Bally.Da.Shoe: Mimpi
Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Loceng Aiskrim...

[Ni jam pakcik google... Aku pinjam jap]

Semua orang sibuk cakap facebook nak tutup...ada jugak yang cerita pasal AJL bagai...Asal aku apa pun tak tahu.... Aku bukan lagi katak bawah tempurung...tapi katak purba bawah tanah... Takpelah esok2 aku baca paper banyak2... ada sapa2 nak kasik tv dekat aku?? angkat tangan pelisss...jgn malu2

Lama dah tak update blog... faham2 sangatla sem baru baru seminggu. Banyak benda yang nak kena set-up balik... bilek, barang2 setor budak2 ni, lagi nak sesuaikan diri dengan jadual... memang habeh berterabur.... padan la dengon blog yg bersawang neh...

Aku sebenarnya brmasalah. 2 hari lepas aku jalan2 dengan member aku [Dewa]. Memandangkan membe aku banyak beli barang aku pun terasa nak beli satu... aku takde benda nak beli so aku beli selipar dengan jam loceng (O-O). Jam tu murah ja tapi agak comel la... bulat2 macam kueh dorayaki... Apa yang menjadi masalahnya... sejak beli jam tu dah 2 malam aku mimpi makan aiskrim. Ada ja apek yang sibuk nak juai aiskrim dalam mimpi aku... Naseb tak juai air tebu. Kalo tak basah jugak katil aku malam tu~ tak pasal2 kena usung tilam g tandas...

p/s: Apa rasanya makan aiskrim dalam mimpi ~

+biarjasajadikenangan+

Monday, October 25, 2010

Benarkah di bawah selimut itu?

Malam ini sejuk..aku naik ke kamar... menghadap lappy... cuba menulis tentang orang itu... tentang malam itu... Aku menyandar dibirai katil sambil menyelesaikan tugasanku... malam semakin larut, sel2 darah merah menunjukkan kemalasannya mengangkut oksigen ke otakku. Kelopak mataku terasa disentap turun...aku mulai memejamkan mataku.

Pabila ku celik, aku berada di hdapan sebuah rumah. Tahu sangat aku itu rumah siapa... Aku lihat orang berpusu2 masuk. “Ada apa ya? Kenduri barang kali...tak pun kenduri budak berkhatan”. Masakan budak berkhatan... Aku melangkah mendekati rumah itu. Suasana hiba mula menyerang disegenap kubu pertahananku..hati. Aku terlihat ibu itu...bersandar dibuaian dengan tuala kecil tergenggam erat ditangan.

“Makcik...ada apa makcik?” Ibu itu diam seribu bahasa... dari riak wajahnya, tersimpan seribu kedukaan. Aku melangkah masuk. Alunan yassin jelas berkumandang...semua wajah tertunduk kelantai. Ku lihat disudut itu terhampar kaku tubuh jenazah diselimuti kain. Ya Allah, siapakah itu... Tolong jangan... Fikiran mula meracau menagih jawapan. Setiap titis kudratku kerah...memberanikan diri membuka kain yang menutupi jenazah itu... Ya Allah benarkah apa yang kulihat? Dia terbaring kaku tiada bergerak.... Mukanya pucat... matanya terkatup rapat... senyum manisnya tawar hari itu. Apakah untuk bersahabatpun aku tiada berlayak!!

Aku terjaga, keringat membutir didahiku. Aku terus mencapai telefon untuk mempertanyakan perihal naskah tidurku itu. Namun percaya ku itu hanya mainan tidur. Tidur yang tiada disaluti dengan selimut doa. Namun petang itu, telefon berdering...1 mesej diterima. “Bali. Berita buruk”. Sendi tangan terasa longgar...hilang segala perkasaku sebagai lelaki. Aku termenung...Apa aku kuat untuk membaca mesej ini” kugagahkan diri untuk terus membaca... Rupanya mimpiku tidak salah memberi pertunjuk. Dia kecelakaan berhampiran Tol Jelapang.

Namun...dihujung pesanan ringkas itu tertulis "dia tidak apa2, ibu dan kekasihnya dah bergerak ke tempat kejadian". Alhamdullah. Syukur... Umur kau masih panjang.

p/s: kadang2 mimpi juga beri petanda...

+biarjasajadikenangan+

Sunday, August 15, 2010

Apakah diri aku memberontak...[secebis mimpi aku]

[Gamba yg xde kena mengena =P]

Aku sepertinya terperangkap di suatu tempat yang tiada penghujungnya. Udaranya terkepung dan meruap...sesak!!! [jiwa kacaO bila dipikirkan]


Pada mulanya aku berada dipadang rumput yang sangat luas... Pemandangannya seolah2 di padang ragut savvana... hamparan rumput turf menguning menaikkan lagi pesona nan senja... Kelihatan sebuah bangunan stesen keretapi usang yang merupakan satu2nya bangunan yang masih wujud disana... Aku juga datang dari sana. Ia merupakan penghubung tunggal antara dunia itu dan dunia ini...


Dari tadi aku berdiri...menikmati panorama alam yang asing bagi aku....Tiba2 aku disapa dari belakang oleh seorang tua yang berselubung hitam... “Adek nak kemana”. Aku kaget dengan kehadirn si tua itu... “Saya tak tahu macam mana sampai sini, macam mana mau pulang” ,jawab aku sambil dibelakangi oleh orang tua itu. Kemudian dia menoleh...Mukanya berkerut, matanya merah saga... tersembul [biru dah aku masa tu] "Kalao kau datang sini jangan harap kau akan dapat pulang... Datang tak dijemput, pulang tak dihantar!!! "


Aku merenung mata si tua itu, sendi2ku menggigil...jangankan melangkah.. hendak berdiri pun aku tak mampu. Dari dalam matanya aku melihat peristiwa... ianya sungguh nyata... menyeksa!!! Oh tuhan, lepaskan aku dari belenggu ini... Aku tidak kuat!!


Dimana aku pergi situa pasti ada...hinggakan kututup matapun dia maseh ada dihadapan aku... Aku berlari... berlari seperti orang dikejar anjeng... Tapi sejauh mana aku lari, tak kurang seinci pun jarakku darinya... Si tua kmudian bersuara...Akulah yang kau ciptakan...apa kau tegar meninggalkan aku yang kau ciptakan... Kau kurung aku dalam mindamu, kau tabur aku dengan setiap permasalahanmu, dan kau lempar aku ke jurang kehancuranmu yang penuh dengan rasa tragismu, rendah dirimu, takutmu,... !!!


Setiap rasa2mu itu menyiksa aku... Kerana kelemahan kau aku terkurung disini... namun sekarang disaat kau semakin lemah...aku menjadi semakin kuat... Bila kau putus semngat, aku menemukan semangatku... Bila kau menghukum dirimu, aku meraikan rohku...dan bila kau menghantar dirimu ke dalam rasa takut...aku perlahan2 melepaskan diriku... Kau telah menyeksa aku dengan begitu lama dan sememangnya aku pantas untuk sedaya upayaku menyiksamu...


TINGGALLAH KAU MEMBUSUK DISINI!!!


[aku terus terjaga....butir2 keringat membasahi seluruh tubuhku...Apakah diri aku memberontak ?]
Effect VAKUM la neh... huhu (^^,)V


+biarjasajadikenangan+

Thursday, October 8, 2009

Bila Udin = Tarzan~??

Lama giler dh aku nak menulis. Keje banyak betol... Sebenarnye aku takde idea sangat nak kasi semak kat sini. Tapi rasanya kena tulis jugak....2 hari lepas aku pegi mkn dekat padang dengan member2...Agak sebal jugak dengan brader ambil order kat situ. kuku panjang dah mcm pontianak salah jantina dah dengan rambut serabai stok matpit gian. Sejam lebey jugak aku tunggu baru dapat order...mungkin sebab aku kuat mengutuk dye kot... haha abaikan itu, malam tu lpas je makan aku terus je pegi rembat naik mesin jogging kat bilik sebelah... feh malam tu dah mcm nak mati dah bila tiba2 aku sesak nafas...baget fit la kononnya... Tapi ni pun bukan crita utama aku sebenarnya...disebabkan kesesak nafasan tu maka aku tertido awal malam tu...nak dijadikan cerita malam tu aku bermimpi....Fuhhh trill jgak mimpi aku tu, dah mcm kena kejar angjing sawan dh jantung aku vibrate.
Crita dye mcm neh....once upon a tyme~~ZASS!!

Aku pergi isik minyak dekat satu station minyak dekat tepi hutan lepas balek dari kelas. tah dtg mana stesen minyak tu pon aku tak tau sebab dekat U aku xde stesen mcm tu. Masa tu aku dengan member aku Udin(ritauddin)...asall la dye plak yang muncul dlm mimipi aku...hmmm. masa aku park moto nak isi minyak, tetiba Dr. ak berenti Kereta dye dkat pump sebelah...Aku siap hafal lagik plate no dye BJA 343 BMw...cuma kaler jer lain. Aku ngan Udin pon lepak sembang2 dgn dye baget nak bodek markah lebeh...hahaha Bangla stesen minyak minyak tu dah berasap dah dengan kiteorang. Muka dah stok xpuas hati...so aku pump pegi la bayar duit minyak lpas tu g kat pump nak isi minyak... Sentap btol aku tgk pump minyak tu takde pump(wayar nak isi minyak). So aku pon tari pump sebelah. Suddently yg tiba2 dan xsengaja wayar pump tu putus, minyak dah melimpah2. Dr aku selambe je hisap rokok puntung taruk dekat lantai... tErBaKar lohhh~... Aku pun larik g dekat loji mende tah dekat belakang stesen. dengan gaya arnold susahnakeje kena kejar predator aku pon terjun dalam logi tu,Dengan harapan takde api dekat situ. Sangkaan aku meleset la bila tetibe je Api dah ada dkat atas tasik...
Bila aku naik jer, Pedihnya kulit tangan dengan badan aku terbakar...Siksa woh....Aku berani bet la tubuh aku masa tu mesti ketar-ketar mcm kena elektrik 2400Volt. Dalam masa timbul2 tenggelam tu udin bergayut mcm tarzan terus sambar aku keluar dari kolam...(aku sampai sekarang tgh bayang mcm mana la udin buat semua tu) hmmmm.... Dye terus kasik aku selimut tebal lpas tu kiteorang lari keluar dari situ... Lpas tu bomba datang dan padamkan api.... 3 tekorban dalam kejadian tu. Motor aku, kojek(udin naik), dan BMW Sejibik.... Tapi pikir2 balik mamat bangla stesen minyak tu dah xde lpas tu...hangus jugak rasanya. Itu la crita aku isi minyak masa tidur~

p/s: tido basuh kaki~

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...