Bally.Da.Shoe: November 2009

Sunday, November 22, 2009

Hantu-hantu yg ada di malaysia

Terdapat banyak jenis hantu yang diceritakan dalam Kepercayaan Melayu. Antara yang dapat aku kaji adalah:
Pontianak – Menyerupai perempuan yg memakai Jubah putih dan berambut panjang.Digelar Kuntilanak di Indonesia. Selalunya mengila pada waktu malam.Orang tua2 cakap, belakang tengkuk Pontianak ada paku dan jika dicabut akan merupa menjadik wanita cantek.

Polong - Hantu yg digunakan oleh pengamal ilmu hitam untuk menyakiti seseorang. Orang dulu2 buat saka untuk jaga kampung.


Toyol – Hantu kanak2 yang digunakan oleh pemilik [pembela hantu] untuk mencuri wang orang lain. Bertubuh kecik dan Katik.

Pelesit - Hantu dalam bentuk belalang. Digunakan oleh pengamal ilmu Hitam untuk memiliki seseorang. Orang dulu2 gunakan pelesit kalau nak dapatkan gadis or jejaka idaman diorang. Orang yang kena ganggu pelesit ni saja yg nampak sedangkan orang lain tak nampak. Mak aku cakap pelesit takut dengan lada hitam.



Hantu Air – Hantu air di sungai, tasik dan lautan. Orang tua2 cakap hantu air suka sembunyi jasad orang lemas. Itu yang ada ksesetengah tu lemas, mayat diorang tak timbul2. Tak tahu la tu betol ke tak.

Hantu Raya – Dibela untuk menjaga kampong(rumah&Kebun). Hantu Raya memiliki pandangan yang sama dengan pemiliknya. Selama ketiadaan pemilik Hantu Raya mungkin mempunyai hubungan seksual dengan isterinya dengan menyerupai pemilik. Ayah aku penah namapak sekali dekat kampong warna dye merah gelap dan mengeluarkan bau yg busuk giler.

Hantu Pocong - Jasad yang dibungkus kain kafan putih dan melompat-lompat. Ni kategori hantu femes ni. Dipercayai kalau mayat yang dikebumikan tak dibuka ikatan pocongnya(bahagian atas, bawah dan tengkuk), rohnya akan terperangkap. Ini aku baca dekat internet lawan web indon. Tapi cuba korang bayangkan…Kalau korang drive dkt jalan n jumpa perempuan selubung putih….Korang lalu tak jalan tu…mesti lalu kan sbb kita tak sure tu hantu ke tak. Tapi kalau korang jumpak pocong tepi jalan korang berenti tak? Mampus tak kan….haha sebab takde orang yg nak balut badan mcm pocong…. So pocong ni memang terkenal sbg simbolik hantu melayu.

Bunian - hantu atau jin baik yang tinggal di hutan. Suka menolong manusia. Orang tua larang kita kencing dekat busut. Atuk aku cakap, orang bunian tinggal dekat busut. Tak tau la tu…tapi aku pernah sekali kencing dekat busut…Mak aii derita giler aku lepas tu…Malu la nk crita jadik apa tp korang jgn g kencing dekat busut. Kalao nak merasa pegi la try…


Hantu Jepun - Perang Dunia II hantu Jepun. Mereka mengenakan pakaian tentera Perang Dunia II dan membawa pedang samurai. Kebanyakan tanpa kepala. Wah ini memang ngeri dan aku sendiri tak tau ak imagine mcm mana…Korang kalau ada cerita kongsi-kongsi la ek dgn aku…huhu sekadar nak ambek tahu sket2…hehe.

Hantu Pari- Pari - peri hantu. Hmmm ini tak tahu la…dekat intenet pon carik x jumpa…Tapi orang dekat gunung jerai ada satu kolam peri dekat air terjun... Aku penah join kem dkt gunung Jerai. Ada budak2 perempuan yg tak bersih g mandi dkt air terjun tu…Malam tu dekat 10 Orang hysteria…So kem kiteorang tpaksa dibatalkan. Malam tu mmg horror la…Nanti kalo ada masa aku ceritakan dengan detail kay…

Hantu Galah - Hantu sangat tinggi. Setinggi pohon kelapa.

Jin Tanah – Jin yang hidup di bawah tanah. Member aku cakap hantu2 semua tak jejak bumi sbb takut kena tarik dengan jin tanah…HmmmBetol ke tak aku pon x tahu…kena tanaya hantu sendiri la..haha.
Hantu Kum Kum - Hantu perempuan membawa batu nisan sebagai seorang bayi. Hmm ini aku jumpak dekat internet ruangan Wikipedia senarai hantu2 melayu… Tapi rasanya hantu neh lebihkurang Pontianak la stok merayau-rayau waktu malam sambil dukung nisan. Huhu Aku terinagat masa buat Semangat Wira dekat junior dulu. Aku rembat telekung dekat surau lpas tukendong batu panjang…Hehe bertabur bdak2 lari…hehe itu dulu skarang dah baik…

Orang Minyak - "Oily Man". Orang yang mengamal ilmu hitam. Suka Memperkosa gadis. Sekarang tak tau la ada ke tak lagi orang minyak… Senang cerita…selagi ada orang blajar benda2 sesat ni ada lah orang minyak. Beware gadis2….

Penanggalan - Kepala dan saluran usus wanita terbang tanpa tubuh. Suka mengisap darah anak yang baru lahir. Ini juga adalah ilmu hitam yang diamalkan. Orang dulu2 suka letak duri-duri dekat pagar rumah, bawah rumah terutamanya bila ada orang nak bersalin bertujuan nak haling makhluk ni la. Ada sumber mengatakan kalau penanggalan ni tak balik ke jasad dye sebelum azan subuh dye akan terbakar. (Indonesia panggil Si Ruban)
Harimau Jadian - Hantu Harimau atau Saka Harimau. Kenalan aku ada pengalaman tentang saka hariamu ni. Kawan baik dye kena ganggu dengan saka ni. Cerita dye mcm ni. Nenek dye mmeninggal dan saka akan turun kpd anak sulung (ayah bdak malang tu) dan bila xdterima saka ni akan carik anak sulung org yg tolak tu…So kena dkt kawan kenalan aku nih.. Masa kawan dye sakit (kena rasuk), mata semua jadi warna hitam. Korang bayangkan dye boleh lipat badan dye lpas tu duduk bawah kerusi. Memang tak logik. Yang lagi tak logic tu boley panjat dinding…. Ini aku tak tipu memandangkan kawan aku aku tu cerita dengan reaksi mata yg terbeliak so aku pon pecaya. Trpulang korang la nk pcaya ke tak. Tapi satu yang pasti, bila brdamping dengan benda2 mcm tu, nak mati nanti siksa….

Langsuir - berasal dari perempuan yang telah bekerja penyakit (meroyan) sebagai akibat daripada penderitaan kematian anak-anak mereka dan siapa diri mereka meninggal saat melahirkan menjadi selepas 40 hari. Memiliki sebuah wajah busuk dan taring panjang, dan mempunyai keupayaan untuk terbang. Hal ini juga diyakini Kepercayaan langsuir mempunyai lubang di belakang leher (yang digunakan untuk menghisap darah)......Untuk mengelakkan wanita berubah menjadi Kepercayaan penangkalan, orang menaruh banyak manik-manik kaca dalam mulut mayat. -Dipetik dr internet

So tu la serba sikit yang dapat aku cerita dkt sini. Sebenarnya data yg aku search dgn pengalaman dan sedikit cerita2 orang tu banyak lagi kalau nak dicoretkan dekat sini tapi takut korang bosan pulak dengar aku bebel. So kalau korang nak tahu apa2 tanya je kay…

p/s: Bersedia dari dalam…. Terpulang kepada korang lah nak menilai post aku ni tapi jangan sampai membawa kepada syirik.


+biarjasajadikenangan+

Court Tenis itu~

Malam ni still xboley tdo...So usha je skrin... tiba2 ak teringat crite lama....Mntang2 la malam ni sesejuk hujan malam... So biarlah ak semadikan cerita neh dlm blog ak neh moga2 xluput dtelan zaman. Cita dye mcm neh....zass~

Cerita ni blaku pd satu mlm dlm tahun 2005 masa aku blaja dkt MRSM Beseri dluw~ Sory la sesapa yg skang ni blaja dekat sana, bukan niat nak GEMPAQ!! tp realiti pengalaman aku. malam tu seperti biasa semua makhluk wajib prep trmasukla aku dan masa ni la yg plg sesuai nk siapkan homework yg berlambak2.... nak dijadikan cerita mlm tu aku terlupa bawak report fizik. Benda alah tu kena hantar esok dan cikgu yg mengajar fizik kelas aku tu sangatla garang...Puan Laila kalau x silap nama dye...Sory cikgu bukan nk mengutuk cikgu. so ,mahu x mau aku kna jgak balek blok amek. Dahla blok paling hujung dekat dengan Bukit mende tah blakang tu (BLOK D ke B...tp blok buruk nk mampoS!!)

Masa aku jalan balek ke blok tetiba angin kuat ja 'tampar' muka aku... Asal la tetiba angin kuat semacam ni...Aku buat derk ja...Sebab angin kuat sangat ranting2 kering atas pokok pon jatuh atas jalan....creepy gle bunyi....Aku dh mcm sadis dah... Dgn pnuh kontrol aku teruskn jgak niat aku...tetiba aku mcm tertarik ja nak usha court tenis dkat sebelah jalan yg aku lalu tu... ASTAGFIRULLAHALAZiM~ mletop jantung aku masa tu....Aku nampak ada kepala Pocong dekat penjuru Court tenis yang tengah skali (semua skali ada 3 court seingat aku la). Muka aku dh memang stok leukimia tahap kritikal da. yang aku plg xboley lupa tu muka dye, biru pucat dgn tocang dkt atas kpale warna putih kotor....tp aku nmpak kepala ja....Nak kata orang saja main2 xlogik plak... dalam gelap gelita samar lampu jalan tu memang itu ja yang ternampak. Memang x ckup tanah aku lari masa tu... Usus2 aku mcm nak tercabut..Kepala rasa berat ja mcm nak jatuh.... Angin memang kuat giler sampai lampu jalan sume padam ( padam satu demi satu...saja nak test aku sungguh) Allah ja tahu mcm mana aku rasa masa tu. Aku lari teros balik blok, amek report teros g kelas ikot jalan lain (ikot DS)...Lpas tu aku demam....

Huh~ tu lah cerita aku mlm tu....sayangnya aku xlama pun mengaji dkt sana...xsesuai kot... For those yg stdy sana..jaga2 court no2~ n dun worry skola tu mmg bnyak CEriTa!

p/s: xtipow....btol....apa yang aku boleh kasi tau, benda tu jelas dalam gelap...anEh...tp Jgan lupa, kita takut pd yg satu...Alip lam lam ha...

+biarjasajadikenangan+

Friday, November 20, 2009

Aku dan Mereka


Jika kau takut berpaling ke belakangmu
Pandanglah kehadapan
Dan jika kau tidak mampu untuk terus melihat ke hadapan
Tolehlah ke kiri dan kananmu sekurangnya
Kerna kau tidak sendirian
Kau masih punya sayang mereka
Dan jika itu kosong
Kau masih ada Aku...

Kosong manusia yang tak kesepian...
Kesepian datang menemani bila ia diperlukan
Layanlah ia jika kalian mahu...
Sayang dia peluk dia,
kelak kau pupus dari realiti...
"Nyah saja kau pekat"
: Jangan bersendiri, Carilah teman sementara masih punya kesempatan...
+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 19, 2009

Sendiri Aku benci!!


Sepi....

Perasaan kosong dlm jiwa
Yg wujud dalam lohong2 hati yg tandus
Terdorong oleh keinginan bersendirian
Dari hingar...lolong dan tawa kita.

Sepi ni ibarat satu penyakit...
Yg buat kita celik dalam dunia sndiri
Tapi tidur dalam kenyataan
"Sepi...sendiri Aku benci
Hingar... Aku mau dipasar
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai..."

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, November 17, 2009

Oli oliday~


Smester break!!!

Cuti dh bermula bila exam dah habes
Yehuu~ 3sem lagik 2 finish my degree...lalala
Takde bende nk cerita sebenanya...
sebab tu jarang update...
Tapi baru2 nih ada kes jadik dekat aras ku. 2 hari lagi nk cuti kecurian mnjadik2...
Biasa la tu, syaitan2 semua jadik miskin hujung2 sem nih.... Tapi yg menyedihkan aku ni sebab kawan sndirik yang curik brg membe snirik... Dah la aku benci org curik2 ni, tambah pulank dgn "tikam belakang". Memang sial la. Aku malas nak buruk2kan sebab membe snirik... So korang pliss la, jgn kianat membe2 korang. Sekali buat taik~ sampai mati org tak pcaya dah... So epy oliday korang...enjoy truss~

p/s: Jangan mencurik, jangan tikam belakang &sayangila membe2 anda...hahaks~


+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...