Bally.Da.Shoe: November 2010

Monday, November 22, 2010

Sampai jumpa lagi


Aku sudah mahu pergi...
Harap dapat berjumpa lagi...

Selamat Jalan Sahabat2... tempat aku berbagi kasih...suka dan duka
Selamat Jalan Bilekku... tempat aku berpanas dan berhujan
Selamat Jalan paku pakis....jangan lupa minum air banyak2.... =P
musuh... setakat hari ini takde lagi rasanya... tapi jika ada yang berdendam mari kita bermaafan...huhu (^^,)y
Pendek kata Selamat tinggal semua....terima kasih kerana menemani disetiap rentetan perjalanan hidup aku ini... Jika umur aku panjang...tak bertembung dengan (Panthera pardus) Harimau kumbang... tak jumpa (Ophiophagus hannah) Tedung Selar, (Phyton reticulatus) Sawa dan sewaktu dengannya...insyallah akan pulang lagi

AKU SAYANG SEMUA!!!

p/s: Entry bajet nak berpisah gila2.... tengok2 dalam hutan dapat on9..hehe wallahualam.

+biarjasajadikenangan+

Sunday, November 21, 2010

Betulka sume dah setel semester ni ?

Yeay!!! hari ni gembira sebentar sebab exam dah berakhir... Tamatlah penderitaan semester paling padat...dengan Laporan fail siasatan kes...proposal FYP...report2 tanah yang bertimbunan...kem2...fisiologi pokok...wildlife...GIS...Remote Sensing...mandi sungai malam2...tandas berjemaah... buat exam sama2 dalam hutan... berebut nak ID burung dan akhirnya presentasi. huh!! lega rasa semua dah habes.

minit 1... lega!!!!!!


minit ke-2....lapang fikiran ~


minit ke-5... eh!! terpikir sesuatu...


Damn!!! banyak lagi benda yang tak buat...Arghh!!! bila nak relax ni... T_T Esok pagi sudah mau masuk hutan... Hutan UPM riuh rendah lagi la lepas ni dengan suara2 3 bujang senang... Kerja aku untuk semester ni tak berhenti setakat ini. So bermula dari malam esok maka bermulalah secara rasmi aku sebagai Frog Hunter untuk sesi 2010/2011.

Lepas ni aku akan aktif pada waktu malam dari jam 9.00mlm - 12.00tgh malam [masa katak sedang galak]
Lepas tu pulak, aku akan berbau seperti katak [katak serius bau~~ terutama bila kumpul ramai2 dalam akuarium]
Bila malam nak tidur...akan dengar bunyi katak + bunyi orang berdengkur...
Berkeliaran disekitar kawasan hutan sambil bimbit akuarium dengan torclight besar atas kepala[berburu ala2 aborigin]
dan berseluar dan berbaju yang sama sepanjang berburu selama sebulan [ada sebabnye...supaya haiwan tak begitu terkesan dengan kehadiran manusia]
So mesti jarang2 dapat beronline lagi... takpe tak lama pun sebulan jer... (^^,)y ada masa boleh je curik2 keluar...hihi

+biarjasajadikenangan+

Friday, November 19, 2010

Maen bakar2 kalori!!!

Banyak orang cakap kat aku"Aku nak kuruskan badan la li", "Aku rasa tak sedap badan ja... hang nampak aku macam orang saket tak ?", "Li, hang rasa aku boleh kurus lagi tak ?" Tapi setiap kali bila ditanya bila nak excercise ni... "Tak larat la ni... esok la", "Ok2 sem depan kita start"," Uish tak leyh, malam ni aku ada meeting","malas la hari ni, lagipun hari ni aku diet..tak makan lagi ni". Bila nak maju!!!

Aku ada baca artikel dekat Hospital Serdang hari tu masa aku g melawat membe aku masok sepital. Artikel tu ada menyebut "Jika ingin menurunkan berat badan, anda harus membuang 500 kalori sehari" Yang dikatakan 500 kalori sehari tu bukannya sehari tak makan...Itu gila namanya...

Ok fomula mudah....
250 kalori daripada makanan
250 kalori daripada senaman
Hah...kan dah sikit.. (^^,)y

Ok aku nak sentuh part B jer...lain kali cerita pasal makanan. Okeh sebenarnya bukan susahkan pun nak bakar kalori... hmmm aku list sket kat bawah:

Tidur [60k/jam]
Membaca, tengok tv, Duduk [75k/jam]
Jalan2 santai kat taman [130k/jam]
Berbasikal (6mph)... buat 20-30minit tanpa brhenti [135k/jam]
Jalan2 dkt sopink kompleks ushar2 barang...buat 20-30minit tnpa henti... [135k/h] ingat!! tak boleh rehat dekat kerusi!!
Nerves/gemuruh/suspen gila2 [140k/j] jenuh la nak suspen sampai sejam...hehehe
Maen Bowling...tapi tak leh duduk!! [145k/j]
Buat kerja2 rumah yg berat2 (cuci rumah) [230k/j]
Berenang santai... buat 20-30minit tanpa henti [260k/j]
Maen Badminton [345k/j]
Berbasikal (12mph)... ni pun 20-30minit tanpa henti [385k/j]
Jln naik turun tangga curam dirumah (12tapak untuk setiap set tangga..tak leyh pegang pemegang...jgn berhenti untuk 20-30minit) [460k/j]
Jogging (5batu/jam) [600k/j]
Berenang Atlit 20-30minit tanpa henti [700k/j]

Huh!! dah la sikit2... kiranya tak susah pun nak bakar kalori... tapi jangan la dok asyik senam ja tapi makan tak jaga... Pastikan kalori yang kita ambil tak sebanyak kalori yang kita nak bakar... Cubalah...jangan putus asa... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... (^^,)y

p/s: Sesungguhnya kesihatan itu tak ternilaikan
+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 18, 2010

Merapek di malam buta~

Malam ni baru mula nak membelek2 nota... Dah nak membuang baru nak gali lubang... hehehe i can't help with that... Sedang puas2 bersetadi aku berhenti kejap... Toleh kiri dan merenung keluar.... Padang Serumpun kosong malam ni.Takde dah lolongan budak2 maen bola... hilang sudah jerit2 gadis yang asyik dengan futsal. Kan budak2 dah mula bercuti...aku je yang tak balek. Toleh kanan balik...nota... erkkk!!... nak muntah dah.

Aku capai camera, belek2 gambar then jumpa satu gambar...

Gambar bilek aku. Takde yang spesel pun dengan gambar ni... tapi bagi aku ada sesuatu yang beerti dalam gambar ni... Aku suka kutip benda2 yang aneh... tak hairan la sebab aku pun memang pelik... (^^,)y Aku buleyh habiskan masa berjam2 bawah pokok kutip buah saga, aku sanggup berjemur bawah bahang matahari di pantai semata2 nak kutip kulit kerang dan batu karang,dan aku juga sanggup kuis2 dalam semak hanya kerna mencari buah getah. Aku tak pasti samada orang laen sanggup atau tak tapi itulah yang aku akan buat.

Mungkin masa kecik2 aku takde bende nak main... sampai2 buat sume benda ni. Bagi aku biar setiap apa yang aku buat, aku akan pastikan ianya meninggalkan kesan walaupun hanya untuk diri aku. Sebab tu aku pilih ‘biar jasa jadi kenangan’ sebagai motto aku. Sesuailah aku sebagai anak jati kelahiran bumi jelapang padi KEDAH DARUL PEACE~

Aku maseh ada simpan silembu pemberian sahabat aku semasa aku di MRSM, aku jugak masih simpan lagi keychain merlion pemberian orang yang pertamanya buat aku jatuh cinta...Gelang tangan getah milik sahabatku di matrik... biar dah putus tapi masih elok disimpanan, Lukisan si katak endah, si hijao, si Beruang, katak klorofil, lukisan ala2 grafiti dan yang terbarunya aku dapat bonsai...tak lupa juga pemberian2 yg lainnya.. semuanya aku simpan dengan harapan semuanya akan kekal menjadi memori... Semoga aku bisa tersenyum bila melihat... mungkin disaat aku perlukan sesuatu untuk tersenyum.

Yang mahal itu tak semestinya bernilai...dan yang tak berharga itu belum tentu tak punya nilai. Biar hanya selembar kertas...namun bagi yang benar2 mengerti ia adalah khazanah...

- Terima Kasih -

**


p/s: tak perlu mahal2, cukup sekadar diingati

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 17, 2010

Qurban Hari Raya


Saat ini pasti mereka sedang saling bersalaman
Saat ini pasti mereka leka menjamah kutupat dan lemang
Mungkin juga mereka sedang teruja melihat lembu ditumbangkan
Atau paling2 tidak mereka sedang berkunjung ke rumah2 terbuka


Walau apa pun yang mereka lakukan, harap jangan dilupakan yang seorang ini
Maaf... tak dpat pulang kali ini, maaf... masih ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan
Maaf... Biar sejauh mana mana aku merantau... Hati ini pasti pulang ke desa... menjengah dan merindu kalian...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
"Maaf Batin dan Zahir"
Ikhlas dari Muhamad Zulfazley Zakaria @ Si Tukang Kasut
- Qurbanku Raya ini -


Jika ada umur yang panjang, di lain masa kita meraya bersama


+biarjasajadikenangan+

Monday, November 15, 2010

Seorang belum tentu sendirian

-ceria itu tak perlukan angka-

Hari ni aku turun ke kafe... sendirian... Kenapa aku sendirian...yang lainnya sudah pulang menantikan AidilAdha... Aku buat pesanan...ambil makanan dan tawaf sekali sebelum duduk dibangku... Suapan pertama lancar...kedua... dan ketiga. Banyak mata mula melihat... Orang tidak berkata apa2 Cuma hati mula berprasangka. Terasa janggal bila duduk dibangku sendirian sedangkan orang lain berkumpulan...paling tidak pun berduaan.

Mata2 itu kelihatannya mencemuh “Aneh, makan sorang2” “Takde kawan ker haha...” Semakin banyak yang melihat semakin kelam kabut suapan demi suapan yang menyumbat ke mulut. Akal mula memainkan peranannya. takde apa pon...perasaan ja” . Namun hati lantang bermanifesto “Mereka sedang menilai perlakuan anehmu”. Lalu lagak semakin kekok... Begini tak kena...begitu tak kena... “Bilalah nasi dalam pinggan ni nak luak ?”

Biarkan...biarkan...biarkan! Apa yang aku pedulikan... bukannya aku tak berbaju...jauh sekali tak berseluar. Memang aku tak punya ramai teman... namun tak beerti aku langsung tak punya. Aku terlalu memikirkan apa orang akan cakap pada aku. "Jangan risau apa orang akan fikirkan tentang diri kau kerana orang lain juga sedang sibuk memikirkan apa yang sedang kau fikirkan tentang mereka". Apa salahnya berseorang sekali sekala... Kan aku sudah biasa... “Ya, dulu aku senang seperti itu...tak ada yang aku pedulikan”. Lama2 juga pasti tenang lagi... Ahhh biarkan...seorang belum tentu sendiri

p/s: dulu tak kesah sekarang resah...

+biarjasajadikenangan+

Sunday, November 14, 2010

Apa perlakuanku itu

Malam ini... jam sudah masuk detik 12.30. Mata masih segar...otak masih ligat... fikiran melayang2 meneliti perlakuanku hari ini... Apa kau tidak sadar ? Apa kau tidak mengerti ? Mungkin saja kau pura2 tidak mengerti akan situasi ini atau pengertianmu itu mungkin salah pada fahaman yang lainnya.

Aku sangat sadar akan itu... Aku juga mengerti ... namun mengapa aku tiada berbuat apa2 ?? Jika aku ditempat orang itu... Apa saja perasaanku ?? Jika aku terlihatkan semua ini... apa juga tindakanku ?? Tiada hati yang tidak hancur dan luluh berhadapan semua ini. Tiada daya yang dapat menahan rasa kecewa itu...

Aku...Bali... Zulfazli!!!
Berjanji pada aku... Jangan dibawa2 perlakuan ini... Kelak jatuh kemuka sendiri. Kita tidak tahu apa yang sedang dan akan dilalui kelak. Ingat pesanku “Harimau yang gagah tidak takut pada seekor Kerbau, namun ketahuilah bilangan adalah lebih perkasa”.

Itik sepasang itu usah diganggu, kerna ia penyeri pada tasik... Jangan izinkan perkara silam kau menagih korban seterusnya.

p/s: Yang tersirat itu biar terus tersimpan... Andai ada yang mengerti...aku pun tak pasti

+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 13, 2010

Tangan pun luntur ??

Hari ini...pagi ini... aku bingkas bangun dan duduk di birai katil... Arghh!! pagi ini masih begitu... Kenapa ya ? Apa yang terjadi sebenarnya... Adakah aku anak terpilih yang telah ditakdirkan menjadi Ultraman untuk melawan raksasa... hehehe~ sedikit sengal pagi neh.

Tapak tangan kananku....semakin hari semakin pucat... kunink pucat... sungguh tidak hensem. Jika dilihat kanan dan kiri...sepertinya tangan aku tidak sepasang. Naseb la tangan kanan dengan tangan kiri masih ditempat yang betul. Aduss... bingung2... Dulu tak la begitu ketara.. tapi sejak akhir2 ni menjadik2 pulak... paling terasa bila bangun dari tidur.... Arghhh!!! i'm wierd...oh demmm!!! mungkin pagi2 darah jalan xberapa nak betul...penink tido lama sangat. [sedap hati]
Omputeh selalu buat cerita kunun2 ada manusia yang separuh baek separuh jahat.. (^^,)y Tapi moral cerita, kebaikan dan kejahatan itu sememangnya sentiasa berlawanan... One goes up and one goes down...
Berbalek pada cerita aku ni, apa nak jadi neh... Rasa2 ada tak orang nak kawan dengan manusia tapak tangan laen2 kaler...huhu i'm just wondering...tangan pun boleh luntur warna ka ??

p/s: runsing jugak kadang2 tapi relek sudah...
+biarjasajadikenangan+

Friday, November 12, 2010

Tempat Mati atau Mati Tempat ??

Petang ni belek2 tenet terusha pakcik google... Ada satu poster thailand Tajuk Death Place... Tapi kenfius jgak nak tengok Skyline atau Crita neh... berbelah bagi ni... dalam2 sengket pun nk jugak g tengok wayang...stress sangat... So decide nk tnya akak kaunter crita apa best... Aku dgan 4 lagi kawan gerak ke Alamanda... “Skyline 10.45 p.m selling fast”... Tengok cite hantu lah seram sket.

"Death Place" atau Tempat Mati...Bunyik macam seram... crita ni ada empat cerita pendek. Tema cerita ni diambil secara langsung dari berita Thailand yang mengerikan saja. Tema2 cerita pendek tu berjudul - "Kebakaran", "Penjara", "Dendam" dan "Motel Berhantu".
"Kebakaran" bercerita tentang seorang lelaki yang dihantui hantu wanita setelah terselamat dalam kebakaran kelab malam yang meragut nyawa aweknya. Hantu tu serius huduh!!...
Dalam "Penjara" pulak mengisahkan seorang tahanan yang mempersoalkan kewarasan diri dia setelah menyaksikan sel-mate dia menggantung diri. Ini hantu main aci sembunyi... Kalau bayangkan berada ditempat dia....sadis jugak rasa...
Dalam "Dendam", Seorang lelaki pekak yang menjadi pengedar dadah telah membunuh seorang pencuri wanita yang cun di apartmennya. Lepas bunuh, dia sembunyikan mayat wanita tu dalam tangki air diatas bumbung apartment. Lepas tu satu apartment “menjerit!!!”.
Last sekali “Motel berhantu”. Ini yang paling grand sekali.... Kalau tengok boleh tecabut tali perut...Serius~ Dalam cerita ni 2 orang sahabat pergi melanggan seorang pelacur tua. Diorang bawak pelacur tu ke sebuah motel... Disitu semua orang merentap...tersentap...terhempap!!!!! Nak tahu p tengok snirik... (^^,)y tak rugi pun kalo g tgk...bez!!
p/s: Salah yang lampau takkan kekal lampau jika ia mula memburu
+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 11, 2010

Petikan hati buat sahabat

If all my friends were to jump off a bridge I wouldn't jump with them, I would be at the bottom to catch them.

Mungkin dimata kamu2 aku sepertinya tidak serius
Mungkin bagi kamu2 itu aku kelihatan berpura2 sama kalian
Mungkin juga kamu menganggap aku seperti kata peribahasa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum"
Atau mungkin juga aku kelihatan seperti mempermainkan kamu2 dimata kalian

Walau apapun pandangan kamu...walau apa pun penelitian kamu... sesungguhnya aku sedang sekerasnya berusaha menjadi sahabat2 yang terbaik untuk kalian... Mungkin saja dalam percubaan2 ini aku khilaf.... gagal dimata kalian... Jadi maafkan aku... Demi tuhan aku seikhlas hati berkawan... Yang didahulukan itu semestinya keluarga namun kalian sahabat sememangnya amat penting bagiku...umpama permata yang tak ternilaikan.
Jika gaung dihadapan, aku ingin sama2 menuruni dan jika gunung yang terlintang dihadapan, aku juga ingin sama2 kalian mendaki...

Namun jika kalian tetap saja tidak puas hati... Apa lagi dayaku sebagai insan untuk berbuat apa2 melainkan berusaha dan berdoa... Semoga kamu2 sentiasa dalam lindungan rahmat dan pertunjuk-Nya.

p/s: Kepada sahabat2ku sekalian, selamat menghadapi peperiksaan...

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, November 9, 2010

Bila detik semakin singkat....seriau!!!

Hari ini masuk 9/11/2010 tapi aku maseh tak dapat study...

10/11/10 - Remote Sensing
14/11/10 - Forest Laws and Policies
18/11/10 - Wildlife Management ( Raya ke-2 "Demm....!!!")
20/11/10 - Tree Physiology
21/11/10 - Forest Soils

Sangat Serabut ini sem... nasib la dah habes 2 subjek..."entrepreneurship" dan "Undang2 Jenayah Islam" Kalo tak bersusun la examku... tu la amek lagi banyak2 kredit... 26 Krdt (+ Kem Hutan + Latihan Kerja Praktik + FYP) hehehe....

p/s : Berakit2 Kehulu....Berenang2 ketepian...Bersaket2 dahulu....Bersenang2 kemudian (Sem depan exactly 12 kdt....yehuuuu!!!)

+biarjasajadikenangan+

Monday, November 8, 2010

Macam mana nak tangani orang saket jiwa

Aku yang stress~

Tolonk Aku pelis!!!!!!!!!!!!!!
Aku lelaki kot.... buta ka!!! Jangan menentang hukum alam... Bodoh!!!

Tolong la bagi jalan kat aku untuk tangani orang yang saket jiwa + Kecelaruan identiti neh...



Sikit hari lagi jadi aku~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 6, 2010

Sinking of Kedah...



Tadak dah bunyik orang bising2...hehehe

Adeyh 2 hari sudah tergendala mood nak berblog gara2 kesibukkan menikmati banjir. Hmmm~ Banjir kali ni memang dahsyat...lebih dahsyat dari yang sebelum ni. Bilangan mangsa yang dipindahkan dah mencapai 39,512 berbanding 33,413 sebelumnya (info 2 hari lepas). Info yang terbaru (baru tadi) mengatakan 85% Alor Star sudah ditenggelami Air. Maybe 15% tu dato' Kumbar je lah... Naseb la Dato' tu pilih tempat tinggi2 =P Di kedah memang terasa sangat sebab tempat2 yang tak dijangka pun karam...
Aloq Staq ku~~

Kapal Selam timbul...

Mulanya Alor Star lingkaran luar saja yang rasa dingin air bah... sebab tengah town masih steady. Tapi malang xberbau... ayaq bah pun xberbau... hmpir seluruh aloq staq lumpuh... Tinggal area2 tinggi ja yang tak dinaiki air... rumah ak termasuk la...hehe
Jalan Stadium = Sungai stadium...


Antara jalan yang terbusy dekat Loq Staq (Jln Sultanah). Aku benci jalan neh...bnyk trepik light... padan muka ank trepik light

Kereta mampus xsempat sampai stesen minyak!! huhuhu
Jalan2 yang dulunya sibuk dengan deretan-deretan kereta kini lengang...
Jalan2 yang dulunya riuh rendah dengan bunyi hon kenderaan kini diganti dengan lolongan manusia2 meminta tolong...
Kereta yang dulunya ligat berlari diatas jalan raya kini terlihat berenang2 ketepian
Jalan raya yang dulunya tempat anjing dan kucing melintas kini menjadi sungai tempat ikan2 duyung bermain.Sesungguhnya inilah malapetaka terburuk di Kedah. Semoga Dato' Kumbar tak tenggelam... hehehehe
Si kecik ni tengah seronok nai sampan tong~

Apalah nilai sebijik Honda Jazz ~

+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 4, 2010

Tak nak... Buang!!!

Pagi ini ayah kelihatan gusar. Sekejap duduk sekejap berdiri. Jarang ayah seperti ini. Ayah risaukan padi yang semakin hilang ditelan "bah" [air banjir]. Belum sempat lagi padi diambil hujan sudah mencurah... Kalau berterusan, ayah pasti kerugian. Insyallah kalu rezeki tu ada, takkan kemana pun dia pergi... Padi mengingatkan aku pertanyaan ayah dulunya.Kita menanam padi dengan taburan benih yang sama... cara yang sama... racun dan baja yang sama. Tapi tahukah kita di dalam hamparan padi yang meluas itu, yang tumbuhnya tidak sama. Dalam padi yang ditanam itu tumbuh padi angin dan juga sambau. Kita hanya menginginkan padi dan kita seringkali memikirkan cara menyingkirkan sambau dan padi angin. Apa yang tak menyumbang dalam kehidupan kita...kita singkirkan... lupuskan dari pandangan...puas hati kita!!!
Kita lupa... sungguhpun ianya iada bererti bagi kita, ia pasti punya erti pada yang lainnya. Jika kita perhatikan di sekitar kehijauan hamparan padi itu... terdengar kicauan burung2 kecil yang bertaburan di langitnya... berdansa mengikut rentak dan irama sang bayu... Sudah penat beterbangan sang kecil ini akan menjunam ke sawah... menjadikan sambau sebagai makannya... Apakah benar seperti kata kita... sambau tiada bererti ?

p/s: Apa yang tak bernilai dimata kita belum tentu sama dimata orang... Siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman (^^,)y

Sambau = sejenis rumput
Padi angin = Padi yang tak berisi, lebih tinggi dari padi biasa, hinggakan kadang2 mengganggu pertumbuhan padi


+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 3, 2010

Maksud cerita


Jauh ditengah kota raya tinggal sang abang dan sang adek. Yang dikatakan kehidupan ditengah kota itu memerlukan biaya yang tinggi untuk hidup. Si Abang berniaga bagi menyara kehidupannya dan si adek manakala si adek masih menuntut si sebuah kolej pendidikan. Bagi memudahkan pergerakan si adek, si abang menghadiahkan sebuah kereta usang kepada adeknya... "Maaf adekku, hanya ini yang mampu abang berikan". "Terima kasih abang"

Detik dan waktu pantas beranjak....Si abang semakin tua begitu juga dengan si adek. Hadiah dari abang masih lagi digunakan walaupun seringkali mengundang masalah. Satu hari si adek sudah tidak tahan, dia mengadu pada si abang "abang, pemberian abang itu sudah rosak, apa bisa dibaikinya buat saya?" si abang menjawab "Apa yang rosak adekku, kelihatannya masih elok". Si adek terdiam seribu bahasa kerna dia tidak tahu apa nak dikatakan pada si abang. Setiap kali si adek meminta pada abangnya, pasti itu jawapan yang terucap dari mulut si abang. Akhirnya si adek pasrah...

Suatu hari, si adek sepeti biasa ke kolejnya dengan kereta pemberian si abang. Si adek memandu dengan sangat berhemah...namun kata orang malang itu tak berbau... Ketika melalui satu selekoh merbahaya, brek kenderaan si adek gagal berfungsi. Si adek terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum melaggar sebuah kereta dari arah bertentangan. Si adek parah... dia dikejarkan ke hosptital dengan ambulans.

Sejurus menerima perkhabaran musibah itu, si abang bergegas ke Hospital mendapatkan si adek. Si adek kritikal dan peluangnya untuk hidup hanya sepuluh peratus. Apabila si adek sedar dari koma, si abang dibenarkan berjumpa dengan si adek...Perjumpaan itu mungkin saja untuk yang keterakhir kalinya. Si adek mengukir satu senyuman manis sebagai menyambut kehadiran si abang saat si abang masuk.

Di akhir hayatnya si adek berkata "Abang, saya tak dapat menerangkan pada abang masalah pada pemberian abang itu, tapi hari ini saya dah tunjukkan pada abang yang apa yang saya maksudkan itu" Sesungguhnya masalah itu meragut nyawanya hari itu.p/s: Kita mungkin tidak pandai menceritakan... tapi kita benar - benar maksudkannya

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, November 2, 2010

demm!! in jamm!!

Hari ni aku dengan 2 orang sahabat bergerak ke Changloon untuk mengambil si aspa dengan hewan kaki 4 milik mamaku... Hujan serius turun... betul punya serius ni... Masuk ke plaza tol Alor Star (U) semuanya maseh steady lagi... Aku sembang2 sambil layan lagu... Then sampai plaza tol Hutan Kampung, aku bayar tol then dapat telegram... ada kakak chumel kasik... " Laluan ke changlun-Bukit Kayu Hitam ditutup kepada lalulintas".

Banjir mula menyerang. Hajat hati tu memang nak patah balek, tapi pila membayangkan muka membe aku yang mungkin dah macam tunggul mati aku pun teruskan jgak journey aku ke UUM... kunun2nya rescue team la... meter terpacak dikelajuan 120km/jam. tindakan yang agak berani la dalam keadaan hujan dan jalan yang berombak. Ahhh!! cepat pi cepat balekk...
Lalu je dekat area changlun... kereta dah mula bersusun.. dem!!! masak lakali ni. Semua kereta tak dapat teruskan perjalanan, semua kena u-turn... "semua kereta"...so kereta kebal pun kena u-turn... Cis kurang asam btol...encek2 lori dan bas saja boleh teruskan perjalanan. Hmmm... ada lah dekat 20minit melepak dekat atas jalan raya tu tunggu semua makhluk2 kecik yang lain u-turn...

Member yang sekali dengan aku masa kejadian pun cuba menelefon membe dye untuk mendapatkan kepastian (ala2 reporter cari info)... Kata dia Empangan dekat Thailand dah pecah... Itu sebab la air mencurah2 ke ladang gandum... Ditambah pulak dengan hujan yang dah 3 hari tak berhenti... Air pun katanya sedang pasang... so air x mengalir ke laut... Memang fenomena la~


Enough for Karam Singh Walia report... dah2 nak tidoq... apa2pun takziah buat member aku yang sedang tersadai kat pulau... Jangan risau nanti aku post magee dekat 'hang', tu pun kalau pakcek posmen tu pandai berenang...hahah
a
p/s: masa pulank tadi sempat pulak membunuh 2 ekor katak....takziah buat keluarga mangsa

+biarjasajadikenangan+

Monday, November 1, 2010

Penunggu malam


Pagi ini, aku duduk dimuka pintu, berhasrat ingin melihat terbitnya sang suria pagi. “Sepertinya kamu tak pernah lihat ya si Suria”. Aku pernah lihat sebelumnya… Tapi hari ni sepertinya aku mahu lihat dia, mungkin aku selepas ini aku sudah tidak berpeluang melihatnya lagi”. “Sebetulnya kau mahu kemana?” “Aku takkan kemana2… Cuma selepas ini, aku mungkin akan hanya lihat pada Si Bulan Malam saja.”

Sang Suria yang terang benderang… Sinarnya didambakan… habanya dinanti2… Dialah harapan sekaliannya. Jaguh terbilang dicakerawala. Lain pula bicara pada si bulan… Hanya menumpang kasih si suria… Sungguhpun cahayanya milik si suria…namun ianya mendamaikan… Terang seluruh malamku saat ia menjamah kulitku… dengannya malamku tidak kelam lagi.

Si bulan yang budiman, terpegun aku pada budi dan jasamu… Menyimpan segala bahang keperitan… dan sebaliknya menyimbah selaut petunjuk kepadaku agar aku tidak sesat lagi.
Biarpun kau tenggelam dalam bayang2 suria… tapi aku tahu… Kaulah penunggu malamku…

p/s: Biarpun kau tak menyerlah… tapi pasti ada yang menyedari kehadiranmu…

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...