Buat apa beli buku..
kalau tidak ada penanya…
buat apa menyimpan pilu..
Andai lepas itu jalannya.
Dari sehari ke sehari aku merasakan lebih mencipta musuh dari sekutu. Di rumah mahupun di tempat kerja. Seperti barah yang makin parah.. menunggu ajal singgah.
Aku.. mencipta musuh tanpa sedar dengan alasan yang tak layak dibahaskan.. iaitu mulut orang. Dikias orang dulu2.. kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa. Dan seperti biasanya yang binasa itu pastinya aku.
2017... menyaksikan begitu banyak peristiwa yang berlaku.. dari sebuah kejayaan hingga rintih kekecewaan. Tapi aku.. masih berkira-kira bagaimana mengadu dalam ayat-ayatku.. agar orang tahu ketidakpuasanku.. yang selalunya gagal diterjemah dalam lisanku.
Apakah ini kemurungan.. atau "midlife crisis" yang melanda insan-insan makin lanjut seperti aku. Perasaan amarah yang parah.. bagaikan minyak yang menambah marak pada api.
Biarkan aku disini... biar masa itu terhenti.. kerna aku.. masih punya banyak angan yang ingin ku gapai. Masih jauh langkah yang ingin ku tempuh dengan kudrat mudaku.. dan masih banyak budi yang ingin ku balas dalam hayatku.
Jesteru itu.. benarkan aku terus meratah masa mudaku.. dalam mencorakkan duniaku.. selari dengan redhaMu.. ya tuhan.
+biarjasajadikenangan+
Friday, January 1, 2016
Dulu-dulu orang naik ke pucuk-pucuk langit... jauh ke pedalaman sebab nak cari ruang dan peluang menghayati keindahan ciptaan tuhan.. tapi sekarang nampaknya lebih kepada glamer... tak tahu la apa yang nak dibuktikan.. kalau nak glamer baik masuk Akademi Fantasia. Viral2... lepas tu ramai lah yang pergi buat kotor.
Dulu orang naik ada tertib, ikut trek asal tak suka suki bukak trek baru. Tidak lah cakap kita berilmu sangat.. at least tahu carrying capacity.. soil compaction.. tahu nak jaga kebersihan.. tahu adab. Sekarang kebanyakan yang naik macam lembu ja aku tengok... main sondol ja. denai dah jadi macam highway.. Tengok Irau dah cukup... Jalan becak sket bukak denai baru... pijak habis lumut-lumut... Broga jangan cakap lah.. Kalau nak jalan bersih2 dek baik jalan dekat mall... naik eskalator.
Air Terjun lagi jangan cerita... Contoh Air Terjun Lepoh dah macam tempat pengumpulan sampah... buang sampah macam ada bandaran datang kutip hari2. Masa datang boleh pulak kau bawak... takkan nak balik dah tak larat. Jaring BBQ bersepah... kononnya nak bagi next visitor guna pulak. Kumpul2 dah boleh buat pagar kandang babi tahu.
Isu sampah... maaf aku cakap.. tak larat nak sakit hati dah. paling aku tak lupa last year aku jumpa satu geng dari satu universiti dekat2 Nilai. **Aku tengok tulisan di baju dia** Masa aku sampai di puncak ada 3 orang tengah bersedia nak turun..2 lelaki 1 perempuan. Satu mamat ni sado habis. lengan dah macam peha aku .. tapi sayang plastik roti kau pun kau tak mampu nak bawak turun.. "Eh takde orang nampak kan" terus kau buang sampah ke tebing.. kalau kau buang di depan tu boleh aku kutipkan memandangkan otot kau yang besar tu lesu sampai nak angkat plastik pun dah tak mampu... Serius aku pandang kau macam sampah.
Baru ni aku ke Gunung Baling... walaupun boleh dikatakan tak ramai lagi yang naik sana tapi trek dah sebesar alam... ada pesta sliding ka apa... Habis tumbuhan-tumbuhan renek tepi2 semua dilanyak... Janggut Adam, Tapak Harimau, Keladi Kemoyang habis depa pijak... lecey sungguh. Kot ya pun nak tengok view dipuncak jangan sampai memusnahkan view sepanjang jalan.
Aku faham setiap orang ada matlamat masing-masing... ada yang kejar view, ada yang layan trek... ada juga yang semata-mata nak eksesais. cuma kita sama2 kurangkan impak negatif pada alam sekitar. Itu ja yang kita ada... kalau dah rosak esok2 nak layan apa lagi..
2015 dah sampai ke penghujungnya... Banyak perkara yang dah berlaku dalam tahun ini... ada yang berlaku dalan perancangan dan ada juga yang di luar jangkaan. Walaupun tahun ini diuji dengan sakit yang tak putus2.. Alhamdulillah masih berjaya habiskannya.
Mengimbau sikit apa yang dah berlaku tahun ini...
Januari 2015 Tahun 2015 bermula dengan Bukit Tabur East... Stended la geng cuti-cuti ni... Takkan nak menyorok dalam selimut... ambil angin sikit.. sambil2 tetapkan matlamat =P
Januari juga memperlihatkan kejayaan aku melunaskan target tahun 2009 untuk menyempurnakan kesemua 3 geoforest park yang terdapat di Langkawi Geopark... After so many years... tadaa!!
Hajat tahun 2012 aku untuk naik ke Gunung Kutu pun tercapai tahun ini. Gunung ini lebih dikenali dengan panggilan 'Bukit Kutu' walaupun ketinggiannya sudah layak digelar gunung iaitu 1100m. Uniknya Bukit Kutu ini memiliki puncak berbatu yang terhad untuk beberapa orang sahaja. Di atas sana juga terdapat tinggalan rumah-rumah agam inggeris.
Berpeluang pergi melihat sendiri Air Terjun 'Hilang' selepas terjun. Dah lama dengar orang sebut-sebut tapi baru tahun ni dapat pergi... Air terjun yang dimaksudkan tu adalah Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing.
Mac kali ni mengimbau kenangan dimana aku mula-mula mendaki. Gunung Bunga Buah tetap gunung pertama aku... Semua benda rasa susah masa tu... ^^, dan kali ni baru aku sedar GBB taklah sejauh yang aku rasa dalam pendakian pertama dulu =P
April 2015
Masih lagi hajat yang tak tertunai sebelum ini.. Ini hajat aku masa mula-mula dulu... Zaman muda-muda dulu kononnya nak cari semua yang paling-paling tinggi saja. Maka ada sorang brader ni suggest aku naik gunung paling tinggi di Negeri Sembilan. Orang panggil Gunung Besar Hantu (GBH). Sebelum pada tu aku ingat Angsi lah yang paling tinggi. Quote yang aku tak lupa "Bukan GBH lah kalau tak calar"
Disebabkan wabak 5CM telah menyebabkan aku ghairah nak pergi ke Gunung Semeru dan melihat keindahan Puncak Mahameru... Dengan support kawan-kawan akhirnya satu team seramai 9 orang telah merealisasikan angan-angan ini.
Jun 2015 Setiap kali sebelum Ramadhan tiba, mesti ada plan masak-masak. Kali ni lokasi yang di pilih adalah Air Terjun Lepoh, Hulu Langat
Julai 2015Puasa Oiii!!
Payung gambar raya sekeping...
Ogos 2015
Ogos bulan yang best sebab parents aku datang rumah... tapi ayah aku macam mati kutu ja di KL... taktau nak buat apa. Di kampung boleh la bekebun.. Bagi menghilangkan keboringan ayah aku,'jom ke Broga!!'Hatta bergembiralah ayahanda beta mendengar perkhabaran itu.
September 2015
Memandangkan dah lama tak outing, Myra cadangkan g mandi air di Tadom Hill Resorts. Tempatnya memang cantik dan masih belum kotor dek tangan2 manusia rakus.... =P maksud aku belum ramai orang datang.
September juga menceritakan kegagalan aku untuk repeat Gunung Chabang gara-gara tak dibenarkan naik oleh Orang Asli Kg Pos Selim... Untuk mengubati luka di hati... akhirnya kami terus ke Brinchang dan naik Irau.
September lagi... Memandangkan adik aku ada appointment Doktor, maka Raya Haji Tahun ni terpaksa kami sambut di KL saja... Nasib la semua ahli keluarga datang berkumpul di disini. Dapat la masak ketupat bagai macam kat kampung. ^^, Ceritanya aku angkut semua pergi beraya di Air Terjun Sungai Chiling. Lagi pun bukan selalu dapat pujuk mak aku bercamping.hehehe...
Oktober 2015
Aktiviti luar pertama aku bersama warga kerja selepas 2 tahun bekerja.... dan ini sekaligus menghilangkan derita yang pernah belaku di ofis ^^, Treasure Hunt ARSM 2015 telah di adakan di Janda Baik, Pahang. Janji aku aktiviti macam ni mesti buat tiap-tiap tahun...
Video : Treasure Hunt ARSM 2015
November 2015
Akibat November asyik menangis saja.. Tak banyak aktiviti yang dapat buat... Mujur ada hari yang terik ni... dapat juga aku naik Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan. Tidak berapa tinggi tapi mencari lokasinya yang sulit tambahan terlalu banyak denai menyebabkan sedikit kekeliruan.
Disember 2015
Mungkin sebagai penutup 2015 Gunung Baling menjadi pilihan... Memandangkan ada mulut-mulut yang bunyi "Naik tempat orang ja.. tempat sendiri dah naik belum?"
Aik... masih belum habis... ada lagi yang nak jadi penutup... Sebagai penutup aktiviti keluarga, Gunung Keriang menjadi pilihan.. Betul kata orang "Sibuk menggali permata di tempat orang sedangkan permata di tempat sendiri lebih tinggi mutunya"
Video : Gunung Keriang
Pokoknya 2015 sangat ohsem.... dan saya berharap 2016 ini akan lebih ohsem dan sukses... Semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat melangkah lebih jauh ^^, Sapa tahu 2015 daki solo, 2016 daki berteman =P kui3~~