Bally.Da.Shoe: Misteri
Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Misteri: Sulur Bidar mitos.. mistik..atau kenyataan?

Petang2 ni teringin pulak nak buat entri pasal haiwan2 mitos masyarakat melayu. Tetiba teringat pasal makhluk misteri yang menghuni tasik2 yang dalam. So I'll safe my legend for the next entry.

Pernah dengar Sulur Bidar? Mungkin tak ramai yang tahu pasal ni. tapi bagi kaki2 pancing, rasanya nama ni agak familiar lah. Sulur Bidar ni dah jatuh dalam kategori mitos masyarakat melayu dah.

Banyak versi yang boleh kita dengar tentang makhluk ni. Mengikut cerita orang2 yang tinggal di sekitar kawasan tasik dan orang2 asli di sana, makhluk ini menyerupai sehelai permaidani putih,dan mempunyai kaki yg banyak spt ulat gonggok di sekelilingnya. Terdapat kepala yang menyerupai kepala tuntung/labi2 di setiap penjurunya. Boleh bayang tak agak2?



er...er... macam ni kot... ada orang buat ilustrasi lagi ni...

Makhluk ini digeruni kerana ianya akan menyerang manusia, terutamanya mulut2 yang suka cakap besar. Taktau la kalau kebetulan makhluk tu lapar orang2 yang mulut celupar jer kena telan.. =P Cara Sulur Bidar ni menyerang adalah dengan menjerut dan menggulung mangsa sebelum menariknya ke dalam air. Seterusnya badan mangsa akan dipotong.. Err...

Ada jugak versi yg mengatakan makhluk ni adalah sejenis ular yang mendiami dasar tasik. Tak kurang jugak yang percaya makhluk ni adalah makhluk halus yg mendiami sungai2 besar dan kawasan air berpusar. Ini kerana sulur bidar jugak dikenali dengan panggilan Hantu Bidai, Hantu Balong, dan Hantu Balong Bidai. Asal seram ja terus letak hantu.. hmmm~
Kononnya Sulur Bidar versi 'halus' ni adalah semangat jahat yang tinggal dalam air... terbentuk hasil daripada tikar mengkuang bekas alas memandikan jenazah dibuang ke dalam sungai yang telah dihuni atau diserapi makhluk halus penghuni sungai. Mungkin sebab tu masyarakat melayu dalam2 tak suka kutip tikar hanyut...

"Dilarang mengambil tikar hanyut, nanti digulung sanai"

Sulur Bidar biasanya tinggal di dasar tasik atau sungai yang agak dalam. Kehadiran makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama daun2 'kering' yang terbenam di dasar tasik.

Kepada kaki2 pancing dan penggemar2 tasik... Sila hati2 sebab makhluk ni masih lagi misteri... yang penting jangan cakap besar. Bukan setakat orang jer tak suka... binatang dengan hantu pun tak suka. ^^,

Nah ni ada sket ilustrasi mitos sulur bidar... Baca dan layan... Ingat, mitos tak bererti takdak.

sumber tambahan: mindheartbodysoul

+biarjasajadikenangan+


Sunday, August 7, 2011

Lurah Laut... milik Mariana

Masa kecik2 dulu aku memang suka sangat kumpul komik Doraemon @_@... Terasa budak kembali. ..selongkar2 carik buku doraemon balek... koff~ koff~ *debu*

Yang paling aku suka baca volume 4... berkaitan dengan penerokaan dunia dibawah laut... yeayy!! Mcm story teller pulak rasa... =P Walaupun ianya komik... bila diperincikan balik... fakta2 yang diceritakan dalam komik ni berasas yang bukan rekaan. Penulis/pelukis tidak hanya bercerita tetapi menjadikan komik ini salah satu medium penyebaran maklumat kepada kanak2... Jepun~ aku salute itu ^^,

Berbalik kepada volume 4: menceritakan jurang mariana.. iaitu jurang yang terdalam di dunia... mungkin ada yang menyebut parit jepun... namun ia tetap menjadi misteri hingga hari ini. Ia merupakan jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11,000 meter (11KM), fuhh jauh tu... naek basikal mahu sejam jugak ni baru sampai.. pendek kata, jurang mariana adalahn lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Lokasi Jurang Mariana *credit utk pakcik gugel*

Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik.... di selatan Kepulauan Mariana dan di timur Mindanao, Filipina. Pernah dengar tak orang cakap jurang laut bersembilan ?? abaikan...aku pun taktau kenapa orang sebut2... =P tapi yang pastinya... terdapat 9 jurang terdalam lautan yang terletak di lautan Pasifik.... huhu calon2nya adalah :

Jurang Mariana, Lautan Pacific, kedalaman 11,034m
Jurang Tonga, Lautan Pacific, kedalaman 10,882m
Jurang Japan, Lautan Pacific, kedalaman 10,595m
Jurang Kuril, Lautan Pacific, kedalaman 10,542m
Jurang Filiphina, Lautan Pacific, kedalaman 10,497m
Jurang Kermadec, Lautan Pacific, kedalaman 10,047m
Jurang Izu Bonin (Jurang Izu Ogasawara), Lautan Pacific, kedalaman 9,780m
Jurang Peru-Chile atau dikenali Atacama, Lautan Pacific, kedalaman 8,065 m
Jurang Ryukyu (Jurang Nansei-Shoto ), Lautan Pacific, kedalaman 7,460 m

Arghhh... kenapa ramai sangat jurang2 datang lepak dekat laut pasifik.... p la lepak dekat atlantik ka.... laut cina selatan ka... tak pun laut hindi... Ini menunjukkan lautan pasifik sememangnya kaya dengan khazanah alam, hidupan2 eksotik dan...dan... jurang~ =P

Kedalaman yang bakal dicapai kapal selam mini Virgin Oceanic

Jurang ni juga mempunyai panjang 2550 kilometer serta lebar sehingga 69 kilometer dimana ia menjadi pemisah diantara plat pasifik dan plat filipina... Ini bererti kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest. Perghh... senang ja nak buat rekod dunia...tak payah susah2 panjat... terjun ja =P huhuhu

Menurut sumber HarianMetro hari ini, Richard Branson akan memecahkan 30 rekod dunia Guinness sekali gus, termasuk lima daripadanya penyelaman paling ekstrem dalam sejarah. Dia akan menggunakan kapal selam mini Virgin Oceanic meneroka setiap dasar paling dalam di lima lautan termasuk Jurang Mariana... Perghh!! berani betul manusia ni... Aku belum tentu nak turun 11KM bawah laut dengan kapal selam sepanjang 2.4 meter... ^^'

Apa2 pun ianya bagi membolehkan kita manusia2 kat atas darat ni tahu apa yang ada dekat bawah sana. Disebalik kedalam jurang mariana ni... banyak spesies2 aneh dan unik telah dijumpai oleh para pengkaji.... Ini memang tak jumpa tepi2 pantai... dekat market takdak ni.






Hidupan2 di bawah sana kebanyakannya mengeluarkan cahaya...samada untuk tujuan mengumpan mangsa atau menyuluh jalan ketika bersiar2 itu aku pun tak pasti... tapi aku ada tebaca kat mana tah, cahaya2 ini dihasilkan oleh tindakan kimia dalam badan hidupan2 laut dalam ini... mungkin salah satu proses pencerahan kot sebab diorang tak dapat sinar matahari... Ini mungkin salah satu bentuk adaptasi dengan persekitaran yang gelap gelita~

Untuk info lanjut sila baca disini... dibawah ni sada video sket.... tengok lah....serius takjub!! Subhanallah~


p/s: Erkkk.... kalau sampai macam ni unik lah ikan2 dekat laut lepas... mesti aku seorang yang tak makan ikan...

+biarjasajadikenangan+

Thursday, August 4, 2011

Siapa pemilik rahang terkuat... Aku??

Sebelum ni aku beranggapan buaya adalah haiwan memiliki rahang paling kuat diikuti oleh badak air iaitu herbivore yang memiliki rahang paling kuat. Tadi aku terbaca satu artikel dekat internet... Placoderm...sejenis ikan purba yang memiliki rahang terkuat.

Ikan purba ni sememangnya dah pupus... Makhluk ni pun wujud dan mendominasi ekosistem perairan antara 430 dan 360 juta tahun yang lalu. Erkk.... tapi para saintis yang membuat kajian dan hitungan hingga mampu menyatakan yang makhluk ini memiliki rahang terkuat... Ikan ni dikatakan dari kelompok vetebrata yang bertama memiliki rahang... huhu

Okeh.. jom kita buat perbandingan.. Buaya memiliki rahang yang sangat kuat dan dapat menggigit mangsanya dengan kekuatan luar biasa, menjadikannya sebagai haiwan yang mempunyai kekuatan gigitan yang paling tinggi. Tekanan gigitan seekor buaya tak kurang dari 5000psi (pounds per square inch). 5000!!! Jika dibandingkan dengan haiwan2 lain..... Tasmanian Devil = 200psi.... Cape Hunting Dog = 340psi.... Cougar = 350psi... Serigala = 406psi... Anjing (Mastiff) = 556psi.... Ikan Jerung = 669psi.... Singa = 691psi.... Jaguar = 700psi....

Tazmanian Devil

Alligator Snapping Turtle

Mastiff

Beruang 740psi. Beruang matahari (SunBear) yang terdapat di Malaysia maybe tak kot... ini mungkin utk kategori beruang2 besar saja. Alligator snapping turtle = 1004psi gila lah... kura2 ni takdak gigi... tapi kekuatan rahangnya menyebabkan ia mampu memutuskan jari manusia dengan gigitan yang biasa2 @ gigitan manja saja. Harimau = 1050psi. Harimau adalah pemilik rahang terkuat dalam keluarga kucing. Singa pun tak dapat menandingi kekuatan rahang dan ketajaman gigi harimau.. hehehe....

Hyena

Hyena = 1100psi. Hyena adalah karnivor yang memiliki kuasa gigitan terkuat... Gigitannya mampu melumatkan tulang paha gajah... Wahh!!! Jangan gigit saya peliss~ Oleh sebab sifatnya yang suka melumatkan tulang2... susunya memiliki kandungan kalsium paling tinggi berbanding predator laen... @_@ Gorila = 1300psi. Gigi gorilla tak lah tajam sangat... tapi dia memiliki rahang yang sangat kuat kerana adaptasi dari tabiat pemakanannya yang suka makan batang2 tumbuhan yang keras2 (buluh). Badak Air = 1821psi. Ia merupakan mamalia yang memiliki rahang terkuat. Walaupun herbivore, tapi si hippo ini cukup ditakuti oleh saingannya di air iaitu buaya.. Info tambahan.. pembunuh no 1 di afrika adalah Badak Air ini. [ 2000psi adalah sama berat dengan sebiji kereta sedan]


Buaya = 5000psi. Inilah jaguh masa kini... malaupun memiliki kuasa gigitan terkuat... tapi otot untuk membuka mulutnya sangat lemah... Jika ditekan dengan sebelah tangan manusia pun dah tak boleh buka mulut... huhu jangan p try pulak... kang nanti free free kena libas..

Berbalek kepada cerika moyang ikan ni.... Placoderm memiliki kekuatan gigitan rahang sebesar 11000psi... kekuatan ini cukup untuk menghancurkan kulit dan tulang terkeras di lautan. Nasib baek la makhluk ni dah pupus... Kalau nak dibandingkan rahang aku... agak2 menang dak?? [kuasa gigitan manusia dewasa = 150psi saja okay~]

Placoderm

Okeh dah banyak aku merapek.... huhuhu nanti2 aku update lagi.... mak aku panggil dah tu....suruh streak baju T_T huhuhu bantu ibu amalan mulia peace!! nak baca lebih pasai ikan ni sila klik SINI ... babai (^^,)y

p/s: unit ukur kekuatan gigitan adalah psi (Pound Per Square Inch). PSI ialah besar tekanan akibat beban sebesar 1 pound per area 1 inci persegi. Makin besar nilai PSI, makin kuat gigitannya.

*sumber gambar: pakcik google*

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...