Bally.Da.Shoe: Mubees
Showing posts with label Mubees. Show all posts
Showing posts with label Mubees. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa lain sikit dari buku...

Hikayat Merong Mahawangsa!!!

Sesungguhnya aku tertinggal 6 hari dari segala manusia yg dh beduyun2 pegi tengok crita neh. Dah berpanggung-panggung aku merantau hari ini gara tiket habes... last2 dapat juga tengok dekat TGV Mines. Berbekalkan komen2 positif di kebanyakan blog, aku masuk ke panggung dengan dada kencang~ Macam aku plak yang nak jadik Marcus~

So komen aku (budak lambat), Aku takde benda nak komen la... semua orang dah komen pun.. Bagi aku, efek CGI dia memang terbaik walaupun ada part yg agak kurenk... tahniah buat KRU... Pelakon2 dia pun Okeyh... ada ala2 Queen of Langkasuka... bangga sekejap aku jadik anak kedah yang memiliki naskah sejarah itu~

Tapi itu yang semua orang dah komen...aku nak komen lain lah pulak... Bagi aku.. yang dah pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa, cerita ini memang agak berbeza intepretasinya daripada naskah sejarah. Menurut hikayat, Raja Merong Mahawangsa merupakan Raja Besar lagi bermahkota di Rom... ditugaskan menemani Putera Raja Rom ke Benua China... Jika dilihat dari filem, Merong hanya seorang biasa... mungkin juga diterangkan berdasarkan susur galurnya keturunan Iskandar Agung dari Macedonia.

Dalam Hikayat juga, Raja Merong Mahawangsa diminta menjadi Raja di tanah tidak beraja itu sementara menantikan khabar anak Raja Rom yang hilang selepas kapalnya dilanggar Garuda dan akhirnya selepas selesai pernikahan anak raja kedua itu, dia pun berangkat pulang ke Rom selepas menabalkan anakandanya Raja Merong Mahapudisad menggantikan tempatnya sebagai raja. Ini berlainan dengan filem dimana Merong Mahawangsa mati dalam pertempuran. Mungkin saja ini merupakan satu jalan cerita bagi mewujudkan babak pengakhiran yang baik

Apa pun KRU telah berjaya mencipta suatu cerita epik yang mantap. Aku terkagum sekejap dalam panggung... "Betulkah filem ini hasil sentuhan anak Malaysia". Kita sememangnya sudah mula menganjakkan kaki lebih kehadapan dalam bidang ini... Terbaik!!! KRU...

Naskah Hikayat Merong Mahawangsa

p/s: Jangan lupa buat Silat Lagenda versi filem pulak... saya suka!!!
+biarjasajadikenangan+

Friday, November 12, 2010

Tempat Mati atau Mati Tempat ??

Petang ni belek2 tenet terusha pakcik google... Ada satu poster thailand Tajuk Death Place... Tapi kenfius jgak nak tengok Skyline atau Crita neh... berbelah bagi ni... dalam2 sengket pun nk jugak g tengok wayang...stress sangat... So decide nk tnya akak kaunter crita apa best... Aku dgan 4 lagi kawan gerak ke Alamanda... “Skyline 10.45 p.m selling fast”... Tengok cite hantu lah seram sket.

"Death Place" atau Tempat Mati...Bunyik macam seram... crita ni ada empat cerita pendek. Tema cerita ni diambil secara langsung dari berita Thailand yang mengerikan saja. Tema2 cerita pendek tu berjudul - "Kebakaran", "Penjara", "Dendam" dan "Motel Berhantu".
"Kebakaran" bercerita tentang seorang lelaki yang dihantui hantu wanita setelah terselamat dalam kebakaran kelab malam yang meragut nyawa aweknya. Hantu tu serius huduh!!...
Dalam "Penjara" pulak mengisahkan seorang tahanan yang mempersoalkan kewarasan diri dia setelah menyaksikan sel-mate dia menggantung diri. Ini hantu main aci sembunyi... Kalau bayangkan berada ditempat dia....sadis jugak rasa...
Dalam "Dendam", Seorang lelaki pekak yang menjadi pengedar dadah telah membunuh seorang pencuri wanita yang cun di apartmennya. Lepas bunuh, dia sembunyikan mayat wanita tu dalam tangki air diatas bumbung apartment. Lepas tu satu apartment “menjerit!!!”.
Last sekali “Motel berhantu”. Ini yang paling grand sekali.... Kalau tengok boleh tecabut tali perut...Serius~ Dalam cerita ni 2 orang sahabat pergi melanggan seorang pelacur tua. Diorang bawak pelacur tu ke sebuah motel... Disitu semua orang merentap...tersentap...terhempap!!!!! Nak tahu p tengok snirik... (^^,)y tak rugi pun kalo g tgk...bez!!
p/s: Salah yang lampau takkan kekal lampau jika ia mula memburu
+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...