Bally.Da.Shoe: Love
Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Friday, August 5, 2011

"macam cintanya pun adui" -Acai-



Bila membicarakan soal cinta, ramai yang lebih arif, lebih mahir berhujah... hinggakan lidah terasa kebas... menyatakan hujah yang tersusun kemas. Aku pula.. hanya bercerita dari sekelumit pengalaman lepas...



Ada yang mengatakan cinta itu anugerah...Kurnian Allah pada hambanya agar senantiasa berkaseh2an antara satu dengan lainnya. Ada juga yang berkata2 bahawa ...cinta adalah kekuatan... yang mampu mengubah duri jadi mawar...mengubah cuka jadi anggur...mengubah malang jadi untung...mengubah sedih jadi riang... mengubah setan jadi nabi...mengubah iblis jadi malaikat...mengubah sakit jadi sihat...mengubah bakhil jadi dermawan...mengubah kandang jadi taman...mengubah penjara jadi istana...mengubah amarah jadi ramah...mengubah musibah jadi muhibbah... begitu panjang cinta diperincikan dalam kata2.



Bila cinta tidak berakhir dengan kegembiraan, kita katakana cinta itu tak semuanya berakhir ke jenjang pelamin. Bila terpaksa bersusah demin cinta, kita katakana cinta itu perlukan pengorbanan. Saat terpesona akan seseorang, kita katakan inilah cinta pandang pertama. Bila kita begaduh, kita kata cinta itu tak semuanya bahagia.



Terlalu banyak bila... dan bila... membuatkan hati serba tak kena.. namun pada aku, cinta itu seperti cintailah sungai kita... 1,2,3 Cinta... Cuti2 Cinta... Kempen cintakan Negara... Cinta Kolestrol. Tidak ada pengisian dalam diri aku melainkan cinta pada keluarga dan Negara. Hingga kadang2 membuat aku kekok untuk mencuba... Cinta yang ada itu sudah lama tersiakan... mungkin dulu gigih menanti hingga rasa itu kering dan mati... tak pasti bilakan subur lagi...rasa ini.



Apa nak difikirkan... kerna cinta adalah anugerah... dikurniakan saat diri layak menerima. Cinta itu kekuatan yang hebatnya bisa menukarkan macam2... dari yang terkeji kepada yang terpuji... dalam lingkungan lingkaran hidup... pasti tiba saat yang tepat.. untuk ia menyubur pesat...





"...Sesungguhnya ku menyadari bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki.... namun ku akan terus slalu menyanyagimu setulusnya hati..."



p/s: mode: Rasa2 aku dapat tak kerja yang aku minat ?? *jiwa kacao* mcm mana nak bela anak orang nanti oii~



+biarjasajadikenangan+

Monday, February 21, 2011

Banyak sekarang...

Sejak akhir2 ni aku banyak lihat post-post mengenai “jangan mengecewakan orang yang cintakan kamu”. Tenks untuk yang sudi postkan entry2 tu. Banyak jugak yang kena batang hidung sendiri... Banyaknya.. menceritakan kerelaan seseorang untuk menderita.

“Jangan kecewakan...” Tolong jangan...peliss... Semuanya rayuan, permintaan agar tersadar dari mimpi... Beri ruang dan peluang... agar semuanya mekar dan berkembang. Aku pernah mengecewakan orang yang mencintai aku... Jadi aku tidak akan benarkan diri aku mencintai... Itulah hukuman yang wajar aku jalani... Aku tak akan benarkan diri aku bertindak zalim lagi... tapi... aku sendiri pun sudah banyak merasa...


Aku tahu... mengejar cinta tu ibarat seperti mengejar bayang2 sendiri... Jadi tunggu saja ia jatuh keriba, mungkin akan berakhir seperti pungguk... pungguk itu setia... menunggu tanpa mengharapkan apa2...
+biarjasajadikenangan+

Monday, February 14, 2011

Perasaan tidak seperti kata2


Amat susah bagi aku menjelaskan perasaan dengan kata-kata
Kerna...
Bagi aku jika aku meluahkan perasaan dalam kata-kata
Mungkin saja aku akan tertinggal sesuatu yang penting

Sebab itu aku lebih suka menulis perasaan aku di atas lembar-lembar kertas.
Dengan harapan setiap tinta perasaan aku...
Akan kekal dicelah lipatan kertas itu
Walaupun perasaan itu tidak mungkin tersampai seperti inginku
Dan aku akur... visual lebih rapi dalam meluahkan perasaannya..

Rugi bagi aku... kerna tidak memiliki bakat itu...


+biarjasajadikenangan+

Friday, June 11, 2010

Aku Pengkhianat~!!

Perasaan cinta yang tiada diberi peluang untuk bercambah berkemungkinan akan mati. Namun ada juga yang tersemai menjadi sayang pabila dibanjiri dengan baja persahabatan.

Mungkin dulunya dia kegilaanku, tapi hari ini aku tersadar yang aku cuma ingin dia bahagia, aku ingin dia sentiasa tersenyum dan aku juga ingin keringkan telaga air mata penderitaannya. Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari mereka-mereka yang menyimbahkan kesakitan dan kelukaan padanya di saat perkataan jodoh itu tiada.

Aku mahu dibelakangnya memberi semangat saat ia bersedih. Aku ingin melinduginya saat ia terancam. Aku ingin lihat dia terus mengukir senyuman manis. Bertapa aku ingin melindungi dia. Sekarang aku sedar yang itu bukan cinta, itulah sayang, seperti sayang saudara sama saudara.

Maafkan aku kerna tiada dapat mencintai, kerna dimataku kau adalah saudara yang sangat ku kasih. Jika itu adalah pengkhianatan, maka aku adalah pengkhianat );

p/s: sangat mohon maaf. Moga kamu ngerti... bukan karna aku menantikan orang jauh itu... tapi inilah hakikat persahabatan kita..

+biarjasajadikenangan+

Monday, January 11, 2010

Gadis

Post 8 Januari 2010Sjak kebelakangan ni blog aku kemosian sedikit…huhu masalah hormon kowt…. Aku rasa dah sampai masa aku move on… Aku rasa dye dah bahagia sekarang…takkan nampak aku lagi. Aku patut gembira atau sedeyh ?

Inilah yang dikatakan manusia….Manusia tidak sempurna disebabkan kelebihan… iaitu perasaan. Perasaan mengekang kita daripada melakukan sesuatu dengan sempurna….Pendapat aku ja… Aku teringin nak letak dekat sini gambar2 gadis yang aku suka duluw2 sampai skang…. Tapi aku takut diorang tak selesa plak…apa yang aku tulis dekat bawah ni mengenai gadis2 yang mereject aku…hahaha kurang bakat… Aku tak pandai menulis tapi aku cuba tulis apa yang aku nak tulis…

Gadis 1
Aku jumpa dye masa form 1 dekat kem KRS di Gunung Jerai… Watak dye manja…suara slow sgt… bagi aku cute la…haha J. Kali pertama aku jatuh ska dekat dye masa aku tengok dye baca novel dekat tepi waterfall… Aku terus suka… aneh betul punya perasaan diumur sebegini…hahaha. Ayat dye yang aku suka dengar “ yer ne tu” (Ye ke). Aku cuba cakap dekat dye…Tapi dye cakap dye suka kawan aku…bukan aku...

Gadis 2
Aku kenal dye masa form 3. Masa tu aku teman member aku g jumpa dye… Yang ini kontra giler dgn gadis 1. Watak dye macam cergas dan tegas…tapi dye ni jenis yang kelam kabut bila buat keputusan… ikut perasaan sangat mungkin….huhuhu tapi tu yg buat dye Nampak chomel~… Dye ni jgak straight forward person. Dye mmg tak suka
orang jenis aku…dye cakap org macam aku ni x meyakinkan untuk protect dye…kurus kerink sangat.. hahaha. Agak kecewa tapi at least dye kasik tawu… Skang dye still sebagai salah sorang dari kawan baik aku

Gadis 3
Gadis 3 aku jumpak masa form 5. Masa tu bulan Ramadhan. Dye gadis yang alim la. Sejuk hati bila tengok…huhu Aku suka tgk watak dye yg remaja riang ria…huhu Dia gadis pintar…. Sekarang ni mungkin dekat US sambung study… Dye ni memang gadis yang baik… Ayat dye dlm mesej yg aku suka “toink2”. Aku seronok bila dye cerita benda2 yang dye buat. (cokodok~).
Aku cuba bagitahu tapi dalam versi lain la sebab aku takut untuk berkata-kata(kelemahan aku tuh~)lepas tu dye cerita yang dye ada suka seseorang… I guess that the answer…huhu Bila fikir2 balik aku tak layak pun jadik kawan dye….Sesape yang dapat menambat hati dye tu memanglah manusia yang bertuah…Aku doakan korang bahagia… kerana aku nak tengok dye bahagia dengan orang yang dye suka

Gadis 4
Aku berjumpa dengan dye masa dekat Matrik. Watak dye pun berbeza dengan yang lain… Lebih kepada witch yg misteri… dye suka pakai pakaian hitam….kuku dye pon warna hitam (tapi bersih )…berdasarkan watak dye…dye ni sangat pembersih dan kemas…puji lebey plak~ dye suka pakai celak & of course la wrna hitam…ada warna lain ka? Tapi yang aku perasan dye pakai celak sebab nak kasi mata dye nampak bulat (mata dye sepet sket…mcm amoi)…haha Dye ni memang tak suka pon dekat aku…tapi dye layan aku baik…so aku jadik perasan la…hahaha maluw~ Dye dah ada pakwe dah...(sebelum masuk matrik lagi)… Bila dye cerita muka dye serius tapi apa yg dye cakap tu lawak. Dia cakap dekat aku “ takpe lama-lama boleh lupa la”.
Agak drastic tapi cinta kena ikhlas….betul tak?

Gadis 5
Slepas habes matrik baru aku perasan yang aku ska dekat dye…Watak dye childish…Aku satu group BI dengan dye… Kiteorang memang suka bergaduh dalam kelas. Aku panggil dye nenek…sebab dye memang macam nenek…hehehe…Dye selalu sepak kaki aku dalam kelas….huhu agak sakit~ Kalo korang kenal dye….trademark dye suka buat tangan mcm pistol…buu! Carik trademark lain loh… Orang selalu cakap kalo asyik gadoh je lama2 jadik sayang… I guess its right…huhu gadis 5 ni jenis yang ska simpan sorang2…. Kalau dye ada masalah dye x cakap orang….maybe dye cerita dekat kawan baik dye kot... Masa aku dh masuk u aku ada beranikan diri cakap dekat dye yang aku suka dekat dye….malangnya aku dah terlewat kowt…Dye cakap dulu dye ska dekat aku…tapi skang dye dah anggap aku macam adek beradek… don’t stand a chance~ Apa pon yg dye fikir…aku still anggap dye kawan baik aku….

Sekarang nih…bukannya aku nak putus asa tapi aku rasa baik aku belajar baek2 dulu….Aku memang tak bernaseb dengan benda2 ni… Membe2 aku slalu sakat aku macam2…. Sakat la asalkan korang bahagia….
Sape2 yg tak bernaseb tu jangan la anggap korang tu malang…. Banayak sebenarnya org yg brada dalam situasi ni…ye ker?

Apa2 pon enjoy ur life…feel free to do whatever u want… have a happy life till the end of it
+biarjasajadikenangan+

Monday, December 28, 2009


If you can't be lovers, be friends
Its very painful if cannot have someone,
Even though it's painful,in the end, if you lose a valuable friend,
That's even more painful...

Jika tidak dapat menjadi kekasih, Jadilah sahabat yang bernilai
Tidak berupaya memiliki seseorang yang diimpikan memang suatu kesakitan
Tetapi di akhirnya, kehilangan sahabat yang bernilai lebih menyakitkan

Buat peganganganku... agar tidak kehilangan keduanya...


+biarjasajadikenangan+

Saturday, June 6, 2009

Pesan Bally Kepada Diri~


Bally ingin berpesan buat pedoman diri dan teman, Jadikanlah hidup kita ibarat benang yang mencantumkan tetapi jangan pula kita seperti jarum yang mencucuk dan melukai orang lain. Kita mungkin melukai perasaan orang sekeliling kita tanpa kita sendiri menyedarinya kerana dalam laut boleh diduga dalam hati siapa tahu... Dalam kehidupan ini lakukanlah sesuatu itu seolah-olah kamu tidak lagi berpeluang melakukannya dan lakukanlah sesuatu itu dengan yakin dan bersungguh kerana kita punya asa, Allah punya kuasa. Hargai setiap inti kehidupan kamu Kerana ianya suatu kenangan yang tak terbeli... Sematkan detik-detik manis dalam diri kamu nescaya ia penawar luka dihatimu dan buangkanlah rasa benci dan dengkimu itu kerana ia bara-bara yang membakar kesabaranmu... Lunakkan suaramu dgn puji-pujian buat Sang Pencipta kelak hidupmu sentisa berlegar dalam nur-Nya. Kasihlah seseorang seikhlas mungkin, kerna keikhlasan itu unsur kecintaan. Cintalah kita kerna itu fitrah. Tanpa cinta tiada warna kehidupan... cinta dusta kerna lahir, kerna paras dan harta duniawi, Lahirnya akan lari dikejar usia, parasnya akan pudar dimamah masa, hartanya akan ditinggalkan tatkala ajal merangkak tiba... Bally berpesan kepada diri agar tidak gopoh mencari kerna ianya pasti ditemui cuma lambat atau cepat...dan percayalah wahai diri lambat dan cepat itu adalah permainan masa. Carilah cintamu itu seolah-olah ia akan datang padamu...
+biarjasajadikenangan+

Tuesday, April 21, 2009

Cinta


Cinta…
Tidak lebih dari satu kata
Bermakna buat diucap
Berbaloi untuk diingat

Cinta…
Punya banyak arti
Yang pantas untuk dimengerti
Oleh hati budi nurani

Cinta…
Punya intisari rasa berbeza
Bagi tiap satu darinya
Cinta hakiki hanya pada-Nya

Cinta Duniawi karnanya
Cinta akhirat untuknya
Cinta Pencipta baginya
Cinta manusia deminya

Cinta…cinta…cinta
Pujangga cinta manusia
Ada yang subur…Ada yang gugur
Tiada cinta maha sempurna melainkan cinta-Nya
Tapi buat manusia perlu
diingat
Memberi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik

Monday, March 2, 2009



Jangan cinta kerana dia lelaki..

Kelak kita akan membenci..

Jika dia bukan lelaki yang dicari..

Hanya pandai menabur janji..



Jangan dirindu pada paras rupa..

Kelak kita akan terseksa..

Jika dia tidak sebaik rupanya..

Senyumnya manis tipu belaka..



Jangan disayang kerana berharta..

Kelak kita hidup menderita..

Jika hartanya habis dibelanja..

Sukarnya hidup miskin dan papa..



Jangan dikasih kerana dipuji..

Kelak kita menagih janji..

Jika rupa berkedut dimamah hari..

Hilang sudah puji memuji..



Jangan dicari seorang kekasih..

Kelak kita akan disisih..

Jika kasih luntur bersih..

Menangislah diri hidup bersedih..



Jangan disambut salam rindu..

Kelak kita menahan sendu..

Jika rindu tak dapat disatu..

Dimanakah akan kita mengadu..



Jangan dilayan seorang teman..

Kelak hidup menjadi ancaman..

Jika teman tidak beriman..

Dibakar api dihari kemudian..



Wahai sahabat wahai teman..

Carilah dia kerana tuhan..

Untuk menambah ceteknya iman..

Bekalan diri hidup berteman..



Wahai sahabat wahai teman..

Cintailah dia kerana beriman..

Dijadikan Tuhan sebagai pasangan..

Baik buruk ketentuan Tuhan..



Wahai sahabat wahai teman..

Terimalah dia penuh keihlasan..

Andai buruk anggaplah dugaan..

Andai baik pujilah Tuhan..



Wahai sahabat wahai teman..

Ingatlah akan janji Tuhan..

Isteri yang baik besar balasan..

Suami penyabar itulah kemenangan.

Wednesday, December 31, 2008


Seseorang yang benar benar mencintai seseorang
akan tersenyum melihat orang yang dicintainya bahagia
Walaupun disamping orang lain
.

Ada yang tidak bersetuju dengan madah ini yang kelihatannya kurang adil. Cinta yang adil digambarkan sebagai cinta yang menyeimbangkan kedua-dua pihak dengan intipati cinta itu sendiri. Kedua-dua pihak harus bahagia bersama. Itukah yang dikatakan cinta. Tidak!!!

Cinta sememangnya tidak adil. Cinta itu selalunya mendahagakan pengorbanan. Jarang sekali cinta bahagia bak dalam syurga, Dipenuhi guguran helain daun cinta, yang berterbangan dihembus bayu. Cinta adalah harta dan kekayaan batin. Jika kamu mempunyai cinta…berbahagialah kamu karna kamu mempunyai kekayaan itu

Cinta tidak mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi mencintai seseorang dengan sempurna. Cintailah orang yang benar-benar mencintai kita dan bukannya mengutamakan yang kita benar-benar cinta. Ini karna cinta mereka pada kita sangat utuh. Cinta yang suci tak mudah terbungkas dan terlekuk." The virtue of love isn't finding the perfect person but by loving the imperfect person perfectly"

Coretan ini mengingatkan ku pada cintaku yang bersemadi bersama ribuan cinta lain yang gugur didasar lautan cinta duka. Walaupun aku tidak pernah merasakan cinta itu, tetapi dulunya aku punya hajat memilikinya. Aku benar mencintainya tetapi dia sebaliknya padaku. Aku menanti dan terus menanti…bagai pungguk rindukan bulan… hingga akhirnya aku tersadar dia bukan untukku… Cinta tidak boleh dipaksa kerna paksaan mencemarkan inti cinta.

Aku akan memiliki cinta suatu hari nanti. Aku akan mempunyainya Bila sampai saat itu
Berjanjilah
“you'll share with me one love, one lifetime “
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...