Bally.Da.Shoe

Thursday, January 8, 2009


huhu semester baru....


Dia dah datang... pejam celik celik...

dah 2 minggu dah semerter bermula....huaaaa..

Jadual ok jer..hari isnin sibuk giler!!! huhu standard la tue, manada

u yg relek jer.... bikin sendiri la... Wah sem neh banyak kursus u, agak borink la

subjek dye, Kemahiran berfikir la, hubungan etnik, TITAS, dan Pengucapan awam...

wahhhh adakah ku dpt bertahan...huhuhuhu Dengan potongan ptptn ku lagi sengket la...

Adakah patot masok RM100 ja...huhu sapa suruh ku amek RM1500 hari tue....

Huahua... padan muka ku.... Xpa2 inilah masanya berjimat cermat... kalo tak makan pucuk kayu la.huhuhu... As last semestr, ada jugak subjek 4 kredit...HAsil bukan kayu dan perkhidmatan hutan. PergHH!!! tajuk jer dah panjang...huhu hope bole score yg tue, kalau x mamposla....huhuhu okla, esok2 pulak ek.... huhu Hidup UPM!!!....with knowledge we serve

Wednesday, January 7, 2009

14 FAKTA MENARIK


14 FAKTA MENARIK
 
1.        Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2.       Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3.       Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4.       Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
5.       Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6.       Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7.       Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8.       Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9.       Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10.     Siput boleh tidur sehingga tiga tahun
11.      Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12.     Semua beruang kutub adalah kidal
13.     Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14.     TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
 
Wallahu A'lam...

Friday, January 2, 2009

Snow di MalaYsia


Snow di malaysia...

Adeyh... hari neh dah masok kuliah hasil bukan kayu dan prkhidmatan hutan....Pergh!!! Bas gile lembab, sampai kelas da la lewat, 23 minit. Masuk je tr0s kena fire!!!.... "Hah Mawi, nak jadi ketua kelas tak, atau kamu nih Slalu DATANG LAMBAT!!!"... adeyh kena da sbijik... ku gelabah ja masa tue, mana leh ku terima jadik ketua kelas, nanti nak leppp kantoi..hahah...Hoho kelas brmula mcm biasa.....hinggalah...."hah awak x panas ka pakai topi tu, sejuk sangat ka atau kat luar ada SNOW!! ka..adeyh bijik yang kedua ku kena.... Habeh satu kelas gelak... ku pakai cap nak lindung rambot ja, huahuahua...Tapi lecturer 2 stai gak jadi ku tak kesah pon...hahahaha karna snowcap ku jadik bahan...

Wednesday, December 31, 2008


Seseorang yang benar benar mencintai seseorang
akan tersenyum melihat orang yang dicintainya bahagia
Walaupun disamping orang lain
.

Ada yang tidak bersetuju dengan madah ini yang kelihatannya kurang adil. Cinta yang adil digambarkan sebagai cinta yang menyeimbangkan kedua-dua pihak dengan intipati cinta itu sendiri. Kedua-dua pihak harus bahagia bersama. Itukah yang dikatakan cinta. Tidak!!!

Cinta sememangnya tidak adil. Cinta itu selalunya mendahagakan pengorbanan. Jarang sekali cinta bahagia bak dalam syurga, Dipenuhi guguran helain daun cinta, yang berterbangan dihembus bayu. Cinta adalah harta dan kekayaan batin. Jika kamu mempunyai cinta…berbahagialah kamu karna kamu mempunyai kekayaan itu

Cinta tidak mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi mencintai seseorang dengan sempurna. Cintailah orang yang benar-benar mencintai kita dan bukannya mengutamakan yang kita benar-benar cinta. Ini karna cinta mereka pada kita sangat utuh. Cinta yang suci tak mudah terbungkas dan terlekuk." The virtue of love isn't finding the perfect person but by loving the imperfect person perfectly"

Coretan ini mengingatkan ku pada cintaku yang bersemadi bersama ribuan cinta lain yang gugur didasar lautan cinta duka. Walaupun aku tidak pernah merasakan cinta itu, tetapi dulunya aku punya hajat memilikinya. Aku benar mencintainya tetapi dia sebaliknya padaku. Aku menanti dan terus menanti…bagai pungguk rindukan bulan… hingga akhirnya aku tersadar dia bukan untukku… Cinta tidak boleh dipaksa kerna paksaan mencemarkan inti cinta.

Aku akan memiliki cinta suatu hari nanti. Aku akan mempunyainya Bila sampai saat itu
Berjanjilah
“you'll share with me one love, one lifetime “

Tuesday, December 30, 2008



TahoOn Baru...
Saat berganti saat
Minit berganti minit...
Hari berganti hari dan tahun...


Roda masa hidop MANUSIA terus bergerak
Kadang diatas kadang dibawah...
Untung diatas menggapai awan
Untung dibawah berjejak bumi
Untung rugi adat DUNYAwi....


Sempena tahun baru ini...

ku punya tekad diri
Untuk terus berlari
Menyusuri onak duri kehidupan ini


Ku pasak azam di hati
Ku daki segunung impian
Ku selami selaut harapan
Aku mawu kamoo.....
SELAMAT TAHUN BARU

Friday, December 26, 2008

Smiling is infectious,
Smiling is contagious,
Smiling is addictive,
Spread the joy
and
make someone
smile today!!!
Bally smile at u

Thursday, December 25, 2008


PEREMPUAN

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi kerna cinta
Digenangi dek racun jingga dalam wajahmu
Seperti bulan dalam tidur dihatimu
Yang bergini kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya
Hingga hati untuk dicaci
Lalu skali ini aku lihat

Kadar syurga dari mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali
cintanya

Bukan untuknya
bukan untuk siapa
Tapi untukku

karna ku ingin kamu...

Monday, December 15, 2008



hmmm.... nk citer lagi laa... 2 hari lepas, ak g mandi2 manda dgn family d ak kt Carnivall SP, huh!! borink giler... x serupa bikin punya tempat....tp xpe... yg penting dpt mandi...huhu syukur2... Alamak, kt sana melayunya bole dibilang, x ramai pon..tak tawu la mungkin hari yg ak pegi 2 x ramai mlayu tp yg ramainya cina, india...indon lagi la ramai...bertebaran kt seluruh kolam.... adeyh.... rasa macam g becuti dkt Bali la pulak... Dah la tgh panas terik...macam g menyalai kulit ja...huhuhu... huhu balek dari carnivall, singgah dkt pantai Murni mkn keropok leko...pergh...tnggu sunset lak...rasa syahdu giler.... kalau ada awek ke mesti bahagia...kui3...apa bole buat....Single pon singlelah..yg penting Hati gumbira....ok nanti ada apa2 citer lagi gue post lagi ...huhu opsss indon lak~~



Bally Are 80% Pure



You're so innocent, it's almost like you're not human.

You're the type of person people feel bad cursing around.

And while you may be inexperienced, you're not easy to corrupt.

Taking this test is probably the naughtiest thing you've done in a while!

Thursday, December 4, 2008


hoho ingat dah hilang dah blog neh...rupanya ada lagi...huhuhu Sebenarnya bnyk benda yg nk dituleh...tp lopa abes dah...huhu Skang neh tgh bercuti...jadi sakan la bercuti...Huhu baru baru neh...gue dgn membe2 g bbq dkt bukit wang...huhu agak bes arr tempat tu...kiteorang g 29.11.08...huhu mmg best giler...Sebelom g perancangan punyela rapi...huhu bukan apa, just tanak spoiled mood bbq jew...huhu alhamdulillahla sume lancar... kiteorang bertolak pkol 10pg dlm 10.40 sampai arrr. fuhhh... punya la bnyak barang nak kena angkot ...bedaqah!!! Perkara pertama skali yg kami settle semestinya unggun api arr... bole tahan gak susahnya sbb kayu sume basah...semata2 harapkan arang jer...huhu dah nyala jer api..haha terjun mandi la...huhu mandi sampai 3 round....haha lama x mandi air bukit la katakan.. Aktiviti pasneh nak g campaign lak...kalo xdak apa2 masalah mungkin esok lah...huuhu nanti gue cerita lagi ek...huhu chow...salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...