada juga sumber mengatakan getahnya dapat merawat bisul,kesan bengkak dan kepatahan tulang... Hmm mungkin hanya untuk kegunaan luaran ^^,

Biar cantek tapi merbahaya... kalao mau tanam... pastikan ditanam ditempat yang tak tercapai dek kanak2... atau mungkin juga kawasan yang berpagar =P

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday!!

Pieces of Me...and nature









+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...