Bally.Da.Shoe

Thursday, August 5, 2010

Aku...


Aku Si Bally...
Seorang anak yg sangat aktif dan gaul jika di dalam dunia mayaku...Suka berkomunikasi sama anak2 yang laennya. Ketawa seakan-akan akulah makhluk yg paling gembira... Namun semuanya bagaikan watak plastik yang hanya hidup di dalam dunia antirealitiku.

Watak nyataku sangat berbeda. Realitinya aku kaget bertemu orang...Aku kelu jika ditanya...Aku tertunduk jika berdepan orang ramai. Aku bagaikan kekura yg menyembunyikan kepalanya. Apakah aku seorang pelakon yang bijak memainkan wataknya di dalam duniaku. Atau aku seorang yang hipokrit!!!

Aku mahu jadi seperti orang laen, bergaul dengan sesiapa saja biarpun baru pertama kali berkenalan... Aku mahu jadi seperti mereka2 yang lantang menyuarakan kata2 provokasi dimasa2 ribuan orang menontonnya. Aku ingin jadi seperti seorang penyair yang berlinangan air matanya tatkala menyampaikan rasa hatinya...atau setidak2nya sebagai seorang sahabat yang mapu menenangkan sahabatnya yang resah.

Namun aku tidak mempunyai keyakin buat semua itu. Dihadapan umum aku bagaikan individu yang tiada sumbangannya terhadap ekosistemnya. atau kata mudahnya "ada takda sama saja"

Didalam maya aku digambarkan sebagai seorang murah dengan senyuman [kata orang]tapi di dalam nyata aku digambarkan sebagai seorang yang sombong dan belagu... [juga kata orang] Aku bukan sombong...aku takut untuk senyum... sepertinya senyumku mungkin tidak disenangi oleh segelintirnya... Jadi aku memilih untuk membalas senyuman...

Jika kalian jumpa aku...Jangan hairan jika aku tidak seperti aku yang ini... ^_^

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 4, 2010

Kalau terjatuh cakap ditolak!!!


Diketinggian yang boleyh tahan tinggi dari aras laut....sesuatu terjadi.....sangat geli hati

Aku si bally pergi bersiar2 mengambil gambar dengan 2 orang kawan ( Mazlan dan Husni) di kawasan bergunung ganang.... mereka pergi dengan menunggang kuda beroda... sesampai dipuncak bukit...mereka berhenti sebentar dan lepak sambil2 menikmati udara petang...

Tetiba terdengar seperti bunyi orang 'melepas' shsss~ Sape pulak melepas neh...potong stim la!! Rupanya seekor kuda beroda telah kebocoran tayarnya dan kuda bocor itu bukan milik si bally. [Kalao milik si bally mesti tak jadiknya cerita neh] Lepas tu semua orang kaget....

Si Husni tiba2 mengemukakan idea yang bernas. [ideanya mmg selaluny bernas pn] iaitu menghubungi Si tukang roda.... Radio amator ligat mencari signal dan akhirnya si tukang roda dapat dihubungi... Dia berjanji akan membawa sebijik roda baru untuk kuda yang bocor... Argreement pon termetri antara tuan kepada kuda bocor dan si tukang roda.

Setelah penyelesaian dicapai, semua orang kembali tenang dan menghayati keindahan alam.... TIBA - TIBA!!!!! Si Mazlan bangun dan menunggang kuda bocornya turun dari gunung tanpa berkata panjang untuk mencari toko2 yang menjual roda. walaupun kuda itu terhenjut2 namun dia tetap turun.... Kemudian si Husni terpaksa membatalkan tempahan roda... Kesian si husni kerana disergah oleh si tukang roda.... Kata si tukang roda itu "Lu nak cancel lu tak cakap awal2 bla...bla..." namun Si Husni steady dan releks...Sejak hari itu Si Mazlan menyepi...

Selang sehari.... statement keluar mengatakan " Si Bally tidak menolong Si Mazlan yang kebocoran rodanya" Bau2 hanyir statement liar itu bersebaran dan membusuk si kalangan masyarakat Kampung Hutan Sebatang hinggakan ada menyatakan statement berunsur ugutan dikeluarkan oleh seorang perempuan sihir yang tinggal di dalam gua... wah seram semacam je bunyi :)

Kelihatannya si Mazlan cuba mendapatkan simpati rakyat dengan statementnya yang kelihatannya seperti teraniaya... Keshiannyeee!!!

Si BALLY sampai hari ni tergelak2 kerana faktor dibawah :

1) Kalau dah si Tukang Roda berJANJI akan membawa roda baru [penyelesaian], mengapa perlu cari kedai roda lagi....

2) Fakta berbau perfume body shop boleh diubah menjadi fakta berbau najis anjeng!!

3) Si Bally maseh tak tahu salah apa yang dia dah buat


So korang tolong fikir jap apa salah Si Bally

[BAHASA2 HENSEM TELAH DIGUNAKAN AGAR ARTIKEL INI SESUAI UNTUK TONTONAN UMUM]

- tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia, kalau terasa AMBEK!!!! -

p/s: Kalao kalian terjatuh dan luka [jatuh sendiri], anda akan cakap anda jatuh atau anda ditolak??

+Biarjasajadikenangan+

Monday, August 2, 2010

cakap ini hari2~



Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

- Ibu & Ayah -

[Bally sayang kalian]


+biarjasajadikenangan+

Sunday, August 1, 2010


Jika batang cendana tidak memiliki bau yang harum, maka bagaimana mungkin manusia dapat membedakannya dengan kayu bakar.

Jika tiada punya ilmu, nescaya ditipu mentah2...Di dunia yg tiada kebersamaan ni, manusia rakus... barang yang terlintang habis diratah mentah2... Bau hanyir kianat dan dengki menjadi bau2an mereka...

"Barang yg lemah tiada punya hak sedikitpun dimuka bumi ini"...Masing2 ghairah mendaki darjat dan pangkat...yg tiada penghabisannya... Semakin banyak digapai semakin buncit perot2 syaitan lahanat dengan rasa angkuh manusia2 durjana... Itukah manusia berilmu ?

Bertapa tinggi lagi kau mahu ragas!!! Apa kau mahu mencabar takhta tuhanmu...
Ilmu penyuluh kehidupan.... Namun manusia buta dengannya

p/s: Jika punya ilmu walau sedikit...berbagilah agar bercambah keberkatannya...
Harap aku bukan dr mereka2 itu

+biarjasajadikenangan+

Thursday, July 29, 2010

Bijak??


Kita tidak akan jadi bijaksana dengan kebijaksanaan orang lain,
Tetapi kita akan memperoleh pengetahuan dengan pengetahuan orang lain.

Bunyi macam masuk dan xmasuk akal.... Jangan kita fikir dengan berselindung disebalik kebijaksanaan orang lain membuatkan kita kelihatan bijaksana... Orang seperti ini mudah dilabelkan sebagai tin kosong. Bising...bising tapi dalam kosong...

Manusia mudah menyalah artikan istilah jika mahu menjadi yang terbaik, beradalah di antara yang terbaik.... Apa yang benar2 dimaksudkan bukan hanya berada diantara tetapi berusaha dengan cara dan motivasi mereka... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dalam situasi ni, istilah seekor kerbau bawa lumpur, habis terpalit kerbau sekandang xboleyh pakai... Kalau seseorang itu tidak mahu berusaha, rezeki di depan mata pun boleh terlepas.
Jadi jika mahu berjaya, timbalah ilmu berdasarkan pengalaman dan pembacaan.... Ilmu itu semakin dikaji, semakin banyak yang kita tidak tahu... Semakin banyak yang kita tidak tahu membuatkan kita semakin berusaha dan seterusya berjaya....

p/s: dalam berusaha itu tambahkan dengan manisan doa... moga hidup berkah rahmatnya ^_^

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 25, 2010

Saat Itu...


"I'm not afraid of the wickedness of the wicked, but the silence of honest people". "Our lives begin to end the day we become silent about things that matter.

p/s: jika sudah tiada mereka2 yang jujur bersuara tentang kebenaran...Disaat itulah bermulanya kehancuran dan kebinasaan bangsa kita. Dan kita sedang menuju kehancuran itu....

+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 24, 2010

33 Fakta tentang lelaki

Sungguh aku x tipu
Si gadis pasti akan bacanya

Percaya ka dak [tidak versi kedah]... pikiaq ambek la... ^_^

1. Lelaki lebih suka pada Gadgets & Motor lebih dari seorang gadis.

2. Lelaki tak tengok sangat gadis2 cantek. Mereka lebih memilih perempuan yang rapi.
[Cantek sangat satgi semua orang minat]

3. Lelaki benci berpura-pura. [ tak yah susah2 nak jadik orang laen.... just be yourself]

4. Bila seorang lelaki mengatakan dia tidak mengerti, itu hanya bererti kamO tak berfikir dengan cara dia.

5. Lelaki mungkin berpura2 sepanjang hari tapi sebelum dia pergi tidur, dia akan fikirkan gadis yang dia benar2 ambil peduli.

6. Bila seorang lelaki betul2 menyukai si gadis, dia tak peduli dah ciri2 buruk gadis tu
[ masa tu kentut pun wangi~]

7. Lelaki jadik gila bila berdepan senyuman si gadis. [so kurangkn senyum anda...HAHAHA]

8. Lelaki akan buat apa saja hanya untuk dapatkan perhatian si gadis itu.

9. Apabila kamO menyentuh hati seorang lelaki, dah tak boleh patah balek dah... [hati2 si Gadis]

10. Ketika si gadis berkata "tidak", lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok"....
[ ^_^ betoi baq hang]

11. KamO harus beritahu si lelaki apa yang kamO inginkan sebelum lelaki tu dapat mesej jelas.
[xpaham, mungkin maksud dya, kasi tau sebelum dia taw dari org laen]

12. Lelaki cinta ibu mereka. [ 110 % tepat] ^_^ sy anak ibu~

12. Seorang lelaki akan mengorbankan wangnya untuk makan siang hanya untuk mendapatkan Si Gadis beberapa bunga mawar.

13. Lelaki sering berfikir tentang gadis yang menyukainya. Tapi ini tidak bererti lelaki itu gadis itu.

14. KamO tak akan pernah faham lelaki kecuali kamO mendengar ia...

15. Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai kamO sekali dalam seumur hidup, dia serius

16. Berhati-hati. Lelaki boleh menyebarkan gosip melalui setengah dari muka bumi lebih cepat berbanding kanak2 perempuan dapat lakukan. [yakah ? ]

17. Seperti Hawa, gadis adalah kelemahan lelaki.

18. Lelaki sangat terbuka berkaitan diri mereka

19. Adalah bagus untuk menguji lelaki dahulu sebelum kamO percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu terlalu lama.

20. Lelaki benci kalau pakaian mereka kotor walaupun titik kecil.
[Uish...xda la sampai mcm tu...]

21. Lelaki betul2 mengagumi Si Gadis yang mereka suka walaupun gadis tu tak cantik sangat.
[suam2 kuku pun kagum!!]

22. Jika seorang lelaki menceritakan tentang masalahnya, ia hanya perlu seseorang untuk mendengar. KamO tak perlu memberi nasihat ... [Bally setuju ini]

23. Tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukai anda adalah ketika dia
menyakat anda.

24. Lelaki menyimpan rahsia yang kamO ceritakan padanya.

25. Lelaki terlalu banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tak terhad.

27. Ketinggian kamO tak penting sangat bagi seorang lelaki tetapi berat kamO ya...

28. Lelaki cenderung terlebih serius dengan hubungan mereka dan cenderung bersifat ingin memiliki. So watch out gadis2! [niat dya baek~ tapi cara mungkin salah]

29. Lelaki lebih banyak bercakap daripada kanak2 perempuan terutama ketika topik mengenai gadis2. [nama pun laki]

30. KamO boleh mengatakan seorang lelaki mempunyai niat baik bila kamO lihat dia berdoa.

31. Jika seorang lelaki kata anda cantik, lelaki itu suka pada kamO.

32. Lelaki benci gadis yang keterlaluan (overact)

33. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai mereka JIKA mereka serius dalam hubungan anda.

Semua ni masuk akal kan?

P / S for gadis: Untuk gadis2 yang betul2 memahami lelaki
P / S untuk lelaki: Untuk lelaki supaya mereka lebih tahu mereka

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, July 7, 2010

Harimau berenang ikan berlari!!

Aku... Aku tinggal dekat hutan (kampung)...suka hutan [kenaturalan~]...belajar kos Sains hutan...dekat Universiti berhutan... banyak sangat hutan sampai2 mahasiswa2 laen panggil kami 'orank hutan'... wow exotic!!!

Hari ni mood aku yang tengah sedap2 bercuti ni dipujuk balek ke u...kena pujuk awai takot satgi dya takmau balik... :P
so aku nk post pasal hutan lah~ topik yg buhsan...tapi penting~ :P

Rizab Hidupan Liar... kawasan yang tak boleh dibalak...tak boleh diceroboh...dan tak boleh blah!! Kawasan ni khas untuk hidupan liar saja. Kalao korang rasa2 tak liar tu xyah la pegi... ^_^

Persoalan yang aku nak persoalkan ni kenapa tanah rizab hidupan liar ni macam tak disukai oleh hidupan liar itu sendirik... Kat mana salahnya... Kalau mendengar cerita renjer2...banyak binatang yang menyeberangi sungai dan keluar dari kawasan rizab...why!!! Kalo itik ke, boya ke [buaya dlm bahasa kedah] yang berenang ke seberang aku bleh trima lagi... sebab diorang tu memang maen air sokmo~ ini tak, yang berenang pelanduk, kancil, rusa...sampai2 harimau pun berenang... Wahh apa sudah jadi...?

Firasat aku cuma satu...

Aku rasa binatang2 neh takde makanan kot... Kalao dipikir2kan, kat dalam rizab tu tak boleh membalak...bila tak membalak maknanya pokok2 kat situ besar dan tinggi... So -

Kijang : Kalo macam ni punya tinggi la pokok, jangan kata makan daun, hidu pun tak bau~
Kancil: ingat kita neh spesis jirapah ka tengkok panjang
Kelawaq: rilek la hangpa semua bleh posa.... praktis sket bolan posa dah dekat
Kijang: hang sembang kemaih, mentang2 hang bleyh terbang...
Kancil: Tak bleh jadi...Kita kena p tempat laen... Kalo mcm ni tak payah makan jusmate5 dr rozmy pon bleh slim~
Kijang: jom2, kita berenang p kawasan matau [kawasan terbuka akibat pembalakan], boleh bkn mewah sket... ^_^
Kancil : Moh kita!!!

**berenang ke seberang**

Harimau: Adeyh mana p makanan aku... sekoq pon tak nmpak :(
Kelawaq : Hang lambat, depa berenang p seberang dah...cari mknan
Harimau: Tudia aih...Abih tu aku nak makan apa?
Kelawaq : Hang rilek la...hang boleh posa..
Harimau : macam dialog sama ja...

** Harimau pun berenang p seberang**

Semua dh p seberang... so sapa yang nak dok sini?? Xpaham!!!

p/s: fikirkan sesuatu ?? Jangan sampai Harimau mai KL :)

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 4, 2010

Terima kaseh sebab rogolkan~

Aku masih tidak faham....mengapakah manusia masih berterima kasih selepas kesayangnnya dirogol... Apakah ini budaya masa kini atau lebih mudah dipanggil budaya masyarakat moden.Mangsa rogol hanya mampu diam tanpa sepatah bicara dikala orang kesayangannya mengucapkan terima kasih atas kekejian yang dilakukan...


Tatkala ia dirogol rakus, kesayangannya cuma :


Lihat perogol sambil menghadiahkan senyuman

Buat-buat macam takde apa yang berlaku dan bersiul ala2 brader macho mengorat awek

Melihat aku dengan muka inesen...

Mengucapkan terima kasih kerana telah merogol kesayangannya

Antara mereka2 yang terlibat :
[Orang kesayangan mangsa rogol]












[Saksi kejadian]












[mangsa rogol]











[perogol] - **tiada dalam koleksi**

Ceritanya bermula :
Tuan Motor : Bang, minyak 4 hengget

Aku: Nah singget bagi cukup 5 hengget
Tuan Motor : ok bang, 5 hengget la

[upacara isi minyak]

Tuan Motor : dah penuh... henjut sikit

tetiba brader tu datang henjut motor dari belakang [rakus betol]
Motor dihenjut sampaila minyak turun...

[selesai isi minyak]

Tuan Motor : Trima kaseh bang!!

Aku : Moto hang kena rogol pun hang ucap terima kaseh ka...HAHAHAHA!!!


Moralnya: Melayu kita baik.... Budi bahasa budaya kita ^_^
+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 3, 2010

Yeay!!! dapat AnugeraH~

Terima kasih buat kak Cik chumel yang sudi kasik award nih...haha tacin btol sebab ni la kali pertama dapat award.... ^_^


Ada soklan ae?? Rupanya org nak dapat award kena jawab soklan...


What do you feel to know that u get this award?
Syukur... Tenks yah pada si pemberi... Gue simpan baek pialanya...hehe


List down 7 bloggers that deserve this award

Berikut adalah pemenang2 bagi anugerah "Blog Segak" -

Tahniah..anda berlayak untuk ini :

Qadry Basry
Alip Azmi
Bila aku bersuara
Dylla Fadzil
Farah Diyana
Aerzee
Anis Izyan



Tahniah kalian semoa.... moga lebeyh sukses.... Blog kalian asyik banget!!!

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...