Bally.Da.Shoe

Wednesday, March 30, 2011

Buluh bayu...

Dilahirkan dengan cukup sifat anggota... Aku... kelihatan sama seperti mereka2. Namun saat aku mula keluar dari rumah.. aku tersadar.. aku sangat berbeza. Seorang yang mudah tertekan bila berhadap masalah2.. Siapa yang mahukan ‘kelebihan’ ini ? jelas tiada. Namun dimana letaknya daya seorang makhluk untuk menidakkan ilham pencipta... menjadikan manusia berbeza2, dari rupa hinggalah cara.


Sedetik meninggalkan rumah, air jernih membutir di kelopak. Beginikah cabaran dunia luar... Menekan dan menghempap tak berkesudahan. Namun inilah yang dinamakan hidup.. rela atau paksa, ianya perlu diteruskan. Tanpa langkah yang pertama, maka tiadalah sebuah perjalanan itu.


Saat diri terasa sarat, aku akan ke sawah... berdiri ditengah2nya, Aku meraung! Aku menangis...aku berbisik sendirian. Menceritakan segalanya pada bayu... berharap akan gugur sedikit deritaku atas belas ikhsan sang pencipta. Dada terasa lapang, bahang tubuh terasa menghilang... Namun lembut2 sang bayu, lembutnya menyimpan dalang. Ia tidak bisa menyembunyikan segalanya. Kata orang, mulut terasa pahit jika tak diluahkan.


Saat itu...aku tak lagi berbisik pada sang bayu... hanya menghembus dan kemudian tersenyum... kerna bertapa lancang mulut bayu... lancangnya tak tembus rumpun buluh... Terima kasih rumpun buluh kerna menjadi penyimpan yang setia


p/s: manusia itu pun ada serupa bayu dan ada yang serupa rumpun buluh. Terima kasih kerna menjadi rumpun buluh saya ^^,

*tolonk jangan faham kerna saya sedang merapu*


+biarjasajadikenangan+

Monday, March 28, 2011

Apa lagi yang penting...

Sejenak aku terfikir...Apa yang penting pada tubuh manusia...

Itu pasti pakaian...kerana pakaian menjaga maruah tuannya... membungkus agar terpelihara. Tapi emas permata pasti lebih utama... meninggikan darjat2 manusia. Hinggakan dunia mahu dibeli. Jika harta menjadi ukuran.. pasti ada yang lebih utama. Masa...jam... itu lebih utama, mengingatkan manusia akan masa. Kata orang ‘masa itu emas’. Hilang masa emas tak jadi. Apa guna emas permata jika diri tak ada seri. Selendanglah yang paling penting. Ia melindungi mahkota wanita. Hilang mahkota hilanglah seri seorang wanita...


Namun setiap satunya pasti ada kekurangan. Pakaian... apa gunanya melindungi maruah, kalau semakin hari semakin singkat. Barang yang ada dibelah2, semakin dedah semakin ghairah. Begitu juga perihal seluar, semakin hari semakin keatas, hingga keliru yang mana dalam yang mana luar. Emas permata jadi buruan...sehingga manusia saling berbunuhan. Menggapai dan merenggut dengan rakus... Apa guna pangkat dan darjat... emas dapat nyawa tak lekat. Masa... apa lagi yang tinggal dengan masa... bila dadah dan ganja menjadi raja... sukar ditelek malam dan siang, hingga...sedar masa maut bertandang. Selendang... dulu menjadi perlindung mahkota, kini hanya dipakai ke majlis agama. “Apa guna mahkota kalau tidak ditunjuk-tunjuk”. Apa guna kecantikan...kalau sekadar untuk disimpan... Begitulah perihal pada tubuh manusia... tinggal difikir dan dinilai.


Apa2 pun aku memilih menjadi kasut...menemani manusia mengharungi hari2 yang semakin susut. Jauh perjalanan luas permandangan ^^, p/s: Bagi yang terkena...jangan marahkan aku... Aku hanya bercerita...

+biarjasajadikenangan+

Sunday, March 27, 2011

Bilah-bilah cahaya


Pagi ini.. aku sekali lagi dikalahkan dek burung2 gemala yang bersarang diluar jendela kamar. Mendengar siulan dan kepak sayapnya, aku bagaikan teringat sesuatu...


Pagi itu aku masuk ke hutan bersama temanku menyiapkan tanggungjawab yang wajib layaknya untuk disempurnakan pelajar2 tahun akhir jurusan perhutanan...


Dalam penat bekerja aku bersandar ke banir sambil mendongak ke langit. Bilah2 cahaya menyelinap dicelahan daun... menusuk terus ke lantai hutan. Sungguh agung ciptaan-Nya hinggakan cahaya yang tak berjasad itu pun bisa membilah di silara... memberi nyawa kepada rimba... Aku leka terbuai oleh bilah2 cahaya yang sesekali terpenggal dek sayap2 unggas yang berlintasan dilangit rimba.


Melihat itu aku berbisik pada diri... "Aku menimba ilmu ini sebagai persiapanku bertekuk lutut memperhambakan diri pada bumi hijau ini". Jelas aku tak mampu berbaris seiring laksamana2 perang di baris hadapan, lengkap dengan senjata dan perisai menabur nyawa untuk Negara. Jadi... izinkan aku berjuang dengan caraku... kerna aku juga sayang akan bumi bertuahku


p/s: Walau serupa apa pun cara kita berjuang... matlamat kita tetap sama

+biarjasajadikenangan+

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour : Kita Malaysia prihatin!!!


Earth Hour adalah aktiviti global yang dianjurkan oleh WWF(World Wildlife Fund) dan diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun. Earth Hour meminta rumah-ruamh dan premis2 perniagaan untuk mematikan lampu2 dan peralatan2 elektrik yang tidak penting selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim yang sibuk deperbincangkan sekarang.

Pada tahun 2007, Earth Hour disertai oleh WWF dan Morning Herald Sydney. Pada masa itu lebih kurang 2.2 juta penduduk Sydney telah menyahut cabaran dan menyertai dengan mematikan semua lampu yang tidak penting.

Setelah Bandar Sydney mengetuai cabaran Earth Hour dengan penuh kebanggan, bandar2 lain di seluruh dunia mula menerima acara ini dengan baik pada tahun 2008. Earth Hour 2011 akan berlangsung pada 26 Mac 2011 pukul 20.30-21.30 malam ini. Pada saat itu nanti biarlah kita seluruh rakyat malaysia menunjukkan keprihatinan kita pada dunia... Tunjukkan pada mereka bahawa kita MALAYSIA juga cintakan Bumi hijau ini... Ayuh Malaysian...kita sahut cabaran!!!

p/s:
tunjukkan pada dunia kita Malaysia prihatin ^^, tapi janganlah sampai masa memandu kat jalanraya pun korang tutup lampu kereta.... itu kes naya..
+biarjasajadikenangan+

Friday, March 25, 2011

Meh bersatu...jangan balah2 ^^,

...Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama...
-Hikayat Merong Mahawangsa KRU-
Tiba saat yang tepat... bila semua mahu bersatu, saat itulah kegemilangan ditempa...
"Bilah lidi barang segenggam mustahil jua dipatahkan" *pepatah reka sendiri... ingat karam singh Walia ja pandai... =P*

+biarjasajadikenangan+

Thursday, March 24, 2011

Kau Lihat aku!!!


Hari itu... pasti akan datang. datang bersama awan mendung yang melimpahkan selaut kekesalan ke atas jasad2 yang tidak tahu bersyukur... bersyukur dengan setiap detik yang dipinjamkan.


Aku... Aku merintih sendirian... aku ingin lepaskan. Lepaskan segala kekesalan yang bersembunyi di segenap inci tubuhku. Keluarlah... berlarilah kau dari batang tubuhku. Tinggalkan aku sendirian menghabiskan detik2 pinjaman-Nya. Biarkan aku bermain dengan sisa2 ini.


Adapun aku hidup berbekalkan dorongan dan nasihat, aku sedikitpun tidak meyakini kemampuanku. Aku meragui setiap tindakanku.. Aku tak punya keyakinan diri. Jadi untuk kali ini.. aku akan rebut apa yang aku tak punya... aku akan kejar apa yang aku cicirkan. Aku akan hidup...aku akan terus hidup. berjuang seperti mereka2 yang syahid dimedan syurga

p/s: jika manusia faham manusia yang lain...

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, March 23, 2011

Sape ikot aku balek!


Pagi ini hari ke-3 aku pulang dari hutan. Jemari aku masih segar menekan papan kekunci... ingin mencerita peristiwa 2 hari lalu.

Petang 20/3, aku tiba dibilik selepas keluar dari hutan. Hajat hati aku nak basuh baju dulu tapi faham2 la bila dah Nampak katil. Mahu saja aku terjun atas katil... Untuk berlaku adil, aku pun hamparkan baju2 basah atas lantai...keringkan dulu sebelum basuh, takut ‘bau’ kalau peram baju basah. Lepas tu aku terus terjun atas katil dan BUBU...

Tiba2!! Aku terjaga... fuhh sudah kelam dunia rupanya... aku terasa sejuk2 semacam ja badan. Rasa macam kena simbah air. Aku raba badan aku... dan aku tergejut. Semua baju basah yang aku sidai dilantai tu, setiap satunya terhampar atas badan aku
(atas katil)... @_@ Haish... sape pulak melawak malam2 ni.

Aku terus bangun dan lihat jam dipintu. Jam sudah tak bernyawa... Bila pulak jam ni habes bateri * jam mati tepat pukul 9.01* Aku kehairanan sebentar~ Aku usya jam handset, dah pukul 4 pagi. Aku terus sambar kunci dan keluar ke tandas. Sepanjang koridor, suasana terasa seperti beralun (rasa goyang2). Aku takde fikir apa2 lagi, mungkin sebab aku tido lama sangat. Tiba2 ada bau... bau macam orang tumis kari... Aduh sape pulak mask kari pukul 4 pagi ni. Aku terus masuk tandas basuh muka dan blah!!

Masuk je bilik aku terus tido... dan aku tak dapat tido sebab nyamuk banyak sangat malam tu... Siap gigit2 badan aku walaupun aku dah selimut 2 lapis... Besar gamaknya nyamuk ni sampai tembus selimut aku dye cocok...

Sehinggalah saat aku menulis ni, aku masih lagi memikirkan siapa yang sidai semua baju basah atas badan aku...siapa yang tumis kari pagi2 buta kat koridor... dan siapa yg ternak nyamuk gergasi dalam bilek aku ???


p/s:
Aku rasa aku ada buat salah masa dekat hutan ATAU mungkin benda2 yang ganggu kiteorang dekat hutan hari tu dah ikot balik...

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, March 22, 2011

Ronda2 Alam Semula Jadi Jom!!

Ronda2 Alam Sekitar...

Peserta kanak2 memulakan perjalanan

Itulah hujung minggu aku (minggu lepas jer...) Salah satu subjek yang aku ambil semester ni memerlukan students untuk buat aktiviti2 rekreasi...wow i loike~ huhu aku suka bila dapat keluar ramai2... main ramai2... tido ramai2 mandi ramai2... makan ramai2... Pendek kata semua ramai2 (^^,)y Aku rasa seronok giler!!

back to da story... huhu for da sake of saving forest...kiteorang dh jalankan satu program untuk kasi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya hutan dan segala isi di dalamnya. Aktiviti ni dijalankan 1 hari saja memandangkan ini baru permulaan... (promosi laa..) kata orang untuk dapatkan gambaran awal dan reaksi masyarakat tentang aktiviti seumpama ini.

Aktiviti dijalankan di Hutan Simpan Ayer Hitam (ini hutan UPM punye..) Untuk Program ini, ianya dibahagikan kepada beberapa slot. Pertama sekali "Puak Hutan". Di sini peserta didedahkan dengan tumbuh-tumbuhan herba yang banyak terdapat di dalam hutan seperti kacip fatimah (Labisia pumila) dan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) *itu komfem sume org tahu*.

Slot kedua adalah Puak Hidupan Liar. Disini peserta didedahkan dengan hidupan liar. Apa langkah2 keselamatan bila berdepan dengan makhluk2 ni.. Hidupan liar yang ditekankan dalam slot ini lebih kepada mamalia kecil, burung, dan amphibia. Huh!! punye la seksa kiteorang nak tangkap binatang2 ni... huhu tapi bila tengok peserta2 excited... hilang teros rasa letih...


Snap2...

(Otus bakamoena) Jampuk kubur
Puak ke-3 Puak serangga, kat sini penerangan pasal serangga (entomology) diberikan oleh mereka2 yg expert n puak last skali adalah Puak survival... Di sini peserta2 diajar asas2 untuk survive dalam hutan... Peserta diajar cara2 nak buat khemah, cara nak nyalakan api, cari makanan yg selamat untuk dimakan, cara masak nasi dalam buluh...mcm2 lah... mmg best ^^,


Penerangan pasal serangga
Medical Assistant Sofie jikan tengah merawat peserta yang 'dipatuk' pacat ^^,

Peserta bergambar dibawah Khemah Pisang sesikat =P

Lepas tu setiap peserta diberi binokular untuk aktiviti skodeng burung... banyak la burung2 yg dah kene skodeng hari tu... Finally sampai lah ke aktiviti yg terakhir dimana peserta2 mandi dekat Blue Lagoon sambil menjamu selera. seronok betol mandi...

Moralnya yang aku dapat lihat daripada program ni (aku intip sket2): mereka dah mula prihatin... semasa berkemas nak pulang tu, semua orang sibuk kutip sampah... wow!! tegezut aku~ hmmm.... Sape kata orang kita tak prihatin.. maih sini biar aku sekeh...


Fesi2 nak bergambar jugak!!

*Peserta2 Ronda2 Alam Semula Jadi*

p/s: Indian...Malay...Chinese... Semua mesra macam satu family... kita dah dekat dengan hearts of Malaysian *terharu aku nengok*

+biarjasajadikenangan+

Thursday, March 17, 2011

Harapan

Harapan... Harapan demi harapan. Manusia sudah bosan dengan harapan... harapan membuatkan manusia seperti orang bodoh... menanti sesuatu yang belum pasti.. bergantung pada sesuatu yang tidak nyata.... Palsu!! semua itu palsu.

Namun disebalik kata2 palsu itu... kita tetap berharap sesuatu itu akan menjadi nyata... disebalik kata2 itu juga kita masih berharap... takdir akan sedikit menumpahkan belasnya buat kita... Kerna apa ? tentu saja.. kerna kita adalah insan.

Harapan... Kita sangat memerlukannya. Mengapa mereka itu tetap saja berperang... berperang yang tak kunjung akhirnya.. sejak awal permulaan zaman... Untuk apa mereka berperang ?? untuk emas.. wanita.. tanah.. Tidak!. Mereka berperang dengan keyakinan dihujungnya pasti akan ada keamanan...dan itu adalah harapan

Mengapa orang tetap saja berusaha walaupun gagal... kerna jauh didasarnya mereka yakin mereka akan berjaya kelak. Itu juga harapan bukan. Sama juga seperti orang bercinta. Walaupun mereka mereka sering saja gagal, walau cinta mereka tidak terbalas, walau hadir mereka tidak disedari... mereka tetap saja berharap... kerna adanya harapan bererti adanya kesempatan... itulah yang membentuk warna kehidupan


p/s: hidup tanpa harapan... bagai jasad yang kosong


+biarjasadjadikenangan+




Hikayat Merong Mahawangsa lain sikit dari buku...

Hikayat Merong Mahawangsa!!!

Sesungguhnya aku tertinggal 6 hari dari segala manusia yg dh beduyun2 pegi tengok crita neh. Dah berpanggung-panggung aku merantau hari ini gara tiket habes... last2 dapat juga tengok dekat TGV Mines. Berbekalkan komen2 positif di kebanyakan blog, aku masuk ke panggung dengan dada kencang~ Macam aku plak yang nak jadik Marcus~

So komen aku (budak lambat), Aku takde benda nak komen la... semua orang dah komen pun.. Bagi aku, efek CGI dia memang terbaik walaupun ada part yg agak kurenk... tahniah buat KRU... Pelakon2 dia pun Okeyh... ada ala2 Queen of Langkasuka... bangga sekejap aku jadik anak kedah yang memiliki naskah sejarah itu~

Tapi itu yang semua orang dah komen...aku nak komen lain lah pulak... Bagi aku.. yang dah pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa, cerita ini memang agak berbeza intepretasinya daripada naskah sejarah. Menurut hikayat, Raja Merong Mahawangsa merupakan Raja Besar lagi bermahkota di Rom... ditugaskan menemani Putera Raja Rom ke Benua China... Jika dilihat dari filem, Merong hanya seorang biasa... mungkin juga diterangkan berdasarkan susur galurnya keturunan Iskandar Agung dari Macedonia.

Dalam Hikayat juga, Raja Merong Mahawangsa diminta menjadi Raja di tanah tidak beraja itu sementara menantikan khabar anak Raja Rom yang hilang selepas kapalnya dilanggar Garuda dan akhirnya selepas selesai pernikahan anak raja kedua itu, dia pun berangkat pulang ke Rom selepas menabalkan anakandanya Raja Merong Mahapudisad menggantikan tempatnya sebagai raja. Ini berlainan dengan filem dimana Merong Mahawangsa mati dalam pertempuran. Mungkin saja ini merupakan satu jalan cerita bagi mewujudkan babak pengakhiran yang baik

Apa pun KRU telah berjaya mencipta suatu cerita epik yang mantap. Aku terkagum sekejap dalam panggung... "Betulkah filem ini hasil sentuhan anak Malaysia". Kita sememangnya sudah mula menganjakkan kaki lebih kehadapan dalam bidang ini... Terbaik!!! KRU...

Naskah Hikayat Merong Mahawangsa

p/s: Jangan lupa buat Silat Lagenda versi filem pulak... saya suka!!!
+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...