Bally.Da.Shoe

Monday, September 26, 2011

Cubaan Ular Sawa pecah rumah..

**Gambar hak milik Pakcik google**

Seekor Ular Sawa seberat 70 Kilogram memecah masuk rumah di teluk Intan gagal apabila ianya disedari oleh tuan rumah. Menurut Harian Metro hari ini, Ular sawa tersebut masuk keruang tamu ketika penghuninya sedang menonton televisyen.. Serius berani ular ni.

Ular Sawa sepanjang 6 meter ni dipercayai kelaparan dan desperate dan masuk kerumah berkenaan untuk membaham kucing milik tuan rumah. Serius desperate ular ni. Kehadiran reptilia besar ni disedari tuan rumah disebabkan bunyi bising di ruang tamu. Tindakan berani dua beranak cuba menghalau dan menangkap seekor ular sawa terbabit membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dibelit. Ini bukan pecah rumah dah...

Menyedari diri dalam keadaan bahaya, ular tersebut bertindak aggressive sebelum membelit anak tuan rumah yang berumur 21 tahun... kalau 2 tahun, komfem dah remuk tulang2 dye... er...er... dalam keadaan cemas..si ayah bertindak bijak apabila mengetuk kepala ular berkenaan menyebabkan ular itu melepaskan belitan ke atas anak lelakinya. Mereka terpaksa berhempas pulas selama dua jam untuk menewaskan ular itu.

Orang cakap bela kucing selamat kampung... rasanya tak selamat mana lah.. bayangkan kalau si ayah panic dan tak buat apa2... pasti jalan anak dia. So kalau nak berhadapan dengan reptilia besar ni.... kurang2 ada 2 orang... tolong jangan jadi hero pelis... makhluk ni Nampak ja lembab... hakikatnya tak... bayangkan otot2 dia yg kuat tu...

Hmm nanti bila2 kelapangan aku cerita cara ular sawa setelkan hidangan dia =P

p/s: berdua lebih baik ^^,

(sumber): Harian Metro

+biarjasajadikenangan+

Saturday, September 24, 2011

Dunhill & Lancer


Berlaku dialog antara sepasang suami isteri.

Isteri : Abang ni tak habis-habis merokok. Membazir abang tau tak?

Suami : Apa nak buat, susah nak berhenti.

Isteri : Abang hisap rokok ape?

Suami : Dunhill, kenape?

Isteri : Sehari berapa ringgit duit abang habiskan beli rokok?

Suami : RM20 je.

Isteri : RM20 JE abang cakap?? Itu baru sehari tau. Kalau sebulan dah RM600. Kalau setahun tak ke dah RM7200? Abang dah berapa tahun hisap rokok?

Suami : (dengan selamba) 20 tahun.

Isteri : Tengok tu, 20 tahun. Kiranya abang dah membazir sebanyak RM144,000!

Suami : Ok lah tu.

Isteri : Ok apenye. Kalau dulu abang tak mula hisap rokok, sekarang abang dah boleh pakai kereta Lancer tau.

Suami : Hmm.. (malas layan)

Kedua-dua mereka terdiam seketika.

Suami : Awak pula?

Isteri : Saya?

Suami : Yelah.

Isteri : Kenapa dengan saya?

Suami : Awak hisap rokok jugak ke?

Isteri : (Tangan di dada, mata ke atas) Tolonglah, saya tak pernah hisap rokok tau.

Suami : Habis, mana kereta Lancer awak?

+biarjasajadikenangan+

Friday, September 23, 2011

Surat UFO pada UARS




Baru kemaren rasanya... kau dipuja... dijaja semuanya. Kaulah wira, kaulah pengharum nama Negara. Keberangkatanmu diiringi dengan tempik sorak...yang lenyap dalam adzmat tawamu. Lenyapnya kelibatmu disaksikan jutaan mata-mata manusia... dengan penuh riak dan takbur akan kemampuanmu.

Hari merangkak tahun. arus masa pantas berlalu... mengikis pergi daki2 kewujudanmu... entahkan tahu entahkan tidak akan kau... sendirian menabur bakti.

Kini jasadmu merapuh... kudratmu melumpuh... sudah tiba masanya untuk kau berundur. Kembali sebagai wira negara.. disambut meriah dengan kalung2an bunga.

Tapi apa yang kau lihat.... Pulangmu itu tidak sedikitpun diharapkan... Kembalimu dilihat sebagai ancaman.. Itu kah cara terbaik mengenang jasamu...

p/s: Satu keburukan sudah cukup melenyapkan segala kebaikan

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, September 15, 2011

Tanaman pengusir nyamuk


Rumah aku banyak sangat nyamuk... kalau guna kalkulator saintifik fx-570MS nak kira benda alah ni, infiniti gamaknya... maklumlah kiri kanan belakang semua hutan... So aku nak lah kongsi sikit neh... Zodia a.k.a Pokok Ridsect... masak buah keluor ridsect sebotol... =P

Okeh... Zodia ni merupakan tanaman asli Indonesia yang berasal dari daerah Irian (Papua). Tanaman ini selalunya digunakkan oleh penduduk kampung untuk menghalau serangga khususnya nyamuk. Orang2 kampung biasanya menggosok daun zodia ni pada kulit sebelum masuk ke hutan... Ia boleh dikatakan sebagai kaedah yang mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan berbanding penggunaan Penyebur serangga... *nak sebut jenama takut kena saman pulak* =P kerana nyamuk takkan menghampiri kawasan yang terdapat tumbuhan ni... Ini mungkin disebabkan oleh aroma yang dihasilkan oleh pokok ini.

Tumbuhan Zodia ni diklasifikasikan dalam family Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Evodia suaveolens. Kajian saintifik menunjukkan minyak ekstrak dari pokok zodia ni mengandungi 46% linanol yang femes sebagai bahan penghalau nyamuk. Zodia yang ditanam dalam satu pasu kecil dapat meghalau nyamuk sekitar 2 meter persegi. Untuk lebih berkesan, tanaman ini boleh diletakkan berhampiran dengan kipas bagi membolehkan baunya tersebar dengan meluas =P Aromanya yang wangi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di rumah ^^.

Pokok ni hanya dalam lingkungan ketinggian 1 meter dan mudah untuk diselenggara. Hanya perlu disiramkan 2 kali sehari dan perlu menerima pancaran matahari. Tanaman zodia ni juga sangat mudah dibiakkan iaitu melalui biji benih dan keratan batang.

Selain memastikan populasi katak tidak terjejas.... tumbuhan ini juga medium semulajadi yang berkesan untuk memerangi nyamuk aedes (Aedes aegypti) dan suku sakat keturunannya.

p/s: “CEGAH AEDES CEGAH DENGGI” –IKLAN KEMENTERIAN KESIHATAN- hehe

+biarjasajadikenangan+

Monday, September 12, 2011

Tumbuhan2 Landskap beracun ^^,

Di sebalik keindahan kepelbagaian tumbuhan landskap yang ditanam dilaman2 rumah kita, mungkin ada diantaranya yang beracun dan mungkin akan mentangkan masalah jika dipetik oleh kanak2.. *Ayat baku okay~*di bawah ni adalah antara tumbuhan2 Landskap yang beracun

Nama Tempatan: Adenium
Nama Saintifik: Adenium obesum
Getahnya boleh jadi racun ikan

er...er.... bab bunga2 ni lemah sket la.... ini aku terbaca dekat satu belog~ katanya bunga2 kt bawah2 ni semuanya merbahaya.

Nama Tempatan: Balung ayam
Nama Saintifik: Celosia argentea
Daunnya beracun

Nama Tempatan: Bunga Anis
Nama Saintifik: Nerium sp.
Getah pada pokoknya beracun

Nama Tempatan: Bunga cina
Nama Saintifik: Tabernaemontana sp.
Getahnya menyebabkan kulit jadi gatal


Nama Tempatan: Bunga Jepun
Nama Saintifik: Thevetia sp.
Getah pada pokok dan kulit biji merbahaya


Mak aku suka sangat tanam pokok ni... getahnya memang banyak dan berwarna putih. Ciri2 bergetah banyak menyebabkan pokok ni mudah tumbuh dan boleh ditanam secara keratan batang. Kalau dalam bidang hutan... pokok banyak resin cendenrung menghasilkan kopis...[pokok/dahan baru] ^^.

Nama Tempatan: Bunga loceng
Nama Saintifik: Allamanda cathartica
Getah beracun (seluruh tumbuhan)


Alanda mempunyai getah yang banyak berwarna putih... dan sangat mudah hidup.... ditanam secara keratan batang ^^. tak guna penggalak akar pun boleh hidup.

Nama Tempatan: Buta-buta
Nama Saintifik: Excoecaria sp.
Getah beracun


Nama Tempatan: Jarak
Nama Saintifik: Ricinus sp.
Bijinya merbahaya


Nama Tempatan: Jarak buncit
Nama Saintifik: Jatropha podagrica
Boleh menyebabkan koma kalau makan



Nama Tempatan: Kecubung
Nama Saintifik: Datura sp.
Daun , bunga , buah memabukkan

Ni aku baca dekat blog mana tah... tapi dia cakap bahaya la pokok ni.... bunga dia memang cantikkan. Ini pokok hutan rasanya...sebab penah nampak dalam hutan ^^.

Nama Tempatan: Keladi hiasan
Nama Saintifik: Caladium sp
Jusnya beracun

Keladi hiasan sememangnya cantik dan mempunyai daun yang lebar dimana ia dapat mewujudkan suasana sejuk pada kawasan rumah. Terdapat pelbagai jenis keladi hiasan... namun getah yang keluar dari batang keladi ini beracun... jangan dok saja2 p jilat pulak =P

Nama Tempatan: Oak leaf
Nama Saintifik: Euphorbia sp
Getah gatal


Getah pokok Oak gatal...tapi getah dari Pokok Getah (getah gelang) menghasilkan sensasi sakit dan pedih apabila dilastik oleh member.. ^^

Nama Tempatan: Saga laut
Nama Saintifik: Abrus precatorius
Biji beracun (1 biji boleh membunuh)

Warna merah biji ini amat mengiyurkan kalau kanak2 lihat. Memandangkan bijinya pecah dan besebarann diatas tanah,mungkin akan dikutip oleh kanak2. Namun biji saga ni cantik jika dibuat perhiasan... dan diletakkan dalam botol ^^.

Nama Tempatan: Tulang-tulang
Nama Saintifik: Euphorbia tirucalli
Getah beracun

Ada juga sumber mengatakan getahnya dapat merawat bisul,kesan bengkak dan kepatahan tulang... Hmm mungkin hanya untuk kegunaan luaran ^^,

Biar cantek tapi merbahaya... kalao mau tanam... pastikan ditanam ditempat yang tak tercapai dek kanak2... atau mungkin juga kawasan yang berpagar =P

+biarjasajadikenangan+

Sunday, September 11, 2011

its all i have...

I should have realized it long ago ... but I deliberately did not believe it ... demanding time for myself.. to gain what I need most... I forgot the time has passes ... taking away the opportunity which won’t come again.. Years bypass as I realize it’s gone already... how do I explained to myself... that nothing left for me to believe. All i have to do .... just let it go... let it fly back to where it belong. But talk is cheap. its difficult to get rid of those feelings. I will move on... i will

That's all i need.....

Aku sudah tahu jawapannya dan aku tahu jalan mana yang harus dipilih...apa yang aku perlu lakukan sekarang... memilih kaki mana yang akan mula melangkah

cry out loud as I have no strengths T_T

+janganiajadikenangan+

Friday, August 26, 2011

Salam Syawal!!

Pejam celik dah 26 hari puasa... tinggal 2 3 hari je lagi sebelum kita menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat islam... Mungkin kita semua bukanlah mujahidin yang berperang demi agama Allah... tapi kita juga berjuang...berjuang mengekang hawa nafsu... itu juga satu perjuangan.. kan...

Sempena entry kali ni, aku sebagai tukang kasut veteran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.. mohon maaf zahir dan batin jika ada tutur kata yang lancang... perlakuan yang kurang senonoh... atau terfikir yang bukan2... tersalah lihat mana yang tak perlu lihat... IM SORRY!!

Moga hari raya ni menjadi permulaan lembaran baru buat kita semua... Aku berdoa agar kecerian hari raya ni akan terus menemani korang sepanjang hayat ^^, Kalau tak kesah tu.. post mai lemang sebatang 2... =P Salam Syawal dari aku dan adek2.. huhu Assalamualiakum!

+biarjasajadikenangan+

Thursday, August 25, 2011

Tok... nak duet raya


Teringat lagi masa tu.. pagi raya. kami balik beraya rumah tok. "tok.. tok.. kami dah sampai" Belum sempat tok datang menyambut, masing2 dah berebut-rebut panjat tangga rumah.. Tak sabar betul nak salam dengan tok... Belum sempat habis bersalam dengan tok... dah tarik2 baju tok mintak duit raya.. "tok nak duit raya" sambil2 tu tunjuk wallet batman aku yang kosong tak berisi tu dekat tok. Tok pun senyum "takpa2 satgi tok bagi, jom makan dulu"

Hmmm... ketupat tok buat sedap... lemak sangat. lagi2 kalau makan dengan serunding yang tok buat. Bali rindu dekat tok la.. Tapi pagi tu tok pergi... pergi meninggalkan kami.. Aindai masa tu aku mengerti perasaan kehilangan tu.. pasti geruh aku meraung. Masa tok dikebumikan Pak Lang tak sempat tatap tok buat kali terakhir... Pak Lang menanges atas kubur tok. bali nampak.. pak su pun menanges dalam van... tersedu2 dia menanges... Masa depa timbus tok dengan tanah... li rasa marah tak puas hati sebab depa pijak2 tanah kubur tok bagi kejap.. tak baik kan tok depa tu..

Malam sebelum tok meninggal...tok cakap sakit kaki... Abah sapukan minyak angin dekat betis tok.. Lepas tu tok cakap betis tok dah tak sakit.. tapi paha pulak sakit.. abah urutkan pulah paha tok. Tok mesti gembira sebab anak2 ada disamping tok. Lepas tok mandi pagi tu tok cakap nak tidur. Tok tidur tak bangun2 dah... tok pergi dalam tidur..muka tok macam tersenyum2 ja..

Malam tu li mimpi tok... tok bawak bali pergi tandas sebab li nak kencing. Bangun ja dari tidur li peluk kain tutup keranda tok. Mama cakap dah takdak kain dah sebab tu ma selimut dengan kain tok.. Mungkin sebab tu dapat mimpi tok semalam.. Kini tok dah pergi... dah tak boleh nak panggil2 tok lagi dah...dah takleh mintak duet raya dengan tok lagi dah... dah tak boleh manja dengan tok...

Saat ni masih teringat tok... rindu nak tengok tangan tok tengah potong ketupat.. tangan yang semakin dimamah usia. dan sekarang tak dapat lihat lagi... Alfatihah buat Tok (T_T)

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday!!

Pieces of Me...and nature









+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...