Bally.Da.Shoe

Friday, October 22, 2010

Kau Obses!!

Kemaren mungkin aku sedikit besar
Tapi tidak hari ini...
Kemaren mungkin aku sedikit tenang
Namun tidak hari ini...


Hari ini aku kecil...kecil dengan kudratku. Aku hanya mampu melihat sambil menidakkan.Persetan kau hati... Apa aku berbuat jahat pada kecilku sehingga aku beroleh kau. Wahai hati... kau gemar mentafsirkan perkara2 yang membebankan. Kau obses merenggut segalanya dari aku. Sesungguhnya kau tahu kekuatan jasad itu letaknya pada hati yang perkasa.


Namun taksiranmu tidak selalunya bercanggah. Cuma kekadang saja tersasar dan itupun tidak jauh. Wahai hati... biarpun kau kejam padaku...meskipun kau paksa aku menerima hujah2mu... Aku tetap kasih akan dikau... kerna menjadikan aku seorang insan yang masih punya hati..

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, October 20, 2010

Perihal saengku....


Saat mencoret ini aku didalam bas bersama rakan2ku menjalani amali di Kelantan. Kiteorang nak pergi makan dekat Tok Bali. kata orang Tok Bali tu kawasan pantai. Aduh malangnya....

Apa yang aku nak ceritakan ni adalah mengenai seorang kawan aku ini. Tinta kularikan diatas permukaan kertas ini dengan geli hatiku melihat dia berulang-ulang kali memanggil rakannya "Diba...Diba... Diba dah taknak layan aku dah", "Diba ko jangan la tido lagi".

Sahabat aku ni mempunyai personalitinya yang tersendiri. Hmmm...macam mana nak cakap ae? Pada aku, dia ni jenis yang lebih suka susahkan diri dia agar kawan2 dia senang. Sebagai contoh terhampir, masa kiteorang dalam perjalanan ke kelantan kemaren. Aku duduk di kerusi paling belakan dan tercorot manakala dia pulak duduk dekat tempat yang agak hensem la. Korang faham2 la kan jalan ke Kelantan macam mana tambahan pulak kondidi bas yang kurang baik menyebabkan aku penink perut... Erk... penink~ Tali perut terasa rasa nak bersembur keluar. Di dalam keadaan dimana aku kira dimana takde orang yang mahu duduk di belakang itu, dia datang volunteerkan diri untuk gantikan tempat aku.

Dengan muka senyum dia angkat "2 thumb up". Dia cakap suka duduk di belakang... Aku jadik serba salah bila akhirnya dia pulak yang jadi tak sihat

Sekarang aku semakin mengerti yang kawan baik seperti itu masih wujud dan aku gembira kerana dikelilingi oleh kawan2 yang baik2 belaka.

Sek2 kito jange pecoh!!!

+biarjasajadikenangan+

Sunday, October 17, 2010

UPM - Mitsubishi Tree Planting Ceremony

Bila bumi semakin gersang dan tandus... suhu melambung2...masih ada yang prihatin... masih ada yang mahu menjaga...masih ada yang begitu.


Tree planting ceremony diadakan di UPM oleh syarikat Mitsubishi dari Japan. Dalam majlis ini, seramai 600 orang peserta telah terlibat bagi aktiviti menanam 6,000 batang anak pokok Dipterocarpaceae yang terdiri dari 3 species. Peserta2 yang terlibat adalah dari syarikat Mitsubishi dari Kuala Lumpur dan Japan, Pelajar2 dari SMK Seri Indah, SMK Seri Kembangan, SMK Seri Putri, SMK Simpang 3, SMK Dengkil, Pegawai2 kanan dari UPM, pelajar2 sains tanah Fakulti Perhutanan, dan pelajar2 UPM.

Aktiviti seumpama ini membuktikan masih ada masyarakat kita pada hari ini yang masih mengambil berat Alam Sekitar. Biarpun mereka dari Syarikat2 yang besar...biar mereka dari golongan belasan tahun hingga ke 80an, biar juga mereka dari kejauhan... mereka hadir dan sahut cabaran dalam mempertahankan bumi hijau kita pada hari ini. Diharap aktiviti ini dapat menyuntik elemen cintakan alam semulajadi di dalam diri setiap individu yang hadir khususnya generasi2 pelapis yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Jangan biarkan apa yang kita lakukan hari ini menjadi suatu yang sia2...
p/s: biarpun lelah, namun hati puas...moga jasa jadi kenangan

+biarjasajadikenangan+

Saturday, October 16, 2010

Diskriminasi kulit putih!!

Discrete?? discriminate?? diskriminasi yang diskrit... Dulunya diskriminasi ditunjukkan secara berdepan dan kelihatan rakus... Orang2 kulit hitam di afrika ditindas dan ditidakkan hak mereka... itu cerita dulu.... kata orang benda dh basi... namun hari ini diskriminasi terus membelenggu... Orang kulit putih pon tak lepas dengan isu diskriminasi...

Hari ini...pemikiran orang mula mencatur penilaian pada mereka yang berkulit putih... Orang kulit putih kini ditindas biar dengan cara halus. Asal putih dikatakan lembut bila berjalan, Asal putih dikata lembik bila buat kerja, tak tahan panas, manja, patah, ciptaan yang gagal...

"Awak boleh buat ke kerja ni, macam x tahan panas je”, “Tengok budak tu kulit mcm prmpuan, lembut kot”, “Eh boleh harap ke budak tu, tengok pun tak meyakinkan” “Aku taknak bakal suami aku putih2....nampak macam bapuk... tak meyakinkan untuk jaga aku”.

Kenapa semua orang pun nak fikir yang bukan2. Sungguhpun tiada kekerasan digunakan, ingatlah penyeksaan mental lebih pedih. Aku pun ingin berdiri setaraf dengan yang lain...aku pun ingin diberi suatu pandangan yang lurus, aku pun ingin...ingin... aku inginn!!!!!!!!!

Sialan mereka-mereka itu, mata2 mereka yang melirik...mencari dan meratah keyakinan aku dengan rakusnya, mereka2 yang mencebik mulut dan mencaci dalam terang... Aku dengar, aku lihat, dan aku simpan... Namun aku gagal...gagal memujuk hati ini untuk tetap tegar bersabar dengan mainan mereka2 itu. Mahu saja aku rajuk dan amuk... namun apa saja daya aku untuk menutup mulut orang.

p/s: Aku sama saja dengan korang...tak perlu tilik aku dengan perkara yang bukan2...aku tersiksa dengan penilaian2 korang itu


+biarjasajadikenangan+

Friday, October 15, 2010

Selalu ~

Malam ni baru selesai menonton teater...Naskhah sulung karya dan arahan saudara Khairul Amin "SELALU" . Teater ni adalah pembukaan bersempena dengan program Pentas Care dan program mahasiswa satu malaysia. Selalu dan selalu...

Cerita ni realistik, mengisahkan dendam seorang kanak2 yang dibawa sehingga dewasa. Namun dendam itu merubah mnjadi kasih tatkala cinta mula berputik. Aku tak pandai nak bercerita. Tapi serius best... Penghayatan watak pun bagus [bajet pakar..haha] Overall ak rasa best la...

Aku tak la banyak sangat tengok teater ni... baru belajar2 tgk... tapi teater buat aku jeles... sebab dalam teater watak dapat menyampaikan...mengekspresikan...meluahkan segalanya dengan bebas... Apa yang nak disampaikan jelas... tak perlu berselindung mahupun berkias... Tapi... realiti hidup tak mcm ni... Payah nak sampaikan apa yang kita maksudkan... hingga akhirnya terpaksa hidup dalam kepura-puraan...

Itu yang aku ceritakan...itu yang aku katakan...itu yang aku maksudkan...

p/s : brbaloi aku lep meeting smalam. Dr. Arifin maap ya..huhuhu

+biarjasajadikenangan+

Thursday, October 7, 2010

Kenapa perlu tahu?

Hari kemarin.. selesai sudah 2 ujian...fikiran agak lapang. Petangnya aku santai sebentar dijendela...menghayati puputan angin senja yang menerobos masuk ke ruangan jendela.

Aku masih ingat lagi waktu itu, Ibu tiada dirumah begitu juga ayah. Seperti pagi2 minggu kebiasaannya, aku bangun menonoton televisyen. maklumlah budak kecil apa sangat yang tahu dibuat kalau tak diarah... Lubang2 jendela... semuanya terkambus rapat. Sepertinya ibu dan ayah tergesa2. Entah apa yang mereka kejarkan.

Kotak televisyen tiba2 tertutup, ayah yang menutupnya. Sedarlah aku...aku sudah tertidur disofa tanpa menutup televisyen. Aku tidak terus bangun... Aku teruskan pembaringanku. Kemudian ibu sebut nenek. Dalam hati berkata " Eh, tok nak datang...yeay!!!" Aku lihat ibu muram ja. Ibu cakap dekat ayah " tak patut betul Doktor tu, Belajar tinggi2 tapi tak pandai jaga hati orang tua". Kenapa ibu marah ? " Sepatutnya cakaplah lepas mak keluar", ibu masih merungut. Ayah menggosok belakang ibu, " Benda dah nak jadi". Aku masih tak mengerti. Lepas 2 bulan baru aku mengerti... bila ibu bercerita..tapi bukan pada aku. Aku hanya terdengar.

Dr: Encik, Apa yang emak awak mahu makan, awak kasi saja... Apa yang dia nak awak tunaikan
Ayah: Maksud Dr ?
Dr: Ibu awak ada masa 2 bulan saja lagi
Ayah: Dokter! Ibu saya ada kat sini awak boleh cakap mcm tu...

Nenek: ...mak ada 2 bulan ja lagi. Dr tu cakap mak dah nak mati.
Ibu: Mak jangan percaya. Dr tu gila... Allah saja tahu bila kita nak mati.

Tapi Dr tu benar. Nenek cuma bertahan 2 bulan saja. Nenek meninggal akibat kanser hati. Mesti nenek sangat terkejut bila dr tu cakap macam tu. Macam mana perasaan nenek masa tu. Sekarang baru aku faham perasaan itu... Bila masa semakin singkat... semua benda pun dah tak bernilai.

p/s: Hayati...hargai...dan sayangi sementara masih punya kesempatan.... Hidup yang pendek ini tak bermakna jika penuh dengan penyesalan

+biarjasajadikenangan+

Beri bicara pada hati~

Seringkali kita mendengar "Biarkan hati berkata2"

Hati tidak pintar berkata2
Tutur katanya pincang
Lenggok bahasanya sumbang...
Namun hati punya matlamat yang jelas
Membahagiakan empunya

Mulut bisa berkata dusta namun hati tak mungkin dibohongi
Telinga mungkin bisa berpura pekak dan tuli, namun hati masih jelas mendengar
Bila mulut mengatakan sabar... hati pula menanggung derita
Itulah ceritera hati... penuh tragis

p/s: Hati-hati dengan hati kerna ia bisa mengerti

+biarjasajadikenangan+

Sunday, October 3, 2010

Pampers pun susah nak salin~

Dah lama ada dlm draft aku...cuma xperasan belum siap... patutnya dipost pada 3Mei2010... Ada seseorang bertanya pada aku "Lelaki suka perempuan yang macam mana" Soalan dh standard Oxford dah.... Semput jgak nk jawab...

Yang namanya lelaki itu nafsunya cuma satu, wanita. Tidak seperti wanita yang punya sembilan nafsu. Jesteru itu pengertiannya luas banget. Ada cowok [lelaki versi endon] yang melihat tampangnya [rupa], ada yang melihat uangnya [duet], dan ada juga yang melihat perilakunya... huhu banyak lagi la, cuma tangan udah kebas mawu taip ... :P Disini aku beri 2 bentuk pandangan
[pandangan A]
Bagi mereka yang melihat tampangnya itu, mereka ghairah mengejar cewek2 hot yang meletop mcm mercun 24 das. Bagi mereka "Banggenya aku sebab awek aku cun...biar muka pecah kapal tapi awek pecah panggung".Bagi yang melihat uangnya pulak, penampilan tak penting... "huh takpe... muka bleh tutup dengan plastik...janji duet dia bersepah... dah dapat banyak duet aku carik la yang hot2". bagi yang lihat perilakunya... "hmm ok la ni...biar tak cun tapi perangai ok... kurang2 bleyh la jaga anak2 aku. Kalao nak keluar aku solo je la..."

[refleksi pandangan A]
Yang melihat tampangnya, "Aku cari yg lawa2 supaya aku lebih menghargai dye, sayang lebeih sket~".
Yang ,melihat Duetnya, "Hmm pasangan kaya senang sket nak bederma... Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."
Yang melihat perilakunya, "Walaupun tak lawa...takde uang...tapi pekerti baik....sejuk mata memandang..."

So, korang pandang la sendiri...apa yang aku nak cakap kat sini...banyak sangat klasifikasi2... Setiap orang berbeza pendapat... Kalo aku plak...tak mo pikir lagi....kenfius... Esok nak menikah hari ni baru pikir... (^^,)y
p/s: buat pilihat yang terbaik...jangan 'asyik' nak berkapelan saja... kapel bukan mcam salin pampers~

+biarjasajadikenangan+



Saturday, October 2, 2010

Persidangan anak2 jati bunian~


ok la kan...


Smalam ada parti sang2 bunian dan bunianan dekat tepi tasek... Aku dijemput [ekceli kna bli kupon] Malam tu semua bunian2 datang pakai pakaian kilat2... Wah meriah... Ada bunian kecik...bunian besar...bunian lonjong...bunian ketot pun ada. Pendek kata meriah la.

Huhu aku sampai ke istana bunian jam 8.25 pagi [waktu bunian] bajet awai la sampai...tengok2 bersepah jer bunian2 lapar dah brkumpul...aisemen ni komfem dapat jilant tulank ayam jew... Tetiba jew gendang diraja dipalu. "Mengumumkan ketibaan tuanku Raja Bunian" Semua orang bangun termasuk aku... Selepas Semua kerabat bunian masuk ke singgahsana... Para bunian dibenarkan berjamu selera... Dengar je titah keramat tu...aku within split second dah ada depan ratusan ekor satey yang berpeluh2 akibat terkurung dalam peti... Hajat dihati nak rembat banyak...tapi dapat 5 cucuk jer... dalam hati "ini jer....!!" tapi luar hati (^^,)y [muka stok senyum sampai telinga] Lepas tu aku terus godam satey tu sampai bersih... dan seterusnya lah...hihi
Then lepas tu ada sesi bermain bunga api... cahaya bunga api silih berganti memanah muka2 orang femes!!! aku tak la...luar kategori HOT~ Banyak jugak bunga api yg ditembak malam tu... ber gig gig... [gig + gig = 2gig] pandai jgak aku mengira...huhuhu. Malam semakin rancak dan orang pun semakin leka bermain bunga api... Tiba2 tuan puteri bunian datang tampar kaki aku... dia kasi watikah yang berisi 2 perak [1 perak = 1 ringgit]. Aku nampak mcm kanak2 ker...huhu xpe la dah orang kasik...huhu Then sebelum balik dapat jgak aku berbunga api dengan puteri bunian berusia 60 tahun [ 60tahun bunian = 6tahun manusia]. Ok lah pada takde... huhu sampai sanun saje lah pengembaraan seribu satu bunian aku....lpas tu masuk tido mngantuk...ZzZzZ~
p/s: berbaloikah mkan satay utk 3 perak?? (^^,)y

+biarjasajadikenangan+

Thursday, September 30, 2010

Bagaimana maw ukur...

Ayah penah cakap, kita belajar dari kesilapan...Ibu pula cakap kesilapan belajar daripada kita... Hah kenapa ma?? yela... setiap kali kita buat kesilapan.. kita mesti akan lebih berjaga2...so kesilapan trpaksa cari jalan lain supaya kita terus buat kesilapan... So my son...kita kna terus bersaing dengan kesilapan... (^^,)y [ekspresi muka mama saya] (o_0) [ni plak ekspresi muka abah saya]

Tak kisah la sapa belajar dari sapa, yang penting skarang ni teruk jugak aku kena bantai semalam. Huhu "How you measured the disturbance...in what parameter ?" Bedarah~ tak terjawab aku... huhu Otak kelu...lidah cramp... jawapan...?
10menet later.... [luar dewan]
laa.... asal xcakap ukur water quality... ukur bunyi ke....habes senang ukur je pakai pita ukur... hmmmm~ Cakap skarang makcik kafe pon bleyh jawab... kesimpulannya measure the disturbance before you were ask to...

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...