Bally.Da.Shoe

Thursday, July 29, 2010

Bijak??


Kita tidak akan jadi bijaksana dengan kebijaksanaan orang lain,
Tetapi kita akan memperoleh pengetahuan dengan pengetahuan orang lain.

Bunyi macam masuk dan xmasuk akal.... Jangan kita fikir dengan berselindung disebalik kebijaksanaan orang lain membuatkan kita kelihatan bijaksana... Orang seperti ini mudah dilabelkan sebagai tin kosong. Bising...bising tapi dalam kosong...

Manusia mudah menyalah artikan istilah jika mahu menjadi yang terbaik, beradalah di antara yang terbaik.... Apa yang benar2 dimaksudkan bukan hanya berada diantara tetapi berusaha dengan cara dan motivasi mereka... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dalam situasi ni, istilah seekor kerbau bawa lumpur, habis terpalit kerbau sekandang xboleyh pakai... Kalau seseorang itu tidak mahu berusaha, rezeki di depan mata pun boleh terlepas.
Jadi jika mahu berjaya, timbalah ilmu berdasarkan pengalaman dan pembacaan.... Ilmu itu semakin dikaji, semakin banyak yang kita tidak tahu... Semakin banyak yang kita tidak tahu membuatkan kita semakin berusaha dan seterusya berjaya....

p/s: dalam berusaha itu tambahkan dengan manisan doa... moga hidup berkah rahmatnya ^_^

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 25, 2010

Saat Itu...


"I'm not afraid of the wickedness of the wicked, but the silence of honest people". "Our lives begin to end the day we become silent about things that matter.

p/s: jika sudah tiada mereka2 yang jujur bersuara tentang kebenaran...Disaat itulah bermulanya kehancuran dan kebinasaan bangsa kita. Dan kita sedang menuju kehancuran itu....

+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 24, 2010

33 Fakta tentang lelaki

Sungguh aku x tipu
Si gadis pasti akan bacanya

Percaya ka dak [tidak versi kedah]... pikiaq ambek la... ^_^

1. Lelaki lebih suka pada Gadgets & Motor lebih dari seorang gadis.

2. Lelaki tak tengok sangat gadis2 cantek. Mereka lebih memilih perempuan yang rapi.
[Cantek sangat satgi semua orang minat]

3. Lelaki benci berpura-pura. [ tak yah susah2 nak jadik orang laen.... just be yourself]

4. Bila seorang lelaki mengatakan dia tidak mengerti, itu hanya bererti kamO tak berfikir dengan cara dia.

5. Lelaki mungkin berpura2 sepanjang hari tapi sebelum dia pergi tidur, dia akan fikirkan gadis yang dia benar2 ambil peduli.

6. Bila seorang lelaki betul2 menyukai si gadis, dia tak peduli dah ciri2 buruk gadis tu
[ masa tu kentut pun wangi~]

7. Lelaki jadik gila bila berdepan senyuman si gadis. [so kurangkn senyum anda...HAHAHA]

8. Lelaki akan buat apa saja hanya untuk dapatkan perhatian si gadis itu.

9. Apabila kamO menyentuh hati seorang lelaki, dah tak boleh patah balek dah... [hati2 si Gadis]

10. Ketika si gadis berkata "tidak", lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok"....
[ ^_^ betoi baq hang]

11. KamO harus beritahu si lelaki apa yang kamO inginkan sebelum lelaki tu dapat mesej jelas.
[xpaham, mungkin maksud dya, kasi tau sebelum dia taw dari org laen]

12. Lelaki cinta ibu mereka. [ 110 % tepat] ^_^ sy anak ibu~

12. Seorang lelaki akan mengorbankan wangnya untuk makan siang hanya untuk mendapatkan Si Gadis beberapa bunga mawar.

13. Lelaki sering berfikir tentang gadis yang menyukainya. Tapi ini tidak bererti lelaki itu gadis itu.

14. KamO tak akan pernah faham lelaki kecuali kamO mendengar ia...

15. Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai kamO sekali dalam seumur hidup, dia serius

16. Berhati-hati. Lelaki boleh menyebarkan gosip melalui setengah dari muka bumi lebih cepat berbanding kanak2 perempuan dapat lakukan. [yakah ? ]

17. Seperti Hawa, gadis adalah kelemahan lelaki.

18. Lelaki sangat terbuka berkaitan diri mereka

19. Adalah bagus untuk menguji lelaki dahulu sebelum kamO percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu terlalu lama.

20. Lelaki benci kalau pakaian mereka kotor walaupun titik kecil.
[Uish...xda la sampai mcm tu...]

21. Lelaki betul2 mengagumi Si Gadis yang mereka suka walaupun gadis tu tak cantik sangat.
[suam2 kuku pun kagum!!]

22. Jika seorang lelaki menceritakan tentang masalahnya, ia hanya perlu seseorang untuk mendengar. KamO tak perlu memberi nasihat ... [Bally setuju ini]

23. Tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukai anda adalah ketika dia
menyakat anda.

24. Lelaki menyimpan rahsia yang kamO ceritakan padanya.

25. Lelaki terlalu banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tak terhad.

27. Ketinggian kamO tak penting sangat bagi seorang lelaki tetapi berat kamO ya...

28. Lelaki cenderung terlebih serius dengan hubungan mereka dan cenderung bersifat ingin memiliki. So watch out gadis2! [niat dya baek~ tapi cara mungkin salah]

29. Lelaki lebih banyak bercakap daripada kanak2 perempuan terutama ketika topik mengenai gadis2. [nama pun laki]

30. KamO boleh mengatakan seorang lelaki mempunyai niat baik bila kamO lihat dia berdoa.

31. Jika seorang lelaki kata anda cantik, lelaki itu suka pada kamO.

32. Lelaki benci gadis yang keterlaluan (overact)

33. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai mereka JIKA mereka serius dalam hubungan anda.

Semua ni masuk akal kan?

P / S for gadis: Untuk gadis2 yang betul2 memahami lelaki
P / S untuk lelaki: Untuk lelaki supaya mereka lebih tahu mereka

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, July 7, 2010

Harimau berenang ikan berlari!!

Aku... Aku tinggal dekat hutan (kampung)...suka hutan [kenaturalan~]...belajar kos Sains hutan...dekat Universiti berhutan... banyak sangat hutan sampai2 mahasiswa2 laen panggil kami 'orank hutan'... wow exotic!!!

Hari ni mood aku yang tengah sedap2 bercuti ni dipujuk balek ke u...kena pujuk awai takot satgi dya takmau balik... :P
so aku nk post pasal hutan lah~ topik yg buhsan...tapi penting~ :P

Rizab Hidupan Liar... kawasan yang tak boleh dibalak...tak boleh diceroboh...dan tak boleh blah!! Kawasan ni khas untuk hidupan liar saja. Kalao korang rasa2 tak liar tu xyah la pegi... ^_^

Persoalan yang aku nak persoalkan ni kenapa tanah rizab hidupan liar ni macam tak disukai oleh hidupan liar itu sendirik... Kat mana salahnya... Kalau mendengar cerita renjer2...banyak binatang yang menyeberangi sungai dan keluar dari kawasan rizab...why!!! Kalo itik ke, boya ke [buaya dlm bahasa kedah] yang berenang ke seberang aku bleh trima lagi... sebab diorang tu memang maen air sokmo~ ini tak, yang berenang pelanduk, kancil, rusa...sampai2 harimau pun berenang... Wahh apa sudah jadi...?

Firasat aku cuma satu...

Aku rasa binatang2 neh takde makanan kot... Kalao dipikir2kan, kat dalam rizab tu tak boleh membalak...bila tak membalak maknanya pokok2 kat situ besar dan tinggi... So -

Kijang : Kalo macam ni punya tinggi la pokok, jangan kata makan daun, hidu pun tak bau~
Kancil: ingat kita neh spesis jirapah ka tengkok panjang
Kelawaq: rilek la hangpa semua bleh posa.... praktis sket bolan posa dah dekat
Kijang: hang sembang kemaih, mentang2 hang bleyh terbang...
Kancil: Tak bleh jadi...Kita kena p tempat laen... Kalo mcm ni tak payah makan jusmate5 dr rozmy pon bleh slim~
Kijang: jom2, kita berenang p kawasan matau [kawasan terbuka akibat pembalakan], boleh bkn mewah sket... ^_^
Kancil : Moh kita!!!

**berenang ke seberang**

Harimau: Adeyh mana p makanan aku... sekoq pon tak nmpak :(
Kelawaq : Hang lambat, depa berenang p seberang dah...cari mknan
Harimau: Tudia aih...Abih tu aku nak makan apa?
Kelawaq : Hang rilek la...hang boleh posa..
Harimau : macam dialog sama ja...

** Harimau pun berenang p seberang**

Semua dh p seberang... so sapa yang nak dok sini?? Xpaham!!!

p/s: fikirkan sesuatu ?? Jangan sampai Harimau mai KL :)

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 4, 2010

Terima kaseh sebab rogolkan~

Aku masih tidak faham....mengapakah manusia masih berterima kasih selepas kesayangnnya dirogol... Apakah ini budaya masa kini atau lebih mudah dipanggil budaya masyarakat moden.Mangsa rogol hanya mampu diam tanpa sepatah bicara dikala orang kesayangannya mengucapkan terima kasih atas kekejian yang dilakukan...


Tatkala ia dirogol rakus, kesayangannya cuma :


Lihat perogol sambil menghadiahkan senyuman

Buat-buat macam takde apa yang berlaku dan bersiul ala2 brader macho mengorat awek

Melihat aku dengan muka inesen...

Mengucapkan terima kasih kerana telah merogol kesayangannya

Antara mereka2 yang terlibat :
[Orang kesayangan mangsa rogol]












[Saksi kejadian]












[mangsa rogol]











[perogol] - **tiada dalam koleksi**

Ceritanya bermula :
Tuan Motor : Bang, minyak 4 hengget

Aku: Nah singget bagi cukup 5 hengget
Tuan Motor : ok bang, 5 hengget la

[upacara isi minyak]

Tuan Motor : dah penuh... henjut sikit

tetiba brader tu datang henjut motor dari belakang [rakus betol]
Motor dihenjut sampaila minyak turun...

[selesai isi minyak]

Tuan Motor : Trima kaseh bang!!

Aku : Moto hang kena rogol pun hang ucap terima kaseh ka...HAHAHAHA!!!


Moralnya: Melayu kita baik.... Budi bahasa budaya kita ^_^
+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 3, 2010

Yeay!!! dapat AnugeraH~

Terima kasih buat kak Cik chumel yang sudi kasik award nih...haha tacin btol sebab ni la kali pertama dapat award.... ^_^


Ada soklan ae?? Rupanya org nak dapat award kena jawab soklan...


What do you feel to know that u get this award?
Syukur... Tenks yah pada si pemberi... Gue simpan baek pialanya...hehe


List down 7 bloggers that deserve this award

Berikut adalah pemenang2 bagi anugerah "Blog Segak" -

Tahniah..anda berlayak untuk ini :

Qadry Basry
Alip Azmi
Bila aku bersuara
Dylla Fadzil
Farah Diyana
Aerzee
Anis Izyan



Tahniah kalian semoa.... moga lebeyh sukses.... Blog kalian asyik banget!!!

+biarjasajadikenangan+

Sunday, June 27, 2010

KeDahKelaTe kitO~

Hari neh dah berjam2 depn skrin dan maseh tak dpat tulis apa2...lupa habes~ So aku cerita pasal aku kemaren je la

Kemaren aku p warung feberet aku [ koeyteaw sup mak aji], lepak dengan membe2, memandangkan aku pun lama tak jumpa mereka2 itu berberan-beran la crita yang meleleh keluar dari mulut masing2, Ada yg cerita pasal kereta la, 'penang' la. Tengah suam-suam hot bercerita tiba2 semua diam...?! Lepas tu gelak.. HAHAHA!!!

Diorang cakap aku dah tukar slank~ dah murtad kedah.... huuu T_T mulut dah kelu lidah dah keras.... Selalunya orang tukar slank jadik slang KEY EL [org kedah panggey kelumpo~] tapi aku neyh dh jadik kelate~ Berat dah ni.... patut la aku p padang besar beli barang tak dpt diskaun... Arghhh!!! Aku tak mau murtad negeri~~ hahaha
Mungkin hari2 aku dikampus dikelilingi oleh masyarakat "kelateganu". Ini membuktikan masyarakat ini banyak dimana2... Haha tapi apa2 pun I LOVE MY KEDAH... So kepada yang diluar sana tu... belajar molek2 lepastu balek berbakti pada negeri masing2 opsss... tak betoi tu...berbakti pada negara amnya...hehehehe kan kita neh dibawah payung satu Malaysia...mana tumpahnya kuah kalao tak ke payung.... ^_^
+biarjasajadikenangan+

Friday, June 25, 2010

Kawan & biskut...mana lagi mahal ?

Kalau kita ke kedai rucit, Harga biskut 2hengget, Garam 4Kupang(sen dlm kedah), gula2 2kupang, sabun daia harum sengget dan mcm2 lagi la, kalao takde barang tak jadik kedai plak dye... Tapi satu hal yang aku tak tahu, berapa harga persahabatan?? sapa2 nak bid untuk persahabatan tak so kita boleyh tau harganya...

Kalau ajak makan tak ikot nak putus sahabat, tak teman pegi kedai runcit pon nak putus sahabat, tak teman sopink nak putus sahabat, dan tak keluar makan pun nak putus sahabat~ wow!!! mesti bagi dia harga persahabatan 2 murah sangat, senang nk putus2... boleyh lelong dekat pasar malam " lai2 3 singget 3 singget!!!! yang comey bagi saja, beli satu pecuma plastik bag~" Mungkinn sebab banyak sangat membe dye sampai melimpah ruah.... Itulah permainan manusia, bila dah banyak tak menghargai, bila takdak tercari2... hahaha~ maluw jugak kadang2 mengingati peradaban yang semakin lusuh..luntuh..lumpuh :(

Bagi aku sahabat biar tetap sahabat, takde putus2...ingat tali ka boley kerat2~ sekali berkawan, kawan sampai mati..biar macam mana gaduh pun akan baek semula..tapi kawan makan kawan tu laen cerita la.. itu laen bab, Kalao benda2 remeh macam tu boleh buat kamu putuskan persahabatan, what can i say~ dah itu ja nilai untuk prsahabatan kamO~

p/s: Jangan sesekali bermain dengan perkataan sahabat, Kerna sahabat la masyarakat kita semakin jatuh skang, dan kerana sahabat juga ita mampu menjadi bangsa yang kuat~ [just pendapat Encek Bally] ^_^


+bilajasajadikenangan+


Wednesday, June 16, 2010

HendakPerlu!!

"Uish~ Bally beli mecedeh...aku pun nak beli gak... ingat tokey ayam tak leh beli mecedeh ka"


Kehendak atau keperluan yang mana lagi penting~

Huh!! membe aku punya membe tanya dia soklan neh.... Senget punya budak....
Terang tang tang dah keperluan la penting..
Korang ada Seluar, Baju, Tie, dgn tali pinggang. Bayangkan tie dengan belt adalah kehendak. Nak ke korang g keje pakai tie dgn belt je... tak yah pakai baju sluar.... obvious sangat... hiuuu~

Tapi kalao dh kemampuan tu ada, xdak masalah....jerut p la 10 tie pon xdak hal. Penuhkan keperluan dulu, yang mana asas pada kita. Pelan2 kayuh, dh ada kemampuan nnti go on ~ Tapi sebelum tu kena ingat, keprluan kita bukannya sikit, ada banyak aspek yang perlu kita titikberatkan... Aku ada terbaca dalam satu blog, so aku link dekat SINI. Baca lah ye...

p/s: "Jangan berharap pada apa yang kita mahu sebelum kita punya apa yang kita perlu"

maaf kalau contoh aku tu mcm tak sesuai. aku just nk tunjukkan bertapa keperluan tu sangat penting...

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 15, 2010

Apa pendapat korang kalao lulusan/status lelaki lebih rendah daripada wanita...

Rasa macam ada yang tak kena je kan... huhu. Bagi pendapat aku, bila situasi ini terjadi... kecik kemungkinan satu hari dialog yang akan muncul " Abang, awak tu dah la lulusan tah hape2...awak sedar tak awak tu menumpang saya jer". Wah memang sadis untuk dibayangkan. Tapi bukanlah nak maksudkan situasi yang sebenar macam tu....cuma sekadar kemungkinan.

Kalau dilihat dari situasi sekarang, Lebih ramai penuntut-penuntut di universiti awam mahupun swasta di negara kita yang terdiri daripada pelajar-pelajar wanita. Tak kurang jugak yang belajar di luar negara. Tak mustahil situasi seperti diatas akan berlaku. Kalao korang gadis2, korang buat mcm ni tak?? harap2 tak... Aku risau ni, mana tau jodoh dengan gadis yang lulusan lagi tinggi ker....

Sekarang ni, ramai wanita yang "kurank" pandai masak. bukan semua tapi sebilangan....jangan dok pi lapor plak...tak pasai2 ke dalam plak aku nanti... Contohnya intebiu yang aku buat dan jawapan yang aku terima " saya nak cari calon suami yang pandai masak, senang dia boleh masakkan. Saya segan la masak-masak ni". Ada pulak nanti pembantu rumah lelaki...

Aku selalu jugak jumpak dekat supermarket suami-suami yang galas beg tangan sambil dukung anak sementara isteri-isteri sibuk memilih barang. Hiuuuu~ Suami mithali tuh.... ^_^ dye nak ringankan kerja isteri je tuh.... jgn dok salah sangka plak... :P

Ada satu lagi masalah yang kian memenatkan kepala otak aku berfikir. Baru-baru ini aku terbaca dalam koran, Kadar peningkatan perokok wanita pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding perokok lelaki. Apa maksud dye nih... maknanya wanita skang dh mula merokok dengan hebatnya!!! Aduh... ini serius~~~ Bila kesan daripada tabiat ini muncul, dialog yang akan muncul, "Abang, anak kita pramatang la, kaki cantum, muka tinggal separuh..kenapa bang!!!". Hah lepas tu saling tuduh menuduh...last skali dah tak tahu nak buat apa, lempaq ja bayi tu dalam longkang, tanam hidup2.

Kita punya jahat orang lain kena tanggung... So kepada gadis2 janganla ada yang macam kat atas ye... Jaga diri molek2, kesian dekat laki-laki yang skang ni tengah tunggu bakal2 isteri diorang... dah la dah semakin pupus...haha [Sekali lagi ditegaskan, ini pendapat aku semata2...jgn bawak p court pless]...hahahaha!!!! Jangan risau kiteorang orang laki2 akan sentiasa mencari yang terbaek buat diri dan masa depan (keluarga). Moh sama2 kita buat master dgn PhD...hahaha

Mintak2 takde pihak yang tersinggung.

+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...