Percaya atau tidak... benar atau auta... banyak sudah yang bercerita.. banyak juga yang terkena. Hawa selalunya...Ini peristiwa yang berlaku dekat fakulti aku... Mula2 aku dengar cerita ni masa aku semester 3. dan baru2 ni aku masih dengar tentang hal yang sama. Ianya sering mengganggu mereka2 yang masih berada difakulti pada waktu malam.
Fakulti aku merupakan antara fakulti yang tertua di U*M. Design bangunan fakulti aku meletakkan setiap tandas dihujung blok bangunan pada setiap aras dan tandas lelaki dan perempuan berselang seli mengikut aras. Di aras 2 terdapat sebuah tandas bersebelahan dengan Makmal Sains Tanah. Di tandas itulah semua cerita berlaku.
Ditandas itulah ada pelajar mendakwa terlihat sosok tubuh wanita berambut panjang. Di sana jugalah ada pelajar sering mendengar paip air dibuka di kiub sebelah... seperti ada orang sedng menggunakan tandas tersebut.
Menurut seorang daripada sahabat aku, dia pernah pergi ke tandas itu pada waktu malam untuk mandi kerana pada masa itu bekalan air di kolej kediaman terputus selama 2 hari. Apabila berada di dalam tandas tersebut, dia merasakan sesuatu yang lain seperti ada orang meniup kuping telinganya. Selain itu ada juga desas desus daripada pelajar2 master yang berada difakulti hingga larut malam. Mereka mendakwa terlihat sosok tubuh berjalan sepanjang kaki lima dan masuk ke tandas...
Sehingga sekarang ia masih diceritakan.... terpulanglah kepada kalian untuk menilai... Aku sekadar menceritakan... Hati2 dengan tandas tingkat 2!!!













