Bally.Da.Shoe

Wednesday, July 29, 2009


All 15th college students please evacuate these facilities immediately!

H1N1 punya pasal la.... Semalam sedap2 sidai baju tiba2 siren kecemasan kolej b'bunyi...nyeeeeeeeeewww~ Semua blok perlu dikosongkan sebelum 6 petang... Apa lagi.... Jalan dah xnampak dah...penuh dgn kereta...mcm pelarian perang ja. Kita semangat2 nak belajar dye suruh balek lak...Boikot H1N1....


p/s : Lecturer kata virus H1N1 tak terok sangat. Virus B1N1 lagi terok...Wakaka~


+biarjasajadikenangan+

Thursday, July 2, 2009

Semalam yg lebam~



bluekkk~ sadis...




Semalam Pertandingan pancaragam Negeri Kedah..... Calon2nya adalah...Kolej Sultan abdul Hamid dan jirannya yang tak pakai seluar iaitu Sultanah Asma skool....memang saingan tradisi nih...tapi saingan sihat la....




Adeyh....saja nak berblog crita kesedihan sket... Semalam punya la excited nak g tgk band.... Disebabkan trafik jeeemmm~ kami (bali, topek, azzahari, kuya, kerry) dpt masuk stadium pkol 8.50....masa tu band Asma baru mula maen...huh kesesakan maknusia berlaku.... ramainya penyokong.... nak tengok pon susah...so apa lagi guna jalan tikus la...haha dapat jgak tgk... mmg sedyh la bila band KSAH maen.. rasanya tak macam dulu sudah.... Band nampak trok sangat.... nampak berterabur.... bunyi x best.....kesimpulannya saya kesal... huhu then keputusan diumumkan....juara military band adalah Sultanah Asma Skool... adeyh dah agak dah....sadis btol...tahniah buat mereka...KSAH cuba lagi pliss....




Apa-apa pun i'm still a collegian....huhu usaha lagi tahun depan KSAH....huhu kita kalahkan jiran kita yg tak pakai seluar nih...huhuhu....




p/s : usaha tangga kejayaan sbb practice make perfect~




+biarjasajadikenangan+


Sunday, June 28, 2009

Paku Langsuir


Hmmm hari ni saja lepak depan rumah...



Pagi ni xde kerja menyiram pokok sebab hujan... So saja lepak2 depan rumah tengok Makhluk hijau Allah yg bermandikan rintik2 hujan. Rasa nyaman jer suasana. So saja nak kongsi dengan kawan2 salah satu pokok penyejuk...huhu mostly pokok penyejuk ni dari jenis yang berdaun besar or lebar...Selalunya orang letak tumbuhan dari jenis keladi tapi bali lebih suka ferns. Hmm... Masa masuk hutan dulu fern yang paling bali tertarik Asplenium nidus. Nama tempatannya paku langsuir...fern ni sesuai diletakkan dilaman rumah kerana daunnya yang lebar menampakkan laman kita lebih sejuk. Tumbuhan ni perlu diletakkan ditempat separa sejuk dan jangan sejuk sangat. Pastikan ia berada ditempat yang suhunya lebih 16degree C. Kalau letak dekat beranda rumah pon ok... Sebenarnya ada banyak lagi fern yang sesuai jadi hiasan laman.
Nama Saintifik: Asplenium nidus L.
Famili: Aspleniaceae
Nama Tempatan: Paku Langsuir (Bird's nest fern)

p/s : disamping menyejukkan laman rumah, melihat benda2 hijau ni baik untuk mata dan dapat menenangkan jiwa...
+biarjasajadikenangan+

Saturday, June 27, 2009

Jasad tandus tanpa perasaan

Andai kata aku robot....


Aku nak hidup ceria...hidup tanpa perasaan... tanpa emosi.... tanpa bayangan. Bebas dari belenggu emosi yg merantai pergerakanku, tuturkata ku, lirik senyumku iras wajahku, semuanya bermain dengan perasaan...


Tidak perlu dijaga perasaan orang jika punya kita tidak dijaga... Biarkan mereka ketandusan... Aku ingin sendiri... bersahabat dengan bayang2ku... Jangan dibelai dengan rasa, kerana rasa jasad celaka...
--------------------------

Keistimewaan manusia adalah perasaan. Kerana perasaan manusia berfikir sebelum melakukan sesuatu. Kerana perasaan manusia berhubungan dan bersahabat. Kerana perasaan manusia menikmati dan kerana perasaan jugalah manusia berkelahi dan bermasam muka.


p/s : Jagalah hati dan perasaan orang lain jika kita juga ingin menikmatinya. Tiada ruginya membuat kebaikan kelak hidup berhidang kebahagiaan...


Friday, June 26, 2009

Masa melayang~


Sayu terharu terpikir Apa sume ni kenapa masa cepat berlalu Hari sekejap sekejap menjengah dan pergi..."Hari semakin pendek bila tidur semakin panjang"


+biarjasajadikenangan+

Cilok dari Deqna Jepun~


Bekas kekasih saya - tiada.xsempat pon…
Saya sedang mendengar – bunyi kipas tua brpusing
Mungkin saya patut – siakan report hutan atau tidur trus
Saya suka – bercuti~
Sahabat-sahabat saya – sahabat kepada saya
Saya tak faham – itu dan ini
Saya kehilangan –keyakinan
Ramai yang berkata – jom makan nasi bujang…erk…
Cinta itu adalah – perjanjian (trbaca di koran) ngee~
Di suatu tempat, seseorang sedang – meninggal~ sedey
Saya akan cuba – apa yang saya belum cuba (dadah xmo..xbes)
Perkataan SELAMANYA membawa maksud –tak kunjung habis/tamat/hilang
Telefon bimbit saya – ada keretakan akibat jatuh (xtawu sape buat)
Bila saya terjaga – apa nk buat hari ni??
Saya paling meluat – diekori ( cik mcm mana sy nk pilih baju kalau cik ikot je…saya ni pemalu )
Pesta/parti adalah –sesuatu yang sma maksudnya tetapi lain ejaannya…toink2~
Haiwan yang paling comel pernah saya temui – Tupai…nampak baek!! tp jahat
Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – Masa kat skolah~
Hari ini – misteri hari semalam dan sejarah hari esok~
Malam ini saya akan – Buat report Kem Hutan….adeyhhh~
Esok pula saya akan – pikir semula lpas bangun tdur
Saya betul-betul inginkan – sesuatu yg infiniti (sama mcm deqna)
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini– Apsal x ceria nih…
Pusat membeli-belah atau arked permainan – jimat2 la sket….
Makanan Barat atau Jepun? – Makan apa pon xpe….jgn deman~
Bilik yang terang atau gelap? – Bilik yg brdinding cermin….boley tgk bintank~
Makanan segera adalah – kurang selamat untuk badan
Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang–Satgi kta p mkn koeyteaw na sabaq sat…
Siapa yang anda ingin tag: Azpa(hadiah sbelum ke UUM) hahaha….
+biarjasajadikenangan+

Thursday, June 25, 2009


Ketransformeran...kebestsan...keterlampauan...


Mlm td ku g mnonton Transformer utk kali kedua.... Nak hilangkan duka lara sket.... Kami tgk dekat Alorstar Mall... As usual mesti ada jumpa sesapa dkt sana....Kali ni jmpa pdot dgn yus (adek abang) depa dtg satu group jgak.... Movie nni serius best... aksi mmg "salut" sangat gempak...membe ak kt sbelah asyik lompat ja (menjiwai optimus prime) haha... mesti org dkt blakang dye bengang x nampak skrin... Naseb la depan kami sume average jah....xde yg standard klcc.. Ending pon gempak...unpredicted... Xmcm yg 1st...itu mmg lahabau...ngee~


p/s : huhu kalau nak tgk muvi tu tgk la movie neh...x rugi....action + lawak2...gerenti puas hati...huhu


rest ur mind b4 starting ur new semester...babai dh nk g penang...


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 23, 2009

Bila Izrail datnag memanggil...

(gambar hiasan)

Hmm hari ni hari yang sedey...xdpt nk waras sebab hari ni memang x mampu nk waras... Tadi petang bali keluar g Pacific dengan kuya dan azpa sebab si azpa nk beli kemeja...dye nk masuk u dah...huuu... Suddenly my mother call, "bali balik awal sket, nak g tengok Pak Long meninggal.... erk... tetiba blur ja rasa....mcm x boleh terima dek akal sebab sungguhpun dye (arwah) adalah Pak Longku, tapi i never meet him before... Rupanya ku dapat tatap arwah sekali ja seumur hidup... pada masa kematiannya...


Mak Long ckp kereta Pak long terbabas dalam pjalanan pulang dari dusun dekat Kuala Nerang... Disebabkan abah takde (ada urusan di Terengganu dan x sempat balik), so akulah wakil keluarga...(tapi mama ikot jgak)... Bayangkan mcm mna nak hadapi situasi ni... Rumah Paklong blakang KMC jer...(aku baru tahu). Kalaulah aku lebih prihatin sebelumnya.... Aku masuk ke ruang tamu, terlihat sekujur tubuh berselimut putih....Itulah arwah Paklongku yang xpnah ku jumpa sebelum ni... Semoga Allah memberkatinya dan menempatkannya dikalangan org2 yg soleh...


p/s : Jangan persiakan masa yang ada dan berbaktilah pada kedua orang tua kamu semasa mereka masih ada...gunakanlah kesempatan sebaiknya...


Semoga roh PakLOng diterima disisi-Nya
+biarjasajadikenangan+

Monday, June 22, 2009

Kalau kita sebut...


Setelah lama tak ber-online...


Malam ni kami ( bali, kuya, khairi, azpa) g makan nasi bujang. Kami g borak2 hal2 semasa 'lelaki'... huhu guy stuff. Lepas tu dlm pjalanan pulang dalam kereta, Kuya memulakan agenda dengan kisah hantu...huhu dah la jalan yang kami gunakan tu "Angker"... huhu meh nak gambarkan sket jalan yg kami lalui tadi...disepanjang jalan terdapat daun2 pisang yang melambai2 ditiup angin malam. Rumput2 lalang yang setinggi cermin kereta sesekali bergesel ke dinding kereta. Terdapat rumah2 buruk yang terbiar di dalam gelap tanpa berpenghuni. Tapi setahu bali, rumah kalau ditinggalkan lebih 4 bulan tanpa berpenghuni akan mengundang "penghuni baru"...Bayangkanlah rumah yang sudah bertahun2 terbiar. Selalunya Bali jarang terpengaruh dengan cerita2 seram nih, bukan tak percaya tapi malas nak ambil peduli. Tapi malam ni terasa seram sejuk semacam jer lepas kuya mengeluarkan satu statement...


Kuya cakap dia terbaca artikel ahli2 paranormal berdasarkan kajian yang diorang buat, ' kalau kita sebut tentang sesuatu entiti dan gambarkan perwatakannya di sesuatu kawasan, entiti seperti yang digambarkan itu akan muncul... Kiranya walaupun kita sengaja ada2kan cerita tentang kewujudan entiti tersebut ianya akan muncul lama kelamaan... Terdapat banayak cara untuk kita gambarkan entiti itu, tidak semestinya kita menyebutnya tapi mungkin juga kita membayangkannya... Hmm... Cuak habis kami semua...


Haha tapi janganlah fikir sangat, Yakinkan dalam diri bahawa dia juga makhluk Allah seperti kita. Janganlah kita takut sesama makhluk tapi takutlah pada yang maha pencipta...


p/s : Jika kita semakin takut, dia akan smakin berani... babai


+biarjasajadikenangan+

Thursday, June 11, 2009

Sayang apa adanya~


Hmmm malam ni tak boleh tido, excited sgt nak g reunion esok... 50 orang lebeh yg join aktiviti neh...huhu hope x sesat esok cari hotel tuu... huhu so takde post utk 2 hari... huhu tapi kalau ada peluang, mesti ada je post..huhu so hari ni takde apa2 yang spesel....tp baru terdengar lagu ape tah.. tajuk dye tak mungkin kerana sayang....hmm ada rangkap yg menarik perhatian...huhu...

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Memang setiap apa pun di dunia ini tiada yang abadi...Bila berlaku kematian pasti akan ada kelahiran. Jika kita kehilangan sesuatu, pasti ada pengganti buat sesuatu itu. tetapi harus kita mengerti kerana setiap pengganti itu tidak mungkin persis yang sebelumnya...Mungkin juga sesuatu itu tidakpun dapat diganti sama sekali. Contoh yang paling pas adalah kedua ibu-bapa kita.... Tiada galang gantinya....huhu Sayangilah mereka apa adanya...ini kerna Manusia tidak akan merasakan keistiwewaan sesuatu itu sehinggalah sesuatu itu pergi darinya...


p/s : Sayangilah sesuatu itu bukan kerana kamu memilikinya, tetapi kerana keberuntungan kamu dimiliki olehnya...babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...