Bally.Da.Shoe

Wednesday, July 18, 2012

Ohsem!! : 60 Watak Doraemon

Bila post saja entri pasal zaman kanak2 teringat pulak pasal Doraemon. Dulu selalu kena rotan sebab lewat sembahyang lewat pi mengaji =P. Asyik sangat nak tengok Doraemon. Kena rotan sekejap lari g tandas, konon2 nak mandi lepas tu keluar balik buka TV... gigihnya aku! 

Seingat aku dulu2 Doraemon tak dak la hebat... robot kucing badan bulat2 rendah macam topui saja.. tapi poket dia memang lejen...  Sekarang ni lukisan dah canggih2... Mai kita layan dambar2 Doraemon dalam beberapa versi...





Doraemon The Avengers


Street Fighter


One Piece **Secebis~**


The King of Fighters


Naruto



Dragon Ball - Si Goku yang lebih femes dari Justin Bibir~


Pokemon


Snorks?? tak penah layan...sorey~


Full Metal Alchemist


RockMan


err... bangsawan mana ni... Doraemon belakon Titanic ka?


Kan senang kalau dari dulu Doraemon yang main... xdelah Nobita kena buli..


Okey... gigih nampak Christiano Dora


Whoa!! macho seyh


Mak aii... ironman!


Okay esok 19/7.2012 sila pi pawagam ehh!


jambut nak lebat!


GIJoe...watak bisu terus hilang mulut.. hmmm


Star Wars ~ topi macam besar je bro~





okayhh.... ini ngeri!


Kiri kanan Jerawat ?





Espekto petronum~





KPOP!! sorey sorey~








Waaachaaa!!


Buzz LightMon of Star Command


Ulp!





The Doraemon...more natural naiisss~

























Waw Teransepomer
















Brand Kereta pun ada... dasyat gileer~











Okayhh ni dah super femes








Serius sangat stai.... sampai pakcik keyepsi pun hado... hahaha. sumber gambar diambil dari  contenganperasan.blogspot.com

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, July 17, 2012

Ya aku budak 80-an!

Aku kanak2 80-an yang hidup ditemani sukan layang2 dan wau bulan. Aku maen tuju guli dan "police sentry" masa kecik2. Aku jugak maen tuju kasut dengan congkak guna biji getah. Petang2 kalau ayah aku takdak, curi2 pi pancing ikan, sampai jatuh sungai.. nasib baik panjang umur. Curi2 beli fishing rod kononnya nak EX... balik kena rotan. ^^, Kalau ayah aku ada, maen khemah2 atas pokok.. bajet gerila =P haha 


Bila dah besar sikit, aku main kad tepuk dekat sekolah, simpan duit makan sebab nak beli digimon. Main lawan pemadam, hari2 bawak balik sekotak pemadam..cukup stok setahun. Balik sekolah singgah kedai mamak beli komik Dragonball. Itu pun kalau ada duit sebab selalunya aku habeskan beli ais mony (jelly beku kaler kuning). Ada duit baki beli komik, aku masih beli Eskrem, tapi eskrem POP la... pulas2 hujung dia then ludah kat longkang. I love every moments. 




Bila masuk sekolah menengah, jerawat pun dah banyak kat muka... dah tak main digimon dah. malu takut awek tengok. Eskrem pop pun tak beli dah... layan mat kool pulak. dengan harapan nampak Kool~ **hampeh** Bila keluar PS1, Gameboy... semua pun nak layan game... itu belum kira lagi revolusi chattin'... Kayuh basikal sambil dengar diskman konon2 nampak macho **mampos~** begitulah masa berlalu... banyak benda yang kita dah tinggal tanpa kita sedar. kenapalah cepat sangat umur aku berlalu... i wish i have more time as a kid. 


 +bilajasajadikenangan+

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday: Rumah idaman









 +biarjasajadikenangan+

Sunday, June 17, 2012

Kalau sayang tinggal2kan ^^,

Lama2 sekali nak menulis ni memang berat rasanya. Macam menelan biawak hidup. Er... ada ka pepatah macam tu. Sambil2 melepak atas pelantar high rope ni terasa pulak nak menulis. **tak rasa sangat pun** 

Asyik gila layan angin sepukul dua, sambil2 tu terpikir takda cara lain lagi ka yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah perubahan cuaca atau orang2 kampung sebut Climate change. Tak pasti lah pandangan kawan2 yang laen.. bagi aku, aku nampak hutan ja. Kalau mampu kita maintainkan dirian2 dalam hutan tu nescaya kita dapat atasi masalah ni. Cayalah! At last aku guna jugak perkataan nescaya. 

 Memang masalah ni maha besar dan rumit. Tambah rumit lagi bila faktor penyebabnya pun boleh tahan jugak melimpah ruah. Menurut pakcik ensetain.. adalah menghampiri titik perpuluhan infiniti jika kita nak atasi kesemua punca2 yang melimpah ruah ni secara sekaligus atau lumpsum. 

Jadi apa yang boleh kita buat??? Buatlah sesuka hati kaw orang asalkan kita tak mengganggu pokok dan hutan. Itu saja TiTiK. Tak banyak pun. Amalkan 4 perkara mudah dan kita mampu memberi impak besar kepada pengurangan masalah kelaimet cheng ni.. 

Hentikan Kemusnahan Hutan – Jangan kacau langsung. Biar lah dia kat situ. 
Gunakan hasil hutan secara mampan – Guna dengan bijak. 
Pulihara kawasan tandus/gersang – Amalkan 1 orang 1 pokok. Tak susah pun nak tanam satu pokok. Maintain kawasan tanah gambut – Jangan kacau langsung. Buat dono ja. 

Kita mampu selesaikan masalah Negara. Kita mampu selesaikan masalah kawan2, sepupu malah jiran sebelah rumah. Kita mampu uruskan hidup dengan baik sehingga hari ni. Takkan kita tak mampu buat 4 benda yang remeh temeh kat atas ni. Hmm malu la macam ni. Renung dan fikirkan kawan2. 

 p/s: Kalau saying tinggal2kan ^^, 

 +biarjasajadikenangan+



Saturday, April 7, 2012

Bagai benang dilanda ayam~


Jarum saat kuat berdetak,
Terkebil mata mencari rentak
Menghambat diri kedalam malam
Menanti kunjung rencana alam

Minit sudah lama berlalu
Jam sudah 2 kali melintas
Namun lihat saja aku
Rohku masih belum lepas

Lepas mendaki puncak2 impian
Lepas menuruni lurah2 bahagia

Ya Tuhan, Saat ini akalku sarat dengan masalah
Benakku tidak lagi keruan
Memikirkan masalah yang remeh temeh ini saja
Sudah membahangkan kepala
Apatah lagi jerap tidur

Ya tuhan,
Kuatkan aku untuk ini, Kuatkan aku untuk yang lain
Tidurkan aku dari rasa2 yang menekan
Selimuti aku dengan keyakinan dan keberanian
Akar lekang langsung rasa2 kepalang
Yang kuat menghimpit akal dan fikiran


p/S: Aku... masih saja lemah dengan masalah... kapan bisa jadi kuat T_T

+bilajasajadikenangan+

Friday, March 2, 2012

Misteri: Sulur Bidar mitos.. mistik..atau kenyataan?

Petang2 ni teringin pulak nak buat entri pasal haiwan2 mitos masyarakat melayu. Tetiba teringat pasal makhluk misteri yang menghuni tasik2 yang dalam. So I'll safe my legend for the next entry.

Pernah dengar Sulur Bidar? Mungkin tak ramai yang tahu pasal ni. tapi bagi kaki2 pancing, rasanya nama ni agak familiar lah. Sulur Bidar ni dah jatuh dalam kategori mitos masyarakat melayu dah.

Banyak versi yang boleh kita dengar tentang makhluk ni. Mengikut cerita orang2 yang tinggal di sekitar kawasan tasik dan orang2 asli di sana, makhluk ini menyerupai sehelai permaidani putih,dan mempunyai kaki yg banyak spt ulat gonggok di sekelilingnya. Terdapat kepala yang menyerupai kepala tuntung/labi2 di setiap penjurunya. Boleh bayang tak agak2?



er...er... macam ni kot... ada orang buat ilustrasi lagi ni...

Makhluk ini digeruni kerana ianya akan menyerang manusia, terutamanya mulut2 yang suka cakap besar. Taktau la kalau kebetulan makhluk tu lapar orang2 yang mulut celupar jer kena telan.. =P Cara Sulur Bidar ni menyerang adalah dengan menjerut dan menggulung mangsa sebelum menariknya ke dalam air. Seterusnya badan mangsa akan dipotong.. Err...

Ada jugak versi yg mengatakan makhluk ni adalah sejenis ular yang mendiami dasar tasik. Tak kurang jugak yang percaya makhluk ni adalah makhluk halus yg mendiami sungai2 besar dan kawasan air berpusar. Ini kerana sulur bidar jugak dikenali dengan panggilan Hantu Bidai, Hantu Balong, dan Hantu Balong Bidai. Asal seram ja terus letak hantu.. hmmm~
Kononnya Sulur Bidar versi 'halus' ni adalah semangat jahat yang tinggal dalam air... terbentuk hasil daripada tikar mengkuang bekas alas memandikan jenazah dibuang ke dalam sungai yang telah dihuni atau diserapi makhluk halus penghuni sungai. Mungkin sebab tu masyarakat melayu dalam2 tak suka kutip tikar hanyut...

"Dilarang mengambil tikar hanyut, nanti digulung sanai"

Sulur Bidar biasanya tinggal di dasar tasik atau sungai yang agak dalam. Kehadiran makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama daun2 'kering' yang terbenam di dasar tasik.

Kepada kaki2 pancing dan penggemar2 tasik... Sila hati2 sebab makhluk ni masih lagi misteri... yang penting jangan cakap besar. Bukan setakat orang jer tak suka... binatang dengan hantu pun tak suka. ^^,

Nah ni ada sket ilustrasi mitos sulur bidar... Baca dan layan... Ingat, mitos tak bererti takdak.

sumber tambahan: mindheartbodysoul

+biarjasajadikenangan+


Wednesday, February 22, 2012

Wednesday yang tak wordless: Kita takdak kesedaran!!

Sayangilah hutan kita
-
-
Sayangilah hutan kita
-
-
Hoi!!! sayang la hutan sket!



Hari2 nak sentuh pasal kepentingan hutan, konservasi, lindung sini lindung sana... tapi takde sapa yang peduli... not a single. Siapa yang salah ? Adakah kurang promosi, undang2 kurang ketat, atau kita yang kurang sedar.

Dengan alam yang semakin tenggelam hari ini, seluruh dunia sibuk sana sini mempromosikan pelihara dan pulihara. Tapi kita buat apa...

Situasi 1

Abu: Hoi Ali, jangan hisap rokok dalam hutan, nanti terbakar
Ali: Ala.. Aku nak halau nyamuk

Situasi 2

Minah: Ali, aku tumpang kau pegi kelas boleh?
Ali: Takleh!! nanti awek aku tak selesa. Kau pegilah sendiri
Minah: Berkongsi kenderaan dapat kurangkan pelepasan gas rumah hijau. Baik untuk alam sekitar.
Ali: Takpa2, nanti esok2 kau kongsi la suami kau dengan perempuan lain... maybe baik untuk alam jugak.

Situasi 3

Milah: Jah! kelas baju bulu landak tu. Aku nak lah!
Lijah: Jangan milah,jangan kau sokong sangat orang2 yang jual barang2 bulu ni.
Milah: Takpe lah.. Aku memang suka barang2 bulu ni.
Lijah: Ooo~ lelaki berbulu kau taknak pulak.
**nama2 melayu yg sering jadik mangsa**

Orang kita masih kurang tahap kesedaran terhadap alam sekitar ni Kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain. Bagi aku, rakyat jepun sangat prihatin dengan isu2 alam sekitar ni.Penah aku jumpak pasangan vateran dari jepun yang dah 6 bulan menetap di Penang. Tiap2 hari Ahad diorang akan datang ke Taman Negara Pulau Pinang untuk kutip sampah. Bayangkan sampai macam tu sekali dorang sayangkan alam sekitar. Kita? Kita? kita kat mana?

Maybe medium atau cara kita sampaikan mesej ni tak kena... So, pendekatan yang baik adalah menggunakan gambar, sebab apa? bcoz picture speaks thounsands word~ **kaitan** layanlag gambar2 ni dan digest baek2 noh~























P/s: MESEJ AKU CUMA NAK KITA HARGAI ALAM SEKITAR, DAN SAMA2 MENYUMBANG PADA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. SEDIKIT PUN TAKPA.. MEMANG NAMPAK MACAM TAKDAK KESAN... TAPI SANGAT BESAR MAKNANYA BAGI ALAM SEKITAR ^^,

**hurup besar hokay!**

+biarjasajadikenangan+

Sunday, February 19, 2012

Cincin paling berbisa~ 'Blue-ringed Octopus'

Boleh pandang-pandang~ Jangan pegang-pegang... bla...bla...


lawa nan bisa~

Mentang2 aku baru balik pulau teringin pulak aku nak buat entri pasal marin ni. Baru2 ni aku ada pegi Pulau Tinggi. The beach was so great!! teruja pulak aku tengok air laut yang biru2 hijau tu...Biru?? sebut psal biru ni aku nak cerita pasal cincin paling berbisa...kalah cincin emas 916. =P

Pernah dengar pasal 'Blue-ringed Octopus'. Bahasa melayu nak sebut apa ae? Sotong Cincin Biru mungkin... Setakat yang diketahui manusia, Sotong cincin biru atau 'BRO' ni saja antara sotong kurita yang boleh membawa maut kepada manusia.



Sedikit fakta disini~

Si sotong cincin biru ni tergolong dalam famili Octopodidae. Ia mempunyai 8 tangan beserta mata dan kepala yang besar. Fakta kot~ Apabila terancam, cincin2 biru pada tubuhnya akan menjadi terang ala2 gelang 'glow in the dark' dekat funfair.. Itu tanda amaran yang dia akan menyerang... Siap kasik hazard light lagi..

Dengan saiz diantara 12-20cm.. jangan tertipu!! Bisanya mampu membunuh!! dan yang paling teruk tiada penawar yang ditemui lagi setakat ni. Menurut Cephalopodpage.org, 1 miligram toksin boleh membunuh manusia. Rawatan yang diberikan hanya CPR selama 24jam... ini kerana racun akan beransur2 hilang dan disingkir dari sistem badan.

layan video kat bawah ni... mana tahu dapat sumtin ka =P..


Death never looked so beautiful !

p/s: yer... mati tak penah hensem!

+biarjasajadikeangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...