Bally.Da.Shoe

Friday, November 12, 2010

Tempat Mati atau Mati Tempat ??

Petang ni belek2 tenet terusha pakcik google... Ada satu poster thailand Tajuk Death Place... Tapi kenfius jgak nak tengok Skyline atau Crita neh... berbelah bagi ni... dalam2 sengket pun nk jugak g tengok wayang...stress sangat... So decide nk tnya akak kaunter crita apa best... Aku dgan 4 lagi kawan gerak ke Alamanda... “Skyline 10.45 p.m selling fast”... Tengok cite hantu lah seram sket.

"Death Place" atau Tempat Mati...Bunyik macam seram... crita ni ada empat cerita pendek. Tema cerita ni diambil secara langsung dari berita Thailand yang mengerikan saja. Tema2 cerita pendek tu berjudul - "Kebakaran", "Penjara", "Dendam" dan "Motel Berhantu".
"Kebakaran" bercerita tentang seorang lelaki yang dihantui hantu wanita setelah terselamat dalam kebakaran kelab malam yang meragut nyawa aweknya. Hantu tu serius huduh!!...
Dalam "Penjara" pulak mengisahkan seorang tahanan yang mempersoalkan kewarasan diri dia setelah menyaksikan sel-mate dia menggantung diri. Ini hantu main aci sembunyi... Kalau bayangkan berada ditempat dia....sadis jugak rasa...
Dalam "Dendam", Seorang lelaki pekak yang menjadi pengedar dadah telah membunuh seorang pencuri wanita yang cun di apartmennya. Lepas bunuh, dia sembunyikan mayat wanita tu dalam tangki air diatas bumbung apartment. Lepas tu satu apartment “menjerit!!!”.
Last sekali “Motel berhantu”. Ini yang paling grand sekali.... Kalau tengok boleh tecabut tali perut...Serius~ Dalam cerita ni 2 orang sahabat pergi melanggan seorang pelacur tua. Diorang bawak pelacur tu ke sebuah motel... Disitu semua orang merentap...tersentap...terhempap!!!!! Nak tahu p tengok snirik... (^^,)y tak rugi pun kalo g tgk...bez!!
p/s: Salah yang lampau takkan kekal lampau jika ia mula memburu
+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 11, 2010

Petikan hati buat sahabat

If all my friends were to jump off a bridge I wouldn't jump with them, I would be at the bottom to catch them.

Mungkin dimata kamu2 aku sepertinya tidak serius
Mungkin bagi kamu2 itu aku kelihatan berpura2 sama kalian
Mungkin juga kamu menganggap aku seperti kata peribahasa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum"
Atau mungkin juga aku kelihatan seperti mempermainkan kamu2 dimata kalian

Walau apapun pandangan kamu...walau apa pun penelitian kamu... sesungguhnya aku sedang sekerasnya berusaha menjadi sahabat2 yang terbaik untuk kalian... Mungkin saja dalam percubaan2 ini aku khilaf.... gagal dimata kalian... Jadi maafkan aku... Demi tuhan aku seikhlas hati berkawan... Yang didahulukan itu semestinya keluarga namun kalian sahabat sememangnya amat penting bagiku...umpama permata yang tak ternilaikan.
Jika gaung dihadapan, aku ingin sama2 menuruni dan jika gunung yang terlintang dihadapan, aku juga ingin sama2 kalian mendaki...

Namun jika kalian tetap saja tidak puas hati... Apa lagi dayaku sebagai insan untuk berbuat apa2 melainkan berusaha dan berdoa... Semoga kamu2 sentiasa dalam lindungan rahmat dan pertunjuk-Nya.

p/s: Kepada sahabat2ku sekalian, selamat menghadapi peperiksaan...

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, November 9, 2010

Bila detik semakin singkat....seriau!!!

Hari ini masuk 9/11/2010 tapi aku maseh tak dapat study...

10/11/10 - Remote Sensing
14/11/10 - Forest Laws and Policies
18/11/10 - Wildlife Management ( Raya ke-2 "Demm....!!!")
20/11/10 - Tree Physiology
21/11/10 - Forest Soils

Sangat Serabut ini sem... nasib la dah habes 2 subjek..."entrepreneurship" dan "Undang2 Jenayah Islam" Kalo tak bersusun la examku... tu la amek lagi banyak2 kredit... 26 Krdt (+ Kem Hutan + Latihan Kerja Praktik + FYP) hehehe....

p/s : Berakit2 Kehulu....Berenang2 ketepian...Bersaket2 dahulu....Bersenang2 kemudian (Sem depan exactly 12 kdt....yehuuuu!!!)

+biarjasajadikenangan+

Monday, November 8, 2010

Macam mana nak tangani orang saket jiwa

Aku yang stress~

Tolonk Aku pelis!!!!!!!!!!!!!!
Aku lelaki kot.... buta ka!!! Jangan menentang hukum alam... Bodoh!!!

Tolong la bagi jalan kat aku untuk tangani orang yang saket jiwa + Kecelaruan identiti neh...



Sikit hari lagi jadi aku~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 6, 2010

Sinking of Kedah...



Tadak dah bunyik orang bising2...hehehe

Adeyh 2 hari sudah tergendala mood nak berblog gara2 kesibukkan menikmati banjir. Hmmm~ Banjir kali ni memang dahsyat...lebih dahsyat dari yang sebelum ni. Bilangan mangsa yang dipindahkan dah mencapai 39,512 berbanding 33,413 sebelumnya (info 2 hari lepas). Info yang terbaru (baru tadi) mengatakan 85% Alor Star sudah ditenggelami Air. Maybe 15% tu dato' Kumbar je lah... Naseb la Dato' tu pilih tempat tinggi2 =P Di kedah memang terasa sangat sebab tempat2 yang tak dijangka pun karam...
Aloq Staq ku~~

Kapal Selam timbul...

Mulanya Alor Star lingkaran luar saja yang rasa dingin air bah... sebab tengah town masih steady. Tapi malang xberbau... ayaq bah pun xberbau... hmpir seluruh aloq staq lumpuh... Tinggal area2 tinggi ja yang tak dinaiki air... rumah ak termasuk la...hehe
Jalan Stadium = Sungai stadium...


Antara jalan yang terbusy dekat Loq Staq (Jln Sultanah). Aku benci jalan neh...bnyk trepik light... padan muka ank trepik light

Kereta mampus xsempat sampai stesen minyak!! huhuhu
Jalan2 yang dulunya sibuk dengan deretan-deretan kereta kini lengang...
Jalan2 yang dulunya riuh rendah dengan bunyi hon kenderaan kini diganti dengan lolongan manusia2 meminta tolong...
Kereta yang dulunya ligat berlari diatas jalan raya kini terlihat berenang2 ketepian
Jalan raya yang dulunya tempat anjing dan kucing melintas kini menjadi sungai tempat ikan2 duyung bermain.Sesungguhnya inilah malapetaka terburuk di Kedah. Semoga Dato' Kumbar tak tenggelam... hehehehe
Si kecik ni tengah seronok nai sampan tong~

Apalah nilai sebijik Honda Jazz ~

+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 4, 2010

Tak nak... Buang!!!

Pagi ini ayah kelihatan gusar. Sekejap duduk sekejap berdiri. Jarang ayah seperti ini. Ayah risaukan padi yang semakin hilang ditelan "bah" [air banjir]. Belum sempat lagi padi diambil hujan sudah mencurah... Kalau berterusan, ayah pasti kerugian. Insyallah kalu rezeki tu ada, takkan kemana pun dia pergi... Padi mengingatkan aku pertanyaan ayah dulunya.Kita menanam padi dengan taburan benih yang sama... cara yang sama... racun dan baja yang sama. Tapi tahukah kita di dalam hamparan padi yang meluas itu, yang tumbuhnya tidak sama. Dalam padi yang ditanam itu tumbuh padi angin dan juga sambau. Kita hanya menginginkan padi dan kita seringkali memikirkan cara menyingkirkan sambau dan padi angin. Apa yang tak menyumbang dalam kehidupan kita...kita singkirkan... lupuskan dari pandangan...puas hati kita!!!
Kita lupa... sungguhpun ianya iada bererti bagi kita, ia pasti punya erti pada yang lainnya. Jika kita perhatikan di sekitar kehijauan hamparan padi itu... terdengar kicauan burung2 kecil yang bertaburan di langitnya... berdansa mengikut rentak dan irama sang bayu... Sudah penat beterbangan sang kecil ini akan menjunam ke sawah... menjadikan sambau sebagai makannya... Apakah benar seperti kata kita... sambau tiada bererti ?

p/s: Apa yang tak bernilai dimata kita belum tentu sama dimata orang... Siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman (^^,)y

Sambau = sejenis rumput
Padi angin = Padi yang tak berisi, lebih tinggi dari padi biasa, hinggakan kadang2 mengganggu pertumbuhan padi


+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 3, 2010

Maksud cerita


Jauh ditengah kota raya tinggal sang abang dan sang adek. Yang dikatakan kehidupan ditengah kota itu memerlukan biaya yang tinggi untuk hidup. Si Abang berniaga bagi menyara kehidupannya dan si adek manakala si adek masih menuntut si sebuah kolej pendidikan. Bagi memudahkan pergerakan si adek, si abang menghadiahkan sebuah kereta usang kepada adeknya... "Maaf adekku, hanya ini yang mampu abang berikan". "Terima kasih abang"

Detik dan waktu pantas beranjak....Si abang semakin tua begitu juga dengan si adek. Hadiah dari abang masih lagi digunakan walaupun seringkali mengundang masalah. Satu hari si adek sudah tidak tahan, dia mengadu pada si abang "abang, pemberian abang itu sudah rosak, apa bisa dibaikinya buat saya?" si abang menjawab "Apa yang rosak adekku, kelihatannya masih elok". Si adek terdiam seribu bahasa kerna dia tidak tahu apa nak dikatakan pada si abang. Setiap kali si adek meminta pada abangnya, pasti itu jawapan yang terucap dari mulut si abang. Akhirnya si adek pasrah...

Suatu hari, si adek sepeti biasa ke kolejnya dengan kereta pemberian si abang. Si adek memandu dengan sangat berhemah...namun kata orang malang itu tak berbau... Ketika melalui satu selekoh merbahaya, brek kenderaan si adek gagal berfungsi. Si adek terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum melaggar sebuah kereta dari arah bertentangan. Si adek parah... dia dikejarkan ke hosptital dengan ambulans.

Sejurus menerima perkhabaran musibah itu, si abang bergegas ke Hospital mendapatkan si adek. Si adek kritikal dan peluangnya untuk hidup hanya sepuluh peratus. Apabila si adek sedar dari koma, si abang dibenarkan berjumpa dengan si adek...Perjumpaan itu mungkin saja untuk yang keterakhir kalinya. Si adek mengukir satu senyuman manis sebagai menyambut kehadiran si abang saat si abang masuk.

Di akhir hayatnya si adek berkata "Abang, saya tak dapat menerangkan pada abang masalah pada pemberian abang itu, tapi hari ini saya dah tunjukkan pada abang yang apa yang saya maksudkan itu" Sesungguhnya masalah itu meragut nyawanya hari itu.p/s: Kita mungkin tidak pandai menceritakan... tapi kita benar - benar maksudkannya

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, November 2, 2010

demm!! in jamm!!

Hari ni aku dengan 2 orang sahabat bergerak ke Changloon untuk mengambil si aspa dengan hewan kaki 4 milik mamaku... Hujan serius turun... betul punya serius ni... Masuk ke plaza tol Alor Star (U) semuanya maseh steady lagi... Aku sembang2 sambil layan lagu... Then sampai plaza tol Hutan Kampung, aku bayar tol then dapat telegram... ada kakak chumel kasik... " Laluan ke changlun-Bukit Kayu Hitam ditutup kepada lalulintas".

Banjir mula menyerang. Hajat hati tu memang nak patah balek, tapi pila membayangkan muka membe aku yang mungkin dah macam tunggul mati aku pun teruskan jgak journey aku ke UUM... kunun2nya rescue team la... meter terpacak dikelajuan 120km/jam. tindakan yang agak berani la dalam keadaan hujan dan jalan yang berombak. Ahhh!! cepat pi cepat balekk...
Lalu je dekat area changlun... kereta dah mula bersusun.. dem!!! masak lakali ni. Semua kereta tak dapat teruskan perjalanan, semua kena u-turn... "semua kereta"...so kereta kebal pun kena u-turn... Cis kurang asam btol...encek2 lori dan bas saja boleh teruskan perjalanan. Hmmm... ada lah dekat 20minit melepak dekat atas jalan raya tu tunggu semua makhluk2 kecik yang lain u-turn...

Member yang sekali dengan aku masa kejadian pun cuba menelefon membe dye untuk mendapatkan kepastian (ala2 reporter cari info)... Kata dia Empangan dekat Thailand dah pecah... Itu sebab la air mencurah2 ke ladang gandum... Ditambah pulak dengan hujan yang dah 3 hari tak berhenti... Air pun katanya sedang pasang... so air x mengalir ke laut... Memang fenomena la~


Enough for Karam Singh Walia report... dah2 nak tidoq... apa2pun takziah buat member aku yang sedang tersadai kat pulau... Jangan risau nanti aku post magee dekat 'hang', tu pun kalau pakcek posmen tu pandai berenang...hahah
a
p/s: masa pulank tadi sempat pulak membunuh 2 ekor katak....takziah buat keluarga mangsa

+biarjasajadikenangan+

Monday, November 1, 2010

Penunggu malam


Pagi ini, aku duduk dimuka pintu, berhasrat ingin melihat terbitnya sang suria pagi. “Sepertinya kamu tak pernah lihat ya si Suria”. “Aku pernah lihat sebelumnya… Tapi hari ni sepertinya aku mahu lihat dia, mungkin aku selepas ini aku sudah tidak berpeluang melihatnya lagi”. “Sebetulnya kau mahu kemana?” “Aku takkan kemana2… Cuma selepas ini, aku mungkin akan hanya lihat pada Si Bulan Malam saja.”

Sang Suria yang terang benderang… Sinarnya didambakan… habanya dinanti2… Dialah harapan sekaliannya. Jaguh terbilang dicakerawala. Lain pula bicara pada si bulan… Hanya menumpang kasih si suria… Sungguhpun cahayanya milik si suria…namun ianya mendamaikan… Terang seluruh malamku saat ia menjamah kulitku… dengannya malamku tidak kelam lagi.

Si bulan yang budiman, terpegun aku pada budi dan jasamu… Menyimpan segala bahang keperitan… dan sebaliknya menyimbah selaut petunjuk kepadaku agar aku tidak sesat lagi.
Biarpun kau tenggelam dalam bayang2 suria… tapi aku tahu… Kaulah penunggu malamku…

p/s: Biarpun kau tak menyerlah… tapi pasti ada yang menyedari kehadiranmu…

+biarjasajadikenangan+

Sunday, October 31, 2010

Gelang2 dimuka air

Pagi ini sudah masuk desa kota...pagi ni sudah menjamah mkanan segar...dan pagi ini, aku sudah berdiri dihadapan teratak sayangku... Rupanya masih sama... persis seperti dulunya... emangnya ada yang beda ??

Pagi ini juga.. aku duduk dikolam...merenung ayernya yang kehijauan...sesekali ikan melompat...mencipta alunan di muka air. Berapa banyak ikan dibawah sana? Berapa banyak alunan yang bakal terhasil? Segalanya persoalan... tiada jawapan yang pantas.
Namun jika ditenung dan diamati... cantik juga alunan yang terhasil... berdeda rupa dan bentuk... kalihatan meriah dimuka kolam... keindahan yang membentuk silih berganti dek libasan ikan2 di dalamnya.

Benar kata orang... yang permai itu tidak bakalan lama... sebentar saja pasti habis berantakan... Hujan tiba2 datang menyembur... Pupus segala alunan dimuka kolam...sekarang yang muncul hanya gerutukan2 dimuka kolam. Bila lagi akan muncul gelang2 dimuka air seperti tadi itu...

p/s: Masalah selalu datang...seolah2 mencemburui aku dan ketenangan

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...