Bally.Da.Shoe

Wednesday, May 20, 2009

KapalKawan



+biarjasajadikenangan+



Monday, May 18, 2009

Surat Iblis



Hai manusia yang tersayang, Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Qulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.


Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.


Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bil air rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.


Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.


Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.


Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan ... menuju Neraka Jahannam.


Sahabatmu Yang Tercinta. Iblis
+biarjasajadikenangan+

Sunday, May 17, 2009

Temuduga Tertutup

AMARAN: Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


Thursday, May 14, 2009

Queen Of Langkasuka


Walaopon muvi neh dah brlalu tapi bg ssape yg blom tgk, cepat2 tgk....besst wooo!!! tahniah ler pd Krajaan Thai yg brjaya terbitkan muvi neh...Kalo kta prhtikan watak dalam muvi ni kbnyakan nama islam, cara pemakaian jugak, dengan tengkoloknya kerisnya bajunya...sume mirip kita...nama pon langkasuka (kerajaan kedah lampau)...Hmmm alangkah bagusny kalao Malaysia snirik yg buat cerita neh... Bangga la sket.... Muvi ni x terbanding kalo nak banding la dgn Ptri Gunung Ledang 2..... huhu apa2 pon slamat menonton...



Directed by : Nonzee Nimibutr
Produced by : Nonzee Nimibutr
Written by : Win Lyovarin
Starring : Jarunee Suksawat, Ananda Everingham, Jesdaporn Pholdee dan Chupong Sorapong Chatree
Budget : 140 million Baht

Erti Hidup

Erti hidup
Jarang sekali diperkatakan
Masing2 leka dgn kemewahan duniawi

Saat tersungkur kelak barula menggapai pada-Nya


Kita sering bertegas jgn dilawan arus kehidupan
Tanpa perlu bersusah payah merancangnya
akhirnya Qadaaq dan Qadaar dituding...dipersalahkan
Mulutnya mudah mengucapkan ketidakadilan tuhan


Itulah sikap makhluk bergelar manusia
Ghairah dibuai kesedapan dunia yang fana
Bila tersentap dengan ujian ilahi barulah terjaga dari mimpi dunia
Baru sedar kekosongan tempayan imannya

Tidak terbayang seksaan Akhirat
Mata yang celik dipejamkan
untuk melihat petunjuk yang esa
Telinga dipekakkan dari mendengar seruan-Nya

Tapi Sayang
Segenap pancaindera maseh terpejam
Mata Hati terkatup rapat
Realiti diganti maya hidup
Kebenaran diolah kian binasa
Oleh boneka...Haiwan yang berwujud manusia


Cinta itu indah
Setanding Suci Persahabatan
pasakkan tiang2 keimananmu
Teguhkan Percayamu....Niatmu...Perbuatanmu
Moga disuluh dengan kebenaran

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
"(O Muhammad), when My servants ask you about Me, tell them I am near; I hear and answer the call of the caller whenever he calls Me. Let them listen to My call and believe in Me; so that they will be guided aright" - [ Surah Al-Baqarah (2) : 186 ]

Tuesday, May 12, 2009

Ibu Kaulah Ratu Hatiku

Post 10 Mei 2009 - Ahad
Ibu....Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku
Bila ku berduka
Engkau Hiburkan Selalu
Ibu... ibu...
Engkaulah ratu Hatiku
Anakanda ingin mengucapkan terima kasih pada ibu karna telah menjaga anakmu ini dengan sepenuh hati... Sesungguhnya kaulah wanita terbaik dalam hidupku...Selamat Hari Ibu dari anakmu...Bali

Hari Lahirku...


hehe sepatotnya dipost 5 hari lepas tp xpela



Pada 8 Mei 1989 di bulan syawal iaitu pada hari raya kedua, lahirla seorang budak "comel" yang sempurna pancaindera diberi nama Muhamad Zulfazli berbapakan Zakaria Haji Abdullah. Bayi tersebut selamat dilahirkan pada Subuh hari di sebuah Teratak Di desa Gerigis Mukim Tajar Alor Setar Kedah . Nama timangannya adalah Bali


Anak itu dipelihara dengan baik dan sempurna sehinggalah menjangkau umur 5 tahun. Bali mula masuk ke alam persekolahannya bermula di Taska Lahar Budi, Taska Abim, SRK Iskandar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Kolej Matrikulasi Kedah hinggalah sekarang di Universiti Putra Malaysia. Banyak ilmu telahdipelajari sepanjang penghidupannya namun bak kata orang tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Ilmu didada ini masih tak seberapa. Bali mengambil jurusan Bachelor Sains Perhutanan di UPM ini bersama saudara tuanya yang juga menuntut di sana.


Dikesempatan ini, anak kecil tadi yang bernama Bali ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang tak jemu2 mendidik anak ini sehingga menjadi seperti apa yang terjadi sekarang. Semoga Allah memeliharamu dari sebarang malapetaka. Ingin sekali aku menebus segala jasamu walaupun sedikit. Diharap aku akan berkesempatan dengan izin-Nya...

Monday, May 11, 2009

Raut si nyior Penyapu lidi
Buat menyapu dedaun keruing
Jangan dilupa orang berbudi
Kelak jiwa tandus dan kering

Orang sering bertanya mengapa ku tak mencari "couple". Soalan yg sukar utk dijawab. Sesuatu yang berlaku itu punya alasan dan sebab musabab. Allah SWT berkata kpd Jibrail, Akan ku jadikan setiap kematian itu bersebab...jadi setiap benda yg berlaku i2 bersebab...Kekuatan fizikal bole di ramal dan diuji, tapi tidak kuat rohani mental tidak... Aku insan...yang penuh kekhilafan...tidak punya kekuatan dan kesediaan menghadapi saat yang pedih dalam pergaulan yang bakal terjadi. Ini karna suka derita itu bercampor dalam percintaan. Ku banyak melihat rakan2ku yang perit menghadapi onak prcintaan mereka...Aku suka mencintai dan dicintai....Aku bersediakah untuk menghadapinya?? Sedangkan perjalanan cinta yang bertahun2 juga maseh goyah inikan pula yang baru hendah berangan dan berimaginasi.Kita semestinya mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam apa jua yang kita kerjakan, tapi kita lupa akan mustahilnya kesempurnaan itu bagi insan.Apa yang kita suka tak semestinya disukai dan begitu juga sebaliknya. Aku suka orang yang aku suka bahagia, gembira, begitu juga aku... aku suka melihat ornag yang ku suka tersenyum gembira tanpa tergaris sedikitpun kedutan sedih pada wajahnya, tapi pada masa yang sama aku melukis garis2 itu diwajahku, Tapi Tidak mengapa, hidup ini memang medan derita. 'Masyarakat' tertanya kenapaku tidak pernah couple, Aku punya rasa suka...Tapi aku tidak punya kekuatan mengungkap, aku punya rasa ingin memiliki tapi tidak punya keyakinan akan memiliki, aku punya rasa cinta tapi tidak punya kelengkapan bagi menyuburkannya.... Aku dapat nyatakan disini orang yg pernah kusukai, tapi mungkinkah ku ungkapkan padanya.... orang lain mgharungi masalah dipertengahan pengembaran ini sedangkan aku belum memulainya.... Jadi buat mereka yang sudah lama mengembara dan baru menghadapi kesulitan ini, hadapilah ia dengan tabah dan selesaikanlah dengan tabah kerana kamoO antara mereka2 yang kuat...Aku selalu terlambat mengucapkan, termangu memikirakn, terlambat menjana kata...Mungin takdir...Moga kalian jadi mangkinku......

Hai kawan, ku da balek... huhu selamat....bnyk gile benda nak kongsi, tapi kena susun bbetul dulu, huhu mmg best dalam tue, terutamanya 8MEI!! Nanti cek tuleh kay...



"Kita bukan mewarisi kekayaan hutan daripada ibu bapa kita,

Sebaliknya kita meminjamnya daripada anak dan cucu kita"
Peliharalah ia kerana ia bukan hak milik kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...