Bally.Da.Shoe

Thursday, April 23, 2009


If you are alone, I'll be your shadow

If you want to cry, I'll be your shoulder

If you need to be happy, I'll be your smile

But anytime you need a friend, I'll just be me




Fungsi Hutan

Serap CO2
Bekalkan O2
Serap Air Hujan
Elakkan hakisan
Bekal Hasil Hutan
Lindungi Haiwan Liar
Tapis Udara utk Manusia
Hilangkan Stress Manusia
Brtindak sbg span raksasa

Fungsi Manusia

Jahanamkan Hutan
Perah semua hasil hutan
Buru semua Haiwan Liar
Balak secara Berlebihan
Gondolkan Bukit
Galakkan banjir kilat
Cemarkan Udara

Apa sebenarnya yg manusia lakukan ?

Stresskan Diri
Hilangkan kekayaan diri
Masukkan diri dalam oven
Koyakkan penapis udara sendiri
Sediakan tali gantung untuk diri
Pecahkan tabung oksigen sendiri
Cari penyakit yang tiada ubatnya
Cetekkan pengetahuan anak-anak
Rosakkan barang yang dipinjamkan

So,

Pelihara Hutan
Kitar semula barangan
Guna Kenderaan Awam
Galakkan menanam pokok
Kurangkan Gas Rumah Hijau
Kurangkan guna barangan kulit
Jangan Buang sampah merata-rata
Kurangkan Tingkap (cermin) di rumah
Kurangkan pembukaan kawasan Hutan
Nak BALAK boleh, tapi jalankan perhutanan semula







Wednesday, April 22, 2009

Mana Kita


Di mana sikap kerjasama...

bila masyarakat bergaduh dari pucuk hinggalah ke pangkal, apa nak jadi skang ni, masyarakat berparang bergolok.. Org mintak tlng sket demamla, pening kepala, muntah, alasan jd teman akrab bibir dan lidah. Nak b'jaya je sorang2. tanak kongsi pon... haha masyarakat semakin CELIK!!! Buat org rasa takot nak do kt M'sia nih... (better dr negara len)

Mana rasa rendah diri

Bila sume nak tunujuk baju baru, jam baru, kereta baru....Org kita, beli baju utk pakai sekali jer..kenapa ? takot maluw org ckp pakai baju sama... sikap iblis!!! Org pakai tue kita pon nak, pakai apa pon kita pon nak.... Xde duet rompak...janji dapat. Curik org punya pon xpe

Mana sikap tlong mnolong

Nampak jer org bjaya sket, sabotaj!!. Bila org maju sket jatuhkan, Kenapa dengki dengan org.... kalau kaya sket ROMPAK, kalau ensem sket CURAH ASID, kalau ada kereta besar KEBAS!!, Kalau ada istri cantik GODA, mcm msyarakat JAHILIAH!!! Kita dah berjaya pulang kemasa lalu sbenanya..

Mana rasa Tanggungjawab

Bila suami abaikan istri, Anak-Anak LIAR!!! Bawak anak dara org, buat mcm2 pastu tinggal... Yg terlanjur lahirkn anak campak sini sana, dalam longkang, tong sampah, hentian bas...xde tempat mulia sket ke... Bayangkanlah org campak korang kt tong sampah masa kecik-kecik... mana tanggungjawab bila ayah pd 8 orang anak merempat kt keboon getah... Anak bnyk duit, kereta mewah, BMW la Mes la tp bapak merempat, dalam 8 org anak xkan xde sekor pon yg sanggup bela ayah....SADIS




Fikirla wahai teman...






Kalau bulan dijadikan untuk Bintang

Apa fungsi Matahari...

Tuesday, April 21, 2009

Cinta


Cinta…
Tidak lebih dari satu kata
Bermakna buat diucap
Berbaloi untuk diingat

Cinta…
Punya banyak arti
Yang pantas untuk dimengerti
Oleh hati budi nurani

Cinta…
Punya intisari rasa berbeza
Bagi tiap satu darinya
Cinta hakiki hanya pada-Nya

Cinta Duniawi karnanya
Cinta akhirat untuknya
Cinta Pencipta baginya
Cinta manusia deminya

Cinta…cinta…cinta
Pujangga cinta manusia
Ada yang subur…Ada yang gugur
Tiada cinta maha sempurna melainkan cinta-Nya
Tapi buat manusia perlu
diingat
Memberi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik

Monday, April 20, 2009


"Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani hati...

Monday, March 2, 2009



Jangan cinta kerana dia lelaki..

Kelak kita akan membenci..

Jika dia bukan lelaki yang dicari..

Hanya pandai menabur janji..



Jangan dirindu pada paras rupa..

Kelak kita akan terseksa..

Jika dia tidak sebaik rupanya..

Senyumnya manis tipu belaka..



Jangan disayang kerana berharta..

Kelak kita hidup menderita..

Jika hartanya habis dibelanja..

Sukarnya hidup miskin dan papa..



Jangan dikasih kerana dipuji..

Kelak kita menagih janji..

Jika rupa berkedut dimamah hari..

Hilang sudah puji memuji..



Jangan dicari seorang kekasih..

Kelak kita akan disisih..

Jika kasih luntur bersih..

Menangislah diri hidup bersedih..



Jangan disambut salam rindu..

Kelak kita menahan sendu..

Jika rindu tak dapat disatu..

Dimanakah akan kita mengadu..



Jangan dilayan seorang teman..

Kelak hidup menjadi ancaman..

Jika teman tidak beriman..

Dibakar api dihari kemudian..



Wahai sahabat wahai teman..

Carilah dia kerana tuhan..

Untuk menambah ceteknya iman..

Bekalan diri hidup berteman..



Wahai sahabat wahai teman..

Cintailah dia kerana beriman..

Dijadikan Tuhan sebagai pasangan..

Baik buruk ketentuan Tuhan..



Wahai sahabat wahai teman..

Terimalah dia penuh keihlasan..

Andai buruk anggaplah dugaan..

Andai baik pujilah Tuhan..



Wahai sahabat wahai teman..

Ingatlah akan janji Tuhan..

Isteri yang baik besar balasan..

Suami penyabar itulah kemenangan.

Saturday, January 24, 2009

LELAKI CANTIK PEREMPUAN GAGAH


KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.




KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang Ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Thursday, January 22, 2009

Jika kau dorong temanmu ke jurang,
lambat laun kau juga akan terjun ke dalamnya,
tetapi jika kau julang temanmu ke atas,
kau pasti akan ditarik ke atas

Wednesday, January 21, 2009

Happy Cina Raya...

Kuantiti manusia di Blok L1 Kolej15 dah mula menyusut.... dah balek raya kowt... tapi gue tak balek... sedey banget seyh.... tiket abes.... hohoho ma hometown.... jumpa nanti hujung semester... keja dah mula melambakkn dirinya.... huhu stakat skang dah 9 assignment. huhuhu biasa la "org hutan" mmg bnyk keje... hmmm gue kepikiran apa yg deqna tules kat blog beliau, hmmm.... "world is full of fake" ...keplsuan mmg bnyk skang neh.... rasanya evrybdy make those fake thing....huhu like me, evryday fake a smile...... hope will find ketenangan sumday.... bnyk mashalah rasanya...huhuhu sabo je la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...