Bally.Da.Shoe

Wednesday, April 10, 2013

Gunung Bunga Buah: Versi Belacak Bukit

Setelah sekian lama makhluk alah ni bersawangan... aku rasa terpanggil untuk kembali melarik cerita2 hari kemaren. Sesungguhnya saat ni aku sedang buntu dengan penulisan-penulisan saintifik yang tak ketahuan punca. 

Ini aku nak cerita kisah pertama aku panjat gunung dengan budak2 rekreasi. Gunung Bunga Buah yang berketinggian 1430m dari aras laut ni menawarkan pemandangan yang agak cantiklah. Pintu masuk ke denai Gunung Bunga Buah ni bermula di belakang Hotel Seri Malaysia di Gohtong Jaya (Genting Highland). 

Semua 'peserta' berkumpul dirumah aku petang jumaat tu untuk agihkan barang2 dan ration. Memang mengejutkan bila si Nora bawa lesung batu naik gunung. Peserta2 yang join untuk trip kali ni Abu, Gebu (Ketua Chef), Wani, Nora, Amoi, Akem, Payed, Piti, Kak Ed, Azhar, Wini, Fizah dan Gaban sebagai guide. Sepatutnya kami berada di kaki bukit pukul 8.30 malam tapi disebabkan kereta Gebu terkunci menyebabkan kami tiba di Hotel Seri Malaysia pukul 10.00 malam. 

Selepas taklimat dan bacaan doa, kami memulakan perjalanan mendaki. Disebabkan hujan yang turun menemani perjalanan kami menyebabkan jalan naik licin dan berselut. Sempat juga aku menyaksikan perlawanan 10pin bowling dimana gebu jatuh bergolek2 ke bawah. Nasib aku, amoi dan wani sempat memasang memasang kuda-kuda untuk menahan si gebu dari terus menjatuhkan peserta2 lain ke bawah.

Perjalanan menjadi sangat sukar bagi peserta ke-4 dan seterusnya memnadangkan jalan sangat berkelodak dan licin tahap gaban. Dengan Gaban yang sudah tak yakin dengan jalan yang kami lalui, akhirnya kami sampai di pintu bekas kuari dan mengambil keputusan untuk bermalam disitu sebelum mencari semula jalan naik keesokannya.

Disini aktiviti Dapur Chef Wan mula meriah bila Gebu dan gadis2 yang lain mula mengetuk2 belakang periuk.  Ketuk-ketuk Ramadhan katanya. Menu malam ni 'Popia Bukit'.

Gaban kuat mengaji sementara tunggu menu siap!! Anak soleh ni~ 

Popia bukit memang boleh tahan... sedap!! Aktiviti memasak terus berlarutan sehingga pukul berapa pagi. Aku pun dah tak ingat sebab lambat sangat. 

 Wani ingat tisu lap hingus~ euww

 Apa lagi lah yang dimasaknyer~~ mengantuk oii

 Sejam kemudian~



Pagi esoknya kami dihidangkan dengan Nasi Lemak. Menu berat katanya... Semua orang dengan tugas masing2. Aku dengan daun pisangku~ dah nama pun nasi lemak.


 anee~ nasi lemak satu~


 Kat mana lagi lah roh budak2 ni




 Dimana2 pun Hup Seng memang di hati


jom makan!!!


Selepas isi minyak, masing2 menghidupkan pesawat untuk menawan puncak Bunga Buah. Perjalanan pada mulanya agak santai memandangkan kami hanya melalui denai landai dan jalan balak. Dalam setengah jam kaki tiba di bahagian sebenar pendakian. Kami mula memanjat tanah2 yang mendidih setiap kali dipijak. Mana taknya semua pun berselut dan licin. Pendakian kami berlarutan dalam 2 jam lebih sebelum kami dapat melihat beirut Gunung Bunga Buah.

 Permandangan di Rock Garden - dapat lihat Genting Highlands


Payed posing serius... come on la yed~  


 Kulit muka dah sama dengan bibir dah amoi, tapi takpa yang penting semangat mau ada .


 Akak tali sedang gigih mengatur langkah...


Akhirnya... berkhelah di puncak... Makan magee jom!!


Sesi bergambar di beirut... Kenangan katanya.

Walaupun nasib kami tak berapa baik memandangkan puncaknya dilitupi kabus tapi kami puas hati kerana berjaya sampai ke puncak dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Dengan trek yang "Belacak Bukit" memang menduga mental terutamanya bagi yang first timer.



Selepas sejam di atas, kami berkemas dan bergerak turun memandangkan langit seperti nak muntah semula. Secara keseluruhannya pendakian kali ini berjaya dan meninggalkan kenangan yang indah bagi semua peserta terutamanya mereka yang bawa lesung batu naik gunung ni. ^^, 


+biarjasajadikenangan+




Saturday, January 12, 2013

Jangan tebang pokok tu!!

Aku terkejut bila dapat tahu isu penebangan pokok di sepnajang jalan di Pulau Pinang. Aku sangat sangat sangat kecewa dengan tindakan ni.

"GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap) dan Sahabat Alam Malaysia (Sam) kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memotong 44 batang pokok dan memindah 20 batang pokok untuk projek pelebaran jalan dan menaik taraf saliran di Jalan Masjid Negeri.

Projek itu didakwa akan dijalankan sepanjang 700 meter itu dari Jalan Bulatan Udini sehingga ke stesen minyak berhampiran di Jalan Masjid Negeri."


Mungkin jika aku menyokong aku dikatakan pembangkang dan jika kau tentang aku dikatakan sebagai orang barisan. Aku tak peduli semua itu... Aku orang hutan... aku belajar bagaimana untuk mengenal.. memahami... menjaga.. dan mengekalkan pokok. Jadi apa guna aku belajar semua tu kalau semua orang kalut nak tebang sana sini.

Dalam Malaysia ni tersangatlah ramai bijak pandai... ratusan bidang pelajaran yang ditawarkan... kejuruteraan... sains alam sekitar... takkan takdak seorang pun yang tahu bagaimana nak buat jalan tanpa mengganggu pokok2. Hampir di setiap Universiti menawarkan kursus kejuruteraan.. keluar saja terus jadi enginia~ mesti pandai buat jambatan kan.. kan... orang putih panggil flyover~ Kenapa nak ganggu pokok2 tu.

Negara2 luar sanggup bayar berjuta2 dollar kepada negara2 yang memiliki hutan semata2 untuk "Carbon Trading"... Tau dak karbon trading. Ahli2 politik kita mesti tau.. Depa kan bijak! Dengan kata kampungnya, negara2 besar yang tiada hutan tetapi banyak membebaskan karbon (perindustrian) akan membayar sejumlah wang kepada negara2 yang masih ada hutan untuk tujuan penjagaan hutan. Bayaran ganti rugi lah kiranya kerana menyusahkan pokok2 negara tu untuk serap karbon2 mereka. 


Apa kan daya... saat aku buat entri ni, pokok tu mungkin dah kena tebang. Dalam 80 batang pokok yang terlibat, hanya 16 yang dikekalkan. Inilah akibatnya jika manusia terlalu mencari jalan mudah. Mudah dan jimat kos.. itu sahaja yang manusia fikirkan.

Tapi, aku bersyukur sebab aada lagi orang yang masih memperjuangkan hutan2 ini. Aku tak pasti tujuan asal mereka sama untuk kepentingan politik ataupun tidak. Namun aku tetap bersyukur. Masyarakat sudah mula sedar yang dunia sudah semakin panas... banyak sepsies2 yang pupus setiap tahun disebabkan tidak dapat bertoleransi dengan cuaca bumi saat ini.


Esok lusa mungkin manusia pulak akan pupus. Sebelum semua tu terjadi, tepuk kepala dan pikir la deyyy~ Fight for what is right, not for which side you're in

+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 29, 2012

Ohsem: Katak Cermin!!





Kebanyakan Amphibia terkenal dengan rupanya yang pelik namun dikalangan katak-katak ini pula, 'Katak cermin' adalah yang sangat unik dan pelik! Nak tahu kenapa pelik? Jom tengok!


Katak dalam famili ni sangat menakjubkan kerana mereka mempunyai kulit yang telus, yang membolehkan kita melihat apa yang ada di dalam badannya. Disebabkan badan mereka yang hampir2 lutsinar ini menyebabkan ia kelihatan seolah-olah mencair di atas daun. Mungkin kita pernah tengok obor-obor yang terdampar di pantai. Situasinya hampir sama... cuma ianya seekor katak! 


‘Katak Cermin’ ini membolehkan kita melihat organ-organ dalamannya.

‘Katak Cermin’ hidup di dalam pokok-pokok dan di antara tumbuhan hutan gunung yang lembap di Amerika Tengah dan Selatan. Katak Cermin kebanyakannya aktif pada waktu malam, yang menjadikan mereka amat sukar untuk ditemui oleh pemangsa. Kuwang3…. Memang kebanyakan katak pun aktif pada waktu malam antara jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Untuk tujuan penyamaran pula, mungkin unsur telus ni memudahkan katak ni menghindari daripada ditemui oleh pemangsanya.


+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 28, 2012

Pasrah


Berdetak detik papan kekunci.. dilari-lari jari jemari… menebarkan irama di malam sepi yang sendiri. Heningnya suasana malam.. membawa diri menjengah hari2 yang sudah berlalu pergi. Tapak demi tapak aku jejak ke hulu.. biarpun langkah sudah jauh ke hilir… menggagau aku dalam gelap.. mencari suatu kepastian… yang telah lama aku diamkan. 

Mengapa dilepaskan loncengnya saat sudah didakapan. Adakah kerna kurang berharga… atau berahikan denting locengnya. Aku kaku tanpa jawapan. Membatu seperti orang bodoh… itu lah aku. 

Hai sang pencipta... sudikah kau medengar rintihanku. Insan lemah yang selalu kalah dalam mencari kepastian diri. Aku khilaf dalam mentafsir rencana2 mu, aku kuatir akan jalan hidupku.. Keteguhanku persis kota2 lama yang sudah retak menanti belah. Apa ini sebabnya.. hingga aku berakhiran yang sebegini.

Aku pasrah dengan takdirmu... bukan bermakna aku menyerah.. tapi aku redha.. kerna jalanmu itu nescaya yang terbaik buatku. Cuma harapku.. agar aku tidak menunduk lagi dalam setiap perjalanan ku... kerna dalam kehidupan serba fiksi ini, manusia yang tertunduk adalah mereka2 yang tertinggal...dan yang tertinggal itu tiada yang lain kecuali mereka yang gagal.

p/s: Setiap jalan cerita ada hikmahnya... muhasabah diri kerna Allah tidak menguji seseorang itu dengan ujian yang tidak mampu ditanggung olehnya. ^^,

+biarjasajadikenangan+

Monday, November 26, 2012

Tenaga Alternatif Botol Solar! Ohsem!!

Mungkin ini entri yang sangat ketinggalan... tapi aku peduli hapa~ hari ni kita selalu berdiskusi bagai mengenai isu Pemanasan global, penebangan hutan, dan bencana alam yang semakin kerap berkunjung. Beribu-ribu debat diadakan di seluruh dunia setiap hari dan mungkin sesetengahnya direalisasikan dan yang lainnya kekal sebagai debat tanpa sebarang inisiatif untuk melakukannya.

Antara jalan penyelesaian kepada masalah pemanasan global dan pencemaran dunia yang kuat melanda kita hari ini adalah mencari tenaga alternatif. Seperti yang kita tahu hari ini, banyak negara2 besar dunia seperti China dan Amerika yang sedang membangunkan teknologi solar secara besar-besaran. Setiap hari beribu2 keping panel solar dihasilkan bagi memenuhi tuntutan dan saranan penggunaan tenaga alternatif yang lebih efisyen dan mesra alam selain mengurangkan gas2 berbahaya.

Salah satu inisiatif yang aku lihat sangat unik dan menjimatkan adalah 'Botol Solar'.Botol solar ini adalah lampu yang sihasilkan menggunakan botol2 terpakai dan ianya berfungsi menggunakan cahaya matahari. Mungkin sesetengah bijak pandai melihat ini sebagai salah satu bahan lawak memandangkan lampu ini hanya dapat digunakan pada waktu siang.
Melihat dari sudut yang lebih positif... kebanyakan rumah setinggan di Filipina menggunakan teknologi ini. Ia dilihat sangat praktikal memandangkan rumah2 setinggan ini kebanyakannya tertutup dan kurang memiliki tingkap. Dengan menggunakan lampu ini, sedikit sebayak kita dapat mengurang masalah pelupusan sampah dan bahan2 terpakai.

Untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana botol magik ini berfungsi jom layan video kat bawah ni ^^,


p/s: Kalau semua orang menggunakan teknologi ini, nescaya kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga tak boleh diperbaharui pada waktu siang. ^^,

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 21, 2012

Selamatkan mereka... plis...plis... T.T

Setengah jam sudah berlalu... lembaran masih bersih dari noda tinta. Begitu sarat dan sendat benakku dengan persoalan dan hasrat yang ingin sekali aku luahkan. Namun satu pun masih belum terhambur. Bertapa sedih aku...bertapa marah aku... itu pun belum mampu aku lepaskan.

Ingin saja aku rajuk dan amuk semahunya... biar gempar sekalian isi alam.. akan amarah seorang insan lemah yang sebelumnya hanya mampu tertunduk.

Melihat tangan2 yang menggapai di balik bongkah2 batu yang meruntuh, mendengar suara2 derita yang tidak tahu dari mana datangnya... mengemis belas dan ihsan manusia. Jiwa mana yang tidak runtun.. namun di mana kudratku ya tuhan.

Aku bukan satria yang berharap syahid di medan tempur. Aku bukan pemimpin besar yang mampu menundukkan suara2 dunia. Aku juga bukan penyair yang mampu melembutkan ego dan taksub manusia... aku hanya insan lemah yang hanya mampu tertunduk.

Namun sekali ini... ingin aku rayu sepenuh hatiku.. biar aku raung semahunya. Selamatkan saudara2ku.. selamatkan anak2 mereka.. selamatkan kampung halaman mereka.. dari diratah mereka2 yang sial!

Ya tuhan.. cetek sekali akalku untuk menduga rencanamu.. jauh sekali ingin menyangkal titah perintahmu. Aku hanya mampu berdoa agar pengakhiran yang baik itu akan segera tiba.


p/s: andai terluka ibu tua itu...sepertinya luka ibu ku. Andai terbunuh anak kecil itu... seperti tebunuh anak2 ku. Jika kita peduli kita takkan berdiam diri.


+biarjasajadikenangan+

Monday, November 19, 2012

Gajah 'O' Gajah


Gajah.... gajah.... Siapa tak kenal gajah? Semua orang tahu gajah. Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 3 spesies gajah di dunia. iaitu Gajah Asia, Gajah Afrika, Gajah pigmy atau gajah kerdil Malaysia yang terdapat di Borneo.


Bukan isu spesies gajah yang nak dibincangkan... tapi kata gajah tu sendiri. Perkataan gajah sering digunakan dalam perbualan seharian khususnya orang lama2 bagi menggambarkan sesuatu yang kuat dan besar. Pernah dak hangpa dengar orang sebut "Hang ni besaq gajah"... harap2 pernah la... kalau tak maknanya hang memang kuruih keding.

Dalam pepatah2 lama juga perkataan gajah tak dilupakan. Misalnya "Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru?" Pepatah ni bermaksud sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak akan dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai."Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" Kesalahan orang lain nampak tapi kesalahan sendiri tak nampak. "Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah" Orang-orang besar berkelahi, orang kecil yang menjadi korbannya.



Selain itu gajah juga digunakan untuk menggambarkan keperkasaan... kehebatan lah senang cerita. Sebagai contoh.. Tok Gajah.. ayah kepada mat kilau yang terkandung kemas dalam buku teks sejarah kita. Beliau merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Lagi satu... pernah tak hangpa dengar cerita pasal Patih Gajah Mada. Gajah Mada bermaksud Jeneral Gajah. Beliau merupakan panglima dalam era empayar majapahit yang bertanggungjawab membawa empayar tersebut ke kemuncak kegemilangannya. Mungkin sebab kehebatannya beliau digelar Gajah Mada.

Banyak lagi lah penggunaan gajah yang boleh dikupas jika aku tak malas menulis. tapi memandangkan aku baru cari mood... sampai takat ni ja la... Sebelum aku blah aku kasik satu teka teki..

Dalam banyak2 gajah, gajah mana yang baik? Senang ja kan.... kan....

kan....

Jawapannya Gajah Duduk. sebab selalu ikut orang pi masjid. ^^, 

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 16, 2012

Selamatkan Merapoh Caves !!

Arghhh!! busynya lately ni.... tak sempat pun aku nak blog walking cari makanan untuk otak, reput lama2 otak aku ni. Tapi baru ni member aku ada share satu poster pasal Merapoh Caves....


Satu lagi isu pasal alam sekitar dan kemusnahan sumber2 alam semula jadi. Aku pun tak sempat nak menelaah benda ni sedalam2nya disebabkan busy yang melampau... tapi aku rasa aku patut post juga benda ni sebelum terlambat. Untuk maklumat lanjut bolehlah mengugel sepuasnya untuk maklumat yang jitu dan padu.

Difahamkan ada syarikat kuari yang bakal beroperasi di Merapoh yang juga bakal meranapkan gunung batu kapur yang di dalamnya ada2 gua2 air yang cantik. Kebanyakan gua2 batu kapur di Meropoh sangat cantik dan memiliki  anak sungai yang sangat cantik. Melihat gambar kat bawah ni saja korang dah boleh bayangkan suasana kat kawasan tu. Sure heboh!!


Tapi...tapi... bayangkan lah jika anugerah sehebat ini dimusnahkan... selepas dikikis dan digali, tiada lagi pasak bumi yang indah untuk kita nikmati di kemudian hari. Cukuplah apa yang terjadi pada Ipoh, Pancing, dan Bukit Goh. Aku percaya sekarang ni orang dah ramai yang prihatin dengan alam sekitar. Di saat dunia dalam kepanasan... manusia lebih peka. Luahkan apa yang kita rasa dan lindungi apa yang kita sayang ^^,

p/s: walaupun satu suara, ianya tetap dikira...

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, September 5, 2012

Seram Sangat: Padah ambil benda dalam hutan

Aku bukan nak bangkitkan cerita2 hantu ni tapi aku rasa macam perlu jugak aku cerita benda2 ni. Ini pasal pengalaman aku sendiri masa buat kerja lapangan dekat salah satu Taman Negara di bahagian utara tanah air. Peristiwa ni berlaku bulan April 2012 lepas.


Hari tu aku, pensyarah, 2 rakan sekerja dan 2 pelajar tahun akhir tiba di Pekan berhampiran kira2 jam 10 malam. Kami check in di guesthouse yang berdekatan untuk memudahkan kerja keesokan harinya. Di rumah tumpangan, masing2 sibuk menyediakan peralatan masing2 untuk mendaki dan merintis laluan baru. Nak kata tinggi tak jugak sebab bukannya gunung... tapi agak mencanak jugak lah jalan dia. Ada dikalanngan guide yang menggelarnya bukit maut. Untuk pengetahuan, pihak pengurusan kawasan hutan ini ingin membuka satu trail baru (denai hutan) dan kami diminta untuk merintis jalan baru ini dan menyediakan panel2 interpretasi di kawasan ini.

Ekspedisi bermula dari Jeti PERHILITAN. Perjalanan menggunakan jalan laut hanya mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke kawasan pantai berhampiran. Jika menggunakan jalan hutan, pengunjung memerlukan hampir separuh hari perjalanan ^^. Setibanya di pantai, masing2 bersedia untuk mendaki. Aktiviti kali ini adalah tagging pokok (mengenalpasti spesies pokok) dan kami dipandu oleh seorang guide (Pak Sudin) **bukan nama sebenar**

Perjalanan mulanya senang kerana jalannya agak mendatar dan sesekali kami perlu merentasi anak sungai. Proses mendaki hanya bermula selepas kami merentasi sungai yang ke 3. Boleh tahan la curamnya tu... terjelir jugak lidah. Sepanjang menjalankan kerja2 mengenalpasti pokok, takdak pulak berlaku apa2 yang pelik.

Dalam perjalanan pulang kami melalui suatu tempat yang dipenuhi dengan rotan. Dalam banyak2 rotan yang tumbuh dikawasan tu, ada satu rotan yang nampak menarik dan sesuai dibuat tongkat. Pak Sudin menawarkan diri untuk mengambil rotan itu jika kami mahu. Pada mulanya kami menolaknya dengan baik kerana mengeluarkan hasil hutan di kawasan taman negara adalah salah, namun disebabkan keunikan rotan itu, salah seorang daripada kami telah mengambil rotan itu.

Malam tu, aku terkejut bila terdengar member aku menjerit. Buntang mata aku bila tengok dia menjerit2 sambil menepis sesuatu. Aku lihat jam di dinding. "uish pukul 3 pagi" bisik aku dalam hati. Kata orang pukul 3 pagi ni la waktu hantu bekeliaran...sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tahu. Aku baring semula di campbag. Lepas aku pejam ja mata, tiba2 aku terasa berat macam kena tindih. Pada masa yang sama anjing mula menyalak... Auuuu~ panjang dan bersahut-sahutan. 

Masa tu, aku dah tak boleh buat apa... Aku baca ayat kursi dalam hati. tapi satu ayat hilang, aku tak dapat nak teruskan. dada makin sendat rasa...sesak nafas! ikhtiar terakhir aku Al-Fatihah. aku baca berulang2 kali.   
Dalam 2 3 kali aku baca...anjing pun berhenti menyalak. Aku pun dapat bukak mata dan badan dah tak rasa berat lagi. Aku lihat member aku... dia mendengus kecil... macam orang penat berlari 100meter. Tiba2 dia mengiring ke arah aku... dia tengok campbag aku dan menjerit seolah2 terkejut sesuatu. Sekali lagi anjing menyahut. Aku terus bangun dan duduk. Aku tanya member aku, "awat weh! hang jerit apa". "Aku tak boleh tido". 

Disebabkan masing2 tak selesa kami ambil keputusan untuk keluar lepak kedai mamak. Dia kemudian cerita dekat aku. "Ada pompuan (perempuan) panjat katil aku, Dia naik kat kaki aku". Faham la aku kenapa dia jerit. Lagi sekali dia jerit masa tengok campbag aku. Itu sebab dia nampak pompuan tu tido depan aku. Patut la aku macam kena tindih ja rasa. 


Keesokan harinya, kami pergi semula ke sana dan pulangkan apa yang kami ambil dan alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Sejak malam tu, aku dah tak berani nak ambil apa2 dari hutan... Walaupun aku minat sangat dengan keladi2 dalam hutan tu.. terpaksalah bersabar. So jangan lah ambik apa2 dari hutan sesuka hati... bukan apa takut dia ikut dan tak mahu pulang... haru~

+biarjasajadikenangan+

Sunday, September 2, 2012

Kusut salah semalam...

Hari semakin berlabuh di muara sana.. Menandakan saat alam mahu beristirehat dan aku...

Aku menyarik-nyarik di halaman, mencari lembaran kosong yang masih sudi mendengar rayuan hati dan runtunan jiwa yang hampir kering.

Dalam menelusuri beting-beting kehidupan.. Manusia tidak lepas dari kenangan lalu yang merantai rasa resah dan gundah.. Membuatkan kita tertambat dengan perasaan kecewa dan amarah!

Semakin ingin diputuskan rantainya.. Semakin kusut dan berselirat, menjerut hingga sukar bernafas.

Apa akan ada yang sudi membantu aku merungkai kekecewaan ini ?

p/s: mungkin aku mengukir dalam cara aku yang tersendiri... Mungkin mual dibaca.. Mungkin sukar difahamkan.. Namun begitulah apa yang terbuku dihati.... Berserabut dan berselerak...

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...