Bally.Da.Shoe

Thursday, June 30, 2011

Meroyan...

Kadang tersadar.... namun pura2 tidak mengerti... mungkin itu lebih baik.
Namun... bila berdepan yang berani pasti tidak bisa lari lagi.
Apa yang bisa dikata cuma.... masanya belum tiba kerna siksa saya masih terasa.
Masakan yang pergi tidak ditangisi...

Dipetik dari Antologi Selebar Tapak Kasut
Karya Salmiah bebal


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 21, 2011

Jom masak2!!

Serius bosan malam ni. So aku teman mak aku masuk dapur malam ni. Sekali sekala tolong mak aku masak apa salahnya kan... huhu tak hilang kejantanan aih.. =P memandangkan ptg tadi aku ada terbaca pasal puding gula hangus so aku terasa nak buatlah malam ni... Bila dapur dah clear aku pun mengorak langkah... ala2 chef wan..hoho sebenarnya mudah jer nak buat puding caramel ni. Bahan2 yang diperlukan:

Telur 7 biji
Susu Pekat 1 tin
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 200ml)
Loyang (Orang kedah panggil pengat) anggaran diameter 15~20cm

Sekarang bahan dah ada. Jom kita tengok cara nak buat puding ni. Caranya mudah ja. Panaskan gula pasir dalam loyang dengan api sederhana kecil sehingga gula mencair. Apabila gula cair sepenuhnya, ratakan gula cair itu agar menutupi permukaan dasar loyang. Padamkan api apabila gula cair berwarna kuning cair. WARNING: Jangan sampai warna gula terlalu gelap atau hitam kerana ia akan menyebabkan rasa pahit.

Telur, garam, tepung kastard, susu pekat manis dan air dimasukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga sebati. Cewahh!! Adunan akan terlihat seperti float perisa vanilla yg mengasyikkan =P Bila dah sebati, tuangkan ramuan dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair. (tadi cair lah, sekarang dah beku). *penapis tu guna jer penapis apa pun...penapis teh pun boleyh* Tujuan menapis adalah untuk memastikan ramuan yang betul2 sebati ja masuk dalam loyang. Ia juga bagi mengasingkan lapisan bendalir (tali pusat) yg terdapat pada telur yang boleh menimbulkan bau hanyir.

Loyang dimasukkanke dalam pengukus apabila air yang dikukus mendidih. pastikan api agak kecil dan kukuslah!... Kukus sehingga 35 - 40 minit. Apabila sudah masak, puding ditelangkup ke atas pinggan leper dan disejukkan dalam peti sejuk la... *utk memastikan puding masak atau tidak, cucuk puding dengan garfu... jika tiada puding yang melekat pada garfu, itu menunjukkan yang puding sudah masak... mak aku yang cakap =P Nah..puding siap dimakan bersama keluarga ^^,

Serius mudah...semudah 1,2,3 (^^,)y cubalah... walaupun rupa macam tak hensem jer puding aku ni...tapi rasa dia boleyh tahan la... (mak aku ckp daa...)

p/s: susu tak perlulah betul2 1 tin...kencing manis kang... huhu letak agak2 puas hati je

+biarjasajadikenangan+

Monday, June 20, 2011

Rumah 'burung'

Bila dah takde bend nak buat....

bosan2 lepak memalam takde benda nak buat membuatkan aku gatal ketuk2 kekunci kibod cuci2 mata dekat gerai pakcik gugel. Aku tertarik ja dengan satu gamba ni...


kiyut tak sarang burung ni.... ini dipanggil Nestrest iaitu kerusi rehat yang bagi aku giler gempak hasil rekaan Daniel Pouzet dan Fred Frety. Infonya di sini. Ini sarang kalau gantung dekat pokok belakang rumah aku, boleyh konfius burung..

Sapa2 nak kasik hadiah besday sarang burung ni dekat aku.... =P huhu sayangnya aku tak jumpa pulak info pasal pasaran barang ni dekat Malaysia... Kalau ada serius aku nak sebijik!

p/s: manusia pun dah bosan dengan habit manusia...nak jadi burung la pulak =P

+biarjasajadikenangan+

Sunday, June 19, 2011

Belasungkawa

Zami Ismail (1944- 19 Jun 2011)
Nama Penuh : Zami Bin Ismail
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Penerbit TV
Kemahiran : Berlakon

Zami Ismail merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal dan diingati melalui peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'. Zami Ismail atau Pak Uda pernah memenangi kategori Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-11 (1991). Beliau juga telah berlakon dalam sebuah filem box office Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai Pak Abu.

Pak Uda meninggal dunia pagi tadi (Ahad), 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada umur 67 tahun. Jenazah Allahyarham dikebumikan petang tadi selepas Asar di kampung halamannya di Tapah, Perak. Sebelum ini pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang akibat tidak sedarkan diri kerana sesak nafas. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak.Diantara penglibatan dan pencapaian beliau dalam industri seni tanah air:

Lakonan
2011: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - (Pelakon Pembantu)
2011: Shh...Dia Datang - (Pelakon Pembantu)
2010: Janin - (Pelakon Utama)
2010: Hantu Kak Limah Balik Rumah - (Pelakon Utama)
2009: Jin Hutan - (Pelakon Utama)
2008: Dunia Baru The Movie - (Artis Jemputan)
2007: 9 September - (Pelakon Pembantu)
2007: Zombie Kampung Pisang - (Pelakon Pembantu)
2006: Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2003: Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2001: No Problem - (Pelakon Pembantu)
2001: Sara - (Pelakon Pembantu)
1997: Gemerlapan - (Pelakon Tambahan)
1995: Cinta Rosevilla - (Pelakon Utama)
1992: Wanita Bertudung Hitam - (Pelakon Pembantu)
1990: Tuah - (Pelakon Pembantu)
1990: Mat Som - (Pelakon Pembantu)
1985: Roda-roda - (Pelakon Utama)

Anugerah
1991: Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon Komedi Terbaik

Anugerah (Pencalonan)1994: Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Alfatihah buat Allahyarham Pak Zami...

+biarjasajadikenangan+

Friday, June 3, 2011

Evans ohh evans... simpati aku~

sape lagi yg nak letak lastname 'evans' ?

Tak habes2 lagi cerita pasal adinda evans... korang dah buat dye femes nak mampos... tak baik la aibkan orang...esok2 dkt akhirat Allah aibkan korang pulak. Aku takdelah nak masuk belah sape2... just tak sependapat dengan pendekatan caci marbi ni... silap2 bunuh diri kang budak tu nanti...

cukup2lah cerita pasal budak tu... bila berhadapan dgn orang yg baru meningkat usia...pendekatan yang sesuai sgt penting... korang maki hamun dia nanti lagi lost la budak tu... Kehidupan sekarang ni dah semakin mencabar terutamanya pada generasi2 baru lahir ni....dengan pengaruh yang gila babeng bersepahan sana sini..serius bahaya... sekali terhanyut..hancuss... *jelas pendidikan agama sangat nting dlm mendidik*

So takmo dah sembang2 pasal dia na... kesian mak ayah dia nak tanggung malu.... anak2 yang cari penyakit mak ayah pulak kena tanggung maluw.. nak buat mcm mana..mak ayah busy sgt cari duet utk keluarga... =P

p/s: nasihat & bimbingan adalah jln yang terbaek!

+biarjasajadikenangan+

Sunday, May 29, 2011

P. Ramlee... hilangmu tiada ganti

Dimana kan ku cari ganti...serupa dengannya....






Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA(P) (Sarawak) (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.


Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola. Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Bakat beliau dalam bidang seni ini mula diasah sejak zaman sekolah lagi. Bermula dengan cerita 'Chinta' Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


Selain itu beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)). Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee. Nama beliau turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee di tengah Bandaraya Kuala Lumpur (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982 . Tedapat juga jalan yang dinamakan Jalan P.Ramlee di Kuching.




Begitu banyak jasa dan bakti beliau kepada negara dalam bidang seni. Antara pencapaian dan anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh beliau:


1956

Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong

"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee


1957

Festival Filem Antarabangsa Berlin

Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah


Festival Filem Asia ke-4 Tokyo

"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee


1959

Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur

"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok


1962

Festival Filem Asia ke-9 Tokyo

Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok

Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail

"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.


1963

Festival Filem Asia ke-10 Tokyo

"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee


1964

Festival Filem Asia ke-11 Taipei

"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga


1965

Festival Filem Dunia Paris

"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku



Hilangnya P. Ramlee beerti hilanglah satu lagi kilauan bintang dalam industri seni tanah Air. Sempena Ulangtahun pemergian beliau, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga rohnya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, May 24, 2011

Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia

Kemaren isu alam sekitar...hari ini isu Alam Sekitar...esok2 pun isu yang sama. Balek2 isu Alam Sekitar. Pagi tadi aku jalan2 dkt youtube... tiba2 aku terusya satu video mamat prihatin dr Australia. Dia cerita pasal isu Lynas ni la... ishk2... Aku tak tahu lah apa sebab benda ini diluluskan... tapi jom kita dengar apa sebab kita patut tentang kilang 'Nadir Bumi' atau 'Rare Earth' di Gebeng, Kuantan.






Kos infrastruktur Lynas di Gebeng, Kuantan dianggarkan sekitar RM700 juta dan ianya 100% milik Lynas Australia.Projek ni dijadual siap bulan September ini dan ianya sudah 95% siap.



Apa faedahnya untuk kita... tolong cari sat...dah jumpa habaq mai sat...cek pun nak tau... adeyhh...



p/s: Kesihatan dan Wang ringgit... nak pilih yang mana taktau...



+bilajasajadikenangan+

Tuesday, May 17, 2011

Spesies Harimau di Dunia

mode: cuci2 sawang sat....



*credit buat pakcik google*



Bila nak pilih nama pasukan, sebolehnya kita nak yang segagah harimau. Jika lihat pada jata negara, diapit kiri dan kanan tanda kemegahan. Bila masuk hutan perkara yang kita paling takuti... harimau. Syaitan pun menyerupai harimau untuk menimbulkan ketakutan pada manusia. Tapi sedarkah kita hari ini berapa kerat saja yang masih tinggal. Jenis apa... dimana... Harimau sekarang sudah diambang kepupusan.

Harimau atau nama saintifiknya Panthera tigris merupakan spesies terbesar dalam keluarga kucing. Mesti dah tahu kan.. ^^, Antara spesies lain dalam kumpulan ini adalah Harimau Kumbang (Panthera pardus). Di Malaysia terdapat 1 subspesies iaitu Harimau Malaya (Panthera tigris jacsonii). Ini merupakan kemegahan yang masih ada... tapi dah dikategorikan sebagai spesies terancam.

Setakat ini sudah 3 subspesies harimau yang sudah pupus. 2 subspesies adalah dari Indonesia dan 1 daripada Asia tengah. Faktor2 yang menyebabkan kematian adalah daripada aktiviti pemburuan dan kehilangan habitat semulajadi. Kalau korang nak tengok spesies lain yang masih wujud. Kat bawah ni aku letak senarai.

Spesies Harimau di Dunia

Masih wujud:


Harimau Siberia (Panthera tigris altaica)
Tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis)
Tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China.

Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti)
Terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Harimau Benggala (Panthera tigris tigris)
Terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India, dan Nepal.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) Hanya tinggal di kepulauan Sumatera.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksonii)
Terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

Pupus:

Harimau Bali
(Panthera tigris balica)
Pupus sekitar tahun 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia. Spesies Harimau terkecil diantara ketiga Subspesies yang wujud di Indonesia.

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica)
Pupus sekitar tahun 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata)
Pupus sekitar 1950-an. Harimau Kaspia ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afghanistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Rusia.

So, kita kenala jaga spesies exotic yang dah semakin pupus ni. Kalau kita tak pelihara dengan baik, esok2 nanti anak cucu kita mesti ingat harimau ni just wujud zaman dinasor.... kesian kan... ^^,

p/s: jangan la sampai bawa balek bela kt rumah... haru satgi..


+biarjasajadikenangan+

Monday, April 4, 2011

Teriak petir dilangit

Malam tadi aku tidak bisa tidur... memikirkan hari2 yang masih tersisa membutkan aku sebak. Kampusku.. Kuliahku.. Temanku.. Fikiranku melayang dalam gempar petir dilangit.


Aku menjejakkan kaki ke dalam bumi ini dengan perasaan yang amat berat. "Apa aku bisa hidup dalam lingkungan ini". "Apa dapat aku bersaing dengan jaguh2 dari tanah kota masing2". Bertapa kosongnya aku saat itu... hanya ketakutan yang menghuni benakku.


Janjiku pada ibu... janjiku pada ayah, bagaikan tongkat2 yang memapahku menelusuri denai2 kehidupan yang nyata belum pernah aku lalui. Senyum da tawa teman2... bagaikan bahtera kenaikan yang membawa aku menongkah arus masa yang kian terbelit.


Kini tempoh itu sudah hamper berakhir. Mudikku sudah sampai ke laut lepas. Kembara apa yang menanti selepas ini tiada siapa yang pasti. Namun satu yang aku pasti, Aku akan melangkar keluar juga dengan hati yang sangat berat. Tapi tak mengapa, dada kini terisi.. sebagai bekal dilaut lepas.


Bila terkenangkan saat detik2 manis yang kian menghilang dipuput masa, hati mana yang tidak runtuh... Sepertinya hatiku meraung semahunya... namun teriakku persis petir malam itu, sungguh azamat dilangit tapi bisu tak berlagu.


p/s: Apa semuanya mahu terus disisi aku...

+biarjasajadikenangan+

Friday, April 1, 2011

Watak...


Manusia... sudah banyak yang aku jumpa, sepanjang berkelana ditengah2 bumi Malaysia. Sebaik2 kejadian dengan rupa dan watak... Setiap satunya gigih menghidupkan watak masing2.


Ada watak menyenangkan.. ada watak menjengkelkan. Penyayang.. kuat melenting.. tegas.. lemah lembut.. suka memaksa.. suka mengarah.. suka mengikut.. pendiam.. kuat berceloteh.. aktif.. pasif.. manja.. tegas.. kabur.. perasan.. penyimpan.. mulut tempayan.. perayu.. pemalas.. parasit.. suka mengawal.. penipu.. tikam belakang.. kata depan.. amanah.. jujur.. ambil berat.. penting diri.. berprasangka.. baik sangka.. kata belakang.. alim.. suka bersayarah.. cakap berbelit.. pemurah.. suka membantu.. kelakar.. jiwa kacao.. etc


Lautan watak2 manusia. Ada baik buruk setiap satunya. Bukan untuk dipilih... bukan untuk dikelas... tapi untuk dihidupkan dan dipentaskan dengan lebih baik.


p/s: Pentaskanlah dengan baik, kerna aku ingin melihat sejauh mana kesannya dalam hidupku


+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...