Friday, March 11, 2011
Takziah...
Saturday, March 5, 2011
Tandas yg hujung...
Percaya atau tidak... benar atau auta... banyak sudah yang bercerita.. banyak juga yang terkena. Hawa selalunya...Ini peristiwa yang berlaku dekat fakulti aku... Mula2 aku dengar cerita ni masa aku semester 3. dan baru2 ni aku masih dengar tentang hal yang sama. Ianya sering mengganggu mereka2 yang masih berada difakulti pada waktu malam.
Fakulti aku merupakan antara fakulti yang tertua di U*M. Design bangunan fakulti aku meletakkan setiap tandas dihujung blok bangunan pada setiap aras dan tandas lelaki dan perempuan berselang seli mengikut aras. Di aras 2 terdapat sebuah tandas bersebelahan dengan Makmal Sains Tanah. Di tandas itulah semua cerita berlaku.
Ditandas itulah ada pelajar mendakwa terlihat sosok tubuh wanita berambut panjang. Di sana jugalah ada pelajar sering mendengar paip air dibuka di kiub sebelah... seperti ada orang sedng menggunakan tandas tersebut.
Menurut seorang daripada sahabat aku, dia pernah pergi ke tandas itu pada waktu malam untuk mandi kerana pada masa itu bekalan air di kolej kediaman terputus selama 2 hari. Apabila berada di dalam tandas tersebut, dia merasakan sesuatu yang lain seperti ada orang meniup kuping telinganya. Selain itu ada juga desas desus daripada pelajar2 master yang berada difakulti hingga larut malam. Mereka mendakwa terlihat sosok tubuh berjalan sepanjang kaki lima dan masuk ke tandas...
Sehingga sekarang ia masih diceritakan.... terpulanglah kepada kalian untuk menilai... Aku sekadar menceritakan... Hati2 dengan tandas tingkat 2!!!
Friday, March 4, 2011
Aku maseh...
Sekarang.. umur sudah 22 tapi masih berperangai kebudakkan. Aku bimbang... bimbang dibenci sama orang.. Serius aku bimbang...
Thursday, March 3, 2011
Ceritera malam tu...
me & ma twin ^^,
Dalam majlis tu, budak2 hutan ada 4 table. Tapi.... dalam banyak2 budak hutan tu, 2 orang je lelaki... Memang sedeyh kan.. Hahaha... Majlis makan malam kiteorang start dalam 8 .3omlm. Makan dye boleyh tahan sedap... Semua sekali ade 3 course. Semuanya seperti kat bawah ni :
Apa2 pun aku tetap puas hati walaupun takde red carpet, Menari, Piano, mawar putih, dan gadis bergaun putih labuh sampai sapu lantai... Tapi tetap ada lagu Bila cinta... ^^, trademark org sekarang kot...
Silalah nikmati gambar2 kat bawah ni ae.. Mungkin ini yang terakhir (^^,)
+biarjasajadikenangan+
Saturday, February 26, 2011
Angan...
Sebenarnya aku nak tulis perkara lain...tapi belum tentu aku dapat tulis dengan tenang... Jadi biarlah dia kekal dalam diari aku...sampai masa aku akan pahatkan disini ^^,
Sekarang mari aku cerita apa yang aku bayangkan untuk sebuah majlis makan malam akhir...
Aku teringat imaginasi seorang pelajar sekolah lelaki tentang majlis makan malam... dan pelajar tu adalah aku. Mengingatkan kembali impian lama itu buat aku tersenyum. Masa tu aku masih ditingkatan 5, sebuah sekolah tinggi yang aku bangga2kan. Dalam meredakan perasaan sedihku aku berkata pada diri...
Kelak, Di Majlis makan malam terakhir sebelum aku menamatkan pengajian di menara gading.. Aku mahukan majlis yang akan memberi erti buat aku. Majlis yang dihadiri oleh semua kawan2. Semua orang berpasangan..begitu juga aku. Semua orang masuk kedewan melintasi karpet merah. Aku mengenakan suit serba putih dengan sekuntum mawar putih ditangan kiri. Pasanganku mengenakan gaun putih labuh.. Kami kelihatan sangat secocok... duduk dimeja tengah dengan hidangan2 yang sangat indah... bila saat musik dimainkan, kami bangun dan menari... alunan musik yang merdu membuatkan suasana menjadi romantis... Kami memandang sesama sendiri.. sambil tersenyum. Aku terus menariknya ke piano. Dia duduk disebelahku dan aku memainkan lagu cinta musim salju.. Alangkah tinggi cita2 bagi budak sementah aku..
Dan...esok merupakan hari itu. Saat ini aku yakin, tiada satu pun yang akan jadi seperti yang angan2 yang aku pasangkan bertahun dulu. Aku tidak cukup kuat untuk realisasikan walau satu perkara... Bila aku merenung piano, aku sedeh kerna aku masih tidak tahu memainkannya... Bila aku merenung suits putih di Butik, aku sedih kerna aku masih belum berpeluang memakainya.. Aku menyesali semua tentang aku... namun ianya takkan berubah. Benarlah kata orang realiti itu tidak seindah fantasi...dan dengan penuh realiti, aku akan menghadapi hari esok...
p/s: Jangan salahkan aku punya angan2 sebesar ini, salahkan cerita2 cinta yang menimbulkan bayangan seumpama itu
Monday, February 21, 2011
Banyak sekarang...
Sejak akhir2 ni aku banyak lihat post-post mengenai “jangan mengecewakan orang yang cintakan kamu”. Tenks untuk yang sudi postkan entry2 tu. Banyak jugak yang kena batang hidung sendiri... Banyaknya.. menceritakan kerelaan seseorang untuk menderita.
“Jangan kecewakan...” Tolong jangan...peliss... Semuanya rayuan, permintaan agar tersadar dari mimpi... Beri ruang dan peluang... agar semuanya mekar dan berkembang. Aku pernah mengecewakan orang yang mencintai aku... Jadi aku tidak akan benarkan diri aku mencintai... Itulah hukuman yang wajar aku jalani... Aku tak akan benarkan diri aku bertindak zalim lagi... tapi... aku sendiri pun sudah banyak merasa...
Thursday, February 17, 2011
Selamat~
Tuesday, February 15, 2011
Watak apa ??
Berubah bagi aku seperti mengenakan pakaian yang berlainan warna... Monday, February 14, 2011
Perasaan tidak seperti kata2

Amat susah bagi aku menjelaskan perasaan dengan kata-kata
Kerna...
Bagi aku jika aku meluahkan perasaan dalam kata-kata
Mungkin saja aku akan tertinggal sesuatu yang penting
Sebab itu aku lebih suka menulis perasaan aku di atas lembar-lembar kertas.
Dengan harapan setiap tinta perasaan aku...
Akan kekal dicelah lipatan kertas itu
Walaupun perasaan itu tidak mungkin tersampai seperti inginku
Dan aku akur... visual lebih rapi dalam meluahkan perasaannya..
Rugi bagi aku... kerna tidak memiliki bakat itu...
Sunday, February 13, 2011
Esok 14 Februari!!!
Tapi tahun2 yang sebelum ni pun family aku tetap sambut 14 Februari sebagai salah satu hari yang penting dalam perayaan keluarga. Hari itu merupakan Hari Ulangtahun kelahiran kakak aku... Esok genap sudah umur yang ke-24... Serius kaw dah tua~ Huhu aku wish kaw selamat Ulangtahun dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dalam setiap pekerjaan... Bagi lelaki umur mungkin tak menjadi satu masalah...tapi bagi wanita... hehehe sendiri nilai la... Setiap tahun pun pasti merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-18.. (^^,)y
Lagi maw tulis kat sini...
Hari ini aku dengan kawan2 singah makan cendoi Uniten....serius femes!! Memang bertingkat la kiteorang makan. Banyak lagi yang femes kat sana. Mee rebus, Koeyteaw goreng, pasemboQ, Rojak mee, Sup Utara... semua superb!! Tapi hari ni jugakla aku puas mengerang sebab melecur kulit, berjemur kuat sangat...hahaha mcam tak biasa pulak... Yang pasti... serius pedih!!!

Lebih kurang dak 2 gambar ni.... mcm tak sja... =P
sumber: pakcik google
p/s : Esok ada teater...jom tengok~ ‘Orang Baik’ jam 3.30ptg dan ’Syurga atau neraka’ pukul 8.30mlm
+biarjasajadikenangan+




